Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

29 October 2012

Hasil Rembatan My Dear Warehouse Sale





Hasil rembatan dari My Dear Warehouse Sale!

Balik je dari kampung  raya haji terus kauuuu..... datang sini.
Tak singgah mana-mana dah.
Punya semangat berkobar-kobar nak beli takut stok yang di idamkan abis pulok nanti.



 Keadaan nak masuk ke gudang ni.
Memandangkan tengah raya haji kan, so tak lah ramai sangat orang.
Kira budak-budak tu boleh berlari-lari lah dalam kawasan ni.
Selesa jugaklah kita nak perati barang tu lama-lama.
check sana check sini
Hahahaha


Tengok!
Kalo korang pergi makesure lah jangan bawak orang lain selain laki bini ajer.
 Nanti nyesal kalo tak buleh beli itu ini sebab takleh nak bawak balik!

Ni kat tempat duduk belakang.
Tu belom kira kat bonet lagi tu




Antara barang-barang yang BB servey-servey


 Bakul baby
Macam nak beli tapi takut tak guna nanti
Sabau aje lah
*tak boleh beli*


 Yerrr
Tujuan utama BB kemari adalah disebabkan baby cot ni a.k.a katil bayi

Alhamdulilah 
Baby cot  kayu warna putih yang di idam-idamkan sudah menjadi milik BB

BB tak beli complete set
Cuma baby cot dan tilam sahaja
 

Baby Cot
Rega Asal RM 330.00
After Sale RM 287.00


Rubber Synthetic Matress Anti Duss
Rega Asal RM 229.90
After Sale RM 122.00
 
Kalo nak murah better beli yang complete set tu. 




Buaian
Rega Asal RM 209.90
After Sale RM 130.00

Kain Net Buaian 
Rega Asal RM 25.90
After Sale RM 17.00

* Banyak jenis net.*
BB amik yang ada pengadang dekat kepala dan kaki tu supaya baby tak tergeluncur nanti.
Mane lah tau kot-kot baby ni buas kan..
hehehe 


 

 Stroller
Rega Asal RM 339.90
After Sale RM 244.00

 Kenapa dan mengapa  BB pilih yang ini?
Sebab suka tang cover atas ni.
Boleh tutup setengah dari stroller ni untuk mengelak baby dari terkena panas matahari.


Ada ciri-ciri yang BB nak.
Ada tempat nak tengok baby
Ada tempat letak susu or mainan baby
Ada stopper kat roda
Ada tempat letak beg/barang dekat bawah stroller


 Paling penting sekali

Yaaaa ini dia

Ciri Utama:
Boleh dilipat menjadi slim 
dari 1/2 menjadi 1/4
Agar senang nak masuk dalam bonet dan menjimatkan ruang bonet keta.
Kalo balik kampung tuu mana nak sumbat lagi beg-beg baju kalo separuh dari bonet tu dah di isi dengan stroller!




 
 Head Cushion
Rega Asal RM44.90
After Sale RM20.00


 Yang ni husband BB yang beli.

 Katanya macam tuala sebab nengok kainnyer macam kain tuala kita yang dok selalu guna tu.
Kitaorang pikir lepas baby mandi boleh letak atas ni.

Agaknyer tengah ramai-ramai orang tu mana ada masa husband BB nak belek-belek dan baca.
Terus je amik
 
Tengok gambar kat cover tu pon macam baby tengah pakai tuala.
 
BB pon angguk je lah sebab dia yang nak beli kan.
BB pon tak pernah nengok menatang apa ni.

tapi rope-rope nya
menatang ni sesuai untuk di letakkan dalam stroller or  car seat.
Untuk keselesaan baby.
hahaha

 Takpelah
nanti tau lah kitorang nak guna camner!


 


Matress + 3Pillow
Rega Asal RM 89.90
After Sale RM 56.00

3Pillow
Rega Asal RM 29.90
After Sale RM 17.00
 
Tilam ni BB plan nak guna time dia lepas-lepas mandi ke.
Kiranya senang nak siapkan baby.
Nak pakai kan baju, barut,nak sapu-sapu ubat.. bagainyer
Atopon time orang datang nak tengok-tengok baby.

Tak perlu lah nak kuar-kuarkan tilam yang dalam baby cot tu kan!


Kalo sape-sape nak pergi tu masih berkesempatan lagi.
Nak tau info tentang MY DEAR WAREHOUSE SALE dekat mana?




Hasil Rembatan ni dekat-dekat RM800++ jugak lah.
Fuhhhh... tu time ada sale.
Cer kalo takde sale.
Kompom Rm1000++ keatas.

Dasyat sungguh sekarang ni
Keluaq duit macam ayaq pili bomba keluaq!!
Bukan cam ayaq pili biasa tu.


Demi Anak Ibu!
:)






*** Ada kisah sedehhhh tentang BB di hujung-hujung acara shopping ni. 
Menitis air mata...takmau ingat dah takmau kenang dah!
BB belajar tentang sesuatu! ***


19 October 2012

Scan Gambar Baby BB dalam bentuk 3D 4D




Seperti yang diceritakan sebelum ini tentang
BB dah buat scan 3D 4D untuk baby BB dengan Miz Jezlyn.

Kalo  korang nak buat scan dengan harga yang murah jangan lupa buat appointment secara online dekat
atau dekat

Kalo pergi direct or walk in dekat klinik tersebut harga dia lain tau.
Agak mahal sedikit :)

Cuma RM100 untuk scan 3D 4D ini.
siap dapat gambar print out dan CD gambar-gambar dan video baby kita.

So takyah pening-pening kepala,
 just klik aje dan terus buat appointment.
Bila dah comfirm terus aje pergi  klinik tersebut seperti mana yang telah di setkan.
Kan senang citer.

Miz Jezzlyn juga sangat friendly.





Gambar baby BB
Punya lah susah nak tengok muka sebab dia pemalu sangat-sangat.
jenuh Miz Jezzlyn panggil dan gerak-gerakkan perut BB.

Ada time dia pandang ada time pulok dia tutup muka dengan tangan dan pusing kebelakang.
Aishhhh anank ibu ni, pemalu rope-ropenyer!




Bila dah asik gerakkan dia yang sedang nyenyak tido tu..
nak tau dia buat apa?
hah dia tunjuk gambar kaki ni kat kitorang.
Pastu siap tendang-tendang lagi perut ibu yer.

Hahahaaa

Tu lah sapa suruh kaco dia tengah tido.
tergelak kitorang time ni.
Seb baik dia tak tunjukkan penumbuk dekat kitorang.
:D

Hai lah anak....



Dekat setiap gambar ni ada maklumat tentang perkembangan baby.
BB nak citer pon tak lah pandai sangat.
So sape-sape yang tau short form untuk bacaan diatas tu boleh la share-share yer!




Setiap perkembangan baby akan disukat.
Antaranya ialah saiz kepala, saiz kaki,saiz tangan, saiz badan baby.


Kalo tak silap BB ni kadar denyutan jantung baby
Julat antara 140 bpm hingga 160 bpm adalah normal katanya.





Bila semua saiz baby telah disukat, dia akan keluar dalam bentuk graf.
Yang hijau tu ialah perkembangan saiz baby BB.
Kiranya dalam graf lagi lah.
Tak kecil sangat dan tak terlebih besar sangat.
Just elok untuk perkembangan baby yang normal.

Alhamdulilah





video


Cer tengok video baby BB ni
punya lah malu
paling comel bila dia tak mau tengok camera 
siap silang tangan tu takmau bagi tunjuk muka.




Oh ya,
Jantina baby BB...
Its a girl!



Oh patutlah malu-malu yer..
macam ibunyer jugak
kehkehkeh






*** Tanpa BB sedar.... Menitis air mata BB tengok baby ni gerak-gerak time scan aritu.
       Subhanallah.... tak terkata perasaan seorang ibu :)


18 October 2012

Perkembangan Baby Dalam Perut Ibu


sumber : youtube


Buat bakal-bakal ibu
Terutamanya yang menantikan kelahiran baby pertama
 BB share kan dengan anda.
Semoga video ini dapat membantu kita mengenali dan memahami keadaan baby kita.



 Bila BB nengok video klip ni,
rasa syahdu teramat.
Tak tau nak luahkan dengan kata-kata.



 Thanks banyak-banyak pada mereka yang buat video ni beserta dengan pemilihan lagu yang amat BB rasa sesuai sangat-sangat.
Rasa tenang ajer dengar :D



Patut la ramai yang suka baby....
tengok dalam video ni pon dah geram time dia senyum dan menendang tu :)
So cute!




16 October 2012

Hiasan Ruang Tamu Rumah BB




 Alhamdulillah

Setakat ini dekor ruang tamu rumah BB rasanya dah cukup lengkap


Semuanya berkat kerja keras BB dan suami.
Walaupon tak sehebat dan secantek dekor rumah-rumah orang, 
tapi hasil tangan BB dan suami sendiri dalam mendekor rumah sendiri amat berbaloi-baloi 
:)
Pueh hati beb!

Tak perlu keluar modal banyak.
Yang penting tahu bagaimana nak hias dan mengikuti citarasa dan kemampuan.
bak kata orang-orang tua
" ukur baju di badan sendiri"





 


 

Walaupon tidak semewah rumah-rumah orang lain,
cukup lah untuk BB dan suami berteduh dari panas dan hujan di teratak kami ini  :)





Dulu-dulu kalo tengok dekor rumah orang mesti cantek kalo ada bunga segar.
BB pon nak terapkan paling tidak sebulan sekali mesti ada bunga segar kat rumah BB.
Ini salah satu terapi minda untuk BB.
Dapat tengok bunga segar dan dapat bau bunga,
  BB akan jadi tenang dan segar

  



Meja putih ni beli dekat ikea... BB jadikan meja kopi
rega rm 17.90
*terus BB sambar 2*
kalau tak rega biasa rm29.90/rm49.90 

Langsir BB beli dekat Nagoya ~RM13.90 semeter
Sofa ~RM1400 (2+3 seater)
 



Bekas lilin putih ni BB beli dekat Romantika ~RM 59.90 
Lilin dekat Jusco ~RM1.90 sebatang
Pasu Putih dekat Ikea ~ RM 2.90 satu
Bola daun hijau dekat Romantika ~RM 4.90 satu




   

Bunga Lily segar ni BB beli dekat kedai bunga petaling street
sebungkus rega rm 25.00
ada 5 tangkai
1 tangkai ada lebih kurang 5-6 kuntum

*dlm gambar cuma ada 3 tangkai sebab 2 tangkai dah bawak g opis*






Cuma ruang menuju meja makan ajer yang belom settle lagi.
Masih kosong
Insyallah dalam perancangan kami berdua.









* Pst : Rega yang BB letak tu bukan niat untuk BB menunjuk-nunjuk pon...nampak tak mewah pon!
   Cuma sekadar berkongsi maklumat jika ada yang berminat nak beli dekat mana dan harga nya :)



15 October 2012

Scan 2D, 3D 4D yang murah



Tahukah anda apa itu scan 2D? 3D 4D?

Dulu yang BB tau ialah 2D scan gambar yang nampak hitam-hitam tu.
manakala 3D 4D yang nampak muka sebijik-sebijik tu macam gambar real.



scan  3D 4D

paling real nampak yang girl or boy tu...
hehehe
sooo tomey..
ishhh tak malu!


  
scan 2D


sumber : 3D 4D Scan Malaysia


Nak tahu perbezaan antara 2D dan 3D 4D??
Sila klik sini

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis scan.
Ada yang basic dan ada yang detail scan.


BB dapat satu info klinik yang menawarkan harga yang berpatutan untuk scan 3D 4D yang murah.

Rata-rata klinik yang BB dah servey harga untuk scan 3D 4D ini semuanya rm150 keatas.

So bila dah dapat rega yang ok apa lagi, terus la BB buat appointment.
Kena buat appointment melalui online.
Buka aje web site 3D 4D Scan Malaysia
Senang..semuanya di hujung jari anda.
hehehe

Ada 3 tempat klinik yang mereka telah set kan di sekitar kl dan selangor bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin membuat scan ini.
Antaranya ialah di Ampang, Sri Kembangan,Shah Alam

Naseb baiklah ada yang dekat dengan rumah BB.
Betoi-betoi jalan nak masuk kawasan perumahan BB.
Poliklinik An Nisa Sri Kembangan berhampiran dengan Giant Equine Park.
hehehe I likeee...

Untuk  scan 3D 4D bayaran yang dikenakan adalah rm100. 
Siap bagi cd video pergerakan baby dan gambar baby yang di print.
Yang bestnyer kalo tak nampak muka baby dorang akan buat sampai baby tu nampak dan tiada charges dikenakan.

So BB punya appointment ialah pada 18 oktober 2012
Masa yang BB pilih ialah antara 6.40 petang

 Ada sape-sape jugak ke tempat dan tarikh yang sama dengan BB?
Boleh lah kita teh tarikkk satu lepas tu..
hehehe





Hermmmm
Tak sabar ibu dan ayah nak tengok baby macam mana ropenyer..
Ikut ayah atau ibu ?
:)


Yang penting anak ibu sehat....
itu saja!





06 October 2012

Warehouse SALE ~ My Dear



Pada bakal ibu atau yang sudah bergelar ibu...
Berita Warehouse Sale My Dear pasti di nanti-nanti...

Macam BB..dah lama BB tunggu untuk memborong barang keperluan baby first ni.
Dengar cerita kalau kita beli time warehouse sale ni, kita boleh dapat harga less 20% dari harga biasa.
Sapa taknak kan?

Nak beli hari biasa pon boleh..tapi takde diskaun.
Barang yang kita pilih pulak boleh dilihat melalui katalog sahaja..
Bagi BB macam tak puas selagi tak tengok dan belek apa yang patut contoh barang yang nak dibeli.
Nak kena perati betoi-betoi.
Hehehe...

Macam haritu BB pergi kat gudang dia (time takde warehouse sale)
 harga di kira murah lagi berbanding dekat pasaraya.
*untuk makluman kebanyakkan peniaga yang jual barangan baby memang ambil stok my dear dekat sini.

Cer kalo kita pergi time warehouse sale ni...dah la murah pastu dapat lagi less 20%.
Selain itu barang-barang yang dijual juga di display depan mata.

My Dear Warehouse Sale ni selalunya dia buat 3 kali setahun...
Yang terakhir untuk tahun 2012 ni ialah pada 25 Oktober 2012 sehingga 4 November 2012.


Kat mana lokasi My Dear?

Alamatnya ialah :
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd (MY DEAR). CO. No. 281814P
No.34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.


Kalo nak beli online pon bole.
klik ajer


Hermm tak sabar nak pergi.
Memandangkan BB dengan suami mungkin tak balik kampung raya haji ni,
so coti  3 hari tu boleh di manfaatkan untuk mencari barang-barang keperluan baby.

Aim BB pada warehouse sale ni ialah baby cot dan stoller baby...
 :)














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...