Pages

29 October 2010

Maksud Dilarang Memotong Ketika Hujan



Hujan pagi ini mengingatkan saya keadaan ketika hujan di Melaka...ketika saya di sebuah perkampungan yang tenang dan sunyi. Ketika hujan sedang turun membasahi bumi. Dimana kebanyakkan orang kampung hasilnya menoreh getah...bila hujan tak dapat nak menjalankan tugasnya.Kerana kalau memotong..hasilnya sia-sia :)
(Kerana air hujan itu akan menyebabkan susu getah tidak berharga)

19 October 2010

Istimewa Buat Semua Sahabat Ku



Tegur aku jika aku mulai sombong…
Tegur aku jika aku mulai angkuh…

Kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu…

Hari ini, esok dan selamanya……


Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...
Saat tangan terluka, mata menangis.
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...





Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat/rakan /kawan saya!

11 October 2010

Tetamu Undangan 101010

Bukan cerita jemputan perkahwinan angkasawan tuh lah..tetapi kisah disebalik tarikh 101010.Kisah saya di kampung orang..hihihi :) Bukan tak pernah ke kampung orang,malah banyak kali dah time zaman mude remaje dulu (saya kan gile berjalan,sume kampung orang dengan tak malu saya masuk) tetapi Pengalaman ke kampung ini sungguh istimewa kerana SAYA adalah Tetamu Undangan Khas...terima kasih pada tuan rumah ye :)


Perkampungan saya di Kampung Tedong Merlimau Melaka selama 3hari 2malam itu cukup bermakna bagi saya...mula-mula sampai memang lah malu-malu miow tapi lama-lama dah rasa tak malu dah dan dah buat macam rumah sendiri plak. Siap bleh main kejar-kejar plak dengan itik...(sorry itik akhirnya kau berjaya ditangkap untuk dijadikan lauk tengahari saya)




Layanan yang cukup istimewa kepada saya oleh mak tuan rumah,kakak tuan rumah dan anak buah tuan rumah (yang paling best tu sebab menu makanan dia memang peberet saya ...tapai pulut n kari itik...walaweee) Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah kerana bersusah payah mengejar dan mengorbankan 2 ekor itik.

Sungguh ramah tamah keluarga ini..kalau bercerita bagaikan saya juga ahli keluarga mereka.Hingga kan buat malu saya hilang dan saya tak segan silu dah..terima kasih kerana tidak menganggap saya seperti mahkluk asing..hihihi

Banyak xtvt kat sana yang buat saya rasa sungguh seronok bangat..antaranya ialah:


Wah dah lama tak tengok dapur cenggini...ermm ini yang bestnyer dok kat kampung nih.Selain badan bau asap,hidung tersumbat asap dan baju berdebu ketika nak hidupkan api.


Lepak-lepak dekat pondok durian ketika matahari tengah terik dan rumah tengah panas..port paling baik mengelak diri dari menjadi seperti cacing kepanasan



Berjalan-jalan melihat sawah yang indah
(acara wajib ialah menangkap gambar)


  • Melihat bagaimana proses jual beli getah scrap! wey saya rasa nak jadi penoreh getah lah sebab hanya dengan timbangan sebesar 2 tong cat anda boleh dapat dalam rm 100! bayangkan ada dapat getah scrap bertong-tong sehari?atuk kaya jawabnyer...
  • Bermain satu permainan baru iaitu PITANG...yang xbestnyer saya always kalah!! tak aci!
  • Makan berdua-duaan (so sweet) di bawah pangkin menikmati lunch tengahari lauk itik yang sendiri sembelih, proses, dan masak..sambil mengelap peluh yang menitik.
  • Lepak-lepak di depan rumah pada waktu malam sambil-sambil terdengar bunyi-bunyian yang agak menyeramkan sehingga tengah pagi buta..(sungguh romantik ketika ini)
  • Pergi tandas di waktu pukul 2 pagi ditemani oleh seseorang..naseb baek!

Kata tuan rumah "jalan wakaf 2 tuuuu...jalan menuju ke kuburrrr!!!" haiyooo...signboard ni betoi-betoi belakang rumah tuan rumah..(sebab tu mintak tuan rumah temankan ke tandas!)

Dan kenangan terakhir sebelum berpisah pada malam itu ialah terhantuk kepala ketika sama-sama nak cium tangan semasa bersalaman...hahahaha (sampai la ni saya akan gelak sensorang kalau teringat detik itu) dan of course kena ulang balik proses salam menyalam ini..di dahulu oleh saya sebagai tetamu undangan mencium tangan tuan rumah sebagai tanda kasih saya pada tuan rumah :)

Terima kasih ye tuan rumah kerana menjemput saya ke rumah anda...
Sila lah ke rumah saya pula..insyallah layanan yang sehabis baik akan saya cuba beri pada anda sebaik layan tuan rumah kepada saya.
Insyallah...



KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH KITA MENUMPANG MANDI KALAU ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI :)

07 October 2010

Langkah Seterusnya....

Perjalanan Yang Jauh bermula dengan satu langkah...
Langkah pertama..kemudian langkah yang seterusnya.

Perjalanan yang pastinya akan menempuhi rintangan dan dugaan yang maha hebat.
Samada aku berjaya mengatasi halangan itu atau kecundang jua akhirnya...

Kini aku cuba untuk mencari persamaan dan memahami perbezaan .... :)

Ya tuhanku hanya Engkau yang mengetahui yang terbaik untukku...
Engkau sedang mengatur kehidupan ku..

"Ku minta kepada Allah setangkai bunga segar,Dia beri Kaktus berduri..
Aku minta kupu-kupu diberinya ulat berbulu."




"Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik."



Kerana aku tahu Engkau tidak memberi apa yang aku harapkan,
Tetapi Engkau memberi apa yang aku lebih perlukan pada saat dan ketika yang sebenarnya..

Itu jalan ALLAH, indah pada masanya..