Pages

30 November 2011

Perabot Oh Perabot


Giler nengok kedai-kedai perabot yang tengah buat sale end year nih…
Lagi giler bila tengah rancak buat dua-dua persiapan..
persiapan kawen dan persiapan nak masuk rumah.

Asal  lalu jer kedai perabot di tepi2 jalan..mesti nak kena toleh.otomatik gitu..always! Mata lilau-lilau tengok promosi hujung tahun ni.
Kalo lah BB ade duit rm1 juta…ermmm sume barang BB sapu. Itu nak, Ini nak, sampai en tunang geleng kepala nengok perangai BB..katanya “BB dah jadi tak tentu arah kalo masuk kedai perabot” …..ngeh ngeh (senyum ajer lah…bini ko jugak nanti tu)


Kedai 1

Baru-baru ni BB pergi warehouse Fella Design..saje suka-suka nak nengok sebab aritu ader terbaca sorang blogger ni citer pasal warehouse Fella Design ni.Macam-macam ader.dari segi sofa,set bilik tido,kerusi makan,tilam dan macam-macam.
 
Ingatkan rega-rega dia mampu beli tapi…..
Mak aiii,rase2nyer kena buat OT siang malam ni baru bleh miliki perabot2 dia..
(untuk diri BB dan en tunang lah)

BB sebenarnya nak cari set bilik tido..
off course lah sbb Itu perkara paling penting bagi org yang baru nak kawen kan. .
kuang kuang kuang. 

BB minat set kaler putih..memang cantek2 designnyer..tapi senyum ajer lah kalo nengok rega nyer…sume atas 4riban jerrrrrr.
So kita layan ajer lah gambar-gambarnyer.
Tak dapat beli, kurang-kurang dapat gambar ajer, jadi lah (nangis dalam hati)



Kalo minat yang zaman -zaman dinasti... pon ader






Hermmm...sofa katil camni rega dekat 7riban?? BB pikir 10 kali lah kalo nak beli. Ahaks!





Meja makan memang cantek-cantek...sesuai dengan rega nyerrrr!!

sila telengkan kepala anda..kerna BB terlupa nak rotate gambar lampu ni :D


Bantal-bantal dan lampu pon ader.Kita bole nak kaler dan design ape.Cuma cakap jer kat org Fella Design ni dan jangan lah lupa sediakan duit yang mencukupi yer :D


Kedai 2

Kedai ni terletak dekat Jalan Kuching berhampiran dengan Bulatan Batu Caves. Sape-sape dari arah KL,kedai ni belah kiri anda yer sebelum bulatan tu. Banyak sungguh kedai perabot kat sini.Pilih jer nak masuk yang mana..dalam banyak-banyak kedai ni, BB terbekenan dekat satu kedai ni, rega tak lah mahal sangat.Berpatutan dan mampu milik ler…



Seperti biasa set bilik tido putih menjadi focus utama…ermm yang ni memang cantek.Dah terbekenan! *Wink*
Rega RM 1800++ (Divan dan tilam 10”)
 
 

  Kemudian set meja makan pon terbekenan jugak. Boleh pilih kaler kusi dan kaler meja yang kita nak. *WinkWink*
Rega Rm1500++


 Kerusi  ni
*WinkWinkWink*
Rega500++
   


Dan Yang Last ni..
Rak TV dan Meja Kopi ni* WinkWinkWinkWinkWinkWink *
Rega dua menda ni RM1500++

*** Tolongggggggg sume nak!!




16 November 2011

Inai

Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata
-S.Jibeng


Wahhh kelas u.Siap lagu S.Jibeng lagi!

Bukan ape kali ni BB nak citer pasal inai plak. 
Yer nak jadi b2b ni, inai adalah satu perkara yang wajib jugak kan kan kan...

Kalo kita wat majlis kenduri kat KL of course lah takde masalah nak buat inai yang kerawang-kerawang tu kat tangan.Alaa...yang corak-corak bunga  penuh satu tangan tu.
Pergi je kat masjid india tu,kat tepi jalan tu.Berlambak sungguh.Tak yah kita panggil dia nak buat,dia plak yang panggil kita tanya nak buat ke idak.

Tapi kali ni BB nak share sket pada b2b yang nak buat inai camtu tapi bukan area KL. Maksud BB di sini, ialah kalo kita buat majlis kat kampung halaman nun jauh di sana.
Ye lah takkan nak pakai inai awal-awal kat KL, pastu kena balik kampung awal.Paling kurang sehari atau dua hari sebelum majlis.
Pastu comfirm-comfirm lah kita akan cuti lama sebelum majlis, nak uruskan apa yang patut nanti. Maka nanti inai tu akan hilang dan pudarlah warna nyer.Secara otomatiknya kurang lah seri kita nanti. Sapa sanggup hilang seri time majlis???oh tidakkkkkk...

Ceriteranya bermula apabila kakak BB nak kawen aritu dekat kampung. Dia siap nak tempah kat india depan rumah tu suruh buat. Bila tanya upah , mak datuk punyer lah mahal RM70 untuk buat inai camtu. (Kalo kat KL RM10 jer)
Ini dah kalahkan pasaran KL ni.Tak bole jadi.

Maklumlah b2b ni kena jimat selagi bole jimat.

So BB ada caranyer. 
Kalo kita tahu cara,silap-silap kita plak bole buat ukir inai kat tangan orang.
Bukan sahaja senang,mudah,murah malah Jimat...itu yang penting! 



Beli sticker corak -corak inai ni kat Mydin ~rega RM4.50 jer
Guna inai jenis RANI ini. Beli kat Mydin jugak ~rega RM2.50
Lekat sticker atas tangan dan penuhkan ruang-ruang kosong dengan inai.
Ruang kosong yang telah di penuhkan dengan inai. Biarkan dalam 15minit atau setengah jam sahaja.(Kalo lama akan bertukar menjadi hitam)
Basuh dahulu dengan gunakan kan air yang perlahan, kemudian  baru dibuka sticker tersebut.

Tadaaaaa...hasilnyer!
Total Cost : RM7.00 ajer
(pastu bleh buat banyak tangan dan banyak kali...of course yang dok jeling kat tepi kita time kita pakai inai tu pasti tersenyum sampai ke telinga sebab dia pon dapat pakai inai jugak!)


JIMAT RM70!!!!!!!! senah oi....


***  Anak buah BB yang 'jantan' pon nak pakai inai jugak!!

 

04 November 2011

Guest Book @ Buku Tetamu

Sekarang ni BB tengah dok servey-servey guest book a.k.a buku tetamu.
Tengok sume b2b sekarang wajib ada guest book ni. 
Selain sesuatu kelainan,ia nya juga sebagai kenangan pada kita satu hari nanti

Mungkin kita tak sempat @ tak perasan sedara mara / kawan-kawan opis/ kawan-kawan sekolah / kawan-kawan U / X-boyprend  datang ke, sebab kita time tu :
  1. maybe tengah sibuk make up,
  2. maybe juga tengah dok sibuk tersengih atas pelamin atau juga 
  3. maybe tengah sibuk dok pelahap dengan rakus nyer di meja makan pengantin sampai tak terperasan kelibat-kelibat mereka ini..
So sekiranya ada jejak / pesanan penaja dari mereka di dalam buku ini, 
maka kita akan tahu sapa yang telah hadir di majlis kita ni.

BB pernah kena ~ BB datang majlis kawen sorang hamba ni. 
Siap salam dan cium-cium pipi lagi dengan pengantin.
Pastu lepas beberapa minggu, BB jumpa dia, dia bole tanya kenapa BB tak datang kenduri dia.
Aisehhhhhhhh.....
tapi takper BB paham, mana ada masa nak cam sume orang yang hadir.
Hehehe.

Kesimpulannyer bagi mengelak BB menjadi malu seperti itu, 
maka haruslah buku ini BB adakan dekat majlis BB nanti.

Ini antara yang BB sempat servey.

Kalo nak tempah, tak nak pening-pening kepala.
Cantek sangat-sangat idea mereka.
Bole buat ikut our request!
Pantas betul membalas email kita.



atau juga bole tengok idea-idea bekas b2b ni






01 November 2011

Gubahan Meja Makan Pengantin Ala-Ala BB

Entry kali ini adalah mengenai kelas gubahan bunga ala-ala BB.


Disini BB akan tunjukkan bagaimana cara nak gubah 
bunga meja makan pengantin ala-ala BB yer 

Kena ada bahan-bahannyer:
  1. Span bunga oasis (BB beli kat kedai bunga Petalng Street) ~ rega RM 9.90
  2. Bunge-bunge ~ BB beli kat SINI
  3. Gunting
  4. Dan lain-lain yang di rasakan perlu bagi memudahkan kerja kite (contohnyer orang suruhan yang bole~tolong amik ni kejap,tolong amik tu kejap..hehehe)

 Langkah-langkahnyer :

Cucuk daun policias keliling span rapat-rapat

Cucuk bunga ros dan bunga kekwa yang dipotong pendek tangkainyer dan jangan luper selitkan antara ruang kosong dengan bunga peacock(bunga putih kecil) tu.

Makesure cucuk bunga tersebut dengan sekata dengan jarak yang sama

Siap pon 2 set bunga ni.Kalo nak cantek cucuk bunga orkid bawah pokok  kekwa tu.


Pastu letakkan dekat ujung meja makan dan cucuk kan bunga orkid panjang-panjang seakan-akan menjurai.


Tadaaaa...ini lah dia hasil gubahan meja makan pengantin ala-ala BB yer!





 *** Roper-ropernyer kaum adam family BB ni minat menggubah. Ada bakat terpendam selama ini yang dirahsiakan.Nampak jer macho..tapi dalam hati ada taman bunga jugak.hehehe