Pages

28 May 2012

Pameran Raja Kita @ Istana Negara

BB berkesempatan melawat pameran ini..
Ingatkan dorang buka satu istana untuk kita lihat tapi rope-ropenya balairung sahaja yang dibuka.
Keciwa sungguh BB!

Ingatkan dapat lihat bilik tidur diraja ke...dapur diraja ke..ruang tamu diraja ke...
seperti di Galeria Sri Perdana (Bekas Kediaman Rasmi PM~ semua boleh tengok. Baru tau macam mana kehidupan orang-orang besar ni.Paling best tengok almari baju dorang...perghh besar satu rumah BB! ~
tapi semua tu tak di pamerkan di istana lama ni,hanya seperti di muzium jer.

So bagi sape-sape yang tak berkesempatan boleh tengok gambar-gambar ni.






Baca syarat-syarat tu dengan teliti yer






Ni pintu istana.Dapat tangkap luar ajer lah.Dalam takleh masuk


 Idea untuk langsir rumah..Ahaks!!







Kalo budak sekolah mesti depa tau menda ni.
BB dah tak bape nak ingat.
kalo tak silap bunga emas~ ufti ke negara china







Teringin benor nak bersanding lagi sekali nengok singgahsana ni.
kehkehkeh









Alat kebesaran yang hanya terdapat di istana bukan dirumah-rumah orang yer.


Koleksi antik..
Hermm orang lama kan..barang pon mesti lama jugak.



 
Antara lukisan dengan logo sebenar.
Ada perbezaan tak?cer teka...



Sebelum balik, wajib tinggalkan jejak dulu okeh!









Kalau ada yang teringin nak masuk istana tu,
jangan lepaskan peluang kerana tarikh pameran ini akan berakhir pada 15 Jun 2012.

Cepat jangan terlambat!

26 May 2012

Loropetalum chinensis var rubrum


Loropetalum chinensis var rubrum
 ~nama saintifik
tapi 
BB panggil pokok loro je



Satu lagi pokok special BB yang sedang lebat mengeluarkan bunga...

Memang berbunge-bunge lah hati ni nengok pokok sedang rancak berbunga





 Kelebihan pokok ini ialah
Daunnyer warna ungu gelap
Bunganya warna pink terang

Agak berbeza dari pokok yang lain kerana kebiasaannya daun bewarna  hijau sahaja

Amat mudah menjaganya.
Siram + trim + baja sesekali


Kebiasaannya di kebanyakkan tempat ianya ditanam seperti pokok pagar.
Contohnya di lereng tirai Jalan Mahameru


Bagi mencari kelainan BB beli yang berbentuk topiari.



kena rajin trim supaya shape/bola bulatnya tak lari bentuk ;)



 dan kerja-kerja trimming siapa yang buat??
off course lah BB yang buat :) ~setakat harini lahhhhhh








*** lepas ni nak cari plak pokok kesinai topiari..bior ada bola bulat kaler hijau juge!

23 May 2012

Janggut Adam @ Tillandsias Usneoides



Ni pon salah satu one of my favourite flower BB.

 

Orang panggil janggut adam or janggut hantu ni eh?

entah la makin banyak tanya orang,
makin banyak plak jawapan yang berbeza-beza diterima.

tapi yang pasti nama sebenar kepada pokok ini ialah  Tillandsias Usneoides

BB mula berjinak-jinak untuk membela pokok ni.
Baru sket je yang tergantung dekat rumah BB.
Kalo tak silap ada 5jambak@ikat jer

Insyallah,
bila ia semakin membiak dan membesar bagai johan,
BB akan share satu hari nanti.


Keistimewaan pokok ini ialah ianya tak memerlukan tanah.
Cuma gantung saja dekat dawai dan siram.
Itu sahaja.
Sangat-sangat senang okeh.



contoh untuk gantung seperti ini




Meh kita nengok idea-idea dari pokok ni.
Sungguh kretip!

Nampak macam takde nilai
tapi bila dah di designkan..
Siapa sangka??




Awesome sungguh!!

Nak buattttttt cam gini....














 
 Hehehe
 Idea paling best~ kesimpulan kepada mereka yang suke pakai rambut pelesu tu!








Tak sabar nak design-design pokok ni kat rumah.
















22 May 2012

Hasil Salam Kaut..hehehe


Salam Kaut

Adat atau satu kemestian sekarang?
 rata-rata majlis kahwin sekarang 'wajib memberi' pada tuan rumah
walaupon kadang-kadang niat ikhlas tuan rumah semata-mata hanya ingin menjamu tetamu 
dan mengkhabarkan berita tentang pernikahan anak mereka.

dan begitu juga
keikhlasan para tetamu menghulurkan sumbangan 
walaupon bukanlah satu kemestian oleh tuan rumah kepada tetamu.





Tak kira lah berapa banyak yang anda dapat, 
sedikit sebanyak ianya dapat mencover balik perbelanjaan majlis anda itu!





 BB tau entry ini sepatutnya tak patut di post!

Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk 
tapi
 sekadar berkongsi gelagat family BB tempohari.

hehehe

rupa-rupanya seronok bercerita tentang duit dalam keadaan ni.
macam-macam lawak terkeluar 
walaupon dari seorang yang tak pernah buat lawak sebelum ini.


~cer tengok budak kecik yang kat tengah tu!
dia dulu yang tolong asingkan duit-duit tu.









Tengok gelagat anak buah BB
Ini baru betoi dikatakan tido dalam duit!
katanya dia nak semua duit yang kaler biru ni.Nak buat beli mainan.
Naseb baek lah ko cakap nak kaler ni..cer kalo ko cakap nak kaler merah or hijau tua?









BB rasa macam tak kena bila pergi majlis kahwin orang takde sampul!
Anda pula bagaimana?








18 May 2012

Review ~Aku Terima Nikahnya... :)






Saat dan ketika itu...

Alhamdulillah
sekali lafaz ajer!

:)

16 May 2012

Kesidang @ Vallaris Gabra

Pernah dengar  orang berkata-kata
 "Hati tengah berbunge-bunge"?

Yeayyyy
 sekarang memang hati BB tengah berbunge-bunge.
Nak tau kenapa?

ehhh
bukan sebab peknan ler,
tapi sebab

 pokok bunga yang paling BB sayang telah mengeluarkan bunge sulungnyerr.
Selain itu adalah kerna baunya.
Bau pokok kesidang sama macam bau pokok pandan.

Dulu lama BB jaga kat opis, tak pernah berbunga pon.
Lepas tu masa nak alihkan dekat rumah BB, sorang mandor BB trim.
Katanya senang nak angkat dan mesti berbunga lepas tu.

Memang betoi kata-kata dari orang yang berpengalaman ni.
Selang beberapa hari, pokok ni memang berbunga.

Petua untuk bagi pokok kesidang ni selalu berbunga ialah  kita kena rajin trim pada pucuk atau dahan yang lama.
Kemudian pucuk yang baru akan keluar dari dahan yang kita trim tu.
Ini menjadikan pokok itu rimbun dan punya pucuk baru yang banyak.
Selain itu, faktor air dan cahaya jangan lupa.
Pastikan ianya menerima air yang mencukupi dan cahaya matahari terus.



Meh kita tengok pokok kesidang BB ni.


 Dahan yang BB trim akan mengeluarkan pucuk yang baru.


 Hari demi hari, pucuk ini semakin membesar bagai johan


Tengok
Tak sampai sejengkal pon pucuk baru ni dah keluarkan anak bunga


Menunggu masa untuk kembang semangkuk :)


Yaaaa ituuuu dia my first baby


See
dah penuh dah dengan bunga.
Kalau ikutkan pokok ni kecil aje.
Tapi bunga punya lah penuh.
Setiap hujung pucuk boleh dikatakan mempunyai bunga.


Bila BB buka tingkap bilik je,
 menerpa semerbak haruman kesidang masuk kebilik.

Wahhh,
I likeeeeeeeee!!


Semua orang yang datang rumah BB cakap laman rumah BB wangi.
Kembang kempis hidung ini menerima pujian.

kehkehkeh









*** BB tengah dok memikirkan kat mana nak tempah buat pergola yang harganya berpatutan sebab pokok ini kian membesar dan pucuknya makin meninggi di langit...