Pages

22 March 2013

Sawan Tangis>>> Gangguan Jin dan Mahkluk Halus??

Baby BB (Zara) asik menangis aje lepas abis pantang.
Nangis plak bukan sikit2..kadang-kadang lama hampir dekat sejam.
Risau nya jangan cakap lah.

Nak mandi nangis, nak siap-siap lepas mandi nangis,
Duduk depan tv nangis, letak dalam buai nangis, letak atas katil nangis.

Pendek kata,
tido dan minum susu aje dia tak nangis

Penah sampai 2 kali BB pergi wad kecemasan malam-malam buta sebab dia nangis tanpa henti.
 Ingat kot-kot dia sakit..
sakit yang kita tak nampak macam sakit dalam badan ke.

Ye lah baby ni kalo tak lapar, kembung perut dan berak dia takkan nangis.(kata mak BB lah)

Lepas tu satu lagi,
tidonyer tak lama dan tak lena.
punya payah nak bagi dia tido..alih-alih dalam 10 minit or 15 minit pasti dia akan menangis.
Macam kena cubit aje nangisnya.
Mata tertutup nak tido. 
Puas cuba bagi Zara tido atas katil tak mahu.
Lepas tu letak dalam buaian.
siap beli lagi tempat enjut-enjut tu ingatkan dia nak tido berenjut.
tapi semua nya tak berkesan.

BB perasan Zara asik pandang ke atas je.
Pandang ke siling..kemudian matanya melilau tengok keliling.
Kadang-kadang dia macam tengok sesuatu dekat dinding lepas tu dia akan menangis.

Puas dah BB cuba dapatkan air penawar dari macam-macam ustaz, 
ikut petua-petua orang tua-tua.
tukar nama / langkah depan bendul pintu / pusing beras dkt kepala 
azankan dikepala / baca ayat kursi & 3 kul
sampai nama panggilan zara pon tukar kepada Putri sempena dengan maksud zara tu.
Namun nangis zara masih sama.


 sehinggalah BB terbaca dari seorang blogger ni


  kesemua tanda-tanda itu memang ada pada zara.




 Sampai ketahap ini

 BB dan suami masih berusaha mencari ubat dan penawar untuk zara.
kata orang belum temu jodoh atau belom serasi dengan zara.
sebab tu tak baik-baik lagi.



Sian anak ibu.
Sabar ye sayang, 
ibu dan ayah tengah berusaha mengubati zara.
Insyallah Zara pasti akan sembuh.
Itu janji ayah dan ibu


Kalau di ikutkan umur zara ketika ini (3bulan)
Sepatutnya mulut zara dah bising berbunyi
Sepatutnya dia mudah senyum dan ketawa bila di agah.
Tak mudah menangis bila dibiarkan keseorangan atas tilamnya.

Sedeh ibu nengok Zara tak macam baby lain.
Cepat lah besar yer sayang..ibu nak "penyakit" Zara ni hilang cepat
Supaya ibuayah, opah, kakak aira dan abang anas boleh bermain-main dengan Zara.





Pesanan Penaja:

Ibu setia menunggu dan menanti ketawa dan senyuman zara yang pertama..Tak sabar nak tengok!

19 March 2013

Im back!


Assalamualaikum
dan
Haiiiii


Wahhh
Rindunyer pada blog BB ni.

Dah lama tak bertandang kerana sibuk mengatur hidup yang agak kelam kabut sedikit selepas kelahiran putri sulung BB.

Biasalah nak membiasa kan diri dengan perkara baru memang mengambil masa.

Tambah-tambah lagi keadaan dan situasi  tidak seperti yang dijangka


Pendek kata kehidupan selama/sebelum ini  semuanya
 berubah 100% !



kehkehkeh
begitulah yang boleh digambarkan keadaan BB selama 3 bulan kebelakangan ini.

BB akan kembali dalam arena blogging secara slow n steady yer.
Maklum lah putri BB ni lain macam sket.
Nanti BB cerita okeh!


 

pesanan penaja:
Maaf pada yang hantar email bertanya soalan..BB tak dapat nak balas.
kerna Email BB tak boleh nak buka.
Taktau kenapa.
Hermmm