Pages

30 October 2013

Bunga Segar Siap di Gubah


Misi mencari bunga untuk tujuan nak bagi dekat staff sempena pembukaan saloonnya.

Mula-mula BB cadang nak gubah sendiri jer.
So macam biasa pergilah kedai bunga kat Petaling Street tu.

Dah beli la bunga jenis Garbera, Pink Baby Carnation dan Purple Staticec budget nak gubah sendiri.
Tapi tak bape nak kompiden plak kali ni nak gubah.
Takut tak cantek.Malu mak nanti.
Yelah selalukan bunga yang orang bagi akan dipamerkan dekat depan kedai or kaunter semasa pembukaan.

Alih -alih ternampak bunga yang siap digubah dalam bakul.
Cantek pon cantek.
Bila tanya rega.
Taklah mahal pon.Boleh lah.
So apa lagi sambar juga bunga yang ini jugakkk.

Itu lah pompuan!
Tambah BB ni kalo pergi kedai fresh flower, rasa nak terbeliak biji mata tu.
Rambang sungguh.Sume nakkk...



Garbera Oren siap digubah ini reganya RM45.00
Ada 10 kuntum bunganya.
 
Tak lah malu kalo nak bagi kat staff tu
hahahaha







APA JADI DENGAN BUNGA YANG DAH DIBELI TUUUU?




 Jangan risauuu
Pasti BB tidak akan sia-siakan ia!

So ini lah hasil gubahan sendiri.
Walaupon tak lah bape cantek macam bunga yang siap digubah oleh pekedai tu, tapi boleeee lah di pamerkan dalam rumah sendiri.
Ahaks!

Last-last letak kat atas meja tv.
Sambil tengok tv bleh la jamu mata dengan kaler-kaler bunga ni.




Yang ni BB letak kat atas meja makan



Kan banyak lebih kalo kita beli bunga asing-asing ni.
So ini sebahagian jugak lah yang dapat BB gubah.
Dalam  3 pasu semuanya bleh gubah.
Yang pasu lagi satu tu mana ntah gambornya.
Tak jumpa plak bila nak mencarinya.



28 October 2013

Peti Ais Kecil vs Peti Ais Besar


Dulu masa mula-mula kawen, rasanya peti ais ni dah besar dah.(290liter) beb..time tu lahhh
Yelah hiduo berdua.Barang pon tak banyak.
Sejak bertambah ahli kecik ni..mak ai terus tetiba rasa peti ais yang ado sempit sangat-sangat.
Alasan!
kehkehkeh..



Sebenarnya peti ais kecil jenama samsung ni BB beli masa bujang dulu dalam rega rm1200.
Memang lah rasa ok sangat-sangat.
Masak pon jarang. So barang tak banyak nak isi.
Kalo isi pon menda-menda tak pak edah jer..cam cekedis, air-air kotak, fast food.
Banyak kosong dari berisi...

Tapi sekarang!!!

Mak ai rasa kalo peti ais tu boleh menjerit dah lama dia jerit jangan dok sumbat macam-macam.
Paling parah bila mak BB datang rumah.Dia kan suka memasak.Selalu beli barang untuk stok seminggu.
So kalo pergi pasar tu, kadang-kadang terover beli banyak barang basah..pehtu balik rumah, garu-garu kepala nak sumbat kat mana dah dek kerana dah over limit..
Mula lah barang-barang yang tak bape nak penting kena kuarkan dulu untuk bagi laluan pada barang yang lebih memerlukan..uishhh jenuh nak mengemas!!


Aritu pergi rumah abg tengok peti ais dia besar jugak..kalo tak silap dalam 360liter kot.
Jenama Panasonic yang freez dia kat bawah tu.. stail baru
Berangan-rangan nak beli satu.
Sembang punya sembang dengan abang dia pon cakap peti ais dia tu dah rasa macam kecil jer.
Ai anak baru dua anak, peti ais dah rasa kecik?
kehkehkeh..lain la kalo size baju tu den cayo.

So kesimpulan BB buat :
Alang-alang  nak beli baik beli yang besarrrrrr terus.Kalo tak nanti, nyesal tak hengat!

Servey lah 2,3 kedai..
Memang banyak display u.
Rambang bijik mata ni nengok.Nak terkeluar bijik mata tu.
Semua nak..tapi bila pikir budget terus biji mata ni mengecil balik :D

Pergi satu kedai elektrik kat pekan cina di Sri Kembangan tu.
Ternampak lah peti ais yang macam almari tu.Jenis buka side by side.
(650liter)

 
Ohoiiii..
Idaman BB dari dulu.Selalu kan mahai peti ais cam gini. 
Nengok rumah orang-orang kayer je yang pakai.Tak mampu..sob sob sob.
Macam-macam patern.buka 2..buka 4. Semua ado.
Makin besar makin mahai lah reganya..ikut jenama.sume rega rm3500 keatas..ada yang sampai 10k!!
Huh gilak ke apa??


smart kan?



Tapi BB terpandang satu peti ais jenis ni.
Jenama Sharp
Just nice size dia.
Kalo nak banding yang lain.Dia lebih small sedikit.
Sesuai lah dengan dapur kecik BB tuuuu.
Rega asalnya dalam rm3200..
Design pon smart jer.macam TERbekenan dah!!!



Side kiri tempat ais manakala side kanan tempat biasa.
Kalo peti ais biasa tu kan tempat ais kat atas..macam terhad je kan.
Yang ni hah..nala punya besar.bape tingkat tu ko nak letak ikan, ayam, daging pon boleh.Takde hal lahhh!
Kat bawah tu yang berloker tu boleh simpan yang 3-6 bulan punya stok cam frozen food.
Tempat sayur pon ada 2 rak kat bawah belah kanan tu.Kira tersusun lah jugak


COMFIRM !!
I likeeee it


Deal punya deal dengan amoi tu..
So dia cakap kalo beli cash dia boleh bagi rm2980!
Ape?? biar betoi...
Apa lagi kredit card kan hado! ok set dengan laki BB terus sambar.
Beli arini..lusa dah dapat.Baguih betoi kedai ni.Pantas dan tangkas!

Patut lah selalu BB nengok ramai orang kat kedai ni.

Dapat lah free gift bekas kaca isi makanan~microwave 
Mula-mula demand nak barang elektrik.
Tapi amoi tu dah takleh nak tolong coz rega dia bagi tu dah paling rendah.
Ok ler dari tak dapat apa-apa kan?



Alhamdulilah
Impian nak peti ais macam orang kaya-kaya tu dimakbulkan..
hahahaha



Tengok kebesaran peti ais baru dengan kekecilan peti ais lama.
Sungguh terasa perbezaannya.



Kot lepas ni kalo laki bini tengah panassss akibat bergaduh..
masing-masing boleh masuk sebelah menyebelah side by side nak sejuk kan diri.
kahkahkah


26 October 2013

Permulaan Edible Garden..< Taman (tanaman) yang boleh dimakan >

Duduk dekat rumah teres ni adalah siket tanah sekangkang kera kat belakang rumah untuk bercucuk tanam.
Tak besar mana pon ada la dalam 2'x10' jerrrr.

BB buat tanaman yang selalu BB guna untuk masak ajer dan senang nak jaga jerrrr.

Antara pokok yang BB tanam ialah :
  1. Pokok Kunyit
  2. Pokok Kari
  3. Pokok Pandan
  4. Pokok Limau Nipis
  5. Daun Kesum

Ye lah cuba bayangkan kalo masak kari tu...nak guna cuma bape helai jer daun kari tu..tak sampai pon setangkai kalo setakat buat lauk untuk 2 orang makan.
Dahhhh nak kena beli kat kedai..
Ala bukan mahal pon tapi kemalasan nak KE kedai tu yang buat pokok kari wajib tanam.
Dah lah laki BB suka makan kari..ate kalo seminggu 2,3 kali larat ke nak ke kedai beli daun kari?

Nape tak beli banyak-banyak dan simpan dalam peti ais?
BB dah pernah buat dah..
Time beli daun kari, tetiba teringin makan lain.so daun kari tak guna.alih-alih kering macam tu jer...
Udoh kena buang akhirnya

So bila dah tanam ni...anytime u can masak dear..hehehe
Petik jer...fresh gituu.




Tanah yang ada kita gunakan seabis yang boleh!
Sebab kawasannya tanahnya kecil dan tak dalam, so BB tanam dalam pasu ajer.



Ni lah hasil edible garden BB
Tengok tak susah jaga..
janji siram air tiap-tiap hari dan letak baja sesekali jer

Hasilnya...walawehh





Dari start berbunga hingga lah keluarkan buah...BB sentiasa pantau 
hehehe




Paling best tengok buah limau nipis ni berbuah
Pokok kecik jer, tapi buah dia..hah nala punya banyak.


Tadi time sarap dengan membe kat Tangling ada orang jual pokok-pokok munge dan herba kat kawasan parking tu.
Yang jual plak dari owner Rumah Anak Yatim Shifa
Katanya nak cari duit lebih tampung perbelanjaan anak-anak kat situ.

Tinjau punya tinjau ternampak pokok daun limau purut.
Herm memang lama dah cari.

Selain beli niat juga lah untuk sedekahkan kat makcik dan pakcik tu.
Moga dengan pembelian yang kecil ini dapat membantu mereka sedikit sebanyak 
:)

***
Sebelum ni, BB memang pernah membantu rumah anak-anak yatim ni dari segi khidmat nasihat landskap.
Memang sedih tengok anak-anak yatim ni.

So kalo ada sape-sape nak bantu bleh la telefon Hjh Che Tom 017-3387959
(owner dan penjaga Rumah Anak Yatim Shifa )





25 October 2013

Dapur Masak Rubine

 

Dulu masa kecik-kecik selalu berkenan dekat dapur rumah kawan BB ni.
Kawan BB adalah anak D.O (Pegawai Daerah) kat area kampung.
Time tu D.O ni memang kira macam orang kaya kampung ler.
Ada sebijik banglo besar..kira macam kuartes kerajaan la.
Asal pergi main je kat rumah dia, mak dia mesti jemput makan.
Time kasih untie...BB ingat sampai la ni.Baik betoi untie!
Selalu tengok untie masak guna dapur macam ni.
Pehtu tu la kalo masuk rumah orang kaya-kaya ni...mesti jadi jakun sket.
Rumah cantek...kemas..terbaek lah...
Budak-budak kan time tu.
Sume nak dibelek nyer...

Hehehe....So sweet!

Kiranya dapur idaman ni sebenarnya dari zaman budak-budak lagi tau!

Cehhh ...zaman budak idam dapor???
ko biar betoi BB...takde menda lain ke ko nak idam?
 :O

its long time ago...


BB beli dapur jenama RUBINE.


Sebenarnya dapur masak ni BB beli terlebih awal ....ada setahun dua lepas.
Percaya tak, time tu tak  plan pon lagi nak buat kabinet dapur! 
Memandangkan dah terbekenan sejak zaman kanak-kanak lagi ...tekad! 
Beli jer...

Satu hari jalan-jalan dekat Houz Depot depan Pertama Complex tu.
Lama jugak servey kat merata-rata tempat tapi disebabkan kat sini ada offer lagi BEST...
apa lagi terus sambar!




 digital...sentuh ajerrr

Corong asap atas ni orang panggil  Hood

Tujuannya adalah untuk menyedut asap masakan yang kita masak.
Selain itu juga, kalo kita tengah menumis cili tu, tak lah orang kat depan asik terbesin jer kalo kita masak.
hehehehe


Hood terbahagi kepada 2 jenis.
  1. Guna span (span di dalam corong akan menyerap minyak)
  2. Bekas minyak (minyak akan meleleh jatuh kedalam bekas ini)
*Bekas minyak: kat hujung bawah tengah-tengah segiempat kecil  tu*

BB pilih yang bekas minyak tu.
Senang nak buat maintenance.
Kalo ada minyak kita buka dan cuci jer.
Kalo guna span kena ganti baru bila span tu dah kotor penuh dengan minyak.








Yang ni plak (dapur masak) di panggil Hob

Yang ni standard macam dapor biasa tu jer.
Ada pelbagai jenis juga.
Makesure beli yang ada bateri.Senang.
Takyah lah kita guna pistol tu untuk hidupkan api.




Hob dan Hood Rubine ni BB beli dekat Houz Deport
(dekat depan Pertama complex)

Reganya RM1888 


Nak tau apa yang houz Depot offer time tu?

Beli dapur Rubine ni dapat percuma :


BBQ Gas Grill

 +

 5 pieces set periuk

 +

  Blender


 Apa lagi,
Terus sambar sebab banyak free gift!



14 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013



Selamat Hari Raya Aidiladha



iklas dari
BB + Suami + Zara






*** Thn ni kena raya kt KL jer..... 
:( sob sob sob



11 October 2013

Kenapa dan Mengapa?


Haiii

Ya ampun rasanya bertahun sudah BB tak share berita.
tapi sempat juga BB jeling-jeling blog kengkawan yang lain mendengar berita dan cerita anda semua,
cuma BB tak berkesempatan nak mengomen jer.


First : komputer asik rosak dan line internet tak bape nak ok
2nd : Menjaga baby pra matang ini sebenarnya amat-amatlah mencabar minda, jiwa dan raga.
Ulang alik ke hospital jangan cakap...stok cool fever wajib ada.Ubat-ubat dan penuh satu bakul.
Nanti BB share kan kenapa dan mengapa okeh.


Cuma buat masa ni amat terbatas masa yang ada untuk menulis dan berkongsi cerita dengan anda.
Sebenarnya memang banyak BB nak share.1001 cerita dan kisah.


Kepada yang bertanya soalan-soalan BB try sedaya upaya untuk menjawabnya..dan ada juga soalan-soalan BB masih pending untuk menjawab kerana perlu mencari maklumat atau info yang anda perlukan.
Mintak maap sangat-sangat yer kengkawan.


Buat masa ini BB cuma nak share sekeping gambar buat tatapan anda semua.
Cukuplah ianya menceritakan seribu penjelasan mengapa dan kenapa BB dah lama tak ber blog ni.




Ibu sayang sangat dengan Zara.
Satu jer ibu doakan, anak ibu akan sehat satu hari nanti.

Hanya tuhan saja yang tahu perasaan BB.