Pages

28 April 2010

Kenangan Terindah Aku dan Dirimu :)

salam...

Wah tak lama lagi(ada la dalam 2,3 hari ni) satu perjumpaan yang penting bakal akan berlaku bagi aku...wey,bukan dating ler tapi satu perjumpaan kengkawan lama yang setelah hampir 8 atau 9 tahun tidak ku temu.

Kawan-kawan yang aku kenal ketika belajar Diploma Pengurusan Ladang di Uitm Arau.Kengkawan yang aku rasa amat bermakna dalam kehidupan aku.Mengajar aku erti kehidupan dan kedewasaan :)Dimana kami ni ibarat seperti adik beradik.Korang bayangkan lah,time dulu petang2 kami selalu lepak kat ladang boleh kongsi air dalam plastik minuman tu reramai.beli satu je.Dah tak kesah straw sape.belasah je dek sebab tak mampu beb..student time,kena lah berjimat!

Ni time Part 1 ,muke2 nerd je sume..:)

Kena kejar dengan pak guard gara2 cori...eh bukan cori tapi ambil buah-buahan kat ladang (buah cempedak besau yang sudah masak)berterabur lari.. aku pon lari gak bagai kena kejor dengan harimau sebab kiri kanan buah cempedak aku pegang.Tobat lawak time tu..kengkawan yang lain berderai gelak ..adoiii

Kenangan yang tak mungkin aku lupa ialah ketika praktikal part 1 di unit ladang...macam2 hal berlaku..maklumlah time ni budak baru nak kenal dunia tapi masih berlagak budak-budak.hehehehe..memancing ditasik ilham..pastu kita panggang ikan tu.yang tak tahan budak laki kantoi sebab buat tempat alas pemanggang tu dengan signboard pakguard..apa lagi siap ler korang kena g Bukit Aman (Pejabat Pak Guard kt atas bukit tuh)hahahaha..tapi tak pe,korangkan glamer dengan budak jurusan lain.Siap ade secret admirer lagi budak2 laki kelas aku nih.Giler...perangai camtu pon ader orang suka..

Share farm kite ok gak.banyak jagung yang terharvest.Budak2 jurusan lain pon tompang sekaki di ladang kita.Yang tak tahan, time mula2 nak tanam benih tu,ade org g sembur racun...dia ingatkan baja.hahahaha...abis kuning pokok then mati (weyyy baja dengan racun tak kenal ke??..mesti fail subject ni)Group aku tanam kailan..tunggu punya tunggu nak harvest pokok tu dok kecik tu je..pelik b hairan gak.Rope2nya yang kami tanam itu adalah baby kailan.memang lah tak besar2 cik kak.hahaha..

Part 5 until part 6 lagi haru biru,ye lah dalam proses pembesaran kitorg tuh,kenalah tunjukkan contoh2 yang baik pada junior.Disamping dengan projek2 kelas,aktiviti luar pon ligat jugak.Camping bukit hijau...wahhh paling best dalam hidup aku.Satu malam tak tido dok gelak ketawa main game yang bukan2.Naik pecah perot aku ketawa malam tu.Paling aku ingat main game wachaaaaa...hahaha dan malam tu first time korang budak2 laki ajar budak2 pompuan main daun terop.Aku yang tak penah main ni,bleh jadi terrer tetiba mengalah kan budak2 yang lain sebab aku geng dengan orang yang kuat menipu.Hahaha...geng mana yang perot kembong kena makan kacang malam tu????yang pasti bukan geng aku :)

Dinner Pra Grade :time ni sume dah pandai bergaya terutamanya aku dengan lisptik merah entah sape punya aku kebas dan baju di sponsor oleh junior aku klu tak silap.Thanks dik sebab bagi senior mu pinjam baju..

Alkisah satu malam......
Hari-hari terakhir di meja bulat,kedai The Cone Uitm Arau,(time tu tengah makan aiskrim je..itu yg mampu)sume budak kelas meraikan perpisah.Entah macam mane terkeluar dari mulut sorang mamat ni(usop si antena...merangkap classrap)dengan lantang sambil bangun dan tangan keatas(ala2 presiden tengah berkempen) mencadangkan satu isu bahawa akan diadakan reunion semula selepas kami berpisah.Sume budak2 nganga je sambil makan aiskrim..dan angguk2 kapla (sbb melantak makan..lapor wey)..

Diam tak diam,Tup..tup,kejap je rasanya memori tuh datang balik setelah hampir nak dekat 10 tahun kami berpisah...aku rasa macam satu tanggungjawab plak nak realisasikan reunion nih.Ye lah dah lame tak dengar citer korang sume.Dah kawen ke korang...ke masih single seperti aku?hihihi.At least kite berjumpa nanti dapat lah lepaskan rindu sebagai seorang sahabat yang terputus hubungan dek kerana mengejar kehidupan masing2..Mari kita lihat kehidupan bagaimana yang korang pilih...

Nantikan majlis ini ye...kerana aku sekarang tengah bz menguruskan apa-apa yang patut bersama secretariat yang berdedikasi lagi tulus mulus iaitu mis chena n mis irda :) thanks guy..!

So i will comeback with our ideas and the best planning for this reunion for tatapan u all :)
Nantikan ...

Cooming soon.....

2 comments:

  1. hehehe...aku punya blog----------->>>> rentetanmasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. chayok2...ahli ke3 KGS ade blog.well done frend!

    ReplyDelete

Sila sila jemput, jangan memalu yer...