Erm tak sampai 2 bulan lagi akan berlangsung majlis BB..baru kelam kabut nak buat ujian HIV..
(amalan ini tidak digalakkan untuk anda yer ;)
Sebelum tu BB dok servey-servey blog b2b. Macam-macam citer yang kuar pasal nak buat ujian hiv ni.
So untuk memudahkan diri anda,apakata anda juga membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum terus ke klinik yang berdekatan.
Sebabnya kalau tak kena gaya, memang menyusahkan diri sangat-sangat.Tapi kalau ikut prosedur dan tahu step-step nya memang lah amat memudahkan ;)
Jom kita tau cammaner prosedurnya.
- Kena tau kat mana Klinik yang berdekatan.Yang memudahkan anda nak pergi sebabnya ujian hanya dibuat pada pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat sahaja.
- Sebelum pergi call dulu tanya ada kekosongon tarikh apa? Jangan terus pergi sebab akan mengecewakan diri dan membuang masa anda kerana ujian ini perlu dibuat appointment terlebih dahulu. Anda beruntung sekiranya pada masa anda pergi terdapat kekosongan....jarang-jarang dan kadang-kadang berlaku yer! ~ tapi hari yang saya call dulu, semuanya penuh!!! Nak tahu nombor telefon klinik kesihatan? nah amik kauu :D psttt: DBKL dah tak buat tauuuuu.
- Ianya bergantung pada klinik kesihatan tersebut.Ada yang boleh membuat temujanji melalui telefon sahaja dan ada yang perlu anda hadir ke klinik tersebut untuk membuat temujanji.
- Bila dah dapat tarikh temujanji (selalunya akan dikepilkan risalah tentang HIV) jangan lupa untuk study sedikit apa yang ada dalam risalah tersebut.Ini adalah kerana anda akan di test @ diuji tentang pemahaman anda tentang apa itu HIV? bagaimana bole berjangkit? tak perlu study lebih-lebih sampai beli buku tebal tentang HIV, anda sekadar hanya perlu tahu perkara asas tentang HIV ini.
- Datang awal dari masa yang diberi.contohnya kalau temujanji pukul 2, sampai lah awal sedikit 10 minit ke.Bayaran standard RM1 untuk pendaftaran mana-mana klinik kesihatan dikenakan.
- Bila dah ditest..alaaaa cucuk kat jari jer oleh nurse tu.macam semut gigit~ tapi BB sampai sekarang masih teringat sakit dia.hehehe..kemudian akan di bawa berjumpa dengan doktor. Proses yang sama juga akan berlaku dimana test IQ anda tentang HIV akan dibuat oleh doktor.Kat sini tau anda positif or negatif melalui ujian darah yang dibuat oleh nurse tadi ;)
- Bila dah selesai,mereka akan bagi sampul yang tertera keputusan HIV.
- So selesai sudah ujian HIV anda..boleh la mengisi borang nikah plak yer!
Klinik yang BB pergi~ dekat dengan Flat Sri Perak tu |
No comments:
Post a Comment
Sila sila jemput, jangan memalu yer...