Pages

20 April 2012

Ada apa dengan Bunga Telur ?




Dari zaman berzaman bunga telur adalah pemberian wajib pada majlis kahwin.
Mungkin zaman sudah berubah (lebih moden dan pemberian pelbagai jenis cenderahati kepada tetamu)
tetapi 
amalan pemberian bunga telur tetap diteruskan.
Kalau tiada bunga telur rasa seperti tidak lengkap sesuatu majlis perkahwinan.

Ada sapa-sapa tau kenapa telur yang menjadi pilihan orang terdahulu dan orang sekarang?
Kenapa tidak jam tangan atau pon menda lain?
Emas permata atau intan belian?
hehehe

Kalau sesiapa tau, kasi info lah yer..
meh kita sharing-sharing k


Pada majlis perkahwinan BB yang lalu, BB juga nak kan telor.
Pergi rumah orang kahwin pon kalau boleh nak juga telor kenduri.
Tak tau kenapa...



Demi Telor...

 

1000 biji telor ini beli di TESCO.
Rega RM7.99 untuk 30 biji



Bunga Telur Tetamu
Yang ni BB letak dekat tempat buffet makanan.
So semua tetamu akan dapat telor ini.

Sarung telor gantung ini BB beli dekat Nilai.

Kebetulan ada satu kedai nak clearence kan stok ini.
Macam-macam warna ada.

Oleh kerana nak match dengan tema BB,
maka bunga telor hitam dan putih menjadi pilihan.

Rega sangat-sangat murah okeh.
RM 19.90 sekotak (50 biji)
~.040sen satu~

Mana nak dapat?????

Rembat terus 800 biji (16 kotak)






Bunga Telur Kotak VIP
Yang ni BB letak dalam kotak VIP.Untuk tetamu istimewa


 Yang ni BB beli katChowkit.Kedai bunga Vivian yang dalam pasar tu.
Rega RM120.00 untuk 100 batang (2kotak)






Bunga telur ungu tu BB letak dekat pelamin untuk diberi kepada orang yang merenjis



Herm...
BB masih menunggu gambar-gambar dari OP BB.
Kalo dah dapat boleh la preview kedudukan semua bunga telor ni supaya lebih jelas!


Apa pon,
BB masih sabar menanti.












2 comments:

  1. oh ye ke??

    Baru BB tau..hehehe first time dengar nih!

    anyway thanks info ni yer dear

    ReplyDelete

Sila sila jemput, jangan memalu yer...