Untuk "mendiamkan" zara dalam babycotnya, BB belikan dia menda ni.
Kalo tak asik nak memanjat jer.
Tapi sebenarnya BB terlewat beli.Patutnya ketika dia 2, 3 bulan.
Time dia tak bole menerap lagi.Apatah lagi memanjat.Ada benda lah dia nak perhatikan.
Sekarang dia dah bole berdiri letih plak BB nak mengawal tangannya dari dok usik menda ni.
Kadang-kadang sampai jatuh dia tarik.
Adoi la anak!
Mari kita tengok apakah itu... Clip On Musical Mobile.
Menda ni lebih kurang macam.... ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, mainan kecil mak kita letak dekat buaian tu.
Kita akan tarik tali dia dan menda tu akan berbunyi lagu.
Masa BB kecik dulu kalo tak silap BB punya mainan tu bentuk macam burung hantu kaler kuning.
Mata dia akan terbuka dan tertutup ketika lagu tengah berbunyi.
Kiranya nak bagi baby dalam buaian tak menangis lah.Sebab ada lagu dan mainan tu.
Yang ni macam tu jugak cuma yang ni lebih best sket sebab dia pakai bateri.
So tak lah letih nak tarik tali tiap kali lagu abis.
Lagu dia akan berulang-ulang .kalo tak silap ada 5jenis lagu.
Contoh macam lagu twinkle-twinkle little star tu.
sampai lah kita tutup butang off /on dia.
Selain tu..patung-patung comel ni akan berpusing perlahan-lahan.
Slow and steady.
Selain lagu yang ok dan tak memekak telinga, tujuannya adalah nak bagi baby tido sambil baby isap susu. Sampai BB pon nak tertido kalo dengar lagu dia.
Selalu mak pon akan tertido jugak dengan anak.
Jenis patung yang boleh dibasuh.
Kalo baby gigit pon takde masalah.
So cute maaa
Ini adalah setnya.
Siap dapat bateri sekali tau.
Cara pemasangan pon ada ditunjukkan.
Sangat-sangat senang okeh.
Sesuai dengan nama jenamanya
"simple dimple"
Tali dekat patung-patung tu pon bole dilaraskan.
Senang untuk kita adjust bila baby semakin membesar.
BB beli menda ni dekat Carefour Wangsa Maju (now AEON BIG)
Reganya adalah RM 59.90
See my cute little zara
mula-mula pasang macam "perak" sket.
Asik nak nengok je menda tu.
jangan cakap anak..maknya pon sama!
hahaha
No comments:
Post a Comment
Sila sila jemput, jangan memalu yer...