Pages

29 May 2013

Bunga Pintu ~ Christmas Wreath




Dulu kan BB ada ceritera tentang  christmas wreath
Kunun-kunun tengah mencari untuk pintu depan plak.

Aritu jalan-jalan dekat Jusco Equine Sri Kembangan BB termasuk dekat kedai DAISO
Kalo tak silap kedai ni dari Jepun or Korea kot.
Apa yang BB perhatikan kedai ni ada jual macam-macam.
Pehtu banyak barang pelik yang susah nak dapat kat kedai-kedai lain.
Perghh best giler kedai ni. 
Sume barang RM5 jer..
Ada setengah-setengah barang tu, kalo kat kedai lain lebih dari harga RM5.


Asalnya saja jer nak masuk cuci-cuci mata.
Pompuan ni kalo tak beli memang tak sah.

Cuci punya cuci 
perati dok perati barang-barang pelik
tetiba
terlihat satu menda alah ni.
tak pelik pon sebenarnya menda alah yang BB nak beli ni.
tapi
disebabkan ianya simple dan sempoi
terus BB sambar.




Ye lah bunga pintu cristmas ni memang dah lama servey.
Kaler pon dah matching dengan kaler pintu.
Tak tebal sangat dan memang padan dengan grill pintu BB.
Kalo beli yang crowded takut grill plak tak leh tutup nanti...kan haru!
 
 


I luv the flower!

Time BB beli aritu ada 3 kaler jer.
Taktau lah dah abis stok or memang 3 kaler tu je.
kaler soft pink, colourfull dan cream/off white ni
BB amik kaler yang ni.




So simple.
Janji cantek!!





psstt :
Pintu bilik air takmau bubuh ka?
hahahahha

23 May 2013

Pergola Putih Idaman Hati ku...



Sebenarnya plan idea buat pergola idaman ni lama dah..
Dari sebelum BB pregnant hingga lah BB pregnant.

Dan dari BB pregnant sehingga lah BB beranak baru lah terpasang nyer pergola putihku ini.
Bayang kan dalam masa berpantang BB suruh pekerja pasang menda alah ni sebab rasanya dah lama terperam dekat opis.

hahahaha

Kesian plak nengok pokok kesidang BB pon asik dok kena trim je selalu
 sebab nak control ketinggian dia dari memanjat atap rumah.

Demi mu wahai pokok kesidang..
Ku persempahkan pergola putih sebagai penemanmu..
Cewah!



sebelum

selepas

 Alkisahnya
Projek buat pergola ni dihasilkan oleh pekerja BB sendiri.
Tau lah bila buat sendiri ni bila ada masa lapang ajer baru boleh buat.
Kalo idak, kena setlle keja hakiki dulu lah nampak gaya

Kalo nak beli kat luar
rata-rata BB servey untuk pergola 6'x9' ni kebanyakkannya berharga RM1500 keatas.


Tak lah mahal kalo pekerja buat sendiri.
Bagi duit  beli barang,cat,bagai dan upah yang berbaloi.
Dapatlah BB buat pergola idaman ni kurang dari RM1000
Hah tengok!!
Jimat berganda-ganda okeh!
Lepas tu jamu makan sedap-sedap.
Kompom semangat dorang buat keja.


 



Bunga Kesidang @ Vallaris glabra

Bunga favourite BB.
Dulu dalam pasu kecil kaler biru..kemudian BB pindahkan dalam pasu tempayan besar.
Bila dah tukar dalam tempayan ni semakin galak pulok dia berbunga.
Maybe ada tempat untuk dia memanjat dan berteduh kasih kot.
kehkehekeh
Kisah cara nak bungakan pokok kesidang ni ada DISINI


I luv my pergola and my plant!





Bila dah ada pergola ni  rumah BB nampak la redup sket.
Baru semangat nak lepak-lepak luar.








 psst : 
Herm ada plan nak beli meja kerusi  outdoor plak.
Apa kata  set meja kerusi tu pon kaler putih?
Letak kat bawah pergola tu

Walaweyyyy





18 May 2013

Aksesori Kabinet Dapur BB




Ceritera tentang dapur BB ada DISINI


BB dah lame terbekenan kat satu menda ni.
Asik dok perati dan dok belek-belek je kalo datang Ikea.
Nak beli ke tak?
Nak beli ke tak?




Bila gi Ikea je time nak beli mesti tak jadi beli sebab rasa macam mahal giler.
Macam tak berbaloi je beli dengan harga rak yang macam ni. 

Bila dah balik rumah lepas tu baru menyesal.
Lepas tu tekad, pejam mata je beli.
Janji jangan beli barang lain.

Datang sini semata-mata kerana menda alah ni ajer.
Kalo sambar barang lain, kompom tetiba rak ni  rasa mahal
terus tak jadi nak beli!
kehkehkeh

*itu blom rega botol-botol tu lagi*
Aishhh..




Rak sahaja rega RM 65.00 


Batang Sangkut Rak RM 12.90


 
 
Sudip-sudip tu pon sambar dekat ikea jugak.
5pieces tu rega RM 11.90
2pieces tu rega RM 4.90



Malah yang tempat sangkut bentuk S tu pon kena beli jugak.
Murah jer
sepeket ada dalam 10 batang rega RM 1.90


Bekas plastik ni boleh bubuh macam-macam menda.
rega RM 2.90




Bekas comel lote ni buat isi rempah ratus.
Senang nak amik time memasak.
Rega RM 7.90 untuk 4 botol




 Yang ni BB beli dekat kedai 2 hengget.
Kalo tak silap rega sebalang ni RM 3.99
Nama jer kedai 2 hengget!





Tempat sudu dan garpu lepas basuh BB letak dalam bekas ni
rega RM 9.90





psstt : ini baru satu part...blom part-part yang lain!



17 May 2013

Hiasan Berasaskan Kayu @ Rotan



 Antara barang hiasan yang ada di sudut-sudut rumah BB 



 
Bakul Rotan 

 Bakul ni BB dapat hamper.
Tengok cantek plak,
 Apa lagi...
Rasa nak hias je buat sesuatu.

Kalo perasan bunga merah tu adalah lebihan dari bunga dulang time BB tunang dulu.
So recycle balik ler dari tak buat apa tu.

Bila dah hias cantek ,
BB letak majalah tentang dekorasi lah..






Kulit Kayu Manis ni

BB beli time MAHA.
Kalo tak silat dekat area Rumah Serawak
Harga sekilo RM2 kot (tak hengat dah)
Panjang dia ada la dekat 60cm (2kaki)

Masa mula-mula beli memang wangi.
BB letak dekat ruang tamu

Kalo orang datang jer mesti orang akan tanya..berkenan sungguh dorang!
hehehe
Sebab pelik tak pernah tengok kayu manis besar.
Selalu orang tengok yang kecik-kecik je buat masak.

Makk BB pernah cakap 
Kalo lah kayu manis yang masak tu abis bleh tak dia amik yang ni buat bubuh dalam masakan?

Ayoooo Amma..
Nahi...Nahi..


hahaha


Pasu putih tu beli kat Ikea
dah lama dah beli
time zaman anak dara dulu.
rega kalo tak silap RM7.90




16 May 2013

My Cute Little Daughter...




Assalamualaikum


Maaf kerna sudah sekian lama tidak berkongsi ceritera.

Bukan kerna apa,
BB sekarang terlalu sibuk dengan si kenit ni.
Tambahan lagi komputer BB bermasalah.
Ditambah lagi baru-baru ini BB terlibat denga persiapan pilihanraya.
Sibuknyer mak ai jangan dicerita lah.





For tatapan..
Baby BB dah masuk 5 bulan.
Nur Zara Edriana ni semakin banyak akalnya.

Ibu sayang sungguh-sungguh dekat kamu okeh!