Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

28 April 2010

Kenangan Terindah Aku dan Dirimu :)

salam...

Wah tak lama lagi(ada la dalam 2,3 hari ni) satu perjumpaan yang penting bakal akan berlaku bagi aku...wey,bukan dating ler tapi satu perjumpaan kengkawan lama yang setelah hampir 8 atau 9 tahun tidak ku temu.

Kawan-kawan yang aku kenal ketika belajar Diploma Pengurusan Ladang di Uitm Arau.Kengkawan yang aku rasa amat bermakna dalam kehidupan aku.Mengajar aku erti kehidupan dan kedewasaan :)Dimana kami ni ibarat seperti adik beradik.Korang bayangkan lah,time dulu petang2 kami selalu lepak kat ladang boleh kongsi air dalam plastik minuman tu reramai.beli satu je.Dah tak kesah straw sape.belasah je dek sebab tak mampu beb..student time,kena lah berjimat!

Ni time Part 1 ,muke2 nerd je sume..:)

Kena kejar dengan pak guard gara2 cori...eh bukan cori tapi ambil buah-buahan kat ladang (buah cempedak besau yang sudah masak)berterabur lari.. aku pon lari gak bagai kena kejor dengan harimau sebab kiri kanan buah cempedak aku pegang.Tobat lawak time tu..kengkawan yang lain berderai gelak ..adoiii

Kenangan yang tak mungkin aku lupa ialah ketika praktikal part 1 di unit ladang...macam2 hal berlaku..maklumlah time ni budak baru nak kenal dunia tapi masih berlagak budak-budak.hehehehe..memancing ditasik ilham..pastu kita panggang ikan tu.yang tak tahan budak laki kantoi sebab buat tempat alas pemanggang tu dengan signboard pakguard..apa lagi siap ler korang kena g Bukit Aman (Pejabat Pak Guard kt atas bukit tuh)hahahaha..tapi tak pe,korangkan glamer dengan budak jurusan lain.Siap ade secret admirer lagi budak2 laki kelas aku nih.Giler...perangai camtu pon ader orang suka..

Share farm kite ok gak.banyak jagung yang terharvest.Budak2 jurusan lain pon tompang sekaki di ladang kita.Yang tak tahan, time mula2 nak tanam benih tu,ade org g sembur racun...dia ingatkan baja.hahahaha...abis kuning pokok then mati (weyyy baja dengan racun tak kenal ke??..mesti fail subject ni)Group aku tanam kailan..tunggu punya tunggu nak harvest pokok tu dok kecik tu je..pelik b hairan gak.Rope2nya yang kami tanam itu adalah baby kailan.memang lah tak besar2 cik kak.hahaha..

Part 5 until part 6 lagi haru biru,ye lah dalam proses pembesaran kitorg tuh,kenalah tunjukkan contoh2 yang baik pada junior.Disamping dengan projek2 kelas,aktiviti luar pon ligat jugak.Camping bukit hijau...wahhh paling best dalam hidup aku.Satu malam tak tido dok gelak ketawa main game yang bukan2.Naik pecah perot aku ketawa malam tu.Paling aku ingat main game wachaaaaa...hahaha dan malam tu first time korang budak2 laki ajar budak2 pompuan main daun terop.Aku yang tak penah main ni,bleh jadi terrer tetiba mengalah kan budak2 yang lain sebab aku geng dengan orang yang kuat menipu.Hahaha...geng mana yang perot kembong kena makan kacang malam tu????yang pasti bukan geng aku :)

Dinner Pra Grade :time ni sume dah pandai bergaya terutamanya aku dengan lisptik merah entah sape punya aku kebas dan baju di sponsor oleh junior aku klu tak silap.Thanks dik sebab bagi senior mu pinjam baju..

Alkisah satu malam......
Hari-hari terakhir di meja bulat,kedai The Cone Uitm Arau,(time tu tengah makan aiskrim je..itu yg mampu)sume budak kelas meraikan perpisah.Entah macam mane terkeluar dari mulut sorang mamat ni(usop si antena...merangkap classrap)dengan lantang sambil bangun dan tangan keatas(ala2 presiden tengah berkempen) mencadangkan satu isu bahawa akan diadakan reunion semula selepas kami berpisah.Sume budak2 nganga je sambil makan aiskrim..dan angguk2 kapla (sbb melantak makan..lapor wey)..

Diam tak diam,Tup..tup,kejap je rasanya memori tuh datang balik setelah hampir nak dekat 10 tahun kami berpisah...aku rasa macam satu tanggungjawab plak nak realisasikan reunion nih.Ye lah dah lame tak dengar citer korang sume.Dah kawen ke korang...ke masih single seperti aku?hihihi.At least kite berjumpa nanti dapat lah lepaskan rindu sebagai seorang sahabat yang terputus hubungan dek kerana mengejar kehidupan masing2..Mari kita lihat kehidupan bagaimana yang korang pilih...

Nantikan majlis ini ye...kerana aku sekarang tengah bz menguruskan apa-apa yang patut bersama secretariat yang berdedikasi lagi tulus mulus iaitu mis chena n mis irda :) thanks guy..!

So i will comeback with our ideas and the best planning for this reunion for tatapan u all :)
Nantikan ...

Cooming soon.....

25 April 2010

Persoalan ....YES or NO?


Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

-Kembali Pulang: Kangen Band

Persoalan yang berkaitan dengan jiwa,hati dan perasaan aku!!!.. :)

Kenapa ia kembali datang menghantui aku ketika ini? Ketika aku sudah mula ingin melupakan segala2nya..Adakah ini satu lagi ujian yang perlu aku tempuhi.Jatuh bangun dan Gagal lagi?atau berjayakah kali ini?
Cewah...bersastera plak aku malam2 ni :)

Pelik kan tetiba plak jiwang.Tobat kengkawan aku akan gelak kalau tengok ayat aku nih.Buang tebiat ke si Bits ni??hahahaha...Tak lah,bukan ape...lirik2 lagu ni sedap(rase strawberi kot) untuk dihayati...ni bagi orang yang seperti aku ler dan yang sewaktu dengannya..(sape tu?angkat tangan cepat!)

Ya sebab ketika ini aku mencari-cari jawapan untuk itu...bohonglah kalau aku tak perasan tindak tanduk dia.Tapi selagi tiada pengesahan SIRIM, sumpah aku akan buat-buat bodo je dan buat-buat tak paham...well kesian dekat dia(maaf ye sedara).Bukan cara aku nak memulakan langkah pertama walaupon aku dah nampak lampu warna hijau dari jauh.hehehehe...sebabnya aku maluuuu.(Ye ke Bits ni pemalu?)Betoii...aku tak tipu.Selama ini memang itu lah sikap aku :)Walau pon korang nampak aku ni rileks,cool,steady...tapi dalam hati aku ni ade taman tau.huhuhu..

Aku tahu dia pon tahu aku buat-buat tak paham..ye ke sedara tau?harap-harap sedara tak tau! Bagi aku biarlah masa yang menentukan segalanya kerana aku percaya Allah itu mengetahui sesuatu yang terbaek untukku dan untuk sedara juga.Biarlah kita mengikut cara kita yang dewasa dan berakal!

Wahai sedara,saya cuma nak bagitau dekat sedara yang saya tahu maksud dan niat sedara tuh.Cuma..berilah saya masa untuk saya memperbaiki diri saya ini.Untuk saya memujuk hati saya menyesuaikan dengan keadaan yang baru.Untuk meyakinkan kembali jiwa saya ini bahawa masih ada sinar harapan..dan untuk mengesahkan perasaan kasih dan sayang saya agar kembali bersatu...
Bak kata sedara Biarlah lambat,asalkan selamat sampai Taiping :)...hai guna keta otomatik pon lambat gak ke?hehehehe..maknanya keta manual lg best!yeahhhh :)

Wahai sedara,jika benarlah PERASAAN MU itu kepada saya..tolong maklumkan segera pada saya!(Takut kes SS nanti : Syok sendiri.Sape yang malu? mereka dan keluarga mereka nanti.Huh sungguh tak sanggup menghadapinya.)
Sebabnya saya perlu jawapan itu dari mulut mu sendiri..
(bukan dari kawan-kawan,adik,kakak,nenek atau sape2 yang sewaktu dengannya)

KERANA SAYA TAKUT UNTUK MELUKAKAN HATI SAYA LAGI..DAN MUNGKIN JUGA MELUKAN HATI SEDARA!

Biarlah ia pahit..tetapi saya sanggup menerima kenyataan itu.Dari saya tertunggu2 dengan jawapan yang tidak pasti dan akan memalukan saya :(


Jadi sedara...
Fahamkah sedara dengan maksud dan persoalan saya itu?
Jika faham...sedara ambil lah langkah apa-apa yang patut :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...