Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

09 April 2012

Hadiah Untuk Tetamu ~ Kotak Mug @ Cawan

Bagi BB mencari kotak mug memang sesuatu yang amat mencabar.
Selama beberapa bulan BB mencari.Servey sana-sini.
Semua blog b2b dan xb2b BB redah, tapi still tak dapat apa yang dihajati.

Bukan apa, sebab BB mencari  yang sesuai dengan budget.
BB tau ada yang kata bukan susah nak cari.
Banyak kat luar sana yang offer kotak-kotak yang cantek. 
tapi harganya mak aii....tak mampu untuk BB miliki.
dan 
ada sesetengah harganya tak masuk dek akal.
Bayangkan kalau sekotak berharga lebih dari RM 1??

So selagi boleh jimat BB akan jimat
 kerana BB dok pikir kalau beli kotak mahal-mahal pon orang buang jugak nanti. 
Takde sapa yang nak simpan buat kenangan pon

Ada terpikir untuk beli kotak kek putih tu.Tapi tak muat lah pulak.
Satu lagi nanti menyusahkan tetamu pulak kerana kotak tersebut takde tangkai.
Mana nak pegang kotak tu, mana nak pegang pinggan nasi lagi.


Alhamdulilah
secara tak sengaja ketika takde keja nak buat, BB gi jalan-jalan kat satu tempat ni.
Hajat dihati nak beli barang lain tapi terbeli plak sesuatu menda yang selama-lama ini di cari.

Harga pon memang under budget 
dan 
kriteria-kriteria sebagai kotak mug tu ada,
maka BB terus rembat tanpa menoleh kebelakang atau pon mencongak-congak kalkulatur hp untuk mengira budget.

Kira SAH terus!!

*** BB pernah servey dekat Nilai, kotak bentuk yang sama paling murah beharga 70 sen***
Sebabnya sebelum ni memang tak ada kotak tu kat kedai ni.
Kira langkah kanan lah BB.
Oleh kerana ianya baru datang~ segar dari ladang~
maka BB kena buat tempahan sebab tak cukup stok.

Oder lebih kurang gitu-gitu dengan budak kedai, terus bayar dan ambil  stok bila dah sampai.
:)



Aiseh ada warna tema BB lah~ kelabu
Tu yang terus rembat!



Kotak-kotak ini BB beli dekat Kedai Klim Craft berhampiran Masjid India.
Betul-betul sebelah Maybank.Sederet dengan Jakel tu





Kotak Mug VIP

  



Rega RM 5.90 untuk 10kotak (0.59sen satu)
Tawar-menawar dapat 0.56 sen satu
Time ni, ada 2 warna sahaja: kelabu dan pink 
BB ambil kaler kelabu

Mug RM 2.00++


TOTAL COST : 2.00 + 0.56 = RM 2.56



*** BB dapat sponsor dari sepupu BB iaitu berupa 100 biji magnet peti ais . 
Ngam-ngam dengan jumlah kotak VIP BB.So magnet tu BB masukkan dalam kotak VIP ni ***







Kotak Mug Tetamu

 



Rega RM 3.90 untuk 10kotak (0.39sen satu)
Oleh kerana BB beli banyak, dorang kasi 0.35 sen sekotak
Time ni, ada 2 warna sahaja: ungu dan pink 
BB ambil kaler pink




BB letak cuma seketul Mug
Mug RM 1.80++


TOTAL COST : 1.80 + 0.35 = RM 2.15





Nak tau Mug @ Cawan itu dibeli dimana?
Sila klik







Terima Kasih pada mak dan makcik ina..serta kimi kerna membantu melipat kotak-kotak ini dari awal hingga akhir dan menyebabkan rumah dibanjiri oleh kotak-kotak mug.Tanpa kalian matiiii lah BB nak ngadap sorang-sorang  ;)

1 comment:

Pencinta ALAM & PENCIPTANYA said...

Meriah sungguh....

Selamat berbahagia bersama insan pilihan. Semoga berkekalan, insyaAllah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...