Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

21 April 2012

Tutorial membuat gubahan hantaran bunga segar


Seperti yang dijanjikan....
Khas untuk b2b
Semoga mendapat idea!


Arini BB nak share tentang bagaimana BB buat hantaran BB tempohari.
Tak susah pon.Senang sangat-sangat.
main cucuk-cucuk ajer bunga-bunga tu.
Dah jadi!

Bunga segar ni..cucuk macam mana pon comfirm nampak cantek lah!
hehehe


So mari kita lihat gubahan hantaran untuk Pihak Lelaki

Cara 1

  1.  Susun barang-barang hantaran atas dulang supaya dapat anggarkan banyak mana span dan bunga perlu digunakan.


 2. Kemudian potong span basah mengikut size ruang yang kosong.
Jangan lupa, balut bahagian bawah span tu dengan aluminium foil.
Balut separuh ajer tau.Supaya nanti senang nak cucuk bunga.


3. Potong pendek  tangkai bunga ~ dalam 5inci


4.  Cucuk daun fern kat bawah dulu, kemudian bunga ros di tengah dan seterusnya di tepi.
Selang selikan warna bunga ros tersebut.
Selitkan juga baby breath(bunga kecil putih) di ruang-ruang kosong antara bunga-bunga ros.



Cara 2

1. Gubah bunga dulu.
Tapi sebelum tu macam biasa, letak span yang dibalut dengan aluminium foil dan daun fern.


2.  Baru letak barang hantaran ~contoh buah-buahan.




Yang ni plak gubahan untuk Pihak Perempuan


Cara 1

1.Macam biasa, letakkan dulu barang-barang hantaran atas span donut ni untuk menganggarkan berapa banyak bunga yang diperlukan.


 2.Sebelum itu, rendam span ni dalam air selama 10 minit 
kemudian jangan lupa letakkan aluminium foil diatas bagi mengelakkan barang hantaran kita dari basah.
Jangan tutup semua span dengan aluminium foil.
Biar ada ruang supaya memudahkan kita untuk mencucuk bunga di keliling span.


 3.Cucuk bunga ros rapat-rapat.
Kalau boleh pilih bunga yang kembang supaya dapat menjimatkan penggunaan bunga yang banyak.
Penuhkan dan selang-seli kan dengan bunga orkid dan kekwa.
Pastikan tak nampak span hijau.


 4.Tadaaaa....Hasilnya!




Cara 2


 1. Gubah bunga dulu.
Tapi sebelum tu macam biasa, letak span yang dibalut dengan aluminium foil.



2.  Baru letak barang hantaran ~contoh buah-buahan.




 Alhamdulilah apa yang di plan kan menjadi!
Memang berbaloi-baloi kita DIY sendiri.
BB rasa jimat yang teramat sangat-sangat.


Gambar-gambar keseluruhan hantaran BB ada
di sini dan di sini


So b2b...
jangan takut untuk DIY.
U can do it...Just do it!


Selamat Mencuba






*Sila abaikan pemandangan dibelakang BB



Kul  3 pagi baru siap...amik kau!
Esoknya nak nikah...

Nasihat pada b2b..better u all start buat gubahan petang.
Kalo kes BB ni malam baru nak start, maka ceritanya kul 4 baru nak tido!

15 comments:

gEe said...

cantek la. simple but nice :D
suke bunga yg warna warni tu..
nti nk kawen boleh la dtg blog ni. hehee

BitsBest said...

tq dear...

sila-sila jemput dtg kembali nanti.
ur r most welcome ;)

gubahan hantaran said...

Tema warna putih ke nie

BitsBest said...

tema utk hantaran mmg putih ;)
tapi utk keseluruhan majlis ialah kelabu ..

Anonymous said...

artificial flower or x ye?

BitsBest said...

yg ni semuanya fresh flower :)

Anonymous said...

cost?ad sugstn x kdai mne murah tuk fresh flwr

HudaH my real name said...

Cantik walaupun simple.love it.

BitsBest said...

tq dear :)

Anonymous said...

Ad terima tmphn ke

Ain Ridzuan said...

cantik dan simple

http://sweetmom83.blogspot.com

BitsBest said...

tq sis ;)

Cik Liesa said...

Akak...nak tanya..bape hari ek tahan bunga tu?maksud sy time bile nk cucuk tu..kang buat awl2 hantaran tu nnt layu lak bunga tu nnt..

BitsBest said...

hi liesa

better sehari sebelum majlis awk gubah..nanti just nice gubahan hantaran bunga awk tu.

tips :
ok utk makluman, BB beli bunga tu ari khamis.BB letak dlm baldi dlm bilik air..makesure buka sume getah/plastik bagi bunga cepat kembang..dlm baldi letak panadol.

Ari jumaat malam BB dah start gubah..bunga semakin kembang..dapat menjimatkan ruang dan penggunaan bunga.

so lepas dah gubah,jangan lupa selalu spray kt atas bunga dan pastikan span sentiasa basah.kalo ada aircond,letak dlm blk tu,lg ok..

BB rasa bunga BB ni 2 minggu lepas majlis pon masih ok lagi..depend pada kita jaga dia.

sbb b4 ni, ada bunga yg BB beli tak sampai seminggu dah layu..so kena hati2 pasal air nya yer :D

Cik Liesa said...

Owh..ok kak..thanks for ur info..berangan nk gubah hantaran sendiri..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...