Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

30 December 2013

OMG Gigi Kapak nya BESARRRR :D





First 2 gigi bawah yang tumbuh.
Then baru gigi atas tumbuh.
OMG gigi kapaknya sangatlah besorr!
Now gigi atas dah mendahului sebnayak 4batang
manakala gigi bawah still dok 2batang lagi.

Seb baek zara tak suka menggigit orang.
Kalo tak, ibunya lah jadi magsa!




25 December 2013

Zara 1st Birthday ~ Baju Gaun/Skirt Comel Untuk Kanak-Kanak



Misi mencari baju birthday girl agak tergesa-gesa sebab last minit baru terpikir.
Kebetulan zara takde baju gaun-gaun yang trend macam sekarang ni.
Yang ada seluar panjang dengan baju Tshirt belasahan hari-hari tu.
Sampaikan dulu masa dalam hospital tu, akak sebelah katil ingatkan si zara ni baby lelaki.
Katanya tak nampak pon dia pakai skirt.
Selain tu buasnya memang macam baby lelaki.
Hahahaaa


Masa misi mencari belon kartun untuk party zara aritu kan BB ada pergi Plaza GM.
Kat situ kan ada jual macam-macam.
So jalan punya jalan ternampak kedai jual baju baby.
Apa lagi, terus sambar sebab dia offer baju tu.
Agak murah jugak lah berbanding dengan kedai-kedai lain.
Kalo tanya kat luar rega sehelai gaun kanak-kanak mesti rm40 keatas.
Mak ai kalah baju makbapak..makbapak pon pakai baju murah!


Harga borong untuk gaun ni ialah RM 19.00 sepasang baju
*wajib ambik 3 pasang*
Kalo tak harga lebih mahal kalo amik satu 

Hamikkkk ko....
 3 persalinan terus untuk birthday girl!
Macam nak tawen plak siap ada persalinan baju bagai
hehehehe


Kedai ni tingkat 3
Nama kedai tak henggat dah sebab memang tak pandang langsung bila nampak baju-baju ni 
kehkehkeh
 
Floor setiap tingkat tu kecik jer. Korang pusing jer  satu round.
Comfirm jumpa



Paling best bila nengok jenama baju ni.
Ok dik kompom amik 3 pasang.
Tak cakap banyak dah.



Baju jenama ZARA kids untuk  gegirl bernama ZARA

sesuaiiiiiiiii









24 December 2013

Zara 1st Birthday ~ Belon Kartun Pegang


Tomey tak belon-belon ni?
Kecik cikenit macam birhtday girl la pulak.
Sesuaiiii gitu yer zara?



  Mesti korang teruja nak cari kat mana kan?
haaaa
macam tu lah BB dari awal.


Asalnya nak buat belon helium tu.
Ala belon terbang yang naik atas tu.Yang ada tali kena pegang tu.
Kalo kita lepas dia naik sampai awan.
Macam ni 


Servey punya servey
Mak ai rega kebanyakkan nya rm3.50 keatas sebiji.
Cer kalo nak guna banyak?mau nangis harga belon jer
Tak mampu den



 Mari sini BB share kat mana nak beli!
Yang paling penting harganya memang amat murah sangat-sangat.
 Tempat borong yang ramai orang tak bape nak tahu.
Termasuk lah BB
Muahahaha
Padahal dekat je


 BB beli 3jenis bentuk

 
Belon  Hello Kitty

 Belon Minnie Mouse

 Belon Pooh





 Dah nama pon kedai borong off course lah tak boleh beli siket.
Dia depend pada kedai tu.Ada yang boleh dan ada yang tak boleh.
Macam kedai belon ni paling kurang kena beli 3 paket.
So sape-sape nak nak buat majlis/party ataupon nak berniaga memang terbaiklah.
Lagi pon sebenarnya memang ramai orang yang berniaga memang amik barang kat sini.


 

Belon ni jual dalam paket.
Setiap paket ada 20 keping belon.
Semuannya include skali.
(Belon + Pemegang)

Harga sepeket ialah RM 10.00
So sebiji belon harga cuma RM 0.50 jerrrrr




 Belon ni sangat senang nak tiup.
Nampak tak munjung tu.Tiup je sekuat yang boleh.
Lepas tiup biar je.Tak perlu nak ikat bagai.
Jangan risau.. Angin tak kuar.
Memang direka oleh orang yang bijak pandai!
Sangat-sangat memudahkan.

*BB pon mula-mula risau gak nak tiup camner lah belon ni..Nak kena guna pam ke*
Pengsan nak tiup satu-satu.

Bila dah tiup satu..
Aissshh rasa cam best plak..
Tiup lagi satu lah..dan satu..dan satu
Lama-lama dah abis kitorg tiup.
Naik syokk pulok.


 Tengokkkk
My Laling tiup sambil nengok bola.
Tak semput pon tiup belon ni.


 

Ok dah siap satu jenis.
Tiap malam buat satu jenis..Sok malam tiup belon Pooh pulok.

Tips :
Jangan over tiup okeh.
Cepat pecah.Carefull siket bila tiup.
Belon ni nipis jer...padan lah dengan reganya!



kat mana nak beli?
Korang pernah dengar tak
Plaza GM Chowkit
Tingkat 4 kalo tak silap.
(Kedai ni ada 8 tingkat)
Parking keta naik lift tuuuuu...dengan kereta-kereta masuk lift okeh!
Jakun sket memula :D

Lepas parking kat atas tu, korang turun tangga la gi kedai-kedai bawah tu tingkat 7.
Nak nunggu lif berjanggut sebab orang berniaga dok punggah barang.


Plaza ni jual macam-macam ado.
Kat Klang pon dah ada Plaza GM ni.Nak pergi lah nanti.



23 December 2013

Zara 1st Birthday ~Kad Jemputan



Perghh 
over gitu..macam nak buat kenduri besar siap kad bagai..
hahhaha

Accually aritu BB masuk kedai Mr DIY dekat Selayang Mall.
Sapa pernah masuk kedai Mr DIY tahu betapa korang akan jadi gila sume barang nak beli!
Sebab reganya murahhhhhhhh!

Jalan-jalan cuci mata dan duit,
tetiba ternampak kad yang sungguh comel ini.
Masa tu dah lama dah.. I think 6month before this.
Kan plan nak buat birthday party untuk zara.
Apa lagi terus sambar.
Macam-macam design dan warna ada.

Memandangkan my cute little zara is gegirl
So pinky colour is so suitable for her



Dalam paket ni ada 10 kad undangan.
Kita cuma isi jer > Apa yang nak kena isi comfirm lah detail kita punya majlis kannnnn
sangat-sangat senang dan ringkas ayat yer.
Ala setakat bape keping kad tu bole lah isi tangan.
Takde hal punyaaa.
Lain lah kalo kad kawen tu..lenguh tangan ko nak nulis.

Rega sepeket kad ini ialah RM1.99 jerrrr




Tadaaaa...dah siap
Sangat comel...no more envolep!

Siap untuk di pos by hand oleh ibunya



17 December 2013

Persiapan Untuk Sambut Ulang Tahun Kelahiran.............. My Cute Little ZARA





  Bizi sangat2 bizi menguruskan party kecil untuk Zara
Bukan besar pon, cuma majlis kecil-kecil jer.
Namun begitu,
BB nak makesure party ini berjaya dilaksanakan maklumlah sebagai kenangan untuk Zara kali pertama diraikan
Pejam celik pejam celik dah setahun anak ibu.
Dah jadi anak dara pon!
Cepat benar masa berlalu.
Terasa baru je melahirkan Zara.
Ulang alik ke hospital masih terasa hingga kini.

Nanti BB akan updated cerita tentang Party Kecil khas untuk puteri BB ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...