Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

30 December 2011

Ujian HIV

Erm tak sampai 2 bulan lagi akan berlangsung majlis BB..baru kelam kabut nak buat ujian HIV..
(amalan ini tidak digalakkan untuk anda yer ;)

Sebelum tu BB dok servey-servey blog b2b. Macam-macam citer yang kuar pasal nak buat ujian hiv ni. 
So untuk memudahkan diri anda,apakata anda juga membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum terus ke klinik yang berdekatan.
Sebabnya kalau tak kena gaya, memang menyusahkan diri sangat-sangat.Tapi kalau ikut prosedur dan tahu step-step nya memang lah amat memudahkan ;)


Jom kita tau cammaner prosedurnya.

  1. Kena tau kat mana Klinik yang berdekatan.Yang memudahkan anda nak pergi sebabnya ujian hanya dibuat pada pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat sahaja.
  2. Sebelum pergi call dulu tanya ada kekosongon tarikh apa? Jangan terus pergi sebab akan mengecewakan diri dan membuang masa anda kerana ujian ini perlu dibuat appointment terlebih dahulu. Anda beruntung sekiranya pada masa anda pergi terdapat kekosongan....jarang-jarang dan kadang-kadang berlaku yer! ~ tapi hari yang saya call dulu, semuanya penuh!!! Nak tahu nombor telefon klinik kesihatan? nah amik kauu :D   psttt: DBKL dah tak buat tauuuuu.
  3. Ianya bergantung pada klinik kesihatan tersebut.Ada yang boleh membuat temujanji melalui telefon sahaja dan ada yang perlu anda hadir ke klinik tersebut untuk membuat temujanji.
  4. Bila dah dapat tarikh temujanji (selalunya akan dikepilkan risalah tentang HIV) jangan lupa untuk study sedikit apa yang ada dalam risalah tersebut.Ini adalah kerana anda akan di test @ diuji tentang pemahaman anda tentang apa itu HIV? bagaimana bole berjangkit? tak perlu study lebih-lebih sampai beli buku tebal tentang HIV, anda sekadar hanya perlu tahu perkara asas tentang HIV ini.
  5. Datang awal dari masa yang diberi.contohnya kalau temujanji pukul 2, sampai lah awal sedikit 10 minit ke.Bayaran standard RM1 untuk pendaftaran mana-mana klinik kesihatan dikenakan.
  6. Bila dah ditest..alaaaa cucuk kat jari jer oleh nurse tu.macam semut gigit~ tapi BB sampai sekarang masih teringat sakit dia.hehehe..kemudian akan di bawa berjumpa dengan doktor. Proses yang sama juga akan berlaku dimana test IQ anda tentang HIV akan dibuat oleh doktor.Kat sini tau anda positif or negatif melalui ujian darah yang dibuat oleh nurse tadi ;)
  7. Bila dah selesai,mereka akan bagi sampul yang tertera keputusan HIV.
  8. So selesai sudah ujian HIV anda..boleh la mengisi borang nikah plak yer! 

Klinik yang BB pergi~ dekat dengan Flat Sri Perak tu

29 December 2011

My Cousin Wedding

Accually sepupu BB kawen 11.11.11 aritu.
So baru sekarang berkesempatan meng upload gambar-gambarnya.

Jom Kita layan gambar-gambar sepupu BB ni.Kot-kot bleh dapat idea ;)

Simple but nices

The Ring

Mas Kawen


 I luv this khemah...see.
Boleh lihat awan disana

Before
After

Centerpieces..




Doorgift ini ajer yang dapat BB snap..hehehe.
Sebenarnya macam-macam ada.cantek-cantek sumenyer.
Lupa nak snap..ampun yer

Finally...Siap Sudah Buku Tetamu @ Guest Book...

Setelah hampir berbulan-bulan membuang masa dengan mencari tempat murah untuk binding hard cover, akhirnya BB jumpa jugak kedainyer. Dulu sebelum-sebelum ni BB tanya kebanyakkannya paling murah ialah RM30...ada juga yang letak sampai RM50. Macam-macam rega plak dorang letak.Ikut suka mak bapak dorang ajer!
Terbeliak biji mata BB time tanya kat budak kedai tu.hehehe. 
Apa barang kalo mahal, baik beli siap dah..dalam RM30++ pon bleh dapat. 
 
Contohnyer camni..yang ni BB tengok dekat kedai buku dalam Giant Bt Caves.
Kat kedai buku MPH Midvalley pon ada jugak camni.Dah siap.
Tapi standard ajerlah.Sesuai untuk mereka yang tak kesah..janji ader ;)

Ok untuk makluman BB dapat binding hardcover macam ni dalam RM20 jer...murah ke? 
ke ada lagi murah?hehehe..

Ok meh BB nak share sket.
Rupa-rupanyer, untuk binding hardcover macam ni di panggil tesis 
(alaaa...assignment budak-budak U tu).
Ada juga binding jenis kontrak tender.Yang tu jenis lain.Tak berapa nak cantek dan sesuai dengan tema buku tetamu kita.So jangan salah pilih k ;)

Tulisan nya adalah standard saja.Tak bole pilih-pilih nak word macam-macam.Nak kerawang bagai ke...Sebabnya tulisan tersebut adalah "Hot Stamping". So mereka cuma susun aje bongkah-bongkah abjad sedia ada ikut ayat yang kita nak.
Lagi banyak baris ayat kita, lagi banyak lah kita kena bayar. Mungkin dalam RM30++
 Kalo degil nak jugak tulisan macam-macam...sila lah bayar lebih yer untuk mereka menempah hot stamping special untuk kita.Maybe akan mencecah harga beratus-ratus.

Kalo nak murah lagi,cer korang try kat area yang banyak student.Contohnya dekat UPM Serdang tu kan banyak kedai untuk budak-budak U fotostat.Kat area Uitm Shah Alam ke..sah-sah murahkan sebab rega student.Jangan plak pergi sana bergaya macam mak datin.Kompom kena mahal..hahaha

Tempoh yang diambil untuk siapkan binding hardcover ni selalunya ialah seminggu.Macam kes BB  sebab banyak sangat cuti umum aritu. So tetiba datang kedai masih tak siap lagi.sungguh kiciwa masa itu.Makesure call dulu kedai tu yer tanya dah siap ke belom.

Jom layan isi dalamnyer...




 kat sini pon ade jugak.

Mesti nak tau sangat-sangatkan kat mana BB buat?ok la..
Nah amik ko..

 Dekat area pasaraya wasbudi Taman Sri Gombak tu

 Ni pandangan dari tepi kedai.Betul-betul tepi jalan.Kalau masuk ikut MRR2, belok kiri masuk area Taman Sri Gombak tu, straight ajer.Sebelum simpang 3 besar tu,nampak lah kedai ni.
pstt : ada orang jual durian kat depan kedai ni.


*** Tengah dok tungguh BFF BB buat bunga dari kain untuk dihiaskan dekat depan hardcover tu.~ entah bagaimana lah ropenyer.Tungguuuu

28 December 2011

Buku Tetamu @ Guest Book 2


 Setelah berpikir dan meninjau-ninjau blog kengkawan yang lain,akhirnya BB buat keputusan nak design sendiri ajer buku tetamu BB tu.Bukan susah pon.Kena pandai cari sumber-sumber yang bole digunakan dan pastikan harganya mampu milik...satu lagi kekuatan yang harus ado ialah RAJIN!

Thanks pada Xora sbb memudahkan kerja BB dalam penghasilan buku tetamu ni…sebabnyer BB Cuma copy paste ajer boder yang dia dah buat.Thanks yer darling…muah2 pada awak! BB Cuma edit dan tambahkan sket jer logo rasmi BB tu…
 


  BB dah siapkan kandungan buku tetamu BB ni, Cuma nak g binding ajer yang blom lagi. Masih mencari kedai yang terbaek dalam penawaran harga.Setakat ni dah 2 kedai yang BB servey..wah macam2 rega yang dorg  bagi..So takyah terburu-buru lagi.BB masih mahu mencari harga yang termurah!

Dalam buku tetamu ni, BB masukkan sedikit info tentang penulis,takut-takut dorang terlupa nak letakkan nama. Disamping tu mungkin no contact dah bertukar jadi ini memudahkan BB untuk menghubungi mereka nanti ;)


                                         
BB juga printkan siap-siap gambar family-family BB dan vendor-vendor ni..tunggu dorang sign dan bagi ucapan jerrr…

Jumlah sume mukasurat ialah 100.
kertas A4 (amik opis punyer..syhhh diam2 tau)
print dan fotostat pon (amik kt opis jer..jangan bagitau sape-sape tau)

Tak tebal sangat dan taklah nipis sangat.Yang sedang-sedang ajerrr.

So harap mereka dapat menconteng buku ini yerrr dengan “ayat-ayat cinta” yang power ;)

27 December 2011

Veil Labuh @ Panjang


 






 BB teringin sangat nak pakai veil yang labuh-labuh macam ni.
Cantek sangat2 kalo dalam foto ni. 
(Tapi tak sedar diri tu pendek! Lawa ke lawak kalo BB pakai nanti?) 

Memandangkan BB akan buat Pre Wedding (tema: outdoor-kasual, studio –baju nikah) BB rase nak jugak pakai dengan net yang macam ni. Tak kira lah walaupon BB ni pendek.
Untuk buat veil ni macam senang jer bila nengok ramai yang dah buat sendiri. Tambah-tambah lagi aritu BB g tanya rega untuk sewa veil ini ialah RM50..wah macam mahal plak. Setakat nak pakai sekali jer. 

So idea nak buat sendiri tiba-tiba tergedik-gedik menjelma..bila dah pikr-pikir,bukan setakat pre wedding jer bole pakai, nanti time acara potong kek pon bleh jugak guna.
kalo nak sewa 2x, nampak gaya RM100.So memang nekad nak buat ajerrr.Bape kali nak pakai pon tak kesah.Nak pakai g keja ke,nak pakai g pasar pon…ade orang kesah??giler ke ko BB….buat kena gelak jer!

So projek Veil, BB berjalan dengan progress yang amat lembab gara-gara mencari lace yang BB nak tu takde dekat seluruh KL…
Selalu gitu lah,kalo mencari memang takde.Tapi kalo xnak tu,berlambak-lambak plak depan mata!
Last2 skali dapat lace yang akhirnyer dipaksa-paksa dengan rela hati untuk menerima…kira jadi lah.

Ape yang perlu ada untuk menbuat veil yang amat easy payment ini???
Mari Kak Senah ajarkan yerr….

1.       Gunting hujung net secara bulat (belah bawah ajer)
2.       Buat jahit tepi keseluruhan net


3.       Bahagian Atas :Lipat Net rapat-rapat dan Jelujur dengan benang kemudian jahit dengan getah.


 
 4.       Bahagian  Bawah : Potong lace dan jahit di net secara bulatan. 
*kalo bole beli lace yang besar supaya anda dapat 2 ganda dari ukuran yang dibeli.
*contoh BB beli 2meter lace,tapi BB dapat 4meter lace setelah dibahagikan dua bahagian


5.       Jahit manik2 di tepi-tepi net sepanjang net kiri dan kanan
*Selang-selangkan dengan manic besar dan kecik.ikut kreativiti anda ;)



6.       Jahit juga manic atas lace tadi.
7.       Sedia untuk dipakai!

So Kesimpulannyerrr

Kain Net 2 ½ =RM 14.00+RM5 jahit tepi  
Getah 2” =RM0.20
Lace  2meter= RM9
Manik Pearl =RM 10

TOTAL = RM38.20


(*Updated Foto)

01 December 2011

Yahooo...Kunci Rumah Dalam Genggaman!



Yeayyyy kunci dah dapat.
Alhamdulilah syukur..akhirnya impian nak ada rumah sendiri termakbul juge.
Bila dah dapat kunci rumah dengan pantas kilatnyer BB dengan en tunang pergi menguruskan pemasangan air,api dan cukai pintu.Tukar kan dari owner lama ke owner baru! (dengan bangganyer menulis nama sendiri ..kehkehkeh)
Pastu  langkah seterusnya menukar kunci-kunci pintu rumah.
Memang sah kena tukar sebab banyak dah rosak.Selain tu dari mengelakkan kunci tersebut sama dengan owner lama..manalah tahu kan..kan..kan .Beringat sebelum kena.
BB upah staff BB sendiri jer..dia pandai dalam bab-bab pertukangan ni. So selain dapat jimat kos sebab bayar mahal kepada kontraktor,at least dapat membantu staff sendiri cari duit lebih*wink* baiknyerrrrr BB.kahkahkah.
Nampak jer macam ok tapi Banyak menda yang nak kena buat ni…salah satunyer perkara paling penting ialah :
  • Cat Rumah… 
  •  

ko tengok anak owner lama tersangatlah pandai. Sampai tak cukup kertas dia menulis.Bagus betoi makbapak dia jadi cikgu.Papan hitam original ni. Siap ada formula mate lah,pendidikan seni lahhhh.

Tambah lagi ade sorg kawan BB ni..
katanya dah alang-alang BB nak cat,so dia tambahkan menda ni sebagai bukti dia pernah datang rumah BB..
  

  • Kitchen Kabinet 

Yang ni lagi lah penting,kot-kot nak jadi suri rumah yang mithali.selalu masak..haruslah dapur kena cantek.Baru ada semangat nak masak.dan suami akan sentiasa sayang..cewah! geli tekak aku…
  • Beli Set Katil
  • Beli Set Sofa
  • Beli Set Meja Makan
  • Beli Rak TV
  • Beli itu..beli ini..bla..bla

Yang Pasti BB akan buat dua menda yang teratas tu dulu sebelum pindah masuk..yang lain tu piker kemudian kan. 

Bak kata en tunang,tido atas toto pon ok aper…toto?????hermmm sakit badan satu bulan!

Moral of the story : Makkkkkk…. tolongggggg orang tak cukup duit..

Penunjuk Arah @ Sign Board


Untuk penunjuk arah ke majlis BB nanti, BB cuma buat besar size A4 ajer…
sekali lagi menggunakan cop rasmi BB dan boder buku tetamu.
 Jangan jeles yer.hehehee..
Bukan aper,dari jauh senang nak cam dah.




Lekat pada kertas keras kaler hitam dan mungkin juga ader riben hitam sket.

Kemudian ikat pada kayu pancang.

Sedia untuk diletakkan di tepi jalan!


***BB tengah dok pikir-pikir calon2 yang sesuai untuk kerja-kerja memacak sign board ni pada malam hari..hehehe

30 November 2011

Perabot Oh Perabot


Giler nengok kedai-kedai perabot yang tengah buat sale end year nih…
Lagi giler bila tengah rancak buat dua-dua persiapan..
persiapan kawen dan persiapan nak masuk rumah.

Asal  lalu jer kedai perabot di tepi2 jalan..mesti nak kena toleh.otomatik gitu..always! Mata lilau-lilau tengok promosi hujung tahun ni.
Kalo lah BB ade duit rm1 juta…ermmm sume barang BB sapu. Itu nak, Ini nak, sampai en tunang geleng kepala nengok perangai BB..katanya “BB dah jadi tak tentu arah kalo masuk kedai perabot” …..ngeh ngeh (senyum ajer lah…bini ko jugak nanti tu)


Kedai 1

Baru-baru ni BB pergi warehouse Fella Design..saje suka-suka nak nengok sebab aritu ader terbaca sorang blogger ni citer pasal warehouse Fella Design ni.Macam-macam ader.dari segi sofa,set bilik tido,kerusi makan,tilam dan macam-macam.
 
Ingatkan rega-rega dia mampu beli tapi…..
Mak aiii,rase2nyer kena buat OT siang malam ni baru bleh miliki perabot2 dia..
(untuk diri BB dan en tunang lah)

BB sebenarnya nak cari set bilik tido..
off course lah sbb Itu perkara paling penting bagi org yang baru nak kawen kan. .
kuang kuang kuang. 

BB minat set kaler putih..memang cantek2 designnyer..tapi senyum ajer lah kalo nengok rega nyer…sume atas 4riban jerrrrrr.
So kita layan ajer lah gambar-gambarnyer.
Tak dapat beli, kurang-kurang dapat gambar ajer, jadi lah (nangis dalam hati)



Kalo minat yang zaman -zaman dinasti... pon ader






Hermmm...sofa katil camni rega dekat 7riban?? BB pikir 10 kali lah kalo nak beli. Ahaks!





Meja makan memang cantek-cantek...sesuai dengan rega nyerrrr!!

sila telengkan kepala anda..kerna BB terlupa nak rotate gambar lampu ni :D


Bantal-bantal dan lampu pon ader.Kita bole nak kaler dan design ape.Cuma cakap jer kat org Fella Design ni dan jangan lah lupa sediakan duit yang mencukupi yer :D


Kedai 2

Kedai ni terletak dekat Jalan Kuching berhampiran dengan Bulatan Batu Caves. Sape-sape dari arah KL,kedai ni belah kiri anda yer sebelum bulatan tu. Banyak sungguh kedai perabot kat sini.Pilih jer nak masuk yang mana..dalam banyak-banyak kedai ni, BB terbekenan dekat satu kedai ni, rega tak lah mahal sangat.Berpatutan dan mampu milik ler…



Seperti biasa set bilik tido putih menjadi focus utama…ermm yang ni memang cantek.Dah terbekenan! *Wink*
Rega RM 1800++ (Divan dan tilam 10”)
 
 

  Kemudian set meja makan pon terbekenan jugak. Boleh pilih kaler kusi dan kaler meja yang kita nak. *WinkWink*
Rega Rm1500++


 Kerusi  ni
*WinkWinkWink*
Rega500++
   


Dan Yang Last ni..
Rak TV dan Meja Kopi ni* WinkWinkWinkWinkWinkWink *
Rega dua menda ni RM1500++

*** Tolongggggggg sume nak!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...