Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

25 July 2010

Floria Putrajaya 2010

Ya Jalan-jalan cari bunga...bukan cari kumbang ye adik-adik :) di Floria Putrajaya 2010 pada aritu.(Baru la ni berkesempatan nak share) Pesta bunga yang aku tak pernah mis untuk datang setiap tahun..
(sebabnyer dbkl dah tak buat LAMAN dah :( ......... )

Punya lah ramai umat Muhammad ni rope-ropenyer yang minat bunga..entah lah minat sungguh ke..atau minat kurang bersungguh-sungguh...(nak tangkap gambar je kat bunga yang kaler warna warni tuh kot..) Nama bunga,spesis ape,cara camner nak tanam,designnyer tak penah nak amik tau kot...hihihi.Tapi apa pun nampaknyer perkembangan yang bagus untuk warga Malaysia..menghayati alam semulajadi walaupon dah terang-terang landskapnyer memang direka khas (bukan semulajadi dah)

See my face??.....Aku yang cerah ini tiba-tiba bertukar kulit menjadi kurang putih sedikit pada hari itu kerana berjemur di bawah sang mentari (ye ke?? padahal memang dah gelap pon..hahaha)

Well kali ni sama macam sebelum-sebelumnyer.. korang saksikan lah sendiri..idea2 hebat orang-orang landskap nih.


di alam fauna
Part ni paling ramai kanak-kanak suke..maklumlah binatang-binatang buas yang paling ditakuti jinak-jinak belaka ketika ini..usik pon,apatah lagi lastik, binatang ni tak gigit-gigit balik..hahaha


ubat nyamuk
Ade sape-sape nak cuba buat macam ni kat rumah korang?tak kena luku dek makbapak..silap-silap terbakar rumah kalau ditiru gaya bebas ini ..
(AMARAN KERAS:DILARANG MENIRU AKSI INI)


kerusi meja pokok?
Ni part department aku buat, actually tak penuh lagi pokok tu membesar..tunggu lah lagi setahun dua.Pasti padat pokok tu..time ni pon dah boleh duduk atas pokok tuh,apatah lagi setahun dua lagi :)


Kiranya aku takdak keja..apa lagi yang ni wajib buat..hihihi possing kt mane-mane tempat yang menandakan aku penah datang dan curik sket2 idea kat sini.

1 comment:

KK said...

salam puan
uhuhu.. saya ada komen guna id 24jpsm
saya nak link kan blog puan dgn blog kami boleh?
selamat berpuasa puan

kk 24jpsm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...