Pada tarikh 20.8.11 BB sudah berada di kampong halaman hingga hari raya..
Yaaa entry kali ni,saje nak buat korang jeles...hahahaa
Melampau sungguh!
Alkisahnya
BB plan nak start cuti pada 26hb ni...tapi oleh kerana ada kerja yang
perlu dilakukan di kampung pada 22hb,maka takkan lah BB kejap nak balik
semula ke KL , pastu nak balik semula ke kampung..Maka keputusan
muktamad tanpa menggunakan talian hayat, cuti terusssssssss lah senang!
(Jimat masa,jimat tenaga..and of course lah jimat duit!)
(psstt* haruslah berjimat tambah-tambah lagi nak kawen ni)
Selain
ada urusan KERAJAAN di kampung, boleh juga temankan mak tu.Maklumlah
ini raya pertama tanpa abah....jadi sebagai anak yang belom lagi
kawen,masih solo (tak perlu nak fikir dan gaduh-gaduh nak balek kampung
siapa) sudah menjadi kemestian lah BB kena temankan mak buat persiapan.
So
BB kena makesure semua persiapan sebelum balik harus di titik beratkan
supaya tidak ada barang yang tertinggal yang akan membuatkan mood raya
sungguh tidak ceria..Tadi baru selesai ambil kueh raya yang telah
ditempah. Kereta pon semalam dah siap di cuci.Malam tu pula baju-baju
semua dah di pack...ermm apa lagi yer? nanti kalau terlupa bole tak
barang-barang tu pos diri sendiri? :)
So doakan BB selamat sampai walaupon korang doa macam tak iklas jer..hehehe
(kerana kejelesan BB orang pertama sampai ke kampung sempena raya!)
**Kat kampung sudah tersedia senarai panjang berjela-jela kerja yang harus BB lakukan.
No comments:
Post a Comment