Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

16 November 2011

Inai

Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata
-S.Jibeng


Wahhh kelas u.Siap lagu S.Jibeng lagi!

Bukan ape kali ni BB nak citer pasal inai plak. 
Yer nak jadi b2b ni, inai adalah satu perkara yang wajib jugak kan kan kan...

Kalo kita wat majlis kenduri kat KL of course lah takde masalah nak buat inai yang kerawang-kerawang tu kat tangan.Alaa...yang corak-corak bunga  penuh satu tangan tu.
Pergi je kat masjid india tu,kat tepi jalan tu.Berlambak sungguh.Tak yah kita panggil dia nak buat,dia plak yang panggil kita tanya nak buat ke idak.

Tapi kali ni BB nak share sket pada b2b yang nak buat inai camtu tapi bukan area KL. Maksud BB di sini, ialah kalo kita buat majlis kat kampung halaman nun jauh di sana.
Ye lah takkan nak pakai inai awal-awal kat KL, pastu kena balik kampung awal.Paling kurang sehari atau dua hari sebelum majlis.
Pastu comfirm-comfirm lah kita akan cuti lama sebelum majlis, nak uruskan apa yang patut nanti. Maka nanti inai tu akan hilang dan pudarlah warna nyer.Secara otomatiknya kurang lah seri kita nanti. Sapa sanggup hilang seri time majlis???oh tidakkkkkk...

Ceriteranya bermula apabila kakak BB nak kawen aritu dekat kampung. Dia siap nak tempah kat india depan rumah tu suruh buat. Bila tanya upah , mak datuk punyer lah mahal RM70 untuk buat inai camtu. (Kalo kat KL RM10 jer)
Ini dah kalahkan pasaran KL ni.Tak bole jadi.

Maklumlah b2b ni kena jimat selagi bole jimat.

So BB ada caranyer. 
Kalo kita tahu cara,silap-silap kita plak bole buat ukir inai kat tangan orang.
Bukan sahaja senang,mudah,murah malah Jimat...itu yang penting! 



Beli sticker corak -corak inai ni kat Mydin ~rega RM4.50 jer
Guna inai jenis RANI ini. Beli kat Mydin jugak ~rega RM2.50
Lekat sticker atas tangan dan penuhkan ruang-ruang kosong dengan inai.
Ruang kosong yang telah di penuhkan dengan inai. Biarkan dalam 15minit atau setengah jam sahaja.(Kalo lama akan bertukar menjadi hitam)
Basuh dahulu dengan gunakan kan air yang perlahan, kemudian  baru dibuka sticker tersebut.

Tadaaaaa...hasilnyer!
Total Cost : RM7.00 ajer
(pastu bleh buat banyak tangan dan banyak kali...of course yang dok jeling kat tepi kita time kita pakai inai tu pasti tersenyum sampai ke telinga sebab dia pon dapat pakai inai jugak!)


JIMAT RM70!!!!!!!! senah oi....


***  Anak buah BB yang 'jantan' pon nak pakai inai jugak!!

 

3 comments:

Cik Azizah said...

terbaik la syg..memang kat mydin ada jual eh..nak try cari lah..hehe tq yunk!

BitsBest said...

ado dear...

macam2 corak ado..
cari kat tempat inai tau.ada gantung kat tiang tu..tingkat bawah sekali okeh ;)

Julia said...

Wah cantiknyerr murah plk tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...