Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

01 December 2010

Taman Botani...Part 2

Plot yang di buat oleh my bestfrend sebelum dia menunaikan haji==>Kolam ikan dan Laman Heliconia...kredit for her and the geng!
(dia salah sorang my sifu gitu )



Kolam Ikan

Bila sampai kat sini saya rasa macam nak terjun je dan berenang-renang...dah macam kolam mandi! naseb baik ada ikan (langsung tak sampai hati nak ceroboh tempat ko ikan) dan ada orang tengah dok perati apa saya nak buat tuu..



Plot Heliconia
Sape minat heliconia kat sini ada pelbagai jenis heliconia.Macam-macam bentuk dan macam-macam kaler ada tau.Tahu tak pokok ape nih?ermm klik kat sini..nanti tau ape itu pokok! dah tau kan...? ;)


Plot Topiari/Bonsai Besar
Ini adalah pokok yang kita tengok macam senang je...simple tp cantek
(nak jaga pokok dan maintenance tu yang susah tau..setiap 2 minggu kena trim = mcm gunting rambut ar) Yang ini jenis kesinai







Bogak Island
Dengar nama macam kelakar je tapi itulah realiti dalam pe"nama"ran melayu...kalau tak percaya kenapa dekat Pulau Pangkor ada tempat nama Pasir Bogak?hihihi..sebenarnya habitat pokok ini yang begitu...




Coming Soon.....Part 3

30 November 2010

Taman Botani...Part 1

Sedikit pengenalan Taman Botani..will updated as soon as posibble :)

Jangan lupa untuk memeriahkan suasana pada:

Tarikh : 1 Dis 2010
Masa : 4 ptg
Tempat : Taman Botani Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur
Dirasmi oleh : Perdana Menteri Malaysia


Tramp/Syatel untuk pengunjung :)








Laman Heliconia




Sunken Garden




The Biggest Plumeria (kemboja)




Arca




Sayur-sayuran




Laman Perdana



coming soon ...continue part 2 :)

29 November 2010

Coming Soon..Taman Botani in the making!

Taman Botani Taman Tasik Perdana will be launch on 1 Disember 2010 by our Prime Minister.



Some of the New Plots in Taman Botani
  1. Sunken Garden
  2. Balines Garden
  3. Heliconia Garden
  4. Oasis Garden
  5. Bogak Island
  6. Brownea
  7. Name of the places
  8. Taman Bunga Raya
  9. Taman Orkid
  10. Taman Rusa & Kancil
(6 & 7 is my plots..hihihi)




The Beginning..







Special trees (org melayu panggil:bottle tree)

The details and more pictures will be coming soon....terutamanya tentang my plots :)





Moral of the story




Sayangi lah pokok seperti mana anda menyayangi boyprend/girlprend anda!


16 November 2010

Salam Aidiladha



Pada semua teman dan sahabat..
SALAM AIDILADHA

Tahun ini saya beraya di KL je memandangkan raya ni jatuh pada tengah minggu (rabu) dan tengah2 bulan :)
Mujur abah dan mak datang KL beraya di sini memandangkan semua anak-anak tidak ada cuti raya..kalau tak,pasti meleleh air mata ku di pagi raya..huhuhu.
Thanks pada makabah kerana cukup memahami situasi anak-anak mu ini...

Pesanan iklas dari penaja :
  1. Jangan lupa bermaafan
  2. Jangan lupa cium tangan makabah
  3. Jangan main mercun
  4. Jangan makan daging banyak sangat
  5. Jangan bawak keta laju2
  6. Jangan lupa ziarah menziarahi antara satu sama lain.
  7. Jangan...jangan...dan jangan....


29 October 2010

Maksud Dilarang Memotong Ketika Hujan



Hujan pagi ini mengingatkan saya keadaan ketika hujan di Melaka...ketika saya di sebuah perkampungan yang tenang dan sunyi. Ketika hujan sedang turun membasahi bumi. Dimana kebanyakkan orang kampung hasilnya menoreh getah...bila hujan tak dapat nak menjalankan tugasnya.Kerana kalau memotong..hasilnya sia-sia :)
(Kerana air hujan itu akan menyebabkan susu getah tidak berharga)

19 October 2010

Istimewa Buat Semua Sahabat Ku



Tegur aku jika aku mulai sombong…
Tegur aku jika aku mulai angkuh…

Kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu…

Hari ini, esok dan selamanya……


Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...
Saat tangan terluka, mata menangis.
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...





Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat/rakan /kawan saya!

11 October 2010

Tetamu Undangan 101010

Bukan cerita jemputan perkahwinan angkasawan tuh lah..tetapi kisah disebalik tarikh 101010.Kisah saya di kampung orang..hihihi :) Bukan tak pernah ke kampung orang,malah banyak kali dah time zaman mude remaje dulu (saya kan gile berjalan,sume kampung orang dengan tak malu saya masuk) tetapi Pengalaman ke kampung ini sungguh istimewa kerana SAYA adalah Tetamu Undangan Khas...terima kasih pada tuan rumah ye :)


Perkampungan saya di Kampung Tedong Merlimau Melaka selama 3hari 2malam itu cukup bermakna bagi saya...mula-mula sampai memang lah malu-malu miow tapi lama-lama dah rasa tak malu dah dan dah buat macam rumah sendiri plak. Siap bleh main kejar-kejar plak dengan itik...(sorry itik akhirnya kau berjaya ditangkap untuk dijadikan lauk tengahari saya)




Layanan yang cukup istimewa kepada saya oleh mak tuan rumah,kakak tuan rumah dan anak buah tuan rumah (yang paling best tu sebab menu makanan dia memang peberet saya ...tapai pulut n kari itik...walaweee) Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah kerana bersusah payah mengejar dan mengorbankan 2 ekor itik.

Sungguh ramah tamah keluarga ini..kalau bercerita bagaikan saya juga ahli keluarga mereka.Hingga kan buat malu saya hilang dan saya tak segan silu dah..terima kasih kerana tidak menganggap saya seperti mahkluk asing..hihihi

Banyak xtvt kat sana yang buat saya rasa sungguh seronok bangat..antaranya ialah:


Wah dah lama tak tengok dapur cenggini...ermm ini yang bestnyer dok kat kampung nih.Selain badan bau asap,hidung tersumbat asap dan baju berdebu ketika nak hidupkan api.


Lepak-lepak dekat pondok durian ketika matahari tengah terik dan rumah tengah panas..port paling baik mengelak diri dari menjadi seperti cacing kepanasan



Berjalan-jalan melihat sawah yang indah
(acara wajib ialah menangkap gambar)


  • Melihat bagaimana proses jual beli getah scrap! wey saya rasa nak jadi penoreh getah lah sebab hanya dengan timbangan sebesar 2 tong cat anda boleh dapat dalam rm 100! bayangkan ada dapat getah scrap bertong-tong sehari?atuk kaya jawabnyer...
  • Bermain satu permainan baru iaitu PITANG...yang xbestnyer saya always kalah!! tak aci!
  • Makan berdua-duaan (so sweet) di bawah pangkin menikmati lunch tengahari lauk itik yang sendiri sembelih, proses, dan masak..sambil mengelap peluh yang menitik.
  • Lepak-lepak di depan rumah pada waktu malam sambil-sambil terdengar bunyi-bunyian yang agak menyeramkan sehingga tengah pagi buta..(sungguh romantik ketika ini)
  • Pergi tandas di waktu pukul 2 pagi ditemani oleh seseorang..naseb baek!

Kata tuan rumah "jalan wakaf 2 tuuuu...jalan menuju ke kuburrrr!!!" haiyooo...signboard ni betoi-betoi belakang rumah tuan rumah..(sebab tu mintak tuan rumah temankan ke tandas!)

Dan kenangan terakhir sebelum berpisah pada malam itu ialah terhantuk kepala ketika sama-sama nak cium tangan semasa bersalaman...hahahaha (sampai la ni saya akan gelak sensorang kalau teringat detik itu) dan of course kena ulang balik proses salam menyalam ini..di dahulu oleh saya sebagai tetamu undangan mencium tangan tuan rumah sebagai tanda kasih saya pada tuan rumah :)

Terima kasih ye tuan rumah kerana menjemput saya ke rumah anda...
Sila lah ke rumah saya pula..insyallah layanan yang sehabis baik akan saya cuba beri pada anda sebaik layan tuan rumah kepada saya.
Insyallah...



KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH KITA MENUMPANG MANDI KALAU ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI :)

07 October 2010

Langkah Seterusnya....

Perjalanan Yang Jauh bermula dengan satu langkah...
Langkah pertama..kemudian langkah yang seterusnya.

Perjalanan yang pastinya akan menempuhi rintangan dan dugaan yang maha hebat.
Samada aku berjaya mengatasi halangan itu atau kecundang jua akhirnya...

Kini aku cuba untuk mencari persamaan dan memahami perbezaan .... :)

Ya tuhanku hanya Engkau yang mengetahui yang terbaik untukku...
Engkau sedang mengatur kehidupan ku..

"Ku minta kepada Allah setangkai bunga segar,Dia beri Kaktus berduri..
Aku minta kupu-kupu diberinya ulat berbulu."




"Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik."



Kerana aku tahu Engkau tidak memberi apa yang aku harapkan,
Tetapi Engkau memberi apa yang aku lebih perlukan pada saat dan ketika yang sebenarnya..

Itu jalan ALLAH, indah pada masanya..




29 September 2010

Perlukah Sayang Itu Bersebab?


Ku penah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cinta ku dulu telah ku buang jauh
Kini ku ingin kan mu

Ku pernah menyendiri
Disini ku kan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa
Namun hati ku sepi

Jangan bilang tidak
Bila kita belum mencoba
Sapa yang tahu akan sama
Hati mu dan juga hati ku
Banyak yang bercinta
Bertahun-tahun putus juga
Ku harapkan dengan dirimu
Walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta
Namun kini sedang suka kamu
Cinta ku dulu tlah ku buang jauh
Kini ku ingin kan kamu

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar makanya sungguh
Aku mohon jangan bilang tidak


Saya sayang Kamu tanpa sebab.....

kerana kalau saya sayang kamu kerana kamu baikhati, kerna kamu kaya, kerana kamu hensem, kerna kamu manis, kerana kamu ada sesuatu....
jika semua itu akan hilang dan tiada pada kamu satu hari nanti, perlukah rasa kasih dan sayang saya itu akan turut hilang jua? pergi bersama berlalunya waktu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...