Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

26 December 2012

Nur Zara Edriana



Allahuakbar

Penantian yang ditunggu-tunggu selama ini
  tetapi 
tidak di duga seawal begini


Anak ibu lahir 40 hari awal dari tarikh jangkaan.
Cukup segala sifat dan se comel ibu
:D


Alhamdulillah





NUR ZARA EDRIANA BT SHAHRIL

telah selamat dilahirkan pada 18 Disember 2012
tepat jam 5.41 pagi
di Hospital Serdang
secara pembedahan kerana kedudukan melintang
seberat 1.85kg.


namun kini berada di jagaan NICU kerana Joundies (Kuning)
:(



Ibu sangat rindu dekat kamu.
Sangat-sangat.
Tiap-tiap hari ibu datang lihat kamu.
Moga bertambah baik anak ibu yer.
Cepat-cepat sembuh kerna ibu tak sabar nak bawa kamu balik. 
Ibu nak pelok cium sentiasa.


Doa kan anak BB yer
:(





08 December 2012

Hiasan Dalaman Pusat Servis Perodua Yang Terbaik!

Korang pernah tak pergi mana-mana pusat servis keta?
Tempat dia camner eh yang korang pergi tu?
Best ke?Selesa ke?

Dulu BB selalu servis dekat bengkel-bengkel biasa je.
Tau la, dah nama pon bengkel..
mesti ler tempat tu penuh dgn keta dan minyak.
duduk plak dekat kerusi yang entah bape tahun tak pernah basuh.
Bau minyak jangan cakap lah. Dengan panas dan sungguh tak selesa.

Sebab tu kalo setiap kali servis keta, BB takmau pergi dah.
BB hanya suruh adik ipar je yang tolong buatkan memandangkan dia dulu seorang mekanik di Pusat servis Honda.
Bagi duit dan upah suruh dia je yang buat.
Murah pon murah dan kepercayaan lebih la sebab adik iparkan.
Very Easy!

Memandangkan kereta BB baru beli,
mestilah first servis nak kena dekat pusat servis yang original perodua kan.

Baru-baru ni,
staff BB recomend satu pusat servis perodua dekat MRR2 berhampiran dengan Zoo Negara tu.

 So pergilah BB kesana.
Dek sebab katanya tempat dia best dan layanan staff dia pon ok.

Bila dah sampai
register keta bagai untuk servis then kitorang lepak dekat tempat menunggu tu.

Apa yang BB perhatikan, pusat servis ni memang lain dari yang lain.
Ke BB sorang je rasa?
Korang plak camner?Lagi best ke tempat servis keta korang?
Jakun sket tetiba.
Kehkehkeh

Sudut untuk menunggu memang luas dan BB rasa macam dalam rumah plak.

Hiasan dalaman dia..kelasssss kau.

Macam ada interior designer plak.
Memang cantik dan menarik.
Thumb Up  for them!
kerana menghargai pelanggan.

Selesa sangat-sangat.
Tau-tau lah servis keta ni, masa menunggunya memang lah lama.
So tempat menunggu haruslah dititik beratkan kepada keselesaan pelanggan.



Hah..
Kelas kau...macam dalam rumah!
Kalo tak silap, macam barang-barang Ikea ajer!
*Ting*
Berkenan dekat idea rak kabinet atas tu .
Macam nak tambah dekat dinding dapur BB yang kosong tu.
Kehkehkeh



Sudut menonton tv



Sudut majalah dan surat khabar.




Berganda 10 kali Thumb Up bab ni.



Sarapan Sudah siap tersedia untuk pelanggan.
Wahhhh
Servis keta dapat percuma sarapan!

Alhamdulilah.
Pagi tu kitorang bedal nasi lemak yang sedap dan roti bakar yang panas beserta kopi dan teh.
Walaweeyyyy



Sebenarnya banyak lagi tempat BB tak snap dek kerana bateri hp abis.
:( Nangis!

Banyak dekor-dekor yang menarik 
dan ruang-ruang di tempat ini yang BB rasa dapat dijadikan idea dan ilham kepada sesape dalam menghias rumah.

Takpe, 
next time datang, BB pastikan camera bateri  full yer
:D


Pasal servis keta plak,

BB rasa ok ajer.
Apa yang BB komplain dorang buat dan keta tu pon dah ok.
Masa menunggu?..dah nama pon servis kan.Take time lah.
Lagi satu time BB pergi tu ramai jugak yang datang servis.
Sendiri mau ingatlah keta anda turn yang ke berapa.
Lambat datang, lambat lah siap.

Lagi satu lepas servis keta,
 2,3 hari lepas tu ada orang akan call tanya servis kat situ camner.
Terpulanglah pada anda nak jawab apa.

BB jawab
Okeh sangat-sangat!!
sambil tersenyummmmmm
*bukan dia nampak pon*




Nak tau kat mana Pusat Servis ini?

333 Jalan Hulu Kelang  
68000 Ampang
03-4108-9918
*dekat-dekat dengan Zoo Negara*







*** Pasni setiap kali servis keta kompomlah kat sini yer!




07 December 2012

Tutorial Cara Gubah Daun Pandan Menjadi Bunga Ros



Khas untuk pertanyaan Akak Kamsiah 
yang bertanya mengenai cara nak buat bunga ros dari daun pandan.

Aritu rasanyer BB dah post tentang cara nak buat bunga ros daun pandan ni,
tapi BB sendiri tak jumpa tentang post ni.
Bole gitu?

So untuk sharing-sharing apa lah salahnyer BB luang kan masa sket.
Gambar lama dah ada, bukan susah pon.
Klik ajer!
hehehe 


Cara-caranya :


Kalo sape-sape pernah buat bunga dari straw minum dulu mesti tau nak buat camner...
Alaaaaa...
Kan straw minum tu time gatai-gatai tangan kita pusing-pusing dan lipat dia terus jadi  macam bunga kan.

Cara dia sama aje.
Cuma yang ini guna daun pandan dan agak besar sket.

  1. Gulungkan daun pandan supaya dia jadi mudah untuk kita lipat-lipat sebab nak lembutkan~belakang daun pandan tu kan ada batang keras
  2. Kemudian lipat dua jadi macam huruf V tu
  3. Lipat salah satu kaki V tu naik ke atas
  4. Lepas tu, terus pusing kedepan dan lilit bahagian tengah tu.
  5. Ulangi daun naik ketas dan kebawah dan terus melilit.

 

Tadaaaaa
Dah siap pon!


 Bila dah siap banyak-banyak, kumpulkan satu-satu menjadi seperti jambangan bunga.
Buat tengah-tengah dulu dikelilingan yang lain.
Macam buat bunga tangan tu

Kemudian baru ikat dengan double tape/getah
Kalo nak cantek lagi, ikat lah dengan riben.







Tips:
Kalo daun pandan tu besar dan panjang lagi banyak dapat kelopak.
macam contoh kat gambar atas ni.



So Selamat Mencuba.


Untuk b2b pon boleh buat kalo nak hiaskan bilik pengantin tu yer.
Harum je bilik pengantin nanti.
Takde lah cara biasa/lama yang daun pandan kita hiris halus-halus tu.
Nanti kompom orang akan tanya macam mane kita buat.
kehkehekeh

06 December 2012

Set Meja Makan Putih

Yeayyyy

Alhamdulillah 
 Lengkap sudah senarai perabot wajib beli BB.
Lepas ni tak perlu dah nak pikir apa yang tak lengkap.
Tak perlu dah nak ikat perut lagi.
Hahahaha

At least kalo tetamu datang boleh la duduk kat atas set kerusi meja ni...
bukan lagi kat bawah atas tikar macam aritu.
Sian plak kat dorang terpaksa makan kat bawah..memang tak bape nak selesa.


Sebelum baby BB kuar, 
kitorang nak pastikan semuanya lengkap.

Bukan apa,
nanti bila baby dah ada, barang-barang haruslah di utamakan kepada anakanda tercinta.

Kalo tak beli sekarang, nanti berkira-kira plak nak beli.
Ye lah yang mana harus didahulukan..anak ke perabot ke?

Jawapan mesti lah kat anak kan? 
So memang comfirm lah tak jadi nak beli.

Kalo orang banyak duit tu lain citer lah.
Anytime...bayar aje.

So planning sangat-sangat penting yer.



Putih jua yang tetap menjadi pojaaaaan hati ku
:)
Senyum sampai ke telinga yer!



 
 Meja makan ni BB beli dekat Valencia dekat-dekat area rumah BB.
Kalo sape-sape tau, kedai ni depan Pasar Borong Selangor, Sri Kembangan.

Rega asal ialah RM 2400++
Tengah promosi katanyer rega jadi  RM1388.00

 BB memang berkenan dengan kaler putih
Kena plak dengan tema moden BB.
Rega pon bleh tahan sebab budget untuk meja makan BB bawah RM1500

Accually time display kat kedai tu, 
meja kaca dia kaler hitam dan kerusi memang kaler putih ni.
Kombinasi hitam putih memang cun ler.
 
Tapi kita bleh request nak meja kaca kaler putih. 
Takde masalah.Memang dorang buat 2 jenis kaler pon.
BB takmau kaler hitam sebab dah tau dah memang cepat berhabuk.
*learn from experience*
kehkehkeh


So apa lagi rembat aje lah.
Malas dah nak pikir-pikir dan servey merata-rata tempat memandang kan perot pon dah semakin memboyot.

Kehkehkeh.

Suami BB berkenan plak dengan coffe table yang comel.
Design dia pon ngam dengan rak tv BB.
Terus je rembat 2 barang ni. 
Tapi blom sampai sebab takde stok lagi.Kena la tunggu.


Ni tak sabar-sabar nak tunggu kehadiran meja kopi yang kiut miut tu sampai.






*Sebenarnya ada yang lebih menarik perhatian BB. Yang kusi dia ada lekuk bonjol kat atas dan ada  diamond-diamond tu..
 Reganya mak aiii...2,3 bulan gaji BB...
 Tapi bak kata orang, ukur baju di badan sendiri bukan dibadan orang!



05 December 2012

Gambar Banner Jadi Gambar Hiasan Bilik Tidur




 








Nak tau gambar ni datang dari mana?


Its came frommmm....

BANNER KAHWIN!




Ni adalah gambar banner BB time kawen aritu.
Dari tak buat apa..sayang plak nak buang,
so BB jadikan frame gambar.

Tengok dari membazir tak buat apa-apa baik korang dekor rumah korang ni.

Gambar  kawen tuuuu....
BB kompom sampai beranak pinak nanti gambar tu tetap jadi kenangan sampai mati
kehkehkeh



Kat mana BB framekan gambar banner ni jadi frame gambar besar?

Meh sini BB nak share..
Ceritanya ada di SINI


Boleh juga tempah di..

Facebook : Kanvas Gambar

atau

Blog : kanvasdecofifi

BB mintak dia amik gambar yang besar aje.
Sebab banner BB panjang sangat.Tak muat plak dinding tu nanti.

So sape-sape yang berkenan nak jadikan banner tu sebagai frame gambar,
sila lah rujuk pada tuan punya blog yer.

Ye lah dari membazir buat lapik apa-apa, dah lah gambar muka kita yang paling cun kan..
 baik kita hias rumah kita kan..kan..kan..




04 December 2012

Buaian Baby BB


Hermm lagi sebulan lebih aje baby BB akan kuar.
So sedar tak sedar banyak menda lagi BB tak prepare.

Barang memang dah banyak beli tapi dok dalam kotak aje.
Semuanya kena lah dibersihkan dahulu sebelum orang yang baru nak rasmi.
Maklumlah kulit baby ni memang sensitif.

So dengan semangat yang berkobar-kobar,
BB dan suami siap-siap dah pasang buaian koooo..
hahahaha
Baby tak kuar lagi tapi buaian dah sedia menantimu wahai si anak
:)

Ada orang cakap jangan ajar baby tido dalam buaian.
Nanti susah nak pergi mana-mana dia nak buaian jer.

Memandangkan BB ada beberapa pengalaman hasil dari pemerhatian anak adik/abang,
buaian ni merupakan salah satu cara  nak bagi baby tido lama.

Secara tak langsung banyak kerja yang kita boleh buat berbanding
dengan tido tanpa hayunan kerana baby akan kerap terjaga.
Terpulanglah kepada anda nak pilih yang mana satu.
Yang penting ianya memudahkan diri BB





Buaian ni BB beli time My Dear Warehouse Sale dulu.
Kisahnya ada di SINI

Dekat kotaknya dah siap-siap bagitau camner nak pasang.

So easy okeh!



Step 1


Step 2


Step 3


 Step 4



Tadaaaaa
 Dah siap!



Mesti korang tertanya-tanya tali putih apa tu kan?
 So am I

Nak tau apa dia?

 
Kira macam Tali Keselamatan  ler.
Andai kata spring tu terputus atau tercabut time buaian sedang digunakan.




 Untuk Kain buaian BB pilih yang jenis ini.
Yang ada pengadang dekat kepala dan kaki.
Rasa safety siket bila baby dalam tu.


Oh ya,
 Harga untuk set buaian ni RM 130
Manakala
Spring Cot Net ialah RM 16




03 December 2012

White Baby Cot Untuk Si Manja BB :)



My Dream Baby Cot

Alhamdulilah
Akhirnya ibu dapat tunaikan hasrat nak dapatkan menda ni untuk anak ibu.
Kalo tak kompom baby ibu meleleh air liur yer..
kehkehkeh

Punya lah servey rata-rata tempat.
Naik turun shopping mall, jenguk sana jenguk sini.
Macam-macam website tengok kot-kot ada yang murah.
Rata-rata semuanya mahal.

Last-last sekali aritu ada terbaca sorang blogger dia beli baby cot dengan harga yang agak murah siket ler berbanding dengan harga lain yang BB dah servey.

So apa lagi..
Zassss ajer ke tempat tu.



Baby Cot ni BB beli time My Dear Warehouse Sale dulu.
Kisahnya ada di SINI





Step cara nak pasang
Kalo nak senang pasang,
First baca dulu yer cara-caranyer.
Kalo tak, penat nak kena buka balik sebab tak ikut turutan



Tak sampai setengah jam suami BB dah siap pasang





Reka bentuk yang BB berkenan
  1. Ada 3 laras ketinggian tilam.
  2. Ada plastik dekat palang bagi mengelakkan baby gigit kayu
  3.  Simple dan ringkas

Reganyer?

Untuk Katil (Baby Cot) ni = RM 287.00
Tilam (Rubber Synthetic Matress Anti Duss) = RM 122.00

* Kalo tempat lain aritu BB servey, katil jer dah rega rm300 keatas sampai lah ada yang rm1000++ *




Tadaaaa
Sarung  cadar ni BB beli kain kat Nagoya
Pehtu tempah kat pekerja BB tolong jahitkan.

Tunggu nak pasang je.
Malas nak pasang awal-awal, takut berhabuk nanti.
Bila baby dah kuar baru ibu pasang yer cadar ni
:)





30 November 2012

Hiasan Pintu Bilik

Orang cakap kalo takde keja tu,
ade je keja gila-gila yang dibuatnyer.

BB tengah tahap semangat mendekor rumah.
Sampai pintu pon ko nak dekor?
Aishhhhh


Ini semua kebetulan aje.
Sebab menda dah murah kan...
Beli aje lah!

Lagi satu,
 dulu BB suka sangat tengok rumah-rumah orang putih dalam citer-citer tu,
kat pintu depan rumah dorang mesti ada bunga bulat
(terutamanya time Krismas ler)

Cantek sangat-sangat okeh!

Contohnyer cam rumah-rumah mat saleh ni

Menda ni dorang panggil 
Christmas Wreath





Uiksss
Berkenan sungguh BB!




Maka terhasil lah menda alah ni di rumah BB

Tu pon baru start dengan pintu-pintu bilik dalam rumah je.









Bunga ni BB beli dekat kedai kakak BB keja.
Living Cabin.
Time ni ada 50% diskaun.
dari rega rm12.90 dapat ler rega rm6.45

Dah kata murah kan?
Rembat ajer lahhhhh

Pintu Bilik Utama



 
Bilik ke2



Bilik ke3



Pintu masuk / pintu depan blom buat lagi.
Tak jumpa lagi yang berkenan dihati.
Sebab nak letak kat luar tu kena pikir bunga yang tahan lasak sket.
Lagi satu memandangkan ada grill kena lah ngam-ngam.
Takut nanti tak leh tutup plak grill tu.





***Langsir pintu bilik memang BB tak buat sebab dengar nasihat Eric Leong (Dekor bersama Eric tuuu)
      Katanya rumah akan nampak sempit kalo ada langsir kat pintu.
      So biar kosong! Kena la dengan tema Moden kito :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...