Mula-mula dapat tau kedai ni dari adik..ceriteranyer biasa-biasa jer cakap kedai emas ni banyak pilihan (makne nyer,macam-macam corak yang berkenan dan tidak berkenan ada dijual disini) Tak macam kedai emas yang lenlain.tak banyak pilihan.~sebab BB dah masuk kuar masuk kuar kedai emas area KL,Melaka dan Taiping tapi sumernya takde yang berkenan dihatiku...
Alkisahnya dulu BB dah pernah pergi dengan en tunang mencari sesuatu untuk dibuat ketika hendak membatalkan air sembahyang nanti.
Datang-datang je...mak datukkkk ramainyer orang.
Ingatkan ada pesta apa ke dia buat.Tapi bila dah sembang-sembang dengan salah sorang makcik kat situ katanya memang biasa keadaan macam ni
(betoi ke makcik ni?ke saje-saje nak panaskan BB sebab mana tau kan makcik tu dia ada share partner dengan kedai tu ke.Percaya atau tidak??ermm....) Gilakkk ko!
Baru-baru ni BB datang sekali lagi dengan adik,anak buah dan emak BB ( sajer adik BB tu dah terlebih duit katanyer,so dia nak menghabiskan duit itu di kedai emas~ ko ni pon sorang lagi gilak..kasi duit itu sama aku pon lagi bagussss!!!) BB pon pergi lah,time bulan-buan posa dulu dan sekali lagi BB terkejut berokkk....nak tau kenapa? jom kita tengok.......
Ko tengok....selak orang baru nampak barang kemas!!! kedai emas lain ada ke macam ni??giler betoi ..BB ingat aritu jer ramai, ni nak raya lagi ramaiiii.
(makcikkk: BB sudah percayakan kata-kata anda itu)
Tak cukup kat dalam,kita tengok kat luar...mak aiii sampai dah terkeluar-terkeluar orang yang kat dalam tu.Maka terbukti lah sememe nyer kata mu itu wahai makcik benar belaka tiada yang benar melainkan benar belaka.
Hampir 2 jam BB kat sana dengan mereka ( BB tak beli aper pon tapi terpaksa meneman si adik tu) Orang tak pernah putus-putus macam jual goreng pisang panas plak.
Korang tengok lah anak buah BB ni sampai dok kat siar kaki selamba jer dia makan time bulan-bulan posa ni. Naseb baik ko budak kecik. Kalau tak makcik dah sekeh kepala ko.hehehe. Mama dia dah tak hengat dah dekat anak dia sorang ni kerana kelekaan dan keasyikan memilih barang kemas.Cian budak busuk ni.Buat hal sendiri ajer.Seb baek makcik ader kan..kan..kan.
Apa yang BB perhatikan,
- Dah ler rega barang murah (kalau tak silap BB, time BB pergi aritu rega emas kat kedai tu ialah =RM145/gram , kalu kat KL rega R=167/gram) mak aiii betapa save nyer...
- Macam mula-mula cakap tadi,bapak banyak giler barang kemasnyer.Macam-macam design dan pattern.Dari tradisional hingga lah moden. Atas rak,dalam dulang,atas meja,dalam tuppaware..juling biji mata nengok barang emas berlonggok-longgok macam kertas A4 kat dalam kedai tu.(kalo taknak yang besar~takut budget tak cukup,jangan risau pattern sama yang kecik sudah sedia menanti untuk anda.Ya pilih-pilih jangan tak pilih.Pasti ada!!)
- Layanan dari kakitangannyer teramatlah mesra alam sangat2..Dibuatnyer kita macam dah kenal bertahun-tahun.Tak kira lah awek cun ke yang beli,apatah lagi makcik-makcik yang dah berkoyan-koyan emasnyer, layanannyer adalah sama. Good job!
- Pastu apa yang BB perasan ialah, kalo kita nak tengok banyak barang sekaligus pon takde masalah.(kejap nak tengok yang itu,kejap nak tengok yang ini) ~ maksud BB ialah kalo kat kedai emas lain,dia akan keluar satu-satu barang dan masuk balik satu-satu lepas kita dah bagi balik barang yang kita tengok tu,kiranya satu-satu lah urusannyer..
- No guard (pengawal keselamatan) on duty!! waduh2,punyer lah power ini kedai.Gamaknyer perompak pon takut nak rompak sebab terlalu ramai orang.Silap-silap kang nak rompak,kena tangkap plak.Ngeee..
- Pelbagai orang dari pelbagai pelosok bumi datang,dan of course lah akan kedengaran pelbagai pelat dan bahasa di kedai ini.Kita kan 1 Malaysia..hehehee
Soryy lah BB tak dapat nak amik gambar-gambar barang kemas tu..terlalu ramai orang.Takkan semata-mata nak amik gambar tapi tak beli buat malu BB jer.hehehe.
Lagi satu ada banyak CCTV.Takut nanti BB dilihat sebagai seorang suspek plak kalau berlaku kecurian nanti. Terpampang muka BB dalam CCTV tu nanti asik dok amik gambar sekitar kedai..Ya Ampunnnnn
Akhir nyer selepas penat tawar -menawar adik BB tu, dia dapat ler diskaun.Kalau ikotkan total rega sume ialah RM5000++ tapi dia dapat RM4000++.
Gilak ko dapat tawar banyak nyer!!!
Huhuhu kenapa lah time BB aritu tak reti tawar gila-gila macam ni...takpe-takpe next time kalo BB datang lagi,kompom BB bawak ko.(Ada peluang ke lagi nak datang??)
Ok sape-sape yang ingin menjadi gilak jugak,sila lah berkunjung ke kedai emas ni.Terletak betul-betul dihadapan stesen bas Parit Buntar,Perak...tak susah po nak cari tau.
(Jangan jadi macam BB sudah,orang cakap kedai ni dekat Parit Buntar tapi BB pi cari dekat Bagan Serai. Memang lah sampai tahun depan pon tak jumpa!!)
*** Itulah orang pompuan...kalo pasal emas,anak g mana pon dia dah tak henggat!!