Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

27 July 2011

Rindu A.B.A.H.........

Bersama cucu kesayangan nyer dari umur 3bulan..sentiasa bersama~jalan-jalan,tido,buat susu tengah malam
Dua tiga hari amat rindu pada arwah abah.Tetiba teringat kat dia.Sampai meleleh air mata tanpa sedar bila teringat kenangan dengan dia...terlalu banyak
  1. Kenangan gembira bersama abah
  2. Kenangan sedih dengan abah
  3. Kenangan biasa-biasa dengan abah
  4. Kenangan luar biasa dengan abah
Rasa banyak permintaan abah yang tak dapat ditunai...bukan kerana tak mahu tunaikan,tapi tak berkesempatan.Rasa menyesal sangat-sangat....minta maaf abah.
Saya tahu menyesal sekarang dah tak guna kan... :(

Antara permintaan abah yang tak sempat saya nak tunaikan ialah bagi dia rasa naik kapal terbang :( Plan tu dah ada,tapi....... :(
Yer abah memang minat sangat dengan airplane ni.Tak kira lah kalau airplane apa yang lintas atas bumbung rumah tu,dia pasti keluar tengok...Selalu sangat tanya pasal kapal terbang.Pernah bawak dia pergi lcct dan klia untuk tunjuk airplane time berlepas dan mendarat.Seronok tengok dia time tu... tapi tu dulu.


Family saya tak pernah bergambar ramai-ramai.Raya 2010 adalah pertama gambar ini diambil.
Tak sangka plak itu yang terakhir buat abah.

Ya allahhhhh..kuatkan semangat ku! Hanya pada Mu aku memohon supaya diampunkan segala dosa-dosa abahku dan semoga arwah abah ku ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang engkau redhai.
Amin!

~ Doa dari seorang anak







25 July 2011

Dapat Oreo Chese Cake lagi!

Ermm tak sangka entry terdahulu (klik sini) ada orang ambil kesah...

KGS : Geng  yang disayangi dan sentiasa dihatiku!
(sebenarnya mengharap kan "seseorang" yang ambil kesah ) 

  Tempahan Khas dan istimewa untuk birthday girl





Dengan muke serabai baru bangun tido disuruh potong kek pada pukul 7 pagi








Sarapan pgi-pagi buta dengan kek ini yang bakal menambahkan berat badan..sudah pasti!








Kek yang lambat sampai...patutnya berada dengan saya pada malam celebrate dengan KGS...walau apa-pon memang terharu.Ada je plan untuk saya oleh KGS supaya sambutan dapat diteruskan :)

Inginkan kek yang di sponsor oleh cik chena seperti ini? klik SINI




Celebrate My Birthday with KGS










Hoyeee malam ni sambut birthday dengan KGS. Ingat makan-makan cam biasa dengan geng,rope-ropenyer ade suprise yang di plan oleh KGS dekat Auntie Belacan di Giant Sri Kembangan! Cam biasa purak-purak terkejut..hahahaa.




 Birthday girl dilayan bak sang puteri indera kayangan pada malam itu.. siap bersuap-suap! Caya lah ida, ni saya sayang kat ko nih..








Antara ahli-ahli KGS yang turun padang pada malam ni...
Paling kiri yg cun cik linda.
tengah yang cute ITS ME!
dan kanan paling comel cik ida.





Tidak dilupakan
cik paling sempoi ialah cik sabrina
cik paling garang tapi lawak ialah cik chena




 
Menu-menu yang di oder oleh si kaki lantak ini
Tu diaaaa...selepas dikerjaka oleh si buruk lantak.Licin daaaaa...
Off Course lah kek ni musti ada.. (Thanks dear!)

 Thank pada KGS yang sentiasa di hatiku
LUV U ALL lah..muaaah3x
 



pssst :
*Thanks kepada cik chena kerna menaja makan malam tersebut.Sedap sungguh! dan untuk  
special oder  "oreo chese cake" esoknyer.... :) i likeeeeeee it





22 July 2011

Pomander Ball ~ Bola-Bola Bunga~

 Korang suka tak menatang nih? Ala orang putih cakap pomander ball, tapi kalo anak-anak buah saya cakap bola bunga...so saya panggil bola bunga lah sebab dia bulat macam bola cuma tak bole nak sepak je (off course lah anak buah panggil bola, sebab dorang ada hati nak sepak rope-ropenyer.. 
no way,no way,no way mannn)

Penat tau unty mu ini buat,siap jerit-jerit lagi kena gam yang panas tu..

Bila dah Gantung,teramatlah comel...macam bola-bola cinta :)

So bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1.Bola kabus kaler putih,jgn amik yang kaler hijau~itu untuk bunga segar~
  •  Bole beli kat kedai bunga di Semua House (kedai kat bawah tu,kalo tak jumpa pergi naik kt tingkat atas kedai Sayangku tu)
  • Rega murah je..60sen hingga RM 10.00
  • Saiz macam-macam ado (kecik,sederhana,besarrr)~ikut suka hati bapak korang la nak pakai yang mana
2. Bunga ikut kaler yang korang suka ler
  • Kalo bole cari bunga yang kembang kerana nanti dapat kurangkan penggunaan bunga~weyy nanpak je kecik tapi guna banyak bunga tau!
  • Match 2jenis kaler bunga pon ok jugak
3.Gam Pistol
  • Tahan sket kalo guna gam pistol ni,nanti bunga tak tercabut
4.Tali Riben/Tali Manik
  • Mana-mana pon bole guna.Kalo nak cantek guna tali Manik (semeter dalam RM2 ketas ikot jenis ar) Kalo nak save,korang beli je riben yang bape sen tu,sah-sah bole guna banyak

    Cara-cara nak buat :

    1. Potong Bunga dari tangkainyer dalam 2 inci
    2. Lekat dulu pemegang (tali riben/tali manik) dekat bahagian tengah-tengah~supaya mudah,nanti kalo dah lekat bunga dulu susah plak nak cari space untuk lekat pemegang.
    3. Korang cucuk je bunga tu sampai kedasar tanpa was-was satu persatu dan gam kat bawah(antara bunga dan kabus)~tak kesah ler nak lekat ikut baris atau sebelah-menyebelah. JANGAN RISAU BENTUK DIA AKAN TETAP BULAT JUGAK!
    4. Pastikan cucuk  rapat-rapat antara bunga dengan bunga yang lain(jangan bagi ada ruang kosong) Penuhkan dengan sume bunga sampai tak nampak bola kabus tu.
    5. Pastu kalo ada lebih-lebih bunga kecik yang sememangnyer ada kat bunga asal yang tak dipotong tu.korang cucuk dan gam jugak antara bunga.~nak bagi cantek ar...look natural :)
    6. Pehtu, angkat dan pegang tali riben tu supaya nak bagi center dan lekat kan jugak juraian manik/riben kat bahagian bawah (cara lekat sama macam cara buat pemegang dia jugak)
    7. Yeaaaay dah siap!
    Pandangan dari atas


    Tips:

    * Ada yang tak suka daun, so korang bole buka daun dan ambik bunga sahaja.
    *Guna bunga yang kembang untuk elakkan bunga tak cukup (macam kes saya,bape kali ulang alik kedai beli  bunga daaaa)
    * FYI, bila dah siap nanti,bola bunga ni akan jadi besar 2x ganda dari bola kabus putih ni.So makesure korang  pilih saiz bola kabus yang betul macamaner saiz yang korang nak bila dah siap nanti.
    * Pasti kan takde orang mengacau terutamanya budak-budak~ sebab korang akan menjerit bila kena gam panas tu..hehehe (maluu weyyy kalo dorang dengar.)
     


















    Bola Bunga ni pon saya letakkan dekat kerusi pelamin tunang :)


















    Accually,bola bunga ni saya buat time saya tunang haritu...oleh kerana tema off white,so saya pilih kaler krim putih sama match dengan pelamin tunang dan baju.Kebetulan plak Mak Andam pon guna kaler bunga pelamin sebijik macam kaler bola bunga saya :)

    Ermm plan nak buat lagi lah time wedding nanti, khas untuk flower boys saya...sudah pasti budak-budak laki kecik ni tak nak bawak bakul bunga.Sebab mereka lebih tertatik kepada bola bunga saya...yer BOLA.~ Jangan korang main sepak-sepak time escort unty nanti sudah..nangis!


    Kaki Kain Baju Nikah


     Tengok baju nikah orang macam best jer.Dah la cantek,lawa plak tu... maybe sebab kain tu sememangnya lawa atau kreativiti seseorang tu yang membuatkannya bertambah-tambah lawa??

    So saya pon tenung lah baju nikah saya yg tak bape nak lawa tu......

      Kosong kan kat kaki kain tu?Macam tak bape nak menarik...so mula lah idea gila-gila ni muncul


    Konon-konon nak buat cam gini kat kaki kain ni


    Apa kata saya cuba-cuba try test tengok kreativiti tangan yang tak sebape ni...


    Tapi bile di pikir-pikir balik,setelah ditenung sampai nak terbeliak biji mata ni, susun sana,susun sini.gaya itu,gaya ini....
    kalo buat camni lagi la nampak bertambah-tambah buruk..hahaha

    So whats u think guys??

    *Accually,corak yang bulat-bulat tu saya ambil dari lebihan perca baju lace yang ditempah tu. Gunting elok-elok dan lekatkan kat kain~jahit ler,bukan gam tau :)
    *Nak buang sayang....*


    Hermmm..
    Kita tunggu lah hasilnya nanti samada ianya akan bertukar (nadaUltraman...bertukarrrrrr) atau pon tidak...

    21 July 2011

    FF SUMMER

    Rega kita boleh bincang.
    Jangan Risau,kita ikut budget anda k ;)
    So email me k
    sazilahasnisaaibun@yahoo.com






    FF SPRING

    Rega kita boleh bincang.
    Jangan Risau,kita ikut budget anda k ;)
    So email me k
    sazilahasnisaaibun@yahoo.com












    Contoh-contoh Hantaran FF SPRING.

    Checklist oh Checklist

     
    Checklist yang harus....
    SILA LAH BUAT !








    JULAI 2011


    1st Item
    1. Bayar Deposit Bridal
    2. Bayar Deposit Forografer
    3. Bayar Deposit Katering
    4. Bayar Deposit Kanopi


     2nd Item
    1. Mug + Paper Beg
    2. Bunga Telor Tetamu
    3. Bunga Telor VIP
    4. Cenderahati VIP
    5. Bunga Telor Pahar
    6. Bunga Manggar


    1. Hantaran
    2. Gelang/Cincin (Mas Kahwin)
    3. Baju Family
    4. Baju Nikah
    5. Tudung Nikah
    6. Baju Pengapit
    7. Baju Fower Boy
    8. Bunga Segar (Rose & Orkid)
    9. Homestay pihak lelaki
    10. Homestay kengkawan
    11. Homestay sedara-mara


     3rd Item
    1. Ujian HIV
    2. Pej Agama- Borang Nikah (JAWI)
    3. Kadi- Taiping
    4. Saksi
    5. Wali


    1. Kompang
    2. DJ & PA System
    3. Cadar Pengantin
    4. Langsir
    5. Kad Kawin
    6. Kasut Nikah
    7. Kek
    8. Span bunga oasis
    9. Bunga Mentara

     4rd Item ~DIY
    1. Buku Tetamu
    2. Signboard
    3. Jahit Manik Veil
    4. Jahit Manik Baju Nikah
    5. Frame gantung 
    6. Poster frame
    7. Tag



      5 Item
    1. Pre Wedding
    2. Outdoor
    3. Honeymoon



    Ermmm apa lagi eh? Kot-kot ada yang tertinggal....



    20 July 2011

    Kisah Keluh Kesah Yang Dah Tak Kesah

    ALkisahnya seperti yang dicerita....nak tau? KLIK sini

    Setelah berfikir ,akhir-akhirnya saya buat keputusan untuk oter balik baju tu tapi of course lah bukan dekat Tailor lama tu..~walaupon ramai yang cuba-cuba advise cakap tak yah oter sebab pakai sekejap dan sekali jer..huhuhu :(

    Sory lah saya bukan tak nak dengar cakap korang,tapi perkara ni adalah seumur hidup sekali je,so kena lah perfect kan.Tambah-tambah lagi upacara batalkan air semayang ialah pakai gelang.Sah-sah fotografer pro dan amatur akan fokus pada tangan tu dan jeng-jeng akan terselah lah kedutan seribu pada baju tu..nanti tak mau lah saya menyesal sampai tua nengok album kahwin ! Nangis!

    Step pertama : Beli kain kat kedai yang dulu time beli baju tu ( huhuhu lagi cerita sedih kerana stok warna kain tu dah tak de)
    ~ Last-last amik kain yang hampir nak match ler dengan warna kain lama!

    Step Kedua : Balik kampung oter kat sana.Naseb baek ada sorang membe nak kawin gak.So sume baju yang membe tempah nampak ok.Apa lagi,sesi menghulur baju ku ler pada tailor tu. Banyak kali saya ulang kat akak tu,saya nak macamaner..siap mintak dia tunjukkan hasil yang penah dia buat supaya saya pueh hati. Cakap slow-slow,satu-satu dengan penuh kesopan supaya dia betoi-betoi paham agar sejarah lama tidak berulang lagi (macam lagu tomok la pulok).
    ~ Muke akak ni nampak garang macam singa daaaaa

    Setelah baju itu saya tinggalkan sebulan padanyer..supaya dia fokussss,fokusss pada permintaan saya yang tak seberapa tu..hari nak amik baju tu,jeng..jeng..jeng...

    Baju saya tergantung betul-betul dihadapan kedai dia (haiii kak , perli kerrr?)

    Mata terus tangkap kat tangan baju tu.....

    jeng...jeng...jeng...(heyyy berapa banyak jeng,jeng da)

    ALHAMDULILAH...SEPERTI YANG SAYA NAK!

    Huduh giler sampai tak dapat saya nak bayangkan lagi
    *Gambar kecil

    BERTUKAR MENJADI

    Cantek berseri ...licin kan?bagai menggunakan veet,tak perlu pencukur lagi
    (walaupon kaler kain ni nampak lain dari yang asa..kira ok sgt2 lahl)

    Step Ketiga : Apa lagi sampai-sampai rumah terus lah fitting baju tu...alhamdulilah sangat-sangat lah ok! dan sangat terbaeeek lah!

    Step Keempat : Selesai sudah masalah! Pehni tak yah dan tak pikir dan tentang baju nikah ni sebab banyak menda nak kena pikir lagi tauuuuuuu....

    16 July 2011

    Kisah Keluh Kesah Baju Nikah

    Al kisah permulaan memang perit masa nak cari kain baju nikah ni...naik turun kamdar,jakel,nagoya dan sume lah kedai pengantin yang ada kat area masjid india tu..sampai nak tercabut rasa nya kaki ku ini..maybe en tunang pon penat sampai tak cakap apa-apa :)

    Bila saya berkenan,dia plak tak berkenan...bila dia berkenan,saya plak tak berkenan.Maka terjadi lah cerita 8 jam di Masjid India hanya dapat membeli sehelai baju nikah.. (tu pon nyaris-nyaris beli jugak.Cer cuba kalo tak beli?)

    Nak cakap cantek,bagi saya biasa je...tak lah secantek baju-baju nikah orang yang lawa-lawa giler tu...janji dua-dua setuju dan berkenan.Kira ok lah... (kena keputusan majoriti~anda sudah berdua bukan single lagi...ingat tu Bits!!)
    *sebenarnya dalam hati memang takkkk bape nak suker kaler dan corak tu.. :(


    Al Kisah di Kedai Tailor di Bandar Baru Sentul

    sumber:google
    Kalau ikutkan perancangan saya,cekak tangan baju keras macamni...


    Pehtu kejadian yang paling menyayatkan hati saya ialah.....
    1. Apabila ditempah, masa yang dijanjikan tak siap-siap ~ time tu kalut nak buat untuk hantaran tunang.
    2. Bila dah siap... :( :( :( arghhhhhh...cekak tangan baju yang macam saya nak tu, FAIL!!!! ~berkedutttt seribu macam nenek tua umur 100 tahun :( sbb dia tak guna kertas keras tu.
    3. Butang tangan baju kelip yang saya TAK NAK,itu yang dia buat...
    4. Ukuran badan terlalu ketat sangat2....tak selesa.
    5. Bila tanya kalau baiki balik (oter) masa nak nikah bole kan?~ takut baju tak muat nanti... Dia jawab bole tapi kena CAJ!!!

    tapi hasilnya lembik dan berkedut
    (tak bape nak clear sangat gambar kedutnya)

    Pastu boleh plak tailor tu cakap apa yang saya suruh dia buat kat baju tu tak sesuai,patutnya tangan tu dibiarkan dengan lace sediaada...sebab tu tangan tu jadi kedut seribuuuu...

    Muka saya merah macam udang kena bakar dan rasa nak telan je akak tu...

    Ada ke patut dia cakap camtu?? salahkan saya dan kain baju yang sah-sah tak bersalah tu??Hoiii...tolonglah!

    Time saya mula-mula hantar baju tu untuk tempah dulu,kata boleh je buat camner pon.(Saya siap tunjuk gambar lagi macam mana saya nak) Pastu beri-ria ambil nombor telefon katannya kot-kot kalau ada masalah dia akan call nanti..abistu kenapa tak call kalo dah tahu tak sesuai???
    Bukankah tugas anda sebagai tailor untuk memberi tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut pada customer masa mula-mula tempahan dibuat????

    Malas nak layan lagi orang yang sudah bikin hati saya panas....saya bayar RM130 dan terus blah! ~

    Huh itu the first dan the last saya tempah baju kat kedai dia...

    Baju kawin tuuuuu....sekali seumur hidup nak pakai.Pehni dah tak bleh nak pakai dah.Mesti lah kena pueh hati 100%. Lain lah kalo baju raya,tiap-tiap tahun bleh buat lagi :(


    *Seseorang yg suggestkan kedai ni (katanya baju kengkawan opis dia cantek-cantek sebab tempah kat sini)~ itu yang membuatkan saya tempah di sini.
    *Memang tak dapat di nafikan,jahitannya memang cantek dan kemas, mungkin sesuai untuk kain baju biasa..bukan untuk baju pengantinnnnn...

    15 July 2011

    Celebrate Our Birthday with Steamboat

    Lepas duty jaga floria 2011, kawan @ merangkap senior @ kakak angkat ajak makan steamboat.Dah alang-alang di putrajaya kitorang gi makan dekat Alamanda.

    Memandangkan masing-masing sambut birthday bulan Julai,hah apa lagi seharusnya lah sambut together-gether :)



    Suka dapur letrik ni...mudah dan tak bape panas.Paling penting pantas dan mesra pengguna.Harus dipikirkan untuk rumah baru nanti (apabila hidup sudah berdua ni,kena lah serba ringkas agar si dia juga pandai menggunakannya utk memasak sekiranya saya tak berkesempatan nanti) ..muahahaa :D



    Not bad ..ada 2 perisa sup or tomyam,tapi saya suka tomyam (kena tambah caj rm10~ tak patut sungguh :( )
    2 Orang buruk lantak sedang menanti dengan penuh sabar untuk mengerjakan nya sampai licin.



    Saya pilih jugak nasi goreng nenas..perghhh memang terbaek lah! sodap...
    makan dengan steamboat tomyam memang ngam lah dikala perut tengah berkeroncong ala sayang dari tadi..


    for maklumat lanjut:


    http://www.johnnyrestaurant.com


    Makan untuk Hidup.....Kalau Tak makan akan mati.

    Jadi marilah kita makan-makan! :D
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...