Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

29 November 2013

Bila Burung pon mahu berteduh di Laman BB :)


Tetamu Allah di rumah BB


Tak sangka burung kelicap ini sudi membuat sarang di laman rumah BB.
Alhamdulilah 
kerana menjadi pilihan hamba Allah yang kecil ini membuat sarang dilaman rumah BB.
Insyallah tak lama lagi adalah kawan zara dan baby angkat BB.
hehehehe


Sungguh kagum pembinaan mahligai burung ini.
Dari sehelai rumput menjadi sebesar sarang yang kukuh untuk burung ini bertelur.
Walaupon berminggu-minggu menyiapkan sarangnya, ketabahannya membuat kan BB kagum dan salute.

Setiap hari dari pukul 9.30pg burung ini akan memulakan kerjanya sehingga 4.30petang.
Ada sekali membawa seekor lagi burung melawat mahligai ini.
Mungkin pasangannya dan bakal ayah kepada anaknya nanti.

Subahanallah.
Binatang pun seperti manusia
:)


28 November 2013

Aksesori Babycot ~ Clip On Musical Mobile



 

Untuk "mendiamkan" zara dalam babycotnya, BB belikan dia menda ni.
Kalo tak asik nak memanjat jer.
Tapi sebenarnya BB terlewat beli.Patutnya ketika dia 2, 3 bulan.
Time dia tak bole menerap lagi.Apatah lagi memanjat.Ada benda lah dia nak perhatikan.
Sekarang dia dah bole berdiri letih plak BB nak mengawal tangannya dari dok usik menda ni.
Kadang-kadang sampai jatuh dia tarik.
Adoi la anak!




Mari kita tengok apakah itu... Clip On Musical Mobile.
Menda ni lebih kurang macam.... ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, mainan kecil mak kita letak dekat buaian tu.
Kita akan tarik tali dia dan menda tu akan berbunyi lagu.
Masa BB kecik dulu kalo tak silap BB punya mainan tu bentuk macam burung hantu kaler kuning.
Mata dia akan terbuka dan tertutup ketika lagu tengah berbunyi.
Kiranya nak bagi baby dalam buaian tak menangis lah.Sebab ada lagu dan mainan tu.

Yang ni macam tu jugak cuma yang ni lebih best sket sebab dia pakai bateri.
So tak lah letih nak tarik tali tiap kali lagu abis.
Lagu dia akan berulang-ulang .kalo tak silap ada 5jenis lagu.
Contoh macam lagu twinkle-twinkle little star tu.
sampai lah kita tutup butang off /on dia.

Selain tu..patung-patung comel ni akan berpusing perlahan-lahan.
Slow and steady.
Selain lagu yang ok dan tak memekak telinga, tujuannya adalah nak bagi baby tido sambil baby isap susu. Sampai BB pon nak tertido kalo dengar lagu dia.
Selalu mak pon akan tertido jugak dengan anak.


 Jenis patung yang boleh dibasuh.
Kalo baby gigit pon takde masalah.
So cute maaa
 

 Ini adalah setnya.
Siap dapat bateri sekali tau.


 
 Cara pemasangan pon ada ditunjukkan.
Sangat-sangat senang okeh.
Sesuai dengan nama jenamanya
"simple dimple"

 Tali dekat patung-patung tu pon bole dilaraskan.
Senang untuk kita adjust bila baby semakin membesar.


 BB beli menda ni dekat Carefour Wangsa Maju (now AEON BIG)
 Reganya adalah RM 59.90



 




See my cute little zara
mula-mula pasang macam "perak" sket.
Asik nak nengok je menda tu.
jangan cakap anak..maknya pon sama!
hahaha






















18 November 2013

Prosedur/Tips buat Kabinet Dapur



Seperti yang dijanjikan...
Walaupon udah lama janji itu..hehehe
Tetap BB realisasikan..

Kat sini cara camner BB buat kabinet dapur kat rumah BB
Maybe tak ikot step cammaner yang sepatutnya...tapi itu lah cara BB

BB style..cewah!


  1. BB servey kabinet orang dulu..hehehe (pergi jengok-jengok design kat rumah dorang @ kat internet or majalah) 
  2. Pergi kedai kabinet dapur atau jumpa kontraktor mintak sebut harga~quotation...( kat sini baru lah tau macam-macam material dan harga)
  3.  
  4. Pehtu print gambar contoh kabinet (design+material) yang macam maner kita nak.hasil dari kita dok belek-belek majalah.
  5. Bincang dengan tukang kabinet yang kita dah pilih (yang ngam dengan budget kita).Tanya ar bape lama dia boleh siapkan.
  6. Tukang kabinet akan bagi design kabinet dan quotation jumlah sebenar bape yang kena.
  7. Sediakan duit deposit~ bila dh setuju
  8. Bila keja dah on~selalu lah monitor.Kot-kot ada yang perlu ditegur/tak puas hati.Jangan caya 100% okeh pada kontraktor~ untuk kepuasan hati kita sebenarnya (berbaloi dengan harga yang kita bayar..tapi jangan terlalu cerewet plak.sampai menyampah kontraktor tu kang..hahaha)

*** Sila beli dulu hood +hob+oven dan sinki yang anda berkenan sebelum pemasangan kabinet dapor. Kalo korang banyak duit, suruh je tukang kabinet ni belikan untuk korang.Nak jenis yang macamana dan jenama.Dia boleh tolong settle kan.Tapi macam BB, gi beli sendiri..pueh hati nak yang macamaner. Rega pon boleh tau. Takut nanti korang tak berkenan plak yang dorang beli.Selalu dorang akan mark up sket dari harga sebenar. Ingat free ke upah dorang nak g beli untuk korang?hehehe



Design Kitchen Cabinet by Carm Kitchen

Ini design kabinet dapor BB.
Time dapat lukisan ni..uikss teruja jangan cakap!
Mula-mula cakap dengan dia nak buat design U.
Tak padan rumah kecik berlagak macam rumah besar.
hahahaha
Itulah guna tukang kabinet. Dorang akan bagi pendapat sesuai atau tidak dengan keluasan dapor kita.
Dia akan bagi sebab-sebab kenapa dan mengapa tak boleh buat design U.
Hasil perbincangan last-last BB akurrrr, rumah BB boleh buat design L jer.




 Top 
Kabinet Dinding (Wall Unit)





Kabinet Dinding BB tak banyak, cuma ini saja dan siket dekat tempat pinggan.



Kabinet Lantai (Base Unit) 






Kabinet Lantai BB panjangnya ialah13kaki

Kabinet BB jenis pasang siap jer.
BB tak buat pon yang konkrit tu.
Kalo yang konkrit tu rega dia agak mahal sket dari yang ini.
Asalnya ada plan coming soon kot-kot nak besor kan dapor tu.
Nanti senang takyah ler nak pecahkan konkrit.
Insyallah kalo jadi sambung dapor, BB akan guna konkrit plak untuk kabinet lantai ni.
Lagi tahan.
Material yang BB gunakan untuk pintu adalah jenis Melamine
Time tu kalo tak silap rega nya adalah RM 150.00 sekaki



Table Top



Table Top : Solid Surface

Ada banyak jenis table top.Ada dari jenis marmar, granit, solid surface,
BB guna jenis yang solid surface.Jenis ni macam batu jugak.
Agak murah berbanding dengan jenis granit.
Cuma kalo ada calar tu nampaklah siket.Kalo granit tu tak nampak bercalar.
Tapi kalo kena air takdehal lah.Lap ajer.

Jangan guna jenis Mieco/Kayu Berlamina
Memang lah murah!!
Dia macam kayu yang dibalut dengan tikar getah.
Tapi takleh kena air.Nanti kalau kena air akan kembang.
Cer bayangkan ..nama pon dapor, mesti ada acara masak-memasak,basuh membasuh dengan air kan?

Teringat aritu pergi rumah membe, MENYESAL katanya dia pilih jenis material ni.
Lepas basuh tangan je nak kena lap sekitar sinki.
Lepas basuh cawan sebijik jer nak kena lap area sinki.
Pendek kata setiap kali lepas guna sini mesti nak kena lap.Takut-taku air meresap dekat papan ni.

Hah tak ke parah kalo macam tu?
Biar mahal sekt tapi berbaloi cik kak yerr.


SINKI




Sinki BB beli dekat hardware je.
Untuk sinki 2 bowl tu rega nya ialah RM 78.00
dan untuk paip tu reganya RM 96.00

Makesure korang kena tau sebelum beli yerrr.
Silalahhh tanya dekat kedai hardware tu yer.Jangan main beli ajer.
Udoh BB dah tersilap beli paip tu.

Pergi beli sinki yang memerlukan sumber air utama masuk dari bawah sinki
MALANGNYA TERSILAP
Beli paip air yang sumber air utama masuk dari tengah
Korang paham ker?

Kalo korang perati gambar paip yang dibeli tu berbeza dengan paip yang dah dipasang..kan kan kan?
Seb baiklah tukang kabinet sangat baik hati nak bagi free je paip baru tu kat BB.
Alhamdulilah.
Moga rejeki tuan hamba bertambahlah selepas ini.
Amin!


TEMPAT PINGGAN


sumber: google

BB lupa plak nak capture rak pinggan BB.
Tapi lebih kurang macam gambar ni lah sebijik.
Rega RM150.00






DINDING DAPUR MASAK




Kalo korang seorang yang malas macam BB, sila lah pasang dinding masak tu.
Senang dan memudah korang sangat-sangat.
Lap je sisa-sisa minyak yang terpercik kat atas dinding tu.
Sekali lalu jerrr.Sangat mudah.
Kalo tak pasang, abis marmar dinding tu.
Paling malas nak cuci bila kunyit or cili terpercik dekat line-line antara marmar tu.
Aduhhh...letih nak sental!
Rega pemasangan dinding dapur masak ni ialah RM 300.00




Akhirnyaaaa
siap sudah dapur idaman BB





So marilah kita mengira total cost bagi kitchen kabinet BB ini yer :

Kabinet Dinding = RM 800.00
Kabinet Lantai = RM 1950.00
Table Top = RM 1950.00
Dinding Masak = RM 300.00
Tempat Pinggan = RM 150.00
Sinki = RM 78.00
Paip = RM 96.00
Hood+Hob = RM 1888.00

TOTAL = RM 7212.00




Itu blom masuk lagi kos tukar tingkap+cornes+plaster siling
:(
nangissssss!!


15 November 2013

Lava Rock BBQ Gas Grill


Aritu kunun-kunun nak buat BBQ.
Ye lah udoh lama dapat BBQ free tu, tak pernah-pernah guna lagi.
Bila ikan, ayam dah perap bagai..aiseh lupa plak yang bbq ni guna gas.
Kena guna lava rock..bukan guna arang biasa.
Jenuh mencari kedai-kedai runcit dan pasaraya besar.
Tapi dorang tak jual plak.Banyak jual jenis arang dan sebagainya.
Nak gi Houz Depot jauh tuu..udoh tak sempat.

Oleh kerana tak jumpa lava rock ni dekat kedai yang berdekatan, 
maka kami pon bakar guna arang jer atas bbq  gas grill ni.
Amik ko.. 
Tu lah lenkali sebelum nak bbq tu kena lah intai-intai dulu kotak tu.
Dah la first time guna!
Last-last teruk jugak la nak bersihkan sisa habuk arang tu.




LAVA ROCK ialah sejenis batu dari batu gunung berapi.
Boleh guna banyak kali dalam bbq.Takkan habis dan berdebu macam arang tu.
Kira boleh recycle banyak kali la penggunaan batu tu.



Cuma hidupkan api macam dapur gas tu.
Api akan membakar batu dan batu akan berbara.Dalam 10 minit dah boleh start bbq.
Tak banyak asap..sangat-sangat praktikal bakar dekat porch keta rumah.
hahahaa

See my bro sedang memasak


Baru-baru ni ada plan nak buat bbq lagi.
So misi BB menservey dekat pakcik google kat mana jual.
Servey punya servey terjumpa lah satu blogger ni cakap dekat  BBQ King online pon ada jual.
 
Selain tu, BB rasa macam terpanggil jer nak pergi Houz depot.
Memang aritu BB ada tanya bape sekotak dorang jual lava rock tu.
Jurujual tu cakap dalam rega RM50.00++ sekotak (dah lama dah time ni)
Mahai tuuu
So malas nak pikir banyak BB pon pergi lah Houz Depot tu dekat Jalan TAR (depan Pertama Complex)
Dalam hati dok berkira-kira beli sekotak jer lah.
Lagi pon bukan selalu buat bbq..tak padan dengan rega batu , mak ai mahal giler.
Ada plak nanti yang amik batu sungai jer buat bbq.
 

Tanya lah budak tu, "dia cakap dah nak abis kak.Tinggal beberapa kotak je lagi."
"Tak pelah dik..akak nak sekotak jer."

Pergi lah dekat rak batu tu...dan jeng jeng jeng
BB terpandang satu kertas A4 tulis "CLEREANCE STOCK" betoi-betoi kat kotak lava rock yang BB nak beli tu.

Nak tau rega dia bape?

ONLY RM9.90 jerrrrrrrrrrrrr



"Biar betoi dik????"
"betoi lah kak..ni rega nyer"


Terus calling-calling adik dia nak tak batu tu?
Apalagi..terus cakap nak jugakkk.Sebab dia pon ada bbg grill gas macam BB nih.




Korang tak caya?BB pon tak caya mula nya..
Hah ni rega asal kat kotak tu

Sekotak ni ada 1.5kg lava rock.
Memang ngam sekotak untuk bbq gas grill BB tu.





Tapi oleh kerana ketamakan berfikiran panjang..BB borong la 4 kotak terus.
2 kotak untuk BB, 2 kotak untuk adik BB.
Amik kauuu!
Baru rega RM 39.80
Untuk kegunaan long term .Nanti takyah lah susah-susah lagi cari batu ni kan!


Alhamdulilah
Rejeki jimat cermat.
Cer kalo dulu dah beli lava rock ni. Kompom menangis kalo dapat tau rega sekarang.


13 November 2013

Cenderahati untuk tetamu ~Magnet Peti Ais


Idea untuk b2b
Kalo korang mencari sesuatu kelainan untuk diberikan kepada tetamu, 
apa kata korang tempah magnet peti ais ni sempena majlis kahwen korang.

Sebenarnya masa majlis BB aritu memang ada magnet ni ditempah.
Sepupu BB yang tolong sponsorkan.
Dia tempah dekat membe dia.





Sangat-sangat good idea.
cam comel jer macam comel jer




Tak macam cenderahati kecik-kecik yang lain, lama-lama orang akan buang.
Menyemak je rumah katanya.Habuk lah..itu lahh
Kalo yang ini...Kompom orang tak buangnya.
Mesti dorang lekat dekat peti ais rumah dorang.
Tak semak dan tak habuk pon rumah dorang tu
kan..kan..kan?


 Contohnya aritu BB g rumah membe, 
nampak magnet BB kawen tu masih elok dok lekat dekat peti ais dia.
dan Mug yang BB bagi masih digunakan sehingga sekarang!
 Dah dekat 2 tahun tuuuuu

Senyum sorang-sorang
Berguna jugak canderahati yang BB bagi.
Memang berbaloi!

  

Harus dan wajib lah ada menda ni kan kat peti ais rumah sendiri?
Kenangan tuuuu
:D



oh ya
nak tempah dekat mana??
sila lah KLIK








12 November 2013

Bila Zara Sudah Pandai Memanjat



10 bulan 




Gedik sungguh dia dalam baby cot ni.

Ibu sayang awak sangat-sangat!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...