Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

19 August 2011

Yeaaayy dah start COTI RAYA!


Pada tarikh 20.8.11 BB sudah berada di kampong halaman hingga hari raya..
Yaaa  entry kali ni,saje nak buat korang jeles...hahahaa
Melampau sungguh!

Alkisahnya BB plan nak start cuti pada 26hb ni...tapi oleh kerana ada kerja yang perlu dilakukan di kampung pada 22hb,maka takkan lah BB kejap nak balik semula ke KL , pastu nak balik semula ke kampung..Maka keputusan muktamad tanpa menggunakan talian hayat, cuti terusssssssss lah senang! (Jimat masa,jimat tenaga..and of course lah jimat duit!)
(psstt* haruslah berjimat tambah-tambah lagi nak kawen ni)

Selain ada urusan KERAJAAN di kampung, boleh juga temankan mak tu.Maklumlah ini raya pertama tanpa abah....jadi sebagai anak yang belom lagi kawen,masih solo (tak perlu nak fikir dan gaduh-gaduh nak balek kampung siapa) sudah menjadi kemestian lah BB kena temankan mak buat persiapan.

So BB kena makesure semua persiapan sebelum balik harus di titik beratkan supaya tidak ada barang yang tertinggal yang akan membuatkan mood raya sungguh tidak ceria..Tadi baru selesai ambil kueh raya yang telah ditempah. Kereta pon semalam dah siap di cuci.Malam tu pula baju-baju semua dah di pack...ermm apa lagi yer? nanti kalau terlupa bole tak barang-barang tu pos diri sendiri? :)

So doakan BB selamat sampai walaupon korang doa macam tak iklas jer..hehehe 
(kerana kejelesan BB orang pertama sampai ke kampung sempena raya!)



**Kat kampung sudah tersedia senarai panjang berjela-jela kerja yang harus BB lakukan.

02 August 2011

Perlu kah?

Kadang-kadang melayan kerenah orang ni cukup menyiksakan..
tambah-tambah lagi kalo orang yang banyak kerenah tu adalah orang yang kita rapat dan yang kita sayang..
Tambah lagi kalo melibatkan seseorang yang mempunyai EGO yang tinggi...
Nak ditampar,tak sampai hati...Nak ditegur,takut terasa...Nak di sekeh-sekeh,takut plak dituduh mendera....
Aduhhhhhhhh apa nak buek ni???

Perlukah BB hanya mendiamkan diri?
Perlukah BB biarkan?
Perlukah BB hanya melihat dengan seyuman yang kelat?

Perlukah?...perlukah?..perlukah?

Jangan lah buat BB serba salah ok!
Faham?
Kena tampor jugak budak ni kang.... :(
 

Sorry lah BB bukan pandai pujuk..
BB bukan pandai pujuk rayu macam orang lain yang manja gedik-gedik tu..
So,kalau merajuk tu sendiri lah pujuk k,sebab BB tak reti nak pujuk.
Faham!

01 August 2011

Diari Ramadan Bits


Eh cam tajuk Diari Ramadan Rafique plak..hehehe
Sape pernah tengok citer ni?Memang lawak giler...ok sape yang tak penah tengok meh sini saya nak story sket citer dia.Ni kisah sorang budak mat saleh yang duduk kat luar negara.Pastu kena tinggal kat Malaysia dengan opah dan sepupu dia(budak-budak kampung yang sangatlah nakal!)  sebab mak dia kena keja kat luar negara Macam-macam jadi..teringat pada sepupu dia yang paling comel Maisarah yang tembun tu :)
Citer ni memang dibuat berdasrkan kehidupan seharian kita.Macam mana kita time kecik dulu bila berpuasa.Tambah-tambah lagi dapat sepupu yang macam-macam ragam.Duduk kat kampung lagi.Memang best.

Tujuan BB (gelaran untuk saya bole?~sebab senang nak taip :D) nak citer adalah kerana bila dah besar dan tua-tua ni kalau nak masuk je bulan ramadan mesti teringat zaman dahulu kala.Zaman kecik-kecik time takde masalah negara.Wah betapa senangnyer beta punyer hati.....(nada citer PRamle) 
Yang tahu bangun sahur,kena kejut oleh mak,lauk sume dah ada depan mata tunggu nak bukak dan nganga luas-luas walaupon mata terkatup!
Bila nak berbuka paling best..macam-macam lauk siap bole buat pilihan lagi lauk mana yang nak.Nak yang itu,nak yang ini. Tu belom gi pasar ramadan lagi dengan abah.Sampai juling bijik mata tengok kaler air,lauk pauk,kuih muih dan semestinyer bunga api dan mercun..~yer zaman tu menda ni tak diharamkan lagi!

Tapi tu sume dulu,kini dah banyak berubah.Termasuklah keadaan BB sekarang..dimana BB kena kunci jam sendiri,bangun sahur sendiri,sediakan makanan sahur sendiri..pehtu bila dah balik keja kena sediakan makanan untuk berbuka sendiri-sendiri.Kalau rajin BB masak~time tu boleh meleleh air liur pikir nak masak itu,nak masak ini.Tapi last-last lauk yang pernah dan yang BB reti masak ajer ler..cehhhh :D
Atau pilihan kedua,rasanya pilihan yang disukai oleh ramai orang ialah SINGGAH BAZAR RAMADAN..hehe.Kat situ tunjuk je..menjimatkan masa dan tenaga.Tapi ongkosnyer plak kena kuar banyak maaaa...


Ermmm hari ni adalah hari pertama Ramadan....

Rasanya sume orang berlumba-lumba nak nak masak..tapi BB rasenyer beli je kot.Kerana makan sorang.Lain lah kalau berdua rasanya ada semangat nak masak ! :D

Untuk semua...

Harapan Ramadhan

kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
selangkah...
demi selangkah...
setahun sudah pun berlalu...
masa yang pantas berlalu...
hingga tak terasa pun...
berada di bulan ramadhan..semula...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
puasa...
satu amalan...
sebagai mana yang diperintah NYA...
moga dapat kulenturkan...
nafsu yang selalu...
membelenggu diri...
tiada henti henti...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
tak inginku...
biarkan ramadhan...
berlalu saja...
tuhan pimpinlah...
daku yang lemah...
mengharungi segalanya...
dengan sabar...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kememohon pada tuhan...
diberikan kekuatan...
kemerayu pada tuhan...
diterima amalan...
selangkah...
demi selangkah...
dengan rahmatmu oh tuhanku...
kutempuh jua...


SALAM RAMADAN

27 July 2011

Rindu A.B.A.H.........

Bersama cucu kesayangan nyer dari umur 3bulan..sentiasa bersama~jalan-jalan,tido,buat susu tengah malam
Dua tiga hari amat rindu pada arwah abah.Tetiba teringat kat dia.Sampai meleleh air mata tanpa sedar bila teringat kenangan dengan dia...terlalu banyak
  1. Kenangan gembira bersama abah
  2. Kenangan sedih dengan abah
  3. Kenangan biasa-biasa dengan abah
  4. Kenangan luar biasa dengan abah
Rasa banyak permintaan abah yang tak dapat ditunai...bukan kerana tak mahu tunaikan,tapi tak berkesempatan.Rasa menyesal sangat-sangat....minta maaf abah.
Saya tahu menyesal sekarang dah tak guna kan... :(

Antara permintaan abah yang tak sempat saya nak tunaikan ialah bagi dia rasa naik kapal terbang :( Plan tu dah ada,tapi....... :(
Yer abah memang minat sangat dengan airplane ni.Tak kira lah kalau airplane apa yang lintas atas bumbung rumah tu,dia pasti keluar tengok...Selalu sangat tanya pasal kapal terbang.Pernah bawak dia pergi lcct dan klia untuk tunjuk airplane time berlepas dan mendarat.Seronok tengok dia time tu... tapi tu dulu.


Family saya tak pernah bergambar ramai-ramai.Raya 2010 adalah pertama gambar ini diambil.
Tak sangka plak itu yang terakhir buat abah.

Ya allahhhhh..kuatkan semangat ku! Hanya pada Mu aku memohon supaya diampunkan segala dosa-dosa abahku dan semoga arwah abah ku ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang engkau redhai.
Amin!

~ Doa dari seorang anak







25 July 2011

Dapat Oreo Chese Cake lagi!

Ermm tak sangka entry terdahulu (klik sini) ada orang ambil kesah...

KGS : Geng  yang disayangi dan sentiasa dihatiku!
(sebenarnya mengharap kan "seseorang" yang ambil kesah ) 

  Tempahan Khas dan istimewa untuk birthday girl





Dengan muke serabai baru bangun tido disuruh potong kek pada pukul 7 pagi








Sarapan pgi-pagi buta dengan kek ini yang bakal menambahkan berat badan..sudah pasti!








Kek yang lambat sampai...patutnya berada dengan saya pada malam celebrate dengan KGS...walau apa-pon memang terharu.Ada je plan untuk saya oleh KGS supaya sambutan dapat diteruskan :)

Inginkan kek yang di sponsor oleh cik chena seperti ini? klik SINI




Celebrate My Birthday with KGS










Hoyeee malam ni sambut birthday dengan KGS. Ingat makan-makan cam biasa dengan geng,rope-ropenyer ade suprise yang di plan oleh KGS dekat Auntie Belacan di Giant Sri Kembangan! Cam biasa purak-purak terkejut..hahahaa.




 Birthday girl dilayan bak sang puteri indera kayangan pada malam itu.. siap bersuap-suap! Caya lah ida, ni saya sayang kat ko nih..








Antara ahli-ahli KGS yang turun padang pada malam ni...
Paling kiri yg cun cik linda.
tengah yang cute ITS ME!
dan kanan paling comel cik ida.





Tidak dilupakan
cik paling sempoi ialah cik sabrina
cik paling garang tapi lawak ialah cik chena




 
Menu-menu yang di oder oleh si kaki lantak ini
Tu diaaaa...selepas dikerjaka oleh si buruk lantak.Licin daaaaa...
Off Course lah kek ni musti ada.. (Thanks dear!)

 Thank pada KGS yang sentiasa di hatiku
LUV U ALL lah..muaaah3x
 



pssst :
*Thanks kepada cik chena kerna menaja makan malam tersebut.Sedap sungguh! dan untuk  
special oder  "oreo chese cake" esoknyer.... :) i likeeeeeee it





22 July 2011

Pomander Ball ~ Bola-Bola Bunga~

 Korang suka tak menatang nih? Ala orang putih cakap pomander ball, tapi kalo anak-anak buah saya cakap bola bunga...so saya panggil bola bunga lah sebab dia bulat macam bola cuma tak bole nak sepak je (off course lah anak buah panggil bola, sebab dorang ada hati nak sepak rope-ropenyer.. 
no way,no way,no way mannn)

Penat tau unty mu ini buat,siap jerit-jerit lagi kena gam yang panas tu..

Bila dah Gantung,teramatlah comel...macam bola-bola cinta :)

So bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1.Bola kabus kaler putih,jgn amik yang kaler hijau~itu untuk bunga segar~
  •  Bole beli kat kedai bunga di Semua House (kedai kat bawah tu,kalo tak jumpa pergi naik kt tingkat atas kedai Sayangku tu)
  • Rega murah je..60sen hingga RM 10.00
  • Saiz macam-macam ado (kecik,sederhana,besarrr)~ikut suka hati bapak korang la nak pakai yang mana
2. Bunga ikut kaler yang korang suka ler
  • Kalo bole cari bunga yang kembang kerana nanti dapat kurangkan penggunaan bunga~weyy nanpak je kecik tapi guna banyak bunga tau!
  • Match 2jenis kaler bunga pon ok jugak
3.Gam Pistol
  • Tahan sket kalo guna gam pistol ni,nanti bunga tak tercabut
4.Tali Riben/Tali Manik
  • Mana-mana pon bole guna.Kalo nak cantek guna tali Manik (semeter dalam RM2 ketas ikot jenis ar) Kalo nak save,korang beli je riben yang bape sen tu,sah-sah bole guna banyak

    Cara-cara nak buat :

    1. Potong Bunga dari tangkainyer dalam 2 inci
    2. Lekat dulu pemegang (tali riben/tali manik) dekat bahagian tengah-tengah~supaya mudah,nanti kalo dah lekat bunga dulu susah plak nak cari space untuk lekat pemegang.
    3. Korang cucuk je bunga tu sampai kedasar tanpa was-was satu persatu dan gam kat bawah(antara bunga dan kabus)~tak kesah ler nak lekat ikut baris atau sebelah-menyebelah. JANGAN RISAU BENTUK DIA AKAN TETAP BULAT JUGAK!
    4. Pastikan cucuk  rapat-rapat antara bunga dengan bunga yang lain(jangan bagi ada ruang kosong) Penuhkan dengan sume bunga sampai tak nampak bola kabus tu.
    5. Pastu kalo ada lebih-lebih bunga kecik yang sememangnyer ada kat bunga asal yang tak dipotong tu.korang cucuk dan gam jugak antara bunga.~nak bagi cantek ar...look natural :)
    6. Pehtu, angkat dan pegang tali riben tu supaya nak bagi center dan lekat kan jugak juraian manik/riben kat bahagian bawah (cara lekat sama macam cara buat pemegang dia jugak)
    7. Yeaaaay dah siap!
    Pandangan dari atas


    Tips:

    * Ada yang tak suka daun, so korang bole buka daun dan ambik bunga sahaja.
    *Guna bunga yang kembang untuk elakkan bunga tak cukup (macam kes saya,bape kali ulang alik kedai beli  bunga daaaa)
    * FYI, bila dah siap nanti,bola bunga ni akan jadi besar 2x ganda dari bola kabus putih ni.So makesure korang  pilih saiz bola kabus yang betul macamaner saiz yang korang nak bila dah siap nanti.
    * Pasti kan takde orang mengacau terutamanya budak-budak~ sebab korang akan menjerit bila kena gam panas tu..hehehe (maluu weyyy kalo dorang dengar.)
     


















    Bola Bunga ni pon saya letakkan dekat kerusi pelamin tunang :)


















    Accually,bola bunga ni saya buat time saya tunang haritu...oleh kerana tema off white,so saya pilih kaler krim putih sama match dengan pelamin tunang dan baju.Kebetulan plak Mak Andam pon guna kaler bunga pelamin sebijik macam kaler bola bunga saya :)

    Ermm plan nak buat lagi lah time wedding nanti, khas untuk flower boys saya...sudah pasti budak-budak laki kecik ni tak nak bawak bakul bunga.Sebab mereka lebih tertatik kepada bola bunga saya...yer BOLA.~ Jangan korang main sepak-sepak time escort unty nanti sudah..nangis!


    Kaki Kain Baju Nikah


     Tengok baju nikah orang macam best jer.Dah la cantek,lawa plak tu... maybe sebab kain tu sememangnya lawa atau kreativiti seseorang tu yang membuatkannya bertambah-tambah lawa??

    So saya pon tenung lah baju nikah saya yg tak bape nak lawa tu......

      Kosong kan kat kaki kain tu?Macam tak bape nak menarik...so mula lah idea gila-gila ni muncul


    Konon-konon nak buat cam gini kat kaki kain ni


    Apa kata saya cuba-cuba try test tengok kreativiti tangan yang tak sebape ni...


    Tapi bile di pikir-pikir balik,setelah ditenung sampai nak terbeliak biji mata ni, susun sana,susun sini.gaya itu,gaya ini....
    kalo buat camni lagi la nampak bertambah-tambah buruk..hahaha

    So whats u think guys??

    *Accually,corak yang bulat-bulat tu saya ambil dari lebihan perca baju lace yang ditempah tu. Gunting elok-elok dan lekatkan kat kain~jahit ler,bukan gam tau :)
    *Nak buang sayang....*


    Hermmm..
    Kita tunggu lah hasilnya nanti samada ianya akan bertukar (nadaUltraman...bertukarrrrrr) atau pon tidak...

    21 July 2011

    FF SUMMER

    Rega kita boleh bincang.
    Jangan Risau,kita ikut budget anda k ;)
    So email me k
    sazilahasnisaaibun@yahoo.com






    FF SPRING

    Rega kita boleh bincang.
    Jangan Risau,kita ikut budget anda k ;)
    So email me k
    sazilahasnisaaibun@yahoo.com












    Contoh-contoh Hantaran FF SPRING.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...