Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

15 November 2013

Lava Rock BBQ Gas Grill


Aritu kunun-kunun nak buat BBQ.
Ye lah udoh lama dapat BBQ free tu, tak pernah-pernah guna lagi.
Bila ikan, ayam dah perap bagai..aiseh lupa plak yang bbq ni guna gas.
Kena guna lava rock..bukan guna arang biasa.
Jenuh mencari kedai-kedai runcit dan pasaraya besar.
Tapi dorang tak jual plak.Banyak jual jenis arang dan sebagainya.
Nak gi Houz Depot jauh tuu..udoh tak sempat.

Oleh kerana tak jumpa lava rock ni dekat kedai yang berdekatan, 
maka kami pon bakar guna arang jer atas bbq  gas grill ni.
Amik ko.. 
Tu lah lenkali sebelum nak bbq tu kena lah intai-intai dulu kotak tu.
Dah la first time guna!
Last-last teruk jugak la nak bersihkan sisa habuk arang tu.




LAVA ROCK ialah sejenis batu dari batu gunung berapi.
Boleh guna banyak kali dalam bbq.Takkan habis dan berdebu macam arang tu.
Kira boleh recycle banyak kali la penggunaan batu tu.



Cuma hidupkan api macam dapur gas tu.
Api akan membakar batu dan batu akan berbara.Dalam 10 minit dah boleh start bbq.
Tak banyak asap..sangat-sangat praktikal bakar dekat porch keta rumah.
hahahaa

See my bro sedang memasak


Baru-baru ni ada plan nak buat bbq lagi.
So misi BB menservey dekat pakcik google kat mana jual.
Servey punya servey terjumpa lah satu blogger ni cakap dekat  BBQ King online pon ada jual.
 
Selain tu, BB rasa macam terpanggil jer nak pergi Houz depot.
Memang aritu BB ada tanya bape sekotak dorang jual lava rock tu.
Jurujual tu cakap dalam rega RM50.00++ sekotak (dah lama dah time ni)
Mahai tuuu
So malas nak pikir banyak BB pon pergi lah Houz Depot tu dekat Jalan TAR (depan Pertama Complex)
Dalam hati dok berkira-kira beli sekotak jer lah.
Lagi pon bukan selalu buat bbq..tak padan dengan rega batu , mak ai mahal giler.
Ada plak nanti yang amik batu sungai jer buat bbq.
 

Tanya lah budak tu, "dia cakap dah nak abis kak.Tinggal beberapa kotak je lagi."
"Tak pelah dik..akak nak sekotak jer."

Pergi lah dekat rak batu tu...dan jeng jeng jeng
BB terpandang satu kertas A4 tulis "CLEREANCE STOCK" betoi-betoi kat kotak lava rock yang BB nak beli tu.

Nak tau rega dia bape?

ONLY RM9.90 jerrrrrrrrrrrrr



"Biar betoi dik????"
"betoi lah kak..ni rega nyer"


Terus calling-calling adik dia nak tak batu tu?
Apalagi..terus cakap nak jugakkk.Sebab dia pon ada bbg grill gas macam BB nih.




Korang tak caya?BB pon tak caya mula nya..
Hah ni rega asal kat kotak tu

Sekotak ni ada 1.5kg lava rock.
Memang ngam sekotak untuk bbq gas grill BB tu.





Tapi oleh kerana ketamakan berfikiran panjang..BB borong la 4 kotak terus.
2 kotak untuk BB, 2 kotak untuk adik BB.
Amik kauuu!
Baru rega RM 39.80
Untuk kegunaan long term .Nanti takyah lah susah-susah lagi cari batu ni kan!


Alhamdulilah
Rejeki jimat cermat.
Cer kalo dulu dah beli lava rock ni. Kompom menangis kalo dapat tau rega sekarang.


2 comments:

muhammad nazuha said...

Salam kak... mane nak cari lava rock nie... ada jual dekat area klang tak???

nazur syahmi said...

assalam kak .. mana nak cari alat2 bbq grill yg murah2 ni ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...