Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

29 October 2012

Hasil Rembatan My Dear Warehouse Sale





Hasil rembatan dari My Dear Warehouse Sale!

Balik je dari kampung  raya haji terus kauuuu..... datang sini.
Tak singgah mana-mana dah.
Punya semangat berkobar-kobar nak beli takut stok yang di idamkan abis pulok nanti.



 Keadaan nak masuk ke gudang ni.
Memandangkan tengah raya haji kan, so tak lah ramai sangat orang.
Kira budak-budak tu boleh berlari-lari lah dalam kawasan ni.
Selesa jugaklah kita nak perati barang tu lama-lama.
check sana check sini
Hahahaha


Tengok!
Kalo korang pergi makesure lah jangan bawak orang lain selain laki bini ajer.
 Nanti nyesal kalo tak buleh beli itu ini sebab takleh nak bawak balik!

Ni kat tempat duduk belakang.
Tu belom kira kat bonet lagi tu




Antara barang-barang yang BB servey-servey


 Bakul baby
Macam nak beli tapi takut tak guna nanti
Sabau aje lah
*tak boleh beli*


 Yerrr
Tujuan utama BB kemari adalah disebabkan baby cot ni a.k.a katil bayi

Alhamdulilah 
Baby cot  kayu warna putih yang di idam-idamkan sudah menjadi milik BB

BB tak beli complete set
Cuma baby cot dan tilam sahaja
 

Baby Cot
Rega Asal RM 330.00
After Sale RM 287.00


Rubber Synthetic Matress Anti Duss
Rega Asal RM 229.90
After Sale RM 122.00
 
Kalo nak murah better beli yang complete set tu. 




Buaian
Rega Asal RM 209.90
After Sale RM 130.00

Kain Net Buaian 
Rega Asal RM 25.90
After Sale RM 17.00

* Banyak jenis net.*
BB amik yang ada pengadang dekat kepala dan kaki tu supaya baby tak tergeluncur nanti.
Mane lah tau kot-kot baby ni buas kan..
hehehe 


 

 Stroller
Rega Asal RM 339.90
After Sale RM 244.00

 Kenapa dan mengapa  BB pilih yang ini?
Sebab suka tang cover atas ni.
Boleh tutup setengah dari stroller ni untuk mengelak baby dari terkena panas matahari.


Ada ciri-ciri yang BB nak.
Ada tempat nak tengok baby
Ada tempat letak susu or mainan baby
Ada stopper kat roda
Ada tempat letak beg/barang dekat bawah stroller


 Paling penting sekali

Yaaaa ini dia

Ciri Utama:
Boleh dilipat menjadi slim 
dari 1/2 menjadi 1/4
Agar senang nak masuk dalam bonet dan menjimatkan ruang bonet keta.
Kalo balik kampung tuu mana nak sumbat lagi beg-beg baju kalo separuh dari bonet tu dah di isi dengan stroller!




 
 Head Cushion
Rega Asal RM44.90
After Sale RM20.00


 Yang ni husband BB yang beli.

 Katanya macam tuala sebab nengok kainnyer macam kain tuala kita yang dok selalu guna tu.
Kitaorang pikir lepas baby mandi boleh letak atas ni.

Agaknyer tengah ramai-ramai orang tu mana ada masa husband BB nak belek-belek dan baca.
Terus je amik
 
Tengok gambar kat cover tu pon macam baby tengah pakai tuala.
 
BB pon angguk je lah sebab dia yang nak beli kan.
BB pon tak pernah nengok menatang apa ni.

tapi rope-rope nya
menatang ni sesuai untuk di letakkan dalam stroller or  car seat.
Untuk keselesaan baby.
hahaha

 Takpelah
nanti tau lah kitorang nak guna camner!


 


Matress + 3Pillow
Rega Asal RM 89.90
After Sale RM 56.00

3Pillow
Rega Asal RM 29.90
After Sale RM 17.00
 
Tilam ni BB plan nak guna time dia lepas-lepas mandi ke.
Kiranya senang nak siapkan baby.
Nak pakai kan baju, barut,nak sapu-sapu ubat.. bagainyer
Atopon time orang datang nak tengok-tengok baby.

Tak perlu lah nak kuar-kuarkan tilam yang dalam baby cot tu kan!


Kalo sape-sape nak pergi tu masih berkesempatan lagi.
Nak tau info tentang MY DEAR WAREHOUSE SALE dekat mana?




Hasil Rembatan ni dekat-dekat RM800++ jugak lah.
Fuhhhh... tu time ada sale.
Cer kalo takde sale.
Kompom Rm1000++ keatas.

Dasyat sungguh sekarang ni
Keluaq duit macam ayaq pili bomba keluaq!!
Bukan cam ayaq pili biasa tu.


Demi Anak Ibu!
:)






*** Ada kisah sedehhhh tentang BB di hujung-hujung acara shopping ni. 
Menitis air mata...takmau ingat dah takmau kenang dah!
BB belajar tentang sesuatu! ***


3 comments:

dilla nadila said...

bestnye bb.....shopping untuk baby....
dila ni pun xsabar nak shopping untuk anak akak ipar..heheee :)
bb, ape yg jd nie?xnk sedih2 k..be strong

Rinah said...

bestnya bb dapat gi mydear warehouse sale.. kat sabah jarang ada warehouse2 sale nie..

gadisBunga™ said...

banyak nya hasil tangkapan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...