Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

30 November 2012

Hiasan Pintu Bilik

Orang cakap kalo takde keja tu,
ade je keja gila-gila yang dibuatnyer.

BB tengah tahap semangat mendekor rumah.
Sampai pintu pon ko nak dekor?
Aishhhhh


Ini semua kebetulan aje.
Sebab menda dah murah kan...
Beli aje lah!

Lagi satu,
 dulu BB suka sangat tengok rumah-rumah orang putih dalam citer-citer tu,
kat pintu depan rumah dorang mesti ada bunga bulat
(terutamanya time Krismas ler)

Cantek sangat-sangat okeh!

Contohnyer cam rumah-rumah mat saleh ni

Menda ni dorang panggil 
Christmas Wreath





Uiksss
Berkenan sungguh BB!




Maka terhasil lah menda alah ni di rumah BB

Tu pon baru start dengan pintu-pintu bilik dalam rumah je.









Bunga ni BB beli dekat kedai kakak BB keja.
Living Cabin.
Time ni ada 50% diskaun.
dari rega rm12.90 dapat ler rega rm6.45

Dah kata murah kan?
Rembat ajer lahhhhh

Pintu Bilik Utama



 
Bilik ke2



Bilik ke3



Pintu masuk / pintu depan blom buat lagi.
Tak jumpa lagi yang berkenan dihati.
Sebab nak letak kat luar tu kena pikir bunga yang tahan lasak sket.
Lagi satu memandangkan ada grill kena lah ngam-ngam.
Takut nanti tak leh tutup plak grill tu.





***Langsir pintu bilik memang BB tak buat sebab dengar nasihat Eric Leong (Dekor bersama Eric tuuu)
      Katanya rumah akan nampak sempit kalo ada langsir kat pintu.
      So biar kosong! Kena la dengan tema Moden kito :)



29 November 2012

Pureen Warehouse Sale / Clearence Stock

 

Ni first time BB dan suami pergi Pureen Warehouse Sale / Clearence Stock

Sebelum  ni dok dengar je citer kengkawan.
Bila dah pergi baru tau macam mane keadaannyer.

Perghhhh
Kalo tengok orang KL/Selangor ni macam tak pernah ada sale murah cenggini.
Punya lah ramai.
Asik dok berlaga perut je dengan ibu-ibu yang lain.

Dengar citer Pureen ni selalu jugak buat sale.
Tapi mak ai yang datang,
 macam sekali seumur hidup je Pureen ni buat sale.

Termasuk lah BB
Hehehe







Set Mandian baby
Baru je petugas buka kotak terus orang sambar.
Licin



Tempat Baju paling ramai orang serbu
Murah beb
Mana nak dapat!



Taktau pampers ni murah atau tidak.
Tapi beli aje lah dah alang-alang ada kat sini.





RM 12





   Semuanya barang-barang untuk baby ajer.







Untuk Ibu?
Ini ajer yang sempat dibeli 
:)

Nursing Pads






*** Seronok jugak bila tengok suami BB giler pilih baju baby...ahaks!
       Dulu BB tak pernah kisah pon menda-menda ni.....tapi perubahan masa menyebabkan diri juga turut berubah!



27 November 2012

Hiasan Toiletries Hotel


Korang pernah kan menginap @ duduk kat mana-mana hotel?
Kan setiap hotel tu mesti ada toiletries dia dalam bilik air.

Apa itu Toiletries?
Ala botol kecil yang isi sabun, shampo atau conditioner tuuuuu..

Lain hotel lain plak botolnya,
macam-macam design dan bentuk.

Korang rasa comel tak botol-botol kecil tu?
Bagi BB kalo setiap kali check in hotel,menda pertama yang BB cari ialah botol-botol ini.

Tak sabun badan pon takpe, janji botol ni simpan dulu.

Busukkkkk punyer orang daa!
kehkehkeh.

 Nak tau BB buat apa dengan menda alah ni?

Jommmm
Tengok koleksi-koleksi peribadi BB


Antara koleksi yang sempat BB pungut masa duduk kat hotel-hotel 
dalam  malaysia dan luar malaysia.


Bila dah susun banyak-banyak camni memang comel.
Dah la botol tu sememangnyer comel.. 
ni bertambah-tambah lagi lah kecomelannyer bila dah banyak-banyak.


See
macam-macam design dan bentuk botol yang kreatif.


Ni antara koleksi luar negara.
Hotel Hard Rock Pattaya Thailand 
Hotel dekat Jakarta dan China


 Bukan setakat yang dalam bilik air hotel jer
botol-botol kecil cam perfume comel dan botel jem pon menjadi koleksi BB.




BB letakkan toiletries ni sebelah pintu bilik air.
Dulu rumah lama, BB letak dalam bilik air.

~Menjadi penghias dinding yang kosong secara tak rasmi.~



Ada sorang staff BB pernah datang rumah dan bila dia tengok BB buat camni,
dia minat sungguh nak buat jugak.
katanya dia pon ada jugak simpan dan collect toiletries dari hotel-hotel.

So secara tak sengaja,
Idea hiasan dari kita itu menjadi sumber inspirasi kepada orang lain.

Rasa seronok juga bila apa yang kita buat tu diminati dan dihargai juga oleh orang lain.





26 November 2012

Dapur Kecil BB


Dapur orang takde anak memang agak kemas siket.
Cer tengok nanti bila dah ada anak sorang.
Semua barang nak letak kat atas supaya senang nak amik.
Bekas susu, bekas air panas, bekas itu, bekas ini, bagainyer

Dapur BB, kitorang renovate ikut budget kecik aje.
Maklumlah masa buat dapur ni blom kawen lagi.
Time tu la simpan duit nak kawen, time tu la simpan duit nak renovate rumah.

Jenuh dok kurang budget yang sana sini..
Kurang yang sana, kena tambah siket yang sini.

Eeehhh tak boleh
Yang sini kena tambah yang sana pon kena tambah jugak.
Pening jugak mula-mula.

Seb baek kawan BB keja kedai buat kitchen cabinet ni.
Alaaaa pengapit BB tuuuuu...si Ida yang comel tu

Sembang terus terang aje dengan dia,
 cakap memang BB nak rega yang murah tapi nak yang cantek.
Boleh Gitu??

Sebabnyer nak guna juga duit nak kawen nanti.


So bila dah bincang dan pilih meterial.
Design pon dah bagi dan BB rasa ok aje.
Harga pon lebih kurang dalam kemampuan BB.
Terus set aje dengan dia.
Kira jadikkk la tu.

Kan senang ada kengkawan camni.
Time ni la nak 'mempergunakan' kengkawan.

~Ambil kesempatan~
hehehehe










Dapur BB ni kecik ajer.
Standard rumah teres setingkat.
Buat masa ni, ini dulu yang termampu buat.


Nanti BB akan share kan proses-proses BB buat kabinet dapur ni yer.
 Dari Zero ke Hero
kehkehkeh


Dari segi bagainyer:
  1.  Design
  2. Kos
  3. Material 
  4. Aksesori
  5. Masa 

Insyaallah





Bila dapur cantek dan kemas baru ada semangat nak masak!
Tak caya?
Cer tanya husband BB.
Tiap-tiap ari wooo BB masak
:D



29 October 2012

Hasil Rembatan My Dear Warehouse Sale





Hasil rembatan dari My Dear Warehouse Sale!

Balik je dari kampung  raya haji terus kauuuu..... datang sini.
Tak singgah mana-mana dah.
Punya semangat berkobar-kobar nak beli takut stok yang di idamkan abis pulok nanti.



 Keadaan nak masuk ke gudang ni.
Memandangkan tengah raya haji kan, so tak lah ramai sangat orang.
Kira budak-budak tu boleh berlari-lari lah dalam kawasan ni.
Selesa jugaklah kita nak perati barang tu lama-lama.
check sana check sini
Hahahaha


Tengok!
Kalo korang pergi makesure lah jangan bawak orang lain selain laki bini ajer.
 Nanti nyesal kalo tak buleh beli itu ini sebab takleh nak bawak balik!

Ni kat tempat duduk belakang.
Tu belom kira kat bonet lagi tu




Antara barang-barang yang BB servey-servey


 Bakul baby
Macam nak beli tapi takut tak guna nanti
Sabau aje lah
*tak boleh beli*


 Yerrr
Tujuan utama BB kemari adalah disebabkan baby cot ni a.k.a katil bayi

Alhamdulilah 
Baby cot  kayu warna putih yang di idam-idamkan sudah menjadi milik BB

BB tak beli complete set
Cuma baby cot dan tilam sahaja
 

Baby Cot
Rega Asal RM 330.00
After Sale RM 287.00


Rubber Synthetic Matress Anti Duss
Rega Asal RM 229.90
After Sale RM 122.00
 
Kalo nak murah better beli yang complete set tu. 




Buaian
Rega Asal RM 209.90
After Sale RM 130.00

Kain Net Buaian 
Rega Asal RM 25.90
After Sale RM 17.00

* Banyak jenis net.*
BB amik yang ada pengadang dekat kepala dan kaki tu supaya baby tak tergeluncur nanti.
Mane lah tau kot-kot baby ni buas kan..
hehehe 


 

 Stroller
Rega Asal RM 339.90
After Sale RM 244.00

 Kenapa dan mengapa  BB pilih yang ini?
Sebab suka tang cover atas ni.
Boleh tutup setengah dari stroller ni untuk mengelak baby dari terkena panas matahari.


Ada ciri-ciri yang BB nak.
Ada tempat nak tengok baby
Ada tempat letak susu or mainan baby
Ada stopper kat roda
Ada tempat letak beg/barang dekat bawah stroller


 Paling penting sekali

Yaaaa ini dia

Ciri Utama:
Boleh dilipat menjadi slim 
dari 1/2 menjadi 1/4
Agar senang nak masuk dalam bonet dan menjimatkan ruang bonet keta.
Kalo balik kampung tuu mana nak sumbat lagi beg-beg baju kalo separuh dari bonet tu dah di isi dengan stroller!




 
 Head Cushion
Rega Asal RM44.90
After Sale RM20.00


 Yang ni husband BB yang beli.

 Katanya macam tuala sebab nengok kainnyer macam kain tuala kita yang dok selalu guna tu.
Kitaorang pikir lepas baby mandi boleh letak atas ni.

Agaknyer tengah ramai-ramai orang tu mana ada masa husband BB nak belek-belek dan baca.
Terus je amik
 
Tengok gambar kat cover tu pon macam baby tengah pakai tuala.
 
BB pon angguk je lah sebab dia yang nak beli kan.
BB pon tak pernah nengok menatang apa ni.

tapi rope-rope nya
menatang ni sesuai untuk di letakkan dalam stroller or  car seat.
Untuk keselesaan baby.
hahaha

 Takpelah
nanti tau lah kitorang nak guna camner!


 


Matress + 3Pillow
Rega Asal RM 89.90
After Sale RM 56.00

3Pillow
Rega Asal RM 29.90
After Sale RM 17.00
 
Tilam ni BB plan nak guna time dia lepas-lepas mandi ke.
Kiranya senang nak siapkan baby.
Nak pakai kan baju, barut,nak sapu-sapu ubat.. bagainyer
Atopon time orang datang nak tengok-tengok baby.

Tak perlu lah nak kuar-kuarkan tilam yang dalam baby cot tu kan!


Kalo sape-sape nak pergi tu masih berkesempatan lagi.
Nak tau info tentang MY DEAR WAREHOUSE SALE dekat mana?




Hasil Rembatan ni dekat-dekat RM800++ jugak lah.
Fuhhhh... tu time ada sale.
Cer kalo takde sale.
Kompom Rm1000++ keatas.

Dasyat sungguh sekarang ni
Keluaq duit macam ayaq pili bomba keluaq!!
Bukan cam ayaq pili biasa tu.


Demi Anak Ibu!
:)






*** Ada kisah sedehhhh tentang BB di hujung-hujung acara shopping ni. 
Menitis air mata...takmau ingat dah takmau kenang dah!
BB belajar tentang sesuatu! ***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...