Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

28 October 2013

Peti Ais Kecil vs Peti Ais Besar


Dulu masa mula-mula kawen, rasanya peti ais ni dah besar dah.(290liter) beb..time tu lahhh
Yelah hiduo berdua.Barang pon tak banyak.
Sejak bertambah ahli kecik ni..mak ai terus tetiba rasa peti ais yang ado sempit sangat-sangat.
Alasan!
kehkehkeh..



Sebenarnya peti ais kecil jenama samsung ni BB beli masa bujang dulu dalam rega rm1200.
Memang lah rasa ok sangat-sangat.
Masak pon jarang. So barang tak banyak nak isi.
Kalo isi pon menda-menda tak pak edah jer..cam cekedis, air-air kotak, fast food.
Banyak kosong dari berisi...

Tapi sekarang!!!

Mak ai rasa kalo peti ais tu boleh menjerit dah lama dia jerit jangan dok sumbat macam-macam.
Paling parah bila mak BB datang rumah.Dia kan suka memasak.Selalu beli barang untuk stok seminggu.
So kalo pergi pasar tu, kadang-kadang terover beli banyak barang basah..pehtu balik rumah, garu-garu kepala nak sumbat kat mana dah dek kerana dah over limit..
Mula lah barang-barang yang tak bape nak penting kena kuarkan dulu untuk bagi laluan pada barang yang lebih memerlukan..uishhh jenuh nak mengemas!!


Aritu pergi rumah abg tengok peti ais dia besar jugak..kalo tak silap dalam 360liter kot.
Jenama Panasonic yang freez dia kat bawah tu.. stail baru
Berangan-rangan nak beli satu.
Sembang punya sembang dengan abang dia pon cakap peti ais dia tu dah rasa macam kecil jer.
Ai anak baru dua anak, peti ais dah rasa kecik?
kehkehkeh..lain la kalo size baju tu den cayo.

So kesimpulan BB buat :
Alang-alang  nak beli baik beli yang besarrrrrr terus.Kalo tak nanti, nyesal tak hengat!

Servey lah 2,3 kedai..
Memang banyak display u.
Rambang bijik mata ni nengok.Nak terkeluar bijik mata tu.
Semua nak..tapi bila pikir budget terus biji mata ni mengecil balik :D

Pergi satu kedai elektrik kat pekan cina di Sri Kembangan tu.
Ternampak lah peti ais yang macam almari tu.Jenis buka side by side.
(650liter)

 
Ohoiiii..
Idaman BB dari dulu.Selalu kan mahai peti ais cam gini. 
Nengok rumah orang-orang kayer je yang pakai.Tak mampu..sob sob sob.
Macam-macam patern.buka 2..buka 4. Semua ado.
Makin besar makin mahai lah reganya..ikut jenama.sume rega rm3500 keatas..ada yang sampai 10k!!
Huh gilak ke apa??


smart kan?



Tapi BB terpandang satu peti ais jenis ni.
Jenama Sharp
Just nice size dia.
Kalo nak banding yang lain.Dia lebih small sedikit.
Sesuai lah dengan dapur kecik BB tuuuu.
Rega asalnya dalam rm3200..
Design pon smart jer.macam TERbekenan dah!!!



Side kiri tempat ais manakala side kanan tempat biasa.
Kalo peti ais biasa tu kan tempat ais kat atas..macam terhad je kan.
Yang ni hah..nala punya besar.bape tingkat tu ko nak letak ikan, ayam, daging pon boleh.Takde hal lahhh!
Kat bawah tu yang berloker tu boleh simpan yang 3-6 bulan punya stok cam frozen food.
Tempat sayur pon ada 2 rak kat bawah belah kanan tu.Kira tersusun lah jugak


COMFIRM !!
I likeeee it


Deal punya deal dengan amoi tu..
So dia cakap kalo beli cash dia boleh bagi rm2980!
Ape?? biar betoi...
Apa lagi kredit card kan hado! ok set dengan laki BB terus sambar.
Beli arini..lusa dah dapat.Baguih betoi kedai ni.Pantas dan tangkas!

Patut lah selalu BB nengok ramai orang kat kedai ni.

Dapat lah free gift bekas kaca isi makanan~microwave 
Mula-mula demand nak barang elektrik.
Tapi amoi tu dah takleh nak tolong coz rega dia bagi tu dah paling rendah.
Ok ler dari tak dapat apa-apa kan?



Alhamdulilah
Impian nak peti ais macam orang kaya-kaya tu dimakbulkan..
hahahaha



Tengok kebesaran peti ais baru dengan kekecilan peti ais lama.
Sungguh terasa perbezaannya.



Kot lepas ni kalo laki bini tengah panassss akibat bergaduh..
masing-masing boleh masuk sebelah menyebelah side by side nak sejuk kan diri.
kahkahkah


5 comments:

cikceriacorner said...

salam BB..

wow bestnye dpt peti ais baru..besau plak tu..mcm2 bleh isi..heheh

untuk anda said...

Peti sejuk tu besar sangat tak muat rumah aku hahah

raturayau said...

Salam perkenalan. Jumpa blog awak bila cari maklumat ttg peti sejuk besar

eid@zainal said...

sis, nak tanya, bil elektrik mcm mana? naik brp rm ye since guna sharp side by side tu?

BitsBest said...

Halamak dik...akak tak pernah plak bezakan bil elektrik lepas guna..hihihi
tapi rasanya tak naik banyak pon...don worry lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...