Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

18 January 2012

Bunga/Kerawang @ Awning Tudung Nikah

Ermmm... nak panggil apa ni eh?
Ada sapa-sapa boleh bagitau nama menatang ni tak?

Alaaaa...
Yang macam kerawang yang letak dekat awning tudung tu.
Hehehe


Contohnyer macam ni





Tengok cantekkan dekat awning tudung pengantin ni, 
Very Simple



Yang ni pon sangat cantek..
maaf gambar tak berapa nak clear.
Awning tudung dayana (isteri ashraf) ni sangat cantik.Siap ada manik-manik lagi.





So BB dengan semangat waja cuba nak buat-buat.

Mula-mula ambil lebihan dari kain lace baju BB tu





 



Tapi bila dah pakai dengan baju nikah tu, nampak sedondong ler plak dari atas sampai bawah.
Langsung terlebih kreatif plak.




ishhhh  ishhhh  ishhhh

Macam pelik lah pulak tengok.



Satu hari jalan-jalan servey barang tanpa tidak disengajakan,
(Lain yang dicari...lain plak yang dapat)




Last-last terbeli yang ni kat kedai jual barang perkahwinan.
Ni BB beli kat area Selayang. 
Rega : 12.90
(Untuk 2 keping)
Dekat kedai Semua house tu pon ada jual.
Macam-macam corak dan warna.
Memandangkan baju BB ada sket putih. So BB decide amik yang ini lah.


 

BB cuba try test dulu
tapi BB letak satu side ajer.
(Letak kiri, letak kanan, latak tengah, letak tepi....last-last letak ikut suker!)



Kesimpulan dari kerja-kerja gatal tangan itu, 

Maka terhasil lah yang ini.





Kihkihkih 
Muka tengah control ayuuuuuuuuu






17 January 2012

Misi Mencari Baju Pengapit


Bila ada kedai yang tengah sedang rancak meng offer besar-besaran...
jangan lah kita melepaskan peluang itu.
Memang berbaloi-baloi.






Sengih sampai ke telinga pengapit BB ni dengan pilihan hati kainnyer..


Sempat BB pesan,
" Pilih-pilih yang cantek-cantek tapi jangan over dari pengantin sudah."
"Tema jangan lari yer cik kak. Pastikan ada putih+kelabu+hitam"
dan sekali
"Makesure jangan lebih-lebih cantik dari aku yer!"
"kihkihkih"


So BB udah belikan kepada mereka-mereka yang penting dalam hidup BB,
  • Sepasang baju pengapit 
  • Kain ela untuk baju melayu adik/abang
  • Kain ela untuk para wanita + tudung
  • Baju flower boys~ anak-anak buah


 Baiklah kamu-kamu sekalian,
pastikan baju-baju ini sudah siap di tempah dan jangan buat-buat lupa pakai masa majlis nanti yer!





*** Uiks kopak la BB kalo selalu macam ni.Nasib baik sekali seumur hidup ajer.kihkihkih

Proses Mengecat Rumah BB ~ UnderCoat


sambungan dari


Langkah Ke 2,

Seterusnya cat lapisan pertama~ undercoat
Untuk menjadikan dinding bebas dari kapur
(takde ler habuk putih berterbangan seluruh alam)

BB guna cat putih biasa jer.Murah sikit dari beli cat undercoat.
BB guna 1 tong besar dan 1 tong kecil


 Rega untuk

1 tong 18 liter =RM66 
1 tong 5 liter  = RM 36
Jenama : JOTUN

* Dengan 2 tong sebesar ini, BB dapat cat keseluruhan dalam rumah.
Dari ruang tamu,3 bilik, 2 bilik air, dapur hinggalah ke siling skali*


Ruang Tamu
Rasa best ajer nengok putih berseri



Bilik Utama



Bilik Ke2



Plaster Siling
Ni pon cat jugakkkk...biar nampak seperti baru!
*guna cat yang sama dengan cat dinding*





Kos Upah Buruh????


Pekerja kontrak yang tak dibayar gaji
~en tunang~
*sayang kamoo sangat-sangat!*


 Proses mengecat undercoat ni kami amik masa 4 hari ler...
kerana kami buat hari sabtu dengan ahad jer.
Itu pon buat slow-slow and steady.
Tak yah kelam kabut sebab tak kejar masa dan kejar kos upah orang.
kihkihkih


Nak tau lagi proses seterusnya???

Lapisan ke 2
Lapisan ke 3 (Finishing)






to be continued
kerna BB dengan en tunang masih lagi tengah berhempas pulas menyiapkan proses tersebut ;)

16 January 2012

Proses Mengecat Rumah BB ~ Kikis Cat Lama

Memandangkan rata-rata upah yang BB servey untuk kos mengecat rumah teres setingkat ialah RM1500++,
maka akhirnya keputusan adalah untuk mengecat sendiri lah jawabnyer.
(Itu baru kos upah sahaja, blom lagi masuk kos cat tau)

Bapakkkk mahal sungguh!

Dari kita membazir sebab banyak lagi menda yang nak kena beli, baik buat sendiri lah yer.

Yer meh sini BB nak citer sedikit pasal proses cat mengecat ni.

Memang BB ngaku yang BB dengan en tunang sememang takde pengalaman langsung.
Beli berus,beli cat,beli tempat kikis semuanyer gamble ajer ok.
Pastu dok ulang-alik kedai hardware sampai naik jemu apek tu melayan kami  apa yang tak cukup.

Proses paling penting ialah KIKIS cat lama..
Perghhh rasa nak nangis jer.


 


* dekat seminggu jugak lah kerja kikis mengikis ni.


Ada tempat tertentu rasa gian ajer nak kikis sebab senang tertanggal.
Bila kikis keping-keping besar yang keluar.
Dan ada pula tempat yang rasa fed up nak mengikis sebab susah nak tanggal.

See my darling sampai kusyuk mengikis..


Paling tak tahan ialah habuk kapur dari kesan kikisan cat lama.
Macammmm tepung gomak daaa
Sampai bulu dalam hidung pon tukar kaler jadi putih!!
kahkahkah
Nasihat BB : pakai lah penutup hidung yer yang macam orang dok pakai time H1N1 dulu tu.


Nak tau proses seterusnya???

Lapisan Under Coat
Lapisan ke 2
Lapisan ke 3 (Finishing)






to be continued
kerna BB dengan en tunang tengah berhempas pulas menyiapkan proses tersebut ;)

Lin Handmade ~ January 2012 Blog Giveaway



Cantekkk
Cantekkkk
Canteknyerrrr!


Saya mauu!!!

Anda juga mauuuu???

secara percuma 
ekslusif 
from

sila klik

Macam-macam Adooooo
All about craft :)

I likeeeeee!

13 January 2012

Kasut Nikah BB

Hajat di hati nak yang cam gini


Cari punyer cari tak jumpa.
Ada yang cantik, tapi mai ai rega macam tak logik plak.
Apa ingat BB ni gaji juta-juta ke?

Bila ada yang terbekenan, tumit dia plak tak sesuai.
Bila dah tumit sesuai, design plak yang tak bape nak cantik.

Uiks cerewet jugak BB nih...

Adik bagi suggestion cari kat area Sg Wang, 
so dengan hati yang berbunga-bunga untuk menghabis kan duit BB pon pergi lah.
Naik turun semua kedai kasut

Macam takde jugak yang berkenan :(

Alih-alih BB dah tekad,
hari ni walau apa jua rintangan dan dugaan mendatang,
Kasut Nikah mesti beli jugak harini!!!

So pilihan yang terakhir...
(walaupon tak dapat yang macam gambar kat atas tu)



 

Dari pagi sampai petang  baru berjumpa dengan kasut yang 90% memuaskan hati.

Adik BB dan pesan,
"ko jangan macam-macam okeh!"

BB balas,
"Baik Bos!"

Ok rembat ajer lah yang ni.
Rega dia pon ok

Kedai Kasut Licci
Rega =RM69.90




*** Tak bole beli yang lebih dari 2 inci..kang ade plak yang terendah dari BB dalam gambar~ en tunang.Ahaks!

12 January 2012

Masih Gigih Hingga Titisan Akhir .... Peluh


Berpeluh-peluh BB menyiapkan menda alah ni...
sedangkan masa tak berapa lama lagi

Tu lahhhhh
orang jahit manik..ko pon nak jahit manik jugak kan??

Amikkk tauuuu ~ambik kau 
(kata-kata anak buah BB yang pelat tu)







11 January 2012

Tutorial Gubahan Bunga Ros



Tengah jalan-jalan buat kerja terjumpa sejambak bunga yang orang dah tak guna dan nak buang.

Aduhhh
Sadis betul nengok bunga kegemaran BB ni orang buat camtu.
Terus ajer BB dengan muka tak malu cakap
" kalo takmau dah, bleh tak BB amik bunga ni?"
"Ambil jer dik, memang tak guna dah.Tu lebihan abang buat projek hiasan haritu."

Nak jer BB bagi  no tepon BB
 "Bang kalo ada bunga ros yang rasa-rasa tak mau tu, jangan segan-segan telepon sayer yer"
"Dari dok buang macam ni,membazir...kan membazir tu amalan setan.
Bunga ni  mahal. Apa tak sayang duit ke?"

Tapi rasa macam tak best la pulak kan.
Terus simpan kata-kata tu dalam hati ajer

Apa pun terima kasih yer kat brader botak tu
;)

So petang tu BB balik rumah dengan hati yang berbunga-bunga kerna dapat bunga ros jenis AAA.
Besarrrrr punyer kuntum dia.
Balik rumah terus gubah.


CARA-CARA MENGGUBAH BUNGA ALA BB








Tak yah citer kot step-step dia. 
Tengok gambar pon musti dah paham.


"A picture tell a thousand word"





*** Sambil-sambil tu BB bole praktis buat.Mana tau nak jadikan gubahan ceterpieces.

Kad Kahwin

Tak sampai 2 bulan lagi majlis BB tapi kad baru nak tempah.

Selama ni tak pernah pon servey-servey kad.
Kunun-kunun takmau servey awal-awal takut nanti design baru lagi cantek.
Nanti bila BB dah buat keputusan awal-awal ,Rogi...

Last-last bila mak BB tanya bila nak bagi dia kad untuk di edarkan pada jiran tetangga..baru termelopong..

a'ah la,
kad blom tempah.
>Terus nak jeritttttt<


Naseb baik BB masa gi Jusco Wangsa Maju dulu,ada satu pameran pengantin.
Bukan nak servey betul-betul,just lalu dan ambil ajer flyer yang dorang bagi.
Simpan dalam buku planner..tak tengok pon.
Lega hati BB kerna flyer tu masih ade di dalam.
Alhamdulillah.

Apalagi terus google web dia.
Rega pon under budget BB lah.
Kerna BB budget bawah RM0.50 sekeping
Tak perlu buat mahal-mahal kerna akhir nanti dalam tong sampah lah jawabnyer.
Takdenyer orang buat kad kawen kita tu perhiasan or buat simpan sebagai kenang-kenangan.
Takder nyer...believe me okeh!


BB tempah kat 

or

 tapi kalo macam tak bape nak puas hati tak dapat nengok dengan mata sendiri, 
bole call owner dia nama  ika 
(lembut orangnyer)
*kita support ika okeh* 

Antara contoh-contoh kad mereka











 

dari sekeping kad sehingga lah kepada 3 lipatan
pilih ajer yang mane mauu.



Nyesal BB tak tempah time kat jusco tu, 
sebab time tu ada promotion kalo kita tempah 1000kpg dapat free 2 banner.
So sekarang dah takde promosi tu..
Frust giler!
>Nak nangisssssss<


Ika akan send draft dulu sebelum dicetak.
Just bagitau secara email ajer jika ada pembetulan,sekarang kan teknologi canggih.
Tak perlu menyusahkan diri untuk ulang-alik ke kedai.
dan harganya adalah RM 0.39 sekeping.
i likeeeee..
kihkihkih


Kad Kahwin BB dalam progress 
masih 80% dalam pembikinan
Ada sedikit pembetulan.



     

 
  Tengok cara orang malas, bagitau ika buat conteng-conteng ajer macam ni.


Dalam web tu tak banyak contoh yang bole kita lihat.
So apakata jumpa Ika dan dia akan bawa contoh-contoh yang telah dibuat.
Macam kad kahwin BB ni,
dalam web takde, bila jumpa ika terus terbekenan dengan kartun ni...
bertudung dan ayuuuu gitu.



UPDATED :


ika dah reply my email.
So this is new draft from her.
Ok well done sis..i luv it.
Terus comfirm to next step..proceed to print!

  



















*** Kan best kalo BB kurus ramping, ayu, sopan macam dalam gambar kartun tu....

10 January 2012

Bunga Tangan @ Bunga Pegang @ Hand Bouquet


Tempahan dari seorang rakan

Nak yang Simple Dimple ajer...

So BB matchkan 

Pink Rose with Baby Breath





Yang BB buat untuk  pre wedding BB


Combination White Carnation with Berry




 


  
*** Nak Tempah dengan harga budget? Jangan malu-malu contact BB okeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...