Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Me and My Family. Show all posts
Showing posts with label Me and My Family. Show all posts

21 April 2014

Zara 1st Birthday ~ Cupcake or Muffin?

Untuk sambutan harijadi Zara aritu,

Zara Punya pasal
tetiba ibu jadi rajin plak nak buat kuih.
Sebelum ni haraammmm
Jangan cakap nak buat kuih/kek.. resepi pon tak pernah tau nak guna apa.

Tetiba semangat keibuan datang entah dari mana.



Nasib baik lah ada kedai kek ni jual tepung ready make tunggu nak bakar or kukus jer.
Takyah susah-susah nak cari bahan lain bagai.
Campur satu dua bahan..gaul
dah boleh buat.
Memandangkan rumah BB takde oven. 
So kita kukus ajerrr pon bolehhh






Terus dia jadi muffin.


Nak tutup rope yang tak elok tu senang ajer.
Beli je bunga keropok yang dah siap ni.
Simple.
Cantek pon cantek.

Hahahahaha
Dasar pemalas!



Ini adalah percubaan pertama.
Saja je try-try buat.
Sedap jugak tepung segera dari kedai kek ni.
Licin Zara dengan anak buah yang lain makan!





12 November 2013

Bila Zara Sudah Pandai Memanjat



10 bulan 




Gedik sungguh dia dalam baby cot ni.

Ibu sayang awak sangat-sangat!



14 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013



Selamat Hari Raya Aidiladha



iklas dari
BB + Suami + Zara






*** Thn ni kena raya kt KL jer..... 
:( sob sob sob



16 May 2013

My Cute Little Daughter...




Assalamualaikum


Maaf kerna sudah sekian lama tidak berkongsi ceritera.

Bukan kerna apa,
BB sekarang terlalu sibuk dengan si kenit ni.
Tambahan lagi komputer BB bermasalah.
Ditambah lagi baru-baru ini BB terlibat denga persiapan pilihanraya.
Sibuknyer mak ai jangan dicerita lah.





For tatapan..
Baby BB dah masuk 5 bulan.
Nur Zara Edriana ni semakin banyak akalnya.

Ibu sayang sungguh-sungguh dekat kamu okeh!
















26 December 2012

Nur Zara Edriana



Allahuakbar

Penantian yang ditunggu-tunggu selama ini
  tetapi 
tidak di duga seawal begini


Anak ibu lahir 40 hari awal dari tarikh jangkaan.
Cukup segala sifat dan se comel ibu
:D


Alhamdulillah





NUR ZARA EDRIANA BT SHAHRIL

telah selamat dilahirkan pada 18 Disember 2012
tepat jam 5.41 pagi
di Hospital Serdang
secara pembedahan kerana kedudukan melintang
seberat 1.85kg.


namun kini berada di jagaan NICU kerana Joundies (Kuning)
:(



Ibu sangat rindu dekat kamu.
Sangat-sangat.
Tiap-tiap hari ibu datang lihat kamu.
Moga bertambah baik anak ibu yer.
Cepat-cepat sembuh kerna ibu tak sabar nak bawa kamu balik. 
Ibu nak pelok cium sentiasa.


Doa kan anak BB yer
:(





15 October 2012

Scan 2D, 3D 4D yang murah



Tahukah anda apa itu scan 2D? 3D 4D?

Dulu yang BB tau ialah 2D scan gambar yang nampak hitam-hitam tu.
manakala 3D 4D yang nampak muka sebijik-sebijik tu macam gambar real.



scan  3D 4D

paling real nampak yang girl or boy tu...
hehehe
sooo tomey..
ishhh tak malu!


  
scan 2D


sumber : 3D 4D Scan Malaysia


Nak tahu perbezaan antara 2D dan 3D 4D??
Sila klik sini

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis scan.
Ada yang basic dan ada yang detail scan.


BB dapat satu info klinik yang menawarkan harga yang berpatutan untuk scan 3D 4D yang murah.

Rata-rata klinik yang BB dah servey harga untuk scan 3D 4D ini semuanya rm150 keatas.

So bila dah dapat rega yang ok apa lagi, terus la BB buat appointment.
Kena buat appointment melalui online.
Buka aje web site 3D 4D Scan Malaysia
Senang..semuanya di hujung jari anda.
hehehe

Ada 3 tempat klinik yang mereka telah set kan di sekitar kl dan selangor bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin membuat scan ini.
Antaranya ialah di Ampang, Sri Kembangan,Shah Alam

Naseb baiklah ada yang dekat dengan rumah BB.
Betoi-betoi jalan nak masuk kawasan perumahan BB.
Poliklinik An Nisa Sri Kembangan berhampiran dengan Giant Equine Park.
hehehe I likeee...

Untuk  scan 3D 4D bayaran yang dikenakan adalah rm100. 
Siap bagi cd video pergerakan baby dan gambar baby yang di print.
Yang bestnyer kalo tak nampak muka baby dorang akan buat sampai baby tu nampak dan tiada charges dikenakan.

So BB punya appointment ialah pada 18 oktober 2012
Masa yang BB pilih ialah antara 6.40 petang

 Ada sape-sape jugak ke tempat dan tarikh yang sama dengan BB?
Boleh lah kita teh tarikkk satu lepas tu..
hehehe





Hermmmm
Tak sabar ibu dan ayah nak tengok baby macam mana ropenyer..
Ikut ayah atau ibu ?
:)


Yang penting anak ibu sehat....
itu saja!





29 August 2012

Baby Cot @ Katil Bayi




Misi mencari dan menservey baby cot sudah bermula...
Gara-gara bila terrrlihat dan terrrrnampak di rumah abang dan adik yang baru melahirkan baby yang comel..

Kata kakak ipar :
Untuk baby first takde pon takper...letak kat atas katil or kat bawah je.
Bila dah ada dua baby baru berbaloi beli sebab nak mengelakkan yang sulung tu dar membuli adiknyer..
Ye lah si sulung tengah cargas melompat-lompat dan berlari-lari..nanti takut kena adik pulak.

Hermmm betoi jugak...

Tapi bagi BB takpelah...
Tak kisah lah anak sulung ke anak ke 2 ke...tetap jugak nak beli..hahahaha
Bukan apa nanti senang BB jugak..tak takut baby tu jatuh katil kalo dah ada baby cot ni.
Yelah, baby cot ni bole guna sehingga budak berusia 2thn.
Selain itu nak mengelak semut-semut or anasir-anasir lain yang suka dekat baby ni ..

Bila servey-servey rope-ropenyer banyak jenis baby cot ni.
Ada jenis kayu dan plastik. Masing-masing ada pro dan kontranyer.
Yang plastik tu bole buka-buka..Nak bawak balik kampung or mana-mana pon senang.Tapi nampak macam tak kukuh jer..
Yang kayu tu tersangat lah kukuh tapi cuma takleh dibawa kemana-mana pulok.Berat pon berat.

Ada pelbagai size untuk baby cot ni..
dari size 24x48  sehingga 28x52 dan of course lah rega pon memang berbeza-beza.
Ada murah dan ada mahal mengikut kualiti.
Kebanyakkan rega antara rm200++ sehingga rm1000++

Buat masa ni BB servey online dulu.Belom pergi on site lagi...bole gitu?
Antara yang BB dok jengah-jengah ialah web-web yang jual baby cot ni :

  1. My Dear
  2. Littlewhiz 
  3. Twinsbaby
  4. Babieskingdom 

Mai ai rega depa...telan air liur BB :D
Tapi dengar kata My Dear  tu selalu buat warehouse sale.Memang murah giler....
So BB tengah menunggu kedatangan sale mereka.

BB lebih minat yang kayu kaler putih
Dah ada yang terbekanan>Contohnyer camni






 
sumber :google



Yang plastik tu contohnyer camni.




 sumber :google



Ketinggian tilam baby cot ni boleh diselaraskan.
Dalam pada masa yang sama boleh buat tempat playpen


Hermmm...
Tengah dok pikir-pikir ni..
Ni Baru katil baby...blom barang-barang lain lagi :(


Ada sape-sape tau info kat mana jual katil baby yang murah??




23 August 2012

Review ~ Lagi Kisah Flower Boys




Bila tengok muka bebudok ni rasa nak cubit-cubit ajer pipi dorang
Sorang tu tak padan dengan demam campak..
Sorang lagi plak dengan gigi yang rongak

Tapi apa pun jasa mereka-mereka ini amat berharga!



 


  











The Very-Very Important Person


Thanks yer darling 
Makcik Sayang Kamu semua
Muahhh...Muahhh



I luv my anak-anak buah!

25 July 2012

Comfirm...udoh 13minggu rope-ropenyer! :)



Lama udah rasanya BB tak berkarang-karang..
Ni gara-gara BB sekarang tengah mabuk macam minum todi ..
Jangan cakap nak menaip..tengok komputer pon dah malas..jeling-jeling ajer.hehehe

Alkisah persoalan dulu udoh terjawab..second check sah nampak..
pastu tetiba otomatik mabuk makin menjadi-jadi.....
apakah mengada-ngada?hehehe
yang pasti time ini lah anda akan dilayan bak puteri gunung broga..
kerja rumah,kemas-mengemas,masak-memasak akan diberi kelonggaran (senang citer tak yah kena buat lerr)..
i likeeeeeeee...thanks to husband kerna memahami!

BB macam orang kebanyakkan mengalami sindrom alah @ mabuk ditahap sederhana...taklah teruk sangat.
Tapi pagi-pagi dan malam comform akan uwekkkkkk.....sampai kuar air asid yang kaler kuning tu!
Tak boleh bau tumis-tumis,bau goreng ikan, rasa loya-loya..asik letih dan laparrrrrr :)

Tahan ajerlah...
Harap-harap tak lama.
Ada dengar orang cakap sampai 3,4 bulan jer..ada pulak yang kata sampai abis mengandung..
Aduhhh BB dalam kategori apa?Harap-harap yang 2,3 bulan ajer lah!
Tak sanggup dah den nak menghadapinyer....

Tapi bila nengok gambar scan tu...sebak rasanya.
Ada insan yang menunggu untuk melihat dunia...selama 9 bulan kejadian manusia dijadikan..
dari segumpal darah menjadi  seketul daging sehingga sesempurna akal...~ Al Alaq 96:3

Semoga menjadi orang yang baik-baik yer anak ibu.
Ibu menanti kehadiran mu dengan penuh sabar....


 




























Insyallah BB akan merasa pengalaman menjadi seorang ibu :)
Alhamdulilah ......






*** Tengah dok berpesan-pesan pada kengkawan yang bujang...best woo jadi bini dan bakal jadi ibu!
Cepat-cepat yer usaha..insyallah ada jodoh.Janji Tuhan itu benar..... :)



05 June 2012

First Checkup!... Mengandungkah??


Hermmm
Nak cerita satu kisah tentang BB.
Sejak dua mejak ni badan BB tak bapa nak sehat.Rasa letih dan tak bermaya.
Lepas tu asik sakit macam orang nak period but untill now still tak period-period jugak.
Alih-alih satu hari tu BB terrrrrbaca blog alam hamil
Pastu senyum sorang-sorang sebab semua tanda tu ada dekat BB.

Dengan hati yang berbunga-bunga maka selepas dari baca blog itu,
dengan gagah perkosa..eh perkasa pergi lah BB ke guardian beli pregnancy test.
Lagi bertambah lebor senyumannya bila hasil result menanda yang BB positif pregnan.
Ada 2 line merah...Terkagum kejap!
Seronoknyerrrrrr...

Of course orang pertama yang BB nak bagitau ialah my darling..kehkehkeh
Sanggup tunggu dia balik keja semata-mata nak buat-buat muka gumbira...

2,3 hari selepas kejadian gumbira itu..

BB pergi jumpa doktor untuk buat scan...
Selepas disoal selidik dan dari pengiraan  doktor...doktor pon mengatakan dah ada tanda-tanda pregnan.
Tapi yang sedehnyer...
Bila scan, adohaiii tak nampak apa-apa pon lagi tanda dalam perot BB ni.
Tapi Perot besar macam dah pregnan 2,3 bulan..kompius-kompius..lemakkah ituuuu??hahahaaa
Lama jugak doktor tu scan.


Balik dengan penuh kekecewaan.
Ingatkan dah boleh tengok tanda bakal kehadiran orang baru dalam perut..
My darling senyum ajer.Takpelah katanya..masih baru lagi. ~itulah suamiku..cool ajer!

 Tapi badan BB pon memang sakit macam orang pregnan..memang tak selesa!



So sekarang BB kompius..

Pregnan kah akuuuu???




19 August 2011

Yeaaayy dah start COTI RAYA!


Pada tarikh 20.8.11 BB sudah berada di kampong halaman hingga hari raya..
Yaaa  entry kali ni,saje nak buat korang jeles...hahahaa
Melampau sungguh!

Alkisahnya BB plan nak start cuti pada 26hb ni...tapi oleh kerana ada kerja yang perlu dilakukan di kampung pada 22hb,maka takkan lah BB kejap nak balik semula ke KL , pastu nak balik semula ke kampung..Maka keputusan muktamad tanpa menggunakan talian hayat, cuti terusssssssss lah senang! (Jimat masa,jimat tenaga..and of course lah jimat duit!)
(psstt* haruslah berjimat tambah-tambah lagi nak kawen ni)

Selain ada urusan KERAJAAN di kampung, boleh juga temankan mak tu.Maklumlah ini raya pertama tanpa abah....jadi sebagai anak yang belom lagi kawen,masih solo (tak perlu nak fikir dan gaduh-gaduh nak balek kampung siapa) sudah menjadi kemestian lah BB kena temankan mak buat persiapan.

So BB kena makesure semua persiapan sebelum balik harus di titik beratkan supaya tidak ada barang yang tertinggal yang akan membuatkan mood raya sungguh tidak ceria..Tadi baru selesai ambil kueh raya yang telah ditempah. Kereta pon semalam dah siap di cuci.Malam tu pula baju-baju semua dah di pack...ermm apa lagi yer? nanti kalau terlupa bole tak barang-barang tu pos diri sendiri? :)

So doakan BB selamat sampai walaupon korang doa macam tak iklas jer..hehehe 
(kerana kejelesan BB orang pertama sampai ke kampung sempena raya!)



**Kat kampung sudah tersedia senarai panjang berjela-jela kerja yang harus BB lakukan.

01 August 2011

Diari Ramadan Bits


Eh cam tajuk Diari Ramadan Rafique plak..hehehe
Sape pernah tengok citer ni?Memang lawak giler...ok sape yang tak penah tengok meh sini saya nak story sket citer dia.Ni kisah sorang budak mat saleh yang duduk kat luar negara.Pastu kena tinggal kat Malaysia dengan opah dan sepupu dia(budak-budak kampung yang sangatlah nakal!)  sebab mak dia kena keja kat luar negara Macam-macam jadi..teringat pada sepupu dia yang paling comel Maisarah yang tembun tu :)
Citer ni memang dibuat berdasrkan kehidupan seharian kita.Macam mana kita time kecik dulu bila berpuasa.Tambah-tambah lagi dapat sepupu yang macam-macam ragam.Duduk kat kampung lagi.Memang best.

Tujuan BB (gelaran untuk saya bole?~sebab senang nak taip :D) nak citer adalah kerana bila dah besar dan tua-tua ni kalau nak masuk je bulan ramadan mesti teringat zaman dahulu kala.Zaman kecik-kecik time takde masalah negara.Wah betapa senangnyer beta punyer hati.....(nada citer PRamle) 
Yang tahu bangun sahur,kena kejut oleh mak,lauk sume dah ada depan mata tunggu nak bukak dan nganga luas-luas walaupon mata terkatup!
Bila nak berbuka paling best..macam-macam lauk siap bole buat pilihan lagi lauk mana yang nak.Nak yang itu,nak yang ini. Tu belom gi pasar ramadan lagi dengan abah.Sampai juling bijik mata tengok kaler air,lauk pauk,kuih muih dan semestinyer bunga api dan mercun..~yer zaman tu menda ni tak diharamkan lagi!

Tapi tu sume dulu,kini dah banyak berubah.Termasuklah keadaan BB sekarang..dimana BB kena kunci jam sendiri,bangun sahur sendiri,sediakan makanan sahur sendiri..pehtu bila dah balik keja kena sediakan makanan untuk berbuka sendiri-sendiri.Kalau rajin BB masak~time tu boleh meleleh air liur pikir nak masak itu,nak masak ini.Tapi last-last lauk yang pernah dan yang BB reti masak ajer ler..cehhhh :D
Atau pilihan kedua,rasanya pilihan yang disukai oleh ramai orang ialah SINGGAH BAZAR RAMADAN..hehe.Kat situ tunjuk je..menjimatkan masa dan tenaga.Tapi ongkosnyer plak kena kuar banyak maaaa...


Ermmm hari ni adalah hari pertama Ramadan....

Rasanya sume orang berlumba-lumba nak nak masak..tapi BB rasenyer beli je kot.Kerana makan sorang.Lain lah kalau berdua rasanya ada semangat nak masak ! :D

Untuk semua...

Harapan Ramadhan

kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
selangkah...
demi selangkah...
setahun sudah pun berlalu...
masa yang pantas berlalu...
hingga tak terasa pun...
berada di bulan ramadhan..semula...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
puasa...
satu amalan...
sebagai mana yang diperintah NYA...
moga dapat kulenturkan...
nafsu yang selalu...
membelenggu diri...
tiada henti henti...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
tak inginku...
biarkan ramadhan...
berlalu saja...
tuhan pimpinlah...
daku yang lemah...
mengharungi segalanya...
dengan sabar...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kememohon pada tuhan...
diberikan kekuatan...
kemerayu pada tuhan...
diterima amalan...
selangkah...
demi selangkah...
dengan rahmatmu oh tuhanku...
kutempuh jua...


SALAM RAMADAN

27 July 2011

Rindu A.B.A.H.........

Bersama cucu kesayangan nyer dari umur 3bulan..sentiasa bersama~jalan-jalan,tido,buat susu tengah malam
Dua tiga hari amat rindu pada arwah abah.Tetiba teringat kat dia.Sampai meleleh air mata tanpa sedar bila teringat kenangan dengan dia...terlalu banyak
  1. Kenangan gembira bersama abah
  2. Kenangan sedih dengan abah
  3. Kenangan biasa-biasa dengan abah
  4. Kenangan luar biasa dengan abah
Rasa banyak permintaan abah yang tak dapat ditunai...bukan kerana tak mahu tunaikan,tapi tak berkesempatan.Rasa menyesal sangat-sangat....minta maaf abah.
Saya tahu menyesal sekarang dah tak guna kan... :(

Antara permintaan abah yang tak sempat saya nak tunaikan ialah bagi dia rasa naik kapal terbang :( Plan tu dah ada,tapi....... :(
Yer abah memang minat sangat dengan airplane ni.Tak kira lah kalau airplane apa yang lintas atas bumbung rumah tu,dia pasti keluar tengok...Selalu sangat tanya pasal kapal terbang.Pernah bawak dia pergi lcct dan klia untuk tunjuk airplane time berlepas dan mendarat.Seronok tengok dia time tu... tapi tu dulu.


Family saya tak pernah bergambar ramai-ramai.Raya 2010 adalah pertama gambar ini diambil.
Tak sangka plak itu yang terakhir buat abah.

Ya allahhhhh..kuatkan semangat ku! Hanya pada Mu aku memohon supaya diampunkan segala dosa-dosa abahku dan semoga arwah abah ku ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang engkau redhai.
Amin!

~ Doa dari seorang anak







05 July 2011

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnyer


Terbiasa dengan cara yang diajar oleh mak...
Kini di perturunkan amalan kepada cucu-cucunyer...ALHAMDULILAH

Moga budak-budak kecik ini akan sentiasa mengamalkan apa yang diajar :)
Cuma yang si kecik tu spoil sket sebab tak berbaju..katanya panasss.lagak silanya pon macam mahaguru silat..hehehe

22 February 2011

Perginya seorang ABAH.......


AL FATIHAH untuk arwah abah....

Pemergiannya tanpa pesan,tanpa tanda,tanpa diduga...

Terkejut hingga kini masih terasa...
Tak percaya tetapi itulah hakikat yang harus ditelan perlahan-lahan..

Maaf kerana anak mu ini tiada di saat engkau menghembuskan nafas terakhir...
Di saat Sakaratul Maut menghampiri menunaikan janjinya...


Maaf kerana engkau tidak sempat melihat hari kebahagiaan anak mu selang beberapa hari lagi...
Kerana ajal maut tak pernah terlewat dan terlambat...

ABAH....
MAAF dan MAAF dari anakmu kerana tidak sempat hendak membahagiakan dirimu lagi..

Abah ,
Semoga tenang disana...
Kekuasaan Allah melebihi segala-galanya

Al Fatihah
Amin

11 October 2010

Tetamu Undangan 101010

Bukan cerita jemputan perkahwinan angkasawan tuh lah..tetapi kisah disebalik tarikh 101010.Kisah saya di kampung orang..hihihi :) Bukan tak pernah ke kampung orang,malah banyak kali dah time zaman mude remaje dulu (saya kan gile berjalan,sume kampung orang dengan tak malu saya masuk) tetapi Pengalaman ke kampung ini sungguh istimewa kerana SAYA adalah Tetamu Undangan Khas...terima kasih pada tuan rumah ye :)


Perkampungan saya di Kampung Tedong Merlimau Melaka selama 3hari 2malam itu cukup bermakna bagi saya...mula-mula sampai memang lah malu-malu miow tapi lama-lama dah rasa tak malu dah dan dah buat macam rumah sendiri plak. Siap bleh main kejar-kejar plak dengan itik...(sorry itik akhirnya kau berjaya ditangkap untuk dijadikan lauk tengahari saya)




Layanan yang cukup istimewa kepada saya oleh mak tuan rumah,kakak tuan rumah dan anak buah tuan rumah (yang paling best tu sebab menu makanan dia memang peberet saya ...tapai pulut n kari itik...walaweee) Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah kerana bersusah payah mengejar dan mengorbankan 2 ekor itik.

Sungguh ramah tamah keluarga ini..kalau bercerita bagaikan saya juga ahli keluarga mereka.Hingga kan buat malu saya hilang dan saya tak segan silu dah..terima kasih kerana tidak menganggap saya seperti mahkluk asing..hihihi

Banyak xtvt kat sana yang buat saya rasa sungguh seronok bangat..antaranya ialah:


Wah dah lama tak tengok dapur cenggini...ermm ini yang bestnyer dok kat kampung nih.Selain badan bau asap,hidung tersumbat asap dan baju berdebu ketika nak hidupkan api.


Lepak-lepak dekat pondok durian ketika matahari tengah terik dan rumah tengah panas..port paling baik mengelak diri dari menjadi seperti cacing kepanasan



Berjalan-jalan melihat sawah yang indah
(acara wajib ialah menangkap gambar)


  • Melihat bagaimana proses jual beli getah scrap! wey saya rasa nak jadi penoreh getah lah sebab hanya dengan timbangan sebesar 2 tong cat anda boleh dapat dalam rm 100! bayangkan ada dapat getah scrap bertong-tong sehari?atuk kaya jawabnyer...
  • Bermain satu permainan baru iaitu PITANG...yang xbestnyer saya always kalah!! tak aci!
  • Makan berdua-duaan (so sweet) di bawah pangkin menikmati lunch tengahari lauk itik yang sendiri sembelih, proses, dan masak..sambil mengelap peluh yang menitik.
  • Lepak-lepak di depan rumah pada waktu malam sambil-sambil terdengar bunyi-bunyian yang agak menyeramkan sehingga tengah pagi buta..(sungguh romantik ketika ini)
  • Pergi tandas di waktu pukul 2 pagi ditemani oleh seseorang..naseb baek!

Kata tuan rumah "jalan wakaf 2 tuuuu...jalan menuju ke kuburrrr!!!" haiyooo...signboard ni betoi-betoi belakang rumah tuan rumah..(sebab tu mintak tuan rumah temankan ke tandas!)

Dan kenangan terakhir sebelum berpisah pada malam itu ialah terhantuk kepala ketika sama-sama nak cium tangan semasa bersalaman...hahahaha (sampai la ni saya akan gelak sensorang kalau teringat detik itu) dan of course kena ulang balik proses salam menyalam ini..di dahulu oleh saya sebagai tetamu undangan mencium tangan tuan rumah sebagai tanda kasih saya pada tuan rumah :)

Terima kasih ye tuan rumah kerana menjemput saya ke rumah anda...
Sila lah ke rumah saya pula..insyallah layanan yang sehabis baik akan saya cuba beri pada anda sebaik layan tuan rumah kepada saya.
Insyallah...



KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH KITA MENUMPANG MANDI KALAU ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...