Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label My Holiday. Show all posts
Showing posts with label My Holiday. Show all posts

16 April 2012

Singapore, here i came again...

Hahaha
Entry ini sepatutnya tahun lepas.
Baru perasan ada yang tak publish lagi!

Post aje lah


Singapore 2011

Last datang sini time 2008. Masa tu,menda alah ni memang takde langsung.
Yang jadi port fouvarite untuk tangkap gambar ialah dekat The Merlion dan Esplanade(Durian) tu je..
 Alih-alih datang baru-baru ni, tuuu diaaaa...
kagum sungguh sampai ternganga mulut dan bateri kamera sampai abis dok asik capture gambar ni jer.





View paling cantik,bombastik dari Pusat Galeri Marina Bay








Capture dalam bus ajer...kerna BB tak sempat nak belek lama-lama











BB ke sini kerna ada urusan kerja.
Bila dah settle keja, baru berkesempatan melawat beberapa tempat.

Ini kali ke2 BB ke sini.
dalam masa yang singkat banyak betul perubahan yang terjadi.




Maha Hebat Singapura ni!



















23 September 2011

I Love BROGA HILL


Namanya seperti bukan di malaysia..dimana ya?
tetapi tahukan anda Broga Hill sememangnyer di malaysia..hehehe.tak pecaya?pergi lah Semenyih..di situ terletaknya Broga Hill.

 

Ye BB jatuh cinta ketika mula-mula melihat gambar kawan-kawan BB yg pernah ke broga hill ni.. Hati tergedik-gedik nak pergi..Ala kat Semenyih,Selangor dekat-dekat sempadan Nogori Sembilan ajer nih..bukan kat luar negara pon.
 Berbalik semula pada Broga Hill ni, kalau masih tidak tahu dimana lokasinya boleh lah melalui toll batu 9 menghala ke Semenyih kemudian akan melalui hadapan balai polis semenyih dan pekan semenyih.straight je kemudian akan nampak satu signboard ke nottigham universiti..ikut signboard tu.kita akan melalui hadapan universiti tersebut dan agak-agak kehadapan sedikit akan berjumpa satu rabbit farm signboard bewarna kuning sebelah kanan.dihadapan rabbit farm tu ada kawasan ladang kelapa sawit.Disitu lah tempat untuk meletak kenderaan dan seterusnya kepada Entrance broga hill.

Ni Kali ke-2 BB naik.Dulu dah pernah naik time New Year. Punya lah ramai umat manusia.Tapi kali ni memang pergi agak lewat dan yang bestnyer tak ramai orang. So layan jer la gambar-gambar gedik BB dengan kengkawan.

Muka-muka keriangan sebelum memulakan pendakian..hehehe siap ler korang pasni!

Kawasan ni agak curam dan licin. Naseb baek tali ni ado,tapi jangan percaya 100% ok?

Di tengah-tengah pendakian jika korang pandai cari..korang akan berjumpa dengan satu tempat paling glamer sejak- dua mejak nih..nak tahu aper?ni haaaa....

Buaian peninggalan Sheikh Muzaffar n Dr Harlina time pre wedding dorang
BB heran kenapa dan mengapa menda alah ni berada diatas berhampiran buaian org popular nih...kompius sekejap!
Tak sampai 500m pendakian BB tersandar keletihan..Pancit! Bekalan oksigen tak cukup..HELPPP
Selain itu juga, kalau korang bernaseb baek kompom akan jumpa menda ni jugak..tak kira dari mula korang nak naik,di tengah pendakian atau pon berada di puncak..
Ni baru betoi-betoi tapak peninggalan sejarah
  So kesimpulannyer makesure bawak kasut lebih atau check dulu ketahan kasut 100% stabil sebelum memulakan pendakian...
(padahal lauluan trek taklah adventure sangat...sekali lagi kehairanan!)


Bila dah ada kat atas puncak
View dari bukit ke 2..
Pose wajib!


Ya semua tersandar keletihan tapi tetap kontrol cun bila bergambar!
Sekali tengok macam kat tepi pantai plak,padahal atas bukit nih.
Dont trust anyway, if  u have no idea ok? ;)

See...very very the very nice view

 This pictures masa BB mula-mula first time naik dulu..
So memang sedikit jakun ok..sikit ajer ok

 Macam ladang gandum...dalam citer hindustan bole guling-guling
 
 
BB suka awan kat atas time ni...very the shining-shining

*** Jom sapa nak join g Sg Chilling plak? ~ Laluan yang biasa-biasa bagi orang yang agak-agak dah berumur macam BB

19 August 2011

Yeaaayy dah start COTI RAYA!


Pada tarikh 20.8.11 BB sudah berada di kampong halaman hingga hari raya..
Yaaa  entry kali ni,saje nak buat korang jeles...hahahaa
Melampau sungguh!

Alkisahnya BB plan nak start cuti pada 26hb ni...tapi oleh kerana ada kerja yang perlu dilakukan di kampung pada 22hb,maka takkan lah BB kejap nak balik semula ke KL , pastu nak balik semula ke kampung..Maka keputusan muktamad tanpa menggunakan talian hayat, cuti terusssssssss lah senang! (Jimat masa,jimat tenaga..and of course lah jimat duit!)
(psstt* haruslah berjimat tambah-tambah lagi nak kawen ni)

Selain ada urusan KERAJAAN di kampung, boleh juga temankan mak tu.Maklumlah ini raya pertama tanpa abah....jadi sebagai anak yang belom lagi kawen,masih solo (tak perlu nak fikir dan gaduh-gaduh nak balek kampung siapa) sudah menjadi kemestian lah BB kena temankan mak buat persiapan.

So BB kena makesure semua persiapan sebelum balik harus di titik beratkan supaya tidak ada barang yang tertinggal yang akan membuatkan mood raya sungguh tidak ceria..Tadi baru selesai ambil kueh raya yang telah ditempah. Kereta pon semalam dah siap di cuci.Malam tu pula baju-baju semua dah di pack...ermm apa lagi yer? nanti kalau terlupa bole tak barang-barang tu pos diri sendiri? :)

So doakan BB selamat sampai walaupon korang doa macam tak iklas jer..hehehe 
(kerana kejelesan BB orang pertama sampai ke kampung sempena raya!)



**Kat kampung sudah tersedia senarai panjang berjela-jela kerja yang harus BB lakukan.

03 June 2010

I likeeeee Pulau Perhentian

Tak kenal maka tak chenta..
yer berulang kali aku mendengar citer-citer pasal pulau-pulau di malaysia ni. 
Bukan tak pernah pergi pulau lain,cuma tak pernah nak menghayati nyer sebegini sebagaimana aku menghayatinyer di sini...
aku telah jatuh chenta dengan pulau perhentian bak cinta pandang pertama..
ahaks!

Our Geng On This Trip
(Hj Azuan, Shuhaimi, Adiey, Shafiai, Jamir, Fakharudin, Azan, Hafis, Man, Akmal, Waj Jo, Linda, Bits, Aishah)


Xtvt aku disana :)

See...cantekkan ikan-ikan dan coral-coral kat sini..
patutlah orang suka snorkeling sebabnya aku pon dah jatuh cinta!
wajib repeat nanti kalau aku pergi mane-mane pulau


Huh merasa dapat tengok dan pegang gamat asli ler!




Aksi-aksi Pro dan Amatur dari kaki@tangan candat sotong





Jalan-jalan sekitar pulau dan terengganu bersama ladies in group pada hari-hari terakhir

Sempat singgah di Masjid Kristal sebelum balik KL

Ya ini sahaja untuk kali ini, klu ikotkan nak letak je sume gambar-gambar ku ini disini, tapi takut plak terover gitu..hehehe

Perjalanan Yang Indah

Perjalanan yang tak dirancang dan diduga kadang-kadang memberikan kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya gambar kenangan terindah dapat menceritakan dan menggambar betapa aku memang gembira dan bahagia ketika itu..



Ketenangan abadi ada disini jika anda mencari..jauh dari segala-galanya masalah yang menghimpit




Kedamaian pasti ditemui sebaik sahaja anda menjejakkan kaki disini..itu pasti!



Ciptaan Allah yang tak boleh ditandingi oleh sesiapa pun mahkluk dimuka bumi ini ...



Tunggu...aku akan kembali lagi menggamit memori indah lagi bersamamu bersama orang yang tersayang.Itu yang pasti...di PULAU PERHENTIAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...