Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Bunga dan Taman. Show all posts
Showing posts with label Bunga dan Taman. Show all posts

30 October 2013

Bunga Segar Siap di Gubah


Misi mencari bunga untuk tujuan nak bagi dekat staff sempena pembukaan saloonnya.

Mula-mula BB cadang nak gubah sendiri jer.
So macam biasa pergilah kedai bunga kat Petaling Street tu.

Dah beli la bunga jenis Garbera, Pink Baby Carnation dan Purple Staticec budget nak gubah sendiri.
Tapi tak bape nak kompiden plak kali ni nak gubah.
Takut tak cantek.Malu mak nanti.
Yelah selalukan bunga yang orang bagi akan dipamerkan dekat depan kedai or kaunter semasa pembukaan.

Alih -alih ternampak bunga yang siap digubah dalam bakul.
Cantek pon cantek.
Bila tanya rega.
Taklah mahal pon.Boleh lah.
So apa lagi sambar juga bunga yang ini jugakkk.

Itu lah pompuan!
Tambah BB ni kalo pergi kedai fresh flower, rasa nak terbeliak biji mata tu.
Rambang sungguh.Sume nakkk...



Garbera Oren siap digubah ini reganya RM45.00
Ada 10 kuntum bunganya.
 
Tak lah malu kalo nak bagi kat staff tu
hahahaha







APA JADI DENGAN BUNGA YANG DAH DIBELI TUUUU?




 Jangan risauuu
Pasti BB tidak akan sia-siakan ia!

So ini lah hasil gubahan sendiri.
Walaupon tak lah bape cantek macam bunga yang siap digubah oleh pekedai tu, tapi boleeee lah di pamerkan dalam rumah sendiri.
Ahaks!

Last-last letak kat atas meja tv.
Sambil tengok tv bleh la jamu mata dengan kaler-kaler bunga ni.




Yang ni BB letak kat atas meja makan



Kan banyak lebih kalo kita beli bunga asing-asing ni.
So ini sebahagian jugak lah yang dapat BB gubah.
Dalam  3 pasu semuanya bleh gubah.
Yang pasu lagi satu tu mana ntah gambornya.
Tak jumpa plak bila nak mencarinya.



26 October 2013

Permulaan Edible Garden..< Taman (tanaman) yang boleh dimakan >

Duduk dekat rumah teres ni adalah siket tanah sekangkang kera kat belakang rumah untuk bercucuk tanam.
Tak besar mana pon ada la dalam 2'x10' jerrrr.

BB buat tanaman yang selalu BB guna untuk masak ajer dan senang nak jaga jerrrr.

Antara pokok yang BB tanam ialah :
  1. Pokok Kunyit
  2. Pokok Kari
  3. Pokok Pandan
  4. Pokok Limau Nipis
  5. Daun Kesum

Ye lah cuba bayangkan kalo masak kari tu...nak guna cuma bape helai jer daun kari tu..tak sampai pon setangkai kalo setakat buat lauk untuk 2 orang makan.
Dahhhh nak kena beli kat kedai..
Ala bukan mahal pon tapi kemalasan nak KE kedai tu yang buat pokok kari wajib tanam.
Dah lah laki BB suka makan kari..ate kalo seminggu 2,3 kali larat ke nak ke kedai beli daun kari?

Nape tak beli banyak-banyak dan simpan dalam peti ais?
BB dah pernah buat dah..
Time beli daun kari, tetiba teringin makan lain.so daun kari tak guna.alih-alih kering macam tu jer...
Udoh kena buang akhirnya

So bila dah tanam ni...anytime u can masak dear..hehehe
Petik jer...fresh gituu.




Tanah yang ada kita gunakan seabis yang boleh!
Sebab kawasannya tanahnya kecil dan tak dalam, so BB tanam dalam pasu ajer.



Ni lah hasil edible garden BB
Tengok tak susah jaga..
janji siram air tiap-tiap hari dan letak baja sesekali jer

Hasilnya...walawehh





Dari start berbunga hingga lah keluarkan buah...BB sentiasa pantau 
hehehe




Paling best tengok buah limau nipis ni berbuah
Pokok kecik jer, tapi buah dia..hah nala punya banyak.


Tadi time sarap dengan membe kat Tangling ada orang jual pokok-pokok munge dan herba kat kawasan parking tu.
Yang jual plak dari owner Rumah Anak Yatim Shifa
Katanya nak cari duit lebih tampung perbelanjaan anak-anak kat situ.

Tinjau punya tinjau ternampak pokok daun limau purut.
Herm memang lama dah cari.

Selain beli niat juga lah untuk sedekahkan kat makcik dan pakcik tu.
Moga dengan pembelian yang kecil ini dapat membantu mereka sedikit sebanyak 
:)

***
Sebelum ni, BB memang pernah membantu rumah anak-anak yatim ni dari segi khidmat nasihat landskap.
Memang sedih tengok anak-anak yatim ni.

So kalo ada sape-sape nak bantu bleh la telefon Hjh Che Tom 017-3387959
(owner dan penjaga Rumah Anak Yatim Shifa )





23 May 2013

Pergola Putih Idaman Hati ku...



Sebenarnya plan idea buat pergola idaman ni lama dah..
Dari sebelum BB pregnant hingga lah BB pregnant.

Dan dari BB pregnant sehingga lah BB beranak baru lah terpasang nyer pergola putihku ini.
Bayang kan dalam masa berpantang BB suruh pekerja pasang menda alah ni sebab rasanya dah lama terperam dekat opis.

hahahaha

Kesian plak nengok pokok kesidang BB pon asik dok kena trim je selalu
 sebab nak control ketinggian dia dari memanjat atap rumah.

Demi mu wahai pokok kesidang..
Ku persempahkan pergola putih sebagai penemanmu..
Cewah!



sebelum

selepas

 Alkisahnya
Projek buat pergola ni dihasilkan oleh pekerja BB sendiri.
Tau lah bila buat sendiri ni bila ada masa lapang ajer baru boleh buat.
Kalo idak, kena setlle keja hakiki dulu lah nampak gaya

Kalo nak beli kat luar
rata-rata BB servey untuk pergola 6'x9' ni kebanyakkannya berharga RM1500 keatas.


Tak lah mahal kalo pekerja buat sendiri.
Bagi duit  beli barang,cat,bagai dan upah yang berbaloi.
Dapatlah BB buat pergola idaman ni kurang dari RM1000
Hah tengok!!
Jimat berganda-ganda okeh!
Lepas tu jamu makan sedap-sedap.
Kompom semangat dorang buat keja.


 



Bunga Kesidang @ Vallaris glabra

Bunga favourite BB.
Dulu dalam pasu kecil kaler biru..kemudian BB pindahkan dalam pasu tempayan besar.
Bila dah tukar dalam tempayan ni semakin galak pulok dia berbunga.
Maybe ada tempat untuk dia memanjat dan berteduh kasih kot.
kehkehekeh
Kisah cara nak bungakan pokok kesidang ni ada DISINI


I luv my pergola and my plant!





Bila dah ada pergola ni  rumah BB nampak la redup sket.
Baru semangat nak lepak-lepak luar.








 psst : 
Herm ada plan nak beli meja kerusi  outdoor plak.
Apa kata  set meja kerusi tu pon kaler putih?
Letak kat bawah pergola tu

Walaweyyyy





07 December 2012

Tutorial Cara Gubah Daun Pandan Menjadi Bunga Ros



Khas untuk pertanyaan Akak Kamsiah 
yang bertanya mengenai cara nak buat bunga ros dari daun pandan.

Aritu rasanyer BB dah post tentang cara nak buat bunga ros daun pandan ni,
tapi BB sendiri tak jumpa tentang post ni.
Bole gitu?

So untuk sharing-sharing apa lah salahnyer BB luang kan masa sket.
Gambar lama dah ada, bukan susah pon.
Klik ajer!
hehehe 


Cara-caranya :


Kalo sape-sape pernah buat bunga dari straw minum dulu mesti tau nak buat camner...
Alaaaaa...
Kan straw minum tu time gatai-gatai tangan kita pusing-pusing dan lipat dia terus jadi  macam bunga kan.

Cara dia sama aje.
Cuma yang ini guna daun pandan dan agak besar sket.

  1. Gulungkan daun pandan supaya dia jadi mudah untuk kita lipat-lipat sebab nak lembutkan~belakang daun pandan tu kan ada batang keras
  2. Kemudian lipat dua jadi macam huruf V tu
  3. Lipat salah satu kaki V tu naik ke atas
  4. Lepas tu, terus pusing kedepan dan lilit bahagian tengah tu.
  5. Ulangi daun naik ketas dan kebawah dan terus melilit.

 

Tadaaaaa
Dah siap pon!


 Bila dah siap banyak-banyak, kumpulkan satu-satu menjadi seperti jambangan bunga.
Buat tengah-tengah dulu dikelilingan yang lain.
Macam buat bunga tangan tu

Kemudian baru ikat dengan double tape/getah
Kalo nak cantek lagi, ikat lah dengan riben.







Tips:
Kalo daun pandan tu besar dan panjang lagi banyak dapat kelopak.
macam contoh kat gambar atas ni.



So Selamat Mencuba.


Untuk b2b pon boleh buat kalo nak hiaskan bilik pengantin tu yer.
Harum je bilik pengantin nanti.
Takde lah cara biasa/lama yang daun pandan kita hiris halus-halus tu.
Nanti kompom orang akan tanya macam mane kita buat.
kehkehekeh

14 September 2012

Gubahan Simple Dimple Bunga Segar di Meja Makan





Alkisah aritu merayau-rayau tanpa tujuan dengan kengkawan di area central market.
Dah alang-alang dekat situ terus BB ajak membe lintas jalan kat petaling street tu untuk beli bunge.
Bukan jauh pon seberang jalan jer.
 
Seperti biasa bunge peberet BB semestinya rosssss.
Walaupon warna bunga lain mengancam penuh kalerpol dan 
memanggil-manggil BB untuk beli 
tetapi 
pojaaan hati ku tetap bunga ros!





Beli sebungkus ros merah rega RM 13.00
Sebungkus purple peacock rega RM 9.00
Seb baek pasu@balang bunge memang dah ado kat rumah :)

*rega bunga kat sini akan berubah-rubah ikut musim*
-untuk makluman yer-


Kali ni tak perlu nak span bagai.
Just masuk je bunga dalam balang bunga tu sesedap rasa anda.
Very-very easy okeh!



Meh BB nak share sket :)



Masuk dulu bunga ros
Susun biar center
Kalo bole biar bilangan bunga tu no ganjil baru ler orang cakap ada seni




Jangan lupa potong bunga purple peacock ni pendek-pendek yer




Pehtu cucuk je kat tengah




Kemudian  jangan lupa cucuk tang sana..cucuk tang sini..
hehehe
cucuk tang bucu ler...
~kiri kanan depan belakang




Tadaaaaa
Dah siap!




*meja makan a.k.a meja komputer*
-buat masa ni laaaa





*** Meja makan idaman terpaksa dipendamkan dulu dek kerna memberi peluang untuk membeli keperluan barangan baby...........

26 May 2012

Loropetalum chinensis var rubrum


Loropetalum chinensis var rubrum
 ~nama saintifik
tapi 
BB panggil pokok loro je



Satu lagi pokok special BB yang sedang lebat mengeluarkan bunga...

Memang berbunge-bunge lah hati ni nengok pokok sedang rancak berbunga





 Kelebihan pokok ini ialah
Daunnyer warna ungu gelap
Bunganya warna pink terang

Agak berbeza dari pokok yang lain kerana kebiasaannya daun bewarna  hijau sahaja

Amat mudah menjaganya.
Siram + trim + baja sesekali


Kebiasaannya di kebanyakkan tempat ianya ditanam seperti pokok pagar.
Contohnya di lereng tirai Jalan Mahameru


Bagi mencari kelainan BB beli yang berbentuk topiari.



kena rajin trim supaya shape/bola bulatnya tak lari bentuk ;)



 dan kerja-kerja trimming siapa yang buat??
off course lah BB yang buat :) ~setakat harini lahhhhhh








*** lepas ni nak cari plak pokok kesinai topiari..bior ada bola bulat kaler hijau juge!

23 May 2012

Janggut Adam @ Tillandsias Usneoides



Ni pon salah satu one of my favourite flower BB.

 

Orang panggil janggut adam or janggut hantu ni eh?

entah la makin banyak tanya orang,
makin banyak plak jawapan yang berbeza-beza diterima.

tapi yang pasti nama sebenar kepada pokok ini ialah  Tillandsias Usneoides

BB mula berjinak-jinak untuk membela pokok ni.
Baru sket je yang tergantung dekat rumah BB.
Kalo tak silap ada 5jambak@ikat jer

Insyallah,
bila ia semakin membiak dan membesar bagai johan,
BB akan share satu hari nanti.


Keistimewaan pokok ini ialah ianya tak memerlukan tanah.
Cuma gantung saja dekat dawai dan siram.
Itu sahaja.
Sangat-sangat senang okeh.



contoh untuk gantung seperti ini




Meh kita nengok idea-idea dari pokok ni.
Sungguh kretip!

Nampak macam takde nilai
tapi bila dah di designkan..
Siapa sangka??




Awesome sungguh!!

Nak buattttttt cam gini....














 
 Hehehe
 Idea paling best~ kesimpulan kepada mereka yang suke pakai rambut pelesu tu!








Tak sabar nak design-design pokok ni kat rumah.
















16 May 2012

Kesidang @ Vallaris Gabra

Pernah dengar  orang berkata-kata
 "Hati tengah berbunge-bunge"?

Yeayyyy
 sekarang memang hati BB tengah berbunge-bunge.
Nak tau kenapa?

ehhh
bukan sebab peknan ler,
tapi sebab

 pokok bunga yang paling BB sayang telah mengeluarkan bunge sulungnyerr.
Selain itu adalah kerna baunya.
Bau pokok kesidang sama macam bau pokok pandan.

Dulu lama BB jaga kat opis, tak pernah berbunga pon.
Lepas tu masa nak alihkan dekat rumah BB, sorang mandor BB trim.
Katanya senang nak angkat dan mesti berbunga lepas tu.

Memang betoi kata-kata dari orang yang berpengalaman ni.
Selang beberapa hari, pokok ni memang berbunga.

Petua untuk bagi pokok kesidang ni selalu berbunga ialah  kita kena rajin trim pada pucuk atau dahan yang lama.
Kemudian pucuk yang baru akan keluar dari dahan yang kita trim tu.
Ini menjadikan pokok itu rimbun dan punya pucuk baru yang banyak.
Selain itu, faktor air dan cahaya jangan lupa.
Pastikan ianya menerima air yang mencukupi dan cahaya matahari terus.



Meh kita tengok pokok kesidang BB ni.


 Dahan yang BB trim akan mengeluarkan pucuk yang baru.


 Hari demi hari, pucuk ini semakin membesar bagai johan


Tengok
Tak sampai sejengkal pon pucuk baru ni dah keluarkan anak bunga


Menunggu masa untuk kembang semangkuk :)


Yaaaa ituuuu dia my first baby


See
dah penuh dah dengan bunga.
Kalau ikutkan pokok ni kecil aje.
Tapi bunga punya lah penuh.
Setiap hujung pucuk boleh dikatakan mempunyai bunga.


Bila BB buka tingkap bilik je,
 menerpa semerbak haruman kesidang masuk kebilik.

Wahhh,
I likeeeeeeeee!!


Semua orang yang datang rumah BB cakap laman rumah BB wangi.
Kembang kempis hidung ini menerima pujian.

kehkehkeh









*** BB tengah dok memikirkan kat mana nak tempah buat pergola yang harganya berpatutan sebab pokok ini kian membesar dan pucuknya makin meninggi di langit...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...