Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Me and My Friends. Show all posts
Showing posts with label Me and My Friends. Show all posts

16 April 2012

Singapore, here i came again...

Hahaha
Entry ini sepatutnya tahun lepas.
Baru perasan ada yang tak publish lagi!

Post aje lah


Singapore 2011

Last datang sini time 2008. Masa tu,menda alah ni memang takde langsung.
Yang jadi port fouvarite untuk tangkap gambar ialah dekat The Merlion dan Esplanade(Durian) tu je..
 Alih-alih datang baru-baru ni, tuuu diaaaa...
kagum sungguh sampai ternganga mulut dan bateri kamera sampai abis dok asik capture gambar ni jer.





View paling cantik,bombastik dari Pusat Galeri Marina Bay








Capture dalam bus ajer...kerna BB tak sempat nak belek lama-lama











BB ke sini kerna ada urusan kerja.
Bila dah settle keja, baru berkesempatan melawat beberapa tempat.

Ini kali ke2 BB ke sini.
dalam masa yang singkat banyak betul perubahan yang terjadi.




Maha Hebat Singapura ni!



















23 September 2011

I Love BROGA HILL


Namanya seperti bukan di malaysia..dimana ya?
tetapi tahukan anda Broga Hill sememangnyer di malaysia..hehehe.tak pecaya?pergi lah Semenyih..di situ terletaknya Broga Hill.

 

Ye BB jatuh cinta ketika mula-mula melihat gambar kawan-kawan BB yg pernah ke broga hill ni.. Hati tergedik-gedik nak pergi..Ala kat Semenyih,Selangor dekat-dekat sempadan Nogori Sembilan ajer nih..bukan kat luar negara pon.
 Berbalik semula pada Broga Hill ni, kalau masih tidak tahu dimana lokasinya boleh lah melalui toll batu 9 menghala ke Semenyih kemudian akan melalui hadapan balai polis semenyih dan pekan semenyih.straight je kemudian akan nampak satu signboard ke nottigham universiti..ikut signboard tu.kita akan melalui hadapan universiti tersebut dan agak-agak kehadapan sedikit akan berjumpa satu rabbit farm signboard bewarna kuning sebelah kanan.dihadapan rabbit farm tu ada kawasan ladang kelapa sawit.Disitu lah tempat untuk meletak kenderaan dan seterusnya kepada Entrance broga hill.

Ni Kali ke-2 BB naik.Dulu dah pernah naik time New Year. Punya lah ramai umat manusia.Tapi kali ni memang pergi agak lewat dan yang bestnyer tak ramai orang. So layan jer la gambar-gambar gedik BB dengan kengkawan.

Muka-muka keriangan sebelum memulakan pendakian..hehehe siap ler korang pasni!

Kawasan ni agak curam dan licin. Naseb baek tali ni ado,tapi jangan percaya 100% ok?

Di tengah-tengah pendakian jika korang pandai cari..korang akan berjumpa dengan satu tempat paling glamer sejak- dua mejak nih..nak tahu aper?ni haaaa....

Buaian peninggalan Sheikh Muzaffar n Dr Harlina time pre wedding dorang
BB heran kenapa dan mengapa menda alah ni berada diatas berhampiran buaian org popular nih...kompius sekejap!
Tak sampai 500m pendakian BB tersandar keletihan..Pancit! Bekalan oksigen tak cukup..HELPPP
Selain itu juga, kalau korang bernaseb baek kompom akan jumpa menda ni jugak..tak kira dari mula korang nak naik,di tengah pendakian atau pon berada di puncak..
Ni baru betoi-betoi tapak peninggalan sejarah
  So kesimpulannyer makesure bawak kasut lebih atau check dulu ketahan kasut 100% stabil sebelum memulakan pendakian...
(padahal lauluan trek taklah adventure sangat...sekali lagi kehairanan!)


Bila dah ada kat atas puncak
View dari bukit ke 2..
Pose wajib!


Ya semua tersandar keletihan tapi tetap kontrol cun bila bergambar!
Sekali tengok macam kat tepi pantai plak,padahal atas bukit nih.
Dont trust anyway, if  u have no idea ok? ;)

See...very very the very nice view

 This pictures masa BB mula-mula first time naik dulu..
So memang sedikit jakun ok..sikit ajer ok

 Macam ladang gandum...dalam citer hindustan bole guling-guling
 
 
BB suka awan kat atas time ni...very the shining-shining

*** Jom sapa nak join g Sg Chilling plak? ~ Laluan yang biasa-biasa bagi orang yang agak-agak dah berumur macam BB

22 September 2011

Yesss Thats My Staff !

Rasanya tak terlambat kot nak wish Selamat Hari Rayer...hehehe. Syawal pon dah nak abis dah kan! Biasa kalau rayer kat KL ni,kalo takde open hos memang tak sah.Bukan saja melarat di rumah-rumah orang, tapi kini berjangkit dekat opis-opis.hehehe...(wey makan free,sapa tak nak?macam P.Ramlee cakap  " Rejeki Jangan Di Tolak,Musuh Jangan Dicari".. tak gitu?
So begitu jugak dengan opis BB, terdapat permintaan dari staff BB yang inginkan open hos.Kata mereka nak masak sendiri kat opis, maklum lah opis BB ialah site opis, so keja masak memasak ni memang takde hal. BB ingat macam biasa-biasa ajer tapi rope-ropenyer kesungguhan mereka betoi-betoi telah mengharukan BB. BB sebagai orang yang bertanggungjawab dengan berbesar hati membantu apa yang patut.
Dari segi persiapan memang BB serahkan bulat-bulat pada mereka.Tak sangka plak semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh semua staff memang best. BB rasa macam kat area kampung plak bila acara masak memasak nih..Padahal opis BB dalam area Taman Tasik Titiwangsa. 

Kerja-kerja membakar lemang~ dari cari kayu api hingga lah acara membakar lemang..memang best!
Tak kira tua muda sume jadi sepakat! yess memang itu yang BB nak tengok wahai my staff  :)



Antara juadah yang dibuat dan sempat BB makan...hehehe
Meriah...tak sangka ramai plak yang sudi hadir kt jamuan rayer staff BB ni
So far, majlis berjalan lancar. Thanks guysss...BB berbesar hati dengan semangat kerjasama dari korang sume. Tak kira dalam kerja atau apa pon, semangat ini lah yang harus ditunjukkan pada semua orang..rasanya tak salah BB menjadi tegas dalam kerja seharian kita, semata-mata mahu menerapkan nilai-nilai murni pada diri korang. Nampaknya niat BB berhasil...alhamdulilah!
Ni sebahagian jer staff BB...ramai lagi yang tak sempat bergambar kerana sibuk menjalankan tugas masing-masing.
THANKS GUYSSSS...I LUV MY GENG!
Next Year Kita buat lagi besar dari ni tau...dari 2 khemah mana tau tahun depan menjadi 4 khemah.Dari makan biasa-biasa kot-kot tahun depan ada kambing bakar.Sapa nak sponsor tu???
*** Dalam gambar tu,terasa BB tersangat lah kerdil dan kecil dengan my staff....

01 August 2011

Diari Ramadan Bits


Eh cam tajuk Diari Ramadan Rafique plak..hehehe
Sape pernah tengok citer ni?Memang lawak giler...ok sape yang tak penah tengok meh sini saya nak story sket citer dia.Ni kisah sorang budak mat saleh yang duduk kat luar negara.Pastu kena tinggal kat Malaysia dengan opah dan sepupu dia(budak-budak kampung yang sangatlah nakal!)  sebab mak dia kena keja kat luar negara Macam-macam jadi..teringat pada sepupu dia yang paling comel Maisarah yang tembun tu :)
Citer ni memang dibuat berdasrkan kehidupan seharian kita.Macam mana kita time kecik dulu bila berpuasa.Tambah-tambah lagi dapat sepupu yang macam-macam ragam.Duduk kat kampung lagi.Memang best.

Tujuan BB (gelaran untuk saya bole?~sebab senang nak taip :D) nak citer adalah kerana bila dah besar dan tua-tua ni kalau nak masuk je bulan ramadan mesti teringat zaman dahulu kala.Zaman kecik-kecik time takde masalah negara.Wah betapa senangnyer beta punyer hati.....(nada citer PRamle) 
Yang tahu bangun sahur,kena kejut oleh mak,lauk sume dah ada depan mata tunggu nak bukak dan nganga luas-luas walaupon mata terkatup!
Bila nak berbuka paling best..macam-macam lauk siap bole buat pilihan lagi lauk mana yang nak.Nak yang itu,nak yang ini. Tu belom gi pasar ramadan lagi dengan abah.Sampai juling bijik mata tengok kaler air,lauk pauk,kuih muih dan semestinyer bunga api dan mercun..~yer zaman tu menda ni tak diharamkan lagi!

Tapi tu sume dulu,kini dah banyak berubah.Termasuklah keadaan BB sekarang..dimana BB kena kunci jam sendiri,bangun sahur sendiri,sediakan makanan sahur sendiri..pehtu bila dah balik keja kena sediakan makanan untuk berbuka sendiri-sendiri.Kalau rajin BB masak~time tu boleh meleleh air liur pikir nak masak itu,nak masak ini.Tapi last-last lauk yang pernah dan yang BB reti masak ajer ler..cehhhh :D
Atau pilihan kedua,rasanya pilihan yang disukai oleh ramai orang ialah SINGGAH BAZAR RAMADAN..hehe.Kat situ tunjuk je..menjimatkan masa dan tenaga.Tapi ongkosnyer plak kena kuar banyak maaaa...


Ermmm hari ni adalah hari pertama Ramadan....

Rasanya sume orang berlumba-lumba nak nak masak..tapi BB rasenyer beli je kot.Kerana makan sorang.Lain lah kalau berdua rasanya ada semangat nak masak ! :D

Untuk semua...

Harapan Ramadhan

kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
selangkah...
demi selangkah...
setahun sudah pun berlalu...
masa yang pantas berlalu...
hingga tak terasa pun...
berada di bulan ramadhan..semula...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
puasa...
satu amalan...
sebagai mana yang diperintah NYA...
moga dapat kulenturkan...
nafsu yang selalu...
membelenggu diri...
tiada henti henti...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
tak inginku...
biarkan ramadhan...
berlalu saja...
tuhan pimpinlah...
daku yang lemah...
mengharungi segalanya...
dengan sabar...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kememohon pada tuhan...
diberikan kekuatan...
kemerayu pada tuhan...
diterima amalan...
selangkah...
demi selangkah...
dengan rahmatmu oh tuhanku...
kutempuh jua...


SALAM RAMADAN

25 July 2011

Dapat Oreo Chese Cake lagi!

Ermm tak sangka entry terdahulu (klik sini) ada orang ambil kesah...

KGS : Geng  yang disayangi dan sentiasa dihatiku!
(sebenarnya mengharap kan "seseorang" yang ambil kesah ) 

  Tempahan Khas dan istimewa untuk birthday girl





Dengan muke serabai baru bangun tido disuruh potong kek pada pukul 7 pagi








Sarapan pgi-pagi buta dengan kek ini yang bakal menambahkan berat badan..sudah pasti!








Kek yang lambat sampai...patutnya berada dengan saya pada malam celebrate dengan KGS...walau apa-pon memang terharu.Ada je plan untuk saya oleh KGS supaya sambutan dapat diteruskan :)

Inginkan kek yang di sponsor oleh cik chena seperti ini? klik SINI




Celebrate My Birthday with KGS










Hoyeee malam ni sambut birthday dengan KGS. Ingat makan-makan cam biasa dengan geng,rope-ropenyer ade suprise yang di plan oleh KGS dekat Auntie Belacan di Giant Sri Kembangan! Cam biasa purak-purak terkejut..hahahaa.




 Birthday girl dilayan bak sang puteri indera kayangan pada malam itu.. siap bersuap-suap! Caya lah ida, ni saya sayang kat ko nih..








Antara ahli-ahli KGS yang turun padang pada malam ni...
Paling kiri yg cun cik linda.
tengah yang cute ITS ME!
dan kanan paling comel cik ida.





Tidak dilupakan
cik paling sempoi ialah cik sabrina
cik paling garang tapi lawak ialah cik chena




 
Menu-menu yang di oder oleh si kaki lantak ini
Tu diaaaa...selepas dikerjaka oleh si buruk lantak.Licin daaaaa...
Off Course lah kek ni musti ada.. (Thanks dear!)

 Thank pada KGS yang sentiasa di hatiku
LUV U ALL lah..muaaah3x
 



pssst :
*Thanks kepada cik chena kerna menaja makan malam tersebut.Sedap sungguh! dan untuk  
special oder  "oreo chese cake" esoknyer.... :) i likeeeeeee it





15 July 2011

Celebrate Our Birthday with Steamboat

Lepas duty jaga floria 2011, kawan @ merangkap senior @ kakak angkat ajak makan steamboat.Dah alang-alang di putrajaya kitorang gi makan dekat Alamanda.

Memandangkan masing-masing sambut birthday bulan Julai,hah apa lagi seharusnya lah sambut together-gether :)



Suka dapur letrik ni...mudah dan tak bape panas.Paling penting pantas dan mesra pengguna.Harus dipikirkan untuk rumah baru nanti (apabila hidup sudah berdua ni,kena lah serba ringkas agar si dia juga pandai menggunakannya utk memasak sekiranya saya tak berkesempatan nanti) ..muahahaa :D



Not bad ..ada 2 perisa sup or tomyam,tapi saya suka tomyam (kena tambah caj rm10~ tak patut sungguh :( )
2 Orang buruk lantak sedang menanti dengan penuh sabar untuk mengerjakan nya sampai licin.



Saya pilih jugak nasi goreng nenas..perghhh memang terbaek lah! sodap...
makan dengan steamboat tomyam memang ngam lah dikala perut tengah berkeroncong ala sayang dari tadi..


for maklumat lanjut:


http://www.johnnyrestaurant.com


Makan untuk Hidup.....Kalau Tak makan akan mati.

Jadi marilah kita makan-makan! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...