Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Perkahwinan~ Bunga Tangan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan~ Bunga Tangan. Show all posts

16 April 2012

Tutorial Cara buat Bunga Tangan


Seperti yang dijanjikan oleh BB

Bagaimana hendak membuat bunga tangan yang BB gunakan pada majlis persandingan BB



Nah amik kauuuuu
:D


 

Susun bunga rapat-rapat.
Keliling bunga ikut putaran jam.Mix kan bunga mengikut warna disukai.
Kalau boleh pilih bunga yang kembang.[bukan bunga yang masih kudup]
Ianya adalah kerana dapat mengurangkan penggunaan bunga yang banyak
dan bunga yang kembang semestinya nampak cantek!

Kemudian,
~ Makesure lilit batang bunga guna gam tape tu. [Buat dalam 5 atau 7 batang dulu]
Ini adalah kerana, bagi mengelakkan kedudukan bunga tak lari bila dah banyak-banyak tu.

Ulangi langkah-langkah tersebut 
sehingga kembangan bunga (jambak) menjadi besar atau mengikut size yang korang nak.




Lilit batang bunga kemas-kemas dengan tape dulu kemudian baru lilit dengan riben.



Buat riben kemudian lekatkan diatas nya.
Untuk tambah aksesori, BB letakkan kerongsang ini



Ini bahagian belakang.kan kemas tu...
selainnya memudahkan kita untuk pegang nanti




See
I luv my handmade
:)



***tetiba keronsang dekat bunga bertukar...sudah tukar ka?***



Kalo rajin lekatkan manik pearl besar kat tengah-tengah bunga.
Cer tengok bunga BB tu...ada manik besar dekat celah-celah bunga




So guys,

U all pon can do lah,

Just do it



GOOD LUCK yer!
:)









*** Memang berbaloi-baloi..


30 March 2012

Bunga Tangan Nikah dan Sanding

Atas keminatan dan kecintaan yang teramat sangat
 pada bunga-bunga segar terutamanya kepada si Ros,
maka tetiba terhasillah bakat terpendam selama ini.

Kusangka kan tangan ku keras,
rope-ropenyer lembut jugak
:)



Oleh sebab BB yang pergi  pergi beli bunga
sah-sah bunga tangan BB akan asingkan siap-siap.

Perancangan awal nak warna pink+purple.
Pink dah jumpa tapi purple yang tak ada.

Mula-mula plan nak buat satu ajer untuk sanding sebab mak andam janji nak bagi satu bunga fresh jugak nanti.

Tapi bila dah terlebih banyak bunga, 
maka timbul lah idea yang bernas-bernas bagaimana hendak menghabiskan bunga-bunga tersebut :)



Bunga Tangan Nikah






Calla Lilies
Bunga Tangan Nikah
* balance dari hiasan atas meja make up*





Bunga Tangan Sanding






Pink rose mix with soft peach pink.
BB guna time sanding





Bunga Tangan dari Mak Andam



All soft purple
BB buat hiasan atas meja.
~sebab tak bape nak berkenan cara dia gubah bunga tu~








How to do "Bunga Tangan"?
Well
The Tutorial will coming
kehkehkeh




to be continued




19 March 2012

Demi Fresh Flower Sanggup Ku Panjat Cameroon Highland



Masa BB pergi sini (Cameron Highland)
lagi 2 hari  sebelum majlis pernikahan BB.

Rasa-rasa kalo orang-orang tua dulu dengar,
tak ke dia mengucap panjang dengar pengantin berjalan ke sana-kesini. 
Tambah-tambah lagi tempat yang agak tinggi tu.
Banyak pantang larang yang nak kena ikut.
Itu pon ramai kengkawan yang mesej tanya di mana lokasi,
semua terkejut bila tau BB  terpacak kat sini pagi-pagi buta.
Hehehee


Mula-mula mak BB agak keberatan nak bagi.
Tapi setelah diyakin kan oleh BB dengan cerita-cerita PALSU~yang tak bape nak betul 
( soryyyy mak, anak mu ini terpaksa demi menyiapkan projeknyer itu)

Akhirnya mak BB bagi pergi jugak.


"BB cakap kawan yang teman BB nak pergi ni dia duduk Ipoh ."
"Selalu sangat naik Cameroon guna jalan tu."
"Lagipon jalan Simpang Pulai tu kan luas macam highway, bukannyer macam kat Tapah tu."
"Dari Ipoh kan sejam je.Tak jauh pon."
"Mak pon pernah lalu jalan tu kan..kan..kan.."
"Insyallah selamat mak."
"Yang penting niat kita tu mak"


Dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan lagi mak BB


" Alaaa mak, 
orang-orang dulu tu memang lah dorang tak boleh kuar sana-sini,sebab dulu-dulu mana ada kenderaan."
"Lagi pon makbapak dorang yang uruskan semuanya."
"Zaman sekarang ni lain mak, dah ada kereta."
"Anak-anak dah taknak menyusahkan mak ayah lagi."
Dorang dah boleh berdikari "

Hehehee

Mak BB bagi Green Light.
Tapi dengan syarat pergi pagi, balik awal!


OooooooK
Time kacih mak.
BB sayang sangat dekat mak.




Apa lagi, terus calling-calling sorang member ni.
Member Yang duduk dekat Tanjung Malim bukannyer duduk dekat Ipoh .
Member yang tak pernah pon pergi Cameroon Highland.
(Kira first time la ni dia pergi)
Member yang tak pernah pon naik atau lalu jalan tu.
Dan dia jugalah yang nak kena drive kereta!


"Kalau lah mak BB tauuuuuuuuu "

Ampunnnnnnn mak.
Bohong sunat yerrr :(


Tapi yang penting macam BB cakap, niat kita tu kena betul.
Pergi just borong bunga dan apa-apa yang patut kemudian terus balik.
Alhamdulilah selamat dunia akhirat.
Kihkihkih



Nak tau apa BB borong?


Garbera @ Daisy

 Roses

Roses again :)
 
Calla lilies

Mix Cryshantemum @ kekwa campur

 White Cryshantemum @ kekwa putih

Tak sampai pon RM300 untuk semua kos

Kos beli bunga
Kos isi minyak
Kos tol
Kos banyak kali Makan
Kos beli sayur
Kos macam-macam

Memang berbaloi-baloi untuk majlis anda

BB ingatkan beli bunga jer dah dekat RM300.


Untuk makluman:
Dekat sana (CH) bunga rose 3 ikat (72kuntum) baru RM10
Cer kalo pergi dekat Petaling Street tu..1 ikat = RM13
Beza sangat-sangat okeh.

Itu yang buat BB tekad pergi Cameron!

Bunga Orkid aje BB tempah kat kawan BB di KL :)
 


See?
Bagaimana belakang seat keta kawan BB ni penuh dengan hanya bunga-bunga BB
itu belom barang sayur, strawberi ,bagai nyerrr..
itu sume sumbat dalam bonet.
yang penting bunga-bunga BB selamat.
kihkihkih











*** Sampai sekarang masih belom cerita kisah ni dekat mak BB...tunggu lah waktu yang sesuai kot :D




















19 January 2012

Review Majlis Pertunangan BB



Dekat setahun baru nak review Majlis Tunang
Deyyy thambi, apadaaa..

Hehehe

Ampun yerrr

So layan ajer lah 

Tema : Off White



Pelamin Tunang 






Baju Tunang & Makeup

 



 

All This
RM550

by,




Di Saat dan Ketika Itu
 
 



 
 Alhamdulilah
Sudah sah menjadi tunangan orang pada 12.2.2011




  My DIY

 
Pomander Ball
Gubahan Bunga

 
  Sebahagian dari hantaran yang BB buat sendiri ;)





Dan 
Tak lupa Juga Kepada





 Mereka-Mereka Yang Sangat Penting Dalam Hidup BB

KGS : Kelab Gadis Single..hehehe

My Mum, My Darling  and Mother in Law

My Lovely Family



 Terima Kasih Semua
Kerana Menyayangi Saya










*** Alhamdulilah berjalan dengan lancar.. walaupun abah BB tak sempat tengok.Arwah abah BB pergi 
       2 minggu sebelum majlis ini. Al Fatihah untuk Abah tersayang...BB rindu abah!

10 January 2012

Bunga Tangan @ Bunga Pegang @ Hand Bouquet


Tempahan dari seorang rakan

Nak yang Simple Dimple ajer...

So BB matchkan 

Pink Rose with Baby Breath





Yang BB buat untuk  pre wedding BB


Combination White Carnation with Berry




 


  
*** Nak Tempah dengan harga budget? Jangan malu-malu contact BB okeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...