Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Perkahwinan~ Kad Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan~ Kad Kahwin. Show all posts

23 December 2013

Zara 1st Birthday ~Kad Jemputan



Perghh 
over gitu..macam nak buat kenduri besar siap kad bagai..
hahhaha

Accually aritu BB masuk kedai Mr DIY dekat Selayang Mall.
Sapa pernah masuk kedai Mr DIY tahu betapa korang akan jadi gila sume barang nak beli!
Sebab reganya murahhhhhhhh!

Jalan-jalan cuci mata dan duit,
tetiba ternampak kad yang sungguh comel ini.
Masa tu dah lama dah.. I think 6month before this.
Kan plan nak buat birthday party untuk zara.
Apa lagi terus sambar.
Macam-macam design dan warna ada.

Memandangkan my cute little zara is gegirl
So pinky colour is so suitable for her



Dalam paket ni ada 10 kad undangan.
Kita cuma isi jer > Apa yang nak kena isi comfirm lah detail kita punya majlis kannnnn
sangat-sangat senang dan ringkas ayat yer.
Ala setakat bape keping kad tu bole lah isi tangan.
Takde hal punyaaa.
Lain lah kalo kad kawen tu..lenguh tangan ko nak nulis.

Rega sepeket kad ini ialah RM1.99 jerrrr




Tadaaaa...dah siap
Sangat comel...no more envolep!

Siap untuk di pos by hand oleh ibunya



10 September 2012

Kad Kahwin versi Buku Sekolah :)

 

BB suka idea kad kawen ni.
Teringat zaman sekolah dulu-dulu..
Menda yang paling menyampah dan tak best bila time kita sekolah...
hehehe
tapi bila tengok sekarang..
asihhh rasa rindu plak.

Idea kad pada b2b yang masih mencari-cari design kad anda.
mana tau berkenan dengan kad camni..
lain dari yang lain.

kosnya pon murah..
kata pekerja BB, anaknya tempah baru  RM0.46 sekeping..
kalo lah BB tau...
time BB dulu, kompom BB tempah camni..
hehehe


Muka Buku

Isi Kandungan

Last Page

 Yang best nyer,
kad sebesar buku latihan sekolah ni tak perlu sampul.
Bagi je sebijik camni.
Senang citer










Nak tau kat mana tempah??
Ambik kau..
:D

Tahap malas gaban nak taip!



26 January 2012

Kad Kahwin dalam proses penghantaran kepada Tetamu BB

Dah terima kad kahwin dari Ika.

Thanks yer Ika




Sekarang adalah masa untuk menulis-nulis nama-nama tetamu yang terlintas di kepala otak ni.
Sebab excited sangat-sangat. Padahal list nama pon tak buat lagi.

Mak BB nak 400 keping, 
katanya nak bagi dekat jiran tetangga dan sanak-saudara.
Maka pada cuti lepas BB balik kampung terus la apa lagi, kerja yang paling di sukai.
Melipat kad kahwin sendiri.

Macam tak percaya dah ada kad kawin sendiri
Ahaks!


Mula-mula adalah proses mengecop LOGO kahwin BB ini.

 
Envelope ini memang BB nak yang kosong ajer.



Masih Ingat cop yang BB tempah haritu?
Sila klik  SINI

 Itulah kegunaan nyer!



Sticker ni BB beli kat Semua House. 
Dekat bahagian clearence stok. 
Sangat-sangat murah okeh.

RM0.50 sahaja untuk 250 keping 
sticker bulat-bulat kecil ini.
 


Nak tau BB letak kat mana sticker ni??

Meh nak tunjuk ,

Hahaha
Kat tempat inilah.
Idea ni datang bila BB malas nak bubuh gam or masukkan penutup sampul ni ke dalam.
Leceh betoi.

So guna sticker yang ni, tersangat lah mudah bagi orang-orang yang pemalas macam BB 
:D

  
 
Tadaaaaa

Hasilnyer
Bahgian depan sampul~ ada cop logo BB~
Bahagian belakang ~ sticker~



  Bantuan-bantuan dari mereka yang bekerja keras membantu BB dalam memasukkan kan kad kahwn tersebut dalam envelope.

 Mak BB 

 dan si kecik anak buah BB
~kimi pon nak buat jugakkkkk!!
Budak ni paling bekerja keras...sangat lah tu.
Kihkihkih

 

Sedia untuk di edarkan!




Kepada kengkawan blog BB,
Dengan rasa rendah diri BB menjemput anda semua.

Mohon tinggalkan alamat anda yer.
Nanti BB pos kad ini pada anda.
TQ

Salam Sayang ;)







*** Paling malas nak menjawab dengan kengkawan opis bila kad ini diedarkan.
       Macam-macam yang dorang tanya..."siapa?" "orang mana?" "diam-diam ajer yer kamoo" bla..bla..bla..
       BB jawab " Nak tau semua tu, datang jer hari kenduri..boleh dapat semua jawapan anda" kihkihkih

11 January 2012

Kad Kahwin

Tak sampai 2 bulan lagi majlis BB tapi kad baru nak tempah.

Selama ni tak pernah pon servey-servey kad.
Kunun-kunun takmau servey awal-awal takut nanti design baru lagi cantek.
Nanti bila BB dah buat keputusan awal-awal ,Rogi...

Last-last bila mak BB tanya bila nak bagi dia kad untuk di edarkan pada jiran tetangga..baru termelopong..

a'ah la,
kad blom tempah.
>Terus nak jeritttttt<


Naseb baik BB masa gi Jusco Wangsa Maju dulu,ada satu pameran pengantin.
Bukan nak servey betul-betul,just lalu dan ambil ajer flyer yang dorang bagi.
Simpan dalam buku planner..tak tengok pon.
Lega hati BB kerna flyer tu masih ade di dalam.
Alhamdulillah.

Apalagi terus google web dia.
Rega pon under budget BB lah.
Kerna BB budget bawah RM0.50 sekeping
Tak perlu buat mahal-mahal kerna akhir nanti dalam tong sampah lah jawabnyer.
Takdenyer orang buat kad kawen kita tu perhiasan or buat simpan sebagai kenang-kenangan.
Takder nyer...believe me okeh!


BB tempah kat 

or

 tapi kalo macam tak bape nak puas hati tak dapat nengok dengan mata sendiri, 
bole call owner dia nama  ika 
(lembut orangnyer)
*kita support ika okeh* 

Antara contoh-contoh kad mereka











 

dari sekeping kad sehingga lah kepada 3 lipatan
pilih ajer yang mane mauu.



Nyesal BB tak tempah time kat jusco tu, 
sebab time tu ada promotion kalo kita tempah 1000kpg dapat free 2 banner.
So sekarang dah takde promosi tu..
Frust giler!
>Nak nangisssssss<


Ika akan send draft dulu sebelum dicetak.
Just bagitau secara email ajer jika ada pembetulan,sekarang kan teknologi canggih.
Tak perlu menyusahkan diri untuk ulang-alik ke kedai.
dan harganya adalah RM 0.39 sekeping.
i likeeeee..
kihkihkih


Kad Kahwin BB dalam progress 
masih 80% dalam pembikinan
Ada sedikit pembetulan.



     

 
  Tengok cara orang malas, bagitau ika buat conteng-conteng ajer macam ni.


Dalam web tu tak banyak contoh yang bole kita lihat.
So apakata jumpa Ika dan dia akan bawa contoh-contoh yang telah dibuat.
Macam kad kahwin BB ni,
dalam web takde, bila jumpa ika terus terbekenan dengan kartun ni...
bertudung dan ayuuuu gitu.



UPDATED :


ika dah reply my email.
So this is new draft from her.
Ok well done sis..i luv it.
Terus comfirm to next step..proceed to print!

  



















*** Kan best kalo BB kurus ramping, ayu, sopan macam dalam gambar kartun tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...