Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Perkahwinan~ Prosedur Pernikahan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan~ Prosedur Pernikahan. Show all posts

22 May 2012

Hasil Salam Kaut..hehehe


Salam Kaut

Adat atau satu kemestian sekarang?
 rata-rata majlis kahwin sekarang 'wajib memberi' pada tuan rumah
walaupon kadang-kadang niat ikhlas tuan rumah semata-mata hanya ingin menjamu tetamu 
dan mengkhabarkan berita tentang pernikahan anak mereka.

dan begitu juga
keikhlasan para tetamu menghulurkan sumbangan 
walaupon bukanlah satu kemestian oleh tuan rumah kepada tetamu.





Tak kira lah berapa banyak yang anda dapat, 
sedikit sebanyak ianya dapat mencover balik perbelanjaan majlis anda itu!





 BB tau entry ini sepatutnya tak patut di post!

Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk 
tapi
 sekadar berkongsi gelagat family BB tempohari.

hehehe

rupa-rupanya seronok bercerita tentang duit dalam keadaan ni.
macam-macam lawak terkeluar 
walaupon dari seorang yang tak pernah buat lawak sebelum ini.


~cer tengok budak kecik yang kat tengah tu!
dia dulu yang tolong asingkan duit-duit tu.









Tengok gelagat anak buah BB
Ini baru betoi dikatakan tido dalam duit!
katanya dia nak semua duit yang kaler biru ni.Nak buat beli mainan.
Naseb baek lah ko cakap nak kaler ni..cer kalo ko cakap nak kaler merah or hijau tua?









BB rasa macam tak kena bila pergi majlis kahwin orang takde sampul!
Anda pula bagaimana?








18 May 2012

07 April 2012

Tips untuk b2b ~ Disaat-saat Akhir


Kan ke kita nak kena bayar balance-balance bayaran akhir yang kita hire vendor kita tu kan?

Here some tips for u all.

Macam BB,
semua vendor-vendor ni, 
BB awal-awal lagi dah bayar deposit masa comfirm tempahan.
Ada yang bayar deposit, balance nyer bila semua dah settle.
(DJ,Kompang,dll)

dan ada pula

yang BB on progress bayar setiap bulan with small amount  (in case bayaran yang cecah riban-riban ler) 
(terutamanya mak andam dan fotografer)

dan ada juga

bayar full sebelum majlis.
(Kek,Catering,Khemah)
*Kalau percaya lah kat dorang tu*

So makesure u all catitkan setiap wang yang di keluarkan dan minta resit yer.
Kot-kot terlupa nanti dah bayar bape....Anything can be happen.


BB tak nak pening-pening dan tak nak kelam kabut (kot-kot terguna duit ini)
awal-awal lagi BB dah asingkan duit tu siap-siap sebelum majlis.
Siap masukkan dalam sampul lagi.
Buat sedikit catitan supaya tak tersalah bagi ke kepada siapa yang sepatutnya.


Lepas ajer dorang siap buat keja, terus je BB hulur sampul ni.

Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah memudahkan kita juga.

"Tak perlu nak cari  bank tengah-tengah sibuk buat itu dan ini.
Tak perlu nak jerit-jerit minta sapa-sapa yang ada cash money time tu.
Tak perlu nak tebalkan muka pinjam duit sedara-mara
Tak perlu nak pergi balik ke kedai vendor-vendor ni 
(kerana banyak urusan lain perlu di uruskan selepas kawen)"




 Teringat Mak andam BB pernah citer sorang customer dia sampai la ni tak bayar-bayar hutang. 
Majlis grand bagai nak rak.
Nak itu nak ini.
Bila abis majlis nak kutip bayaran,macam-macam alasan yang diberi.3 tahun dah perkara ni.
Sian kat mak andam BB.

Tak ke naya buat orang macam tu?

Aishh..
macam ini punya olang pon ada :(





Nanti lepas kawen kan senang..
Bila semua urusan telah diselesaikan.
Senyum je pengantin,
kerana tak perlu serabut kepala memikirkan hutang-hutang yang ditinggalkan.







*** Risau , bila  perlu meyusahkan orang kadang-kadang :)

23 March 2012

Aku Terima Nikahnya...



Ini adalah koleksi gambar-gambar dari kamera kengkawan yang datang.
Bukan dari OP punyer.
BB cuba-cuba edit supaya kasi cantek sket,
Nak tunggu yang OP punyer,tak tau bila nak siap.
So nanti kalau yang OP dah siap, BB akan updated.


Sambil-sambil tu bole jugak belajar mengedit dalam photoscape ni.
Mengasah bakat yang entah ada entah tak ada.

So kalo hasil editing tu ok..,alhamdulilah.
Tapi,
kalo tak bape nak ok..diam-diam sudah yer.
:)

 
Its me.
Tengah cover line nerbes nih..tok kadi tak sampai-sampai lagi.


 
Sementara tunggu tok kadi, kita posing-posing dulu okeh.



Duduk bersimpuh...ayu lah tu kunun-kununnyer!
~Padahal kebas tahap gaban dah kaki BB ni.~



Sang suami...juga sabar menunggu tok kadi.
~Juga tengah kaber line nerbes tu.Muka cuak.hehehe~






The TIME is comingggggg



Dag..dig..dug


"Aku Terima Nikahnya"

Yesssssss
Sekali jer

Well done darling...
Bravo-bravo

Now im yours wife.
hehehe
~gelak gatai~

Seb baek cincin ni lepas..ingat tak muat dah.



We are husband and wife now!


Alhamdulilah
Thanks God







Thanks for all
Adik Beradik
Sedara mara
Kengkawan
Jiran
Tok Kadi n the geng



kerana sudi berkongsi majlis ini dengan saya.

Luv u all
:)








27 January 2012

30 Hari Lagi





30 Hari Lagi..


Fuhhhh,
Nak tercabut sume kaki tangan dan otak...
Bila memikirkan Itu nak buat...ini nak buat..
Rasa macam banyak yang blom buat lagi.

Makkkkk...tolonggggg

BB Rasa Macam Nak Nangis!!!

Apa lagi nak buat ni????



30 December 2011

Ujian HIV

Erm tak sampai 2 bulan lagi akan berlangsung majlis BB..baru kelam kabut nak buat ujian HIV..
(amalan ini tidak digalakkan untuk anda yer ;)

Sebelum tu BB dok servey-servey blog b2b. Macam-macam citer yang kuar pasal nak buat ujian hiv ni. 
So untuk memudahkan diri anda,apakata anda juga membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum terus ke klinik yang berdekatan.
Sebabnya kalau tak kena gaya, memang menyusahkan diri sangat-sangat.Tapi kalau ikut prosedur dan tahu step-step nya memang lah amat memudahkan ;)


Jom kita tau cammaner prosedurnya.

  1. Kena tau kat mana Klinik yang berdekatan.Yang memudahkan anda nak pergi sebabnya ujian hanya dibuat pada pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat sahaja.
  2. Sebelum pergi call dulu tanya ada kekosongon tarikh apa? Jangan terus pergi sebab akan mengecewakan diri dan membuang masa anda kerana ujian ini perlu dibuat appointment terlebih dahulu. Anda beruntung sekiranya pada masa anda pergi terdapat kekosongan....jarang-jarang dan kadang-kadang berlaku yer! ~ tapi hari yang saya call dulu, semuanya penuh!!! Nak tahu nombor telefon klinik kesihatan? nah amik kauu :D   psttt: DBKL dah tak buat tauuuuu.
  3. Ianya bergantung pada klinik kesihatan tersebut.Ada yang boleh membuat temujanji melalui telefon sahaja dan ada yang perlu anda hadir ke klinik tersebut untuk membuat temujanji.
  4. Bila dah dapat tarikh temujanji (selalunya akan dikepilkan risalah tentang HIV) jangan lupa untuk study sedikit apa yang ada dalam risalah tersebut.Ini adalah kerana anda akan di test @ diuji tentang pemahaman anda tentang apa itu HIV? bagaimana bole berjangkit? tak perlu study lebih-lebih sampai beli buku tebal tentang HIV, anda sekadar hanya perlu tahu perkara asas tentang HIV ini.
  5. Datang awal dari masa yang diberi.contohnya kalau temujanji pukul 2, sampai lah awal sedikit 10 minit ke.Bayaran standard RM1 untuk pendaftaran mana-mana klinik kesihatan dikenakan.
  6. Bila dah ditest..alaaaa cucuk kat jari jer oleh nurse tu.macam semut gigit~ tapi BB sampai sekarang masih teringat sakit dia.hehehe..kemudian akan di bawa berjumpa dengan doktor. Proses yang sama juga akan berlaku dimana test IQ anda tentang HIV akan dibuat oleh doktor.Kat sini tau anda positif or negatif melalui ujian darah yang dibuat oleh nurse tadi ;)
  7. Bila dah selesai,mereka akan bagi sampul yang tertera keputusan HIV.
  8. So selesai sudah ujian HIV anda..boleh la mengisi borang nikah plak yer! 

Klinik yang BB pergi~ dekat dengan Flat Sri Perak tu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...