Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Dekor~ Lampu. Show all posts
Showing posts with label Dekor~ Lampu. Show all posts

16 October 2012

Hiasan Ruang Tamu Rumah BB




 Alhamdulillah

Setakat ini dekor ruang tamu rumah BB rasanya dah cukup lengkap


Semuanya berkat kerja keras BB dan suami.
Walaupon tak sehebat dan secantek dekor rumah-rumah orang, 
tapi hasil tangan BB dan suami sendiri dalam mendekor rumah sendiri amat berbaloi-baloi 
:)
Pueh hati beb!

Tak perlu keluar modal banyak.
Yang penting tahu bagaimana nak hias dan mengikuti citarasa dan kemampuan.
bak kata orang-orang tua
" ukur baju di badan sendiri"





 


 

Walaupon tidak semewah rumah-rumah orang lain,
cukup lah untuk BB dan suami berteduh dari panas dan hujan di teratak kami ini  :)





Dulu-dulu kalo tengok dekor rumah orang mesti cantek kalo ada bunga segar.
BB pon nak terapkan paling tidak sebulan sekali mesti ada bunga segar kat rumah BB.
Ini salah satu terapi minda untuk BB.
Dapat tengok bunga segar dan dapat bau bunga,
  BB akan jadi tenang dan segar

  



Meja putih ni beli dekat ikea... BB jadikan meja kopi
rega rm 17.90
*terus BB sambar 2*
kalau tak rega biasa rm29.90/rm49.90 

Langsir BB beli dekat Nagoya ~RM13.90 semeter
Sofa ~RM1400 (2+3 seater)
 



Bekas lilin putih ni BB beli dekat Romantika ~RM 59.90 
Lilin dekat Jusco ~RM1.90 sebatang
Pasu Putih dekat Ikea ~ RM 2.90 satu
Bola daun hijau dekat Romantika ~RM 4.90 satu




   

Bunga Lily segar ni BB beli dekat kedai bunga petaling street
sebungkus rega rm 25.00
ada 5 tangkai
1 tangkai ada lebih kurang 5-6 kuntum

*dlm gambar cuma ada 3 tangkai sebab 2 tangkai dah bawak g opis*






Cuma ruang menuju meja makan ajer yang belom settle lagi.
Masih kosong
Insyallah dalam perancangan kami berdua.









* Pst : Rega yang BB letak tu bukan niat untuk BB menunjuk-nunjuk pon...nampak tak mewah pon!
   Cuma sekadar berkongsi maklumat jika ada yang berminat nak beli dekat mana dan harga nya :)



15 April 2012

Wiring Rumah~ Lampu Chandelier, Down Light & Kipas



Ruang Tamu harus lah cantek supaya bila balik keja hati menjadi senang...
Memandang sesuatu yang dapat menenangkan fikiran.
Biar sampai, masa coti tu rasa tak nak kuar rumah..
Nak duduk aje kat rumah kita yang cantek itu.
(Kalau tak, pantang cuti. Comfirm berjalan menghabiskan duit!)
Hehehe







Bahan asas untuk membuat pendawaian elektrik.
Lampu down light tu BB beli kat kedai area Sri Gombak.
Rega berbeda-beda yer.
Antara RM 8.90 -RM15.00
(Casing+Lampu)



Kerja-kerja wiring ni kawan suami BB yang buat.
Boleh ler dapat rega kengkawan.
Upah untuk pasang 5 kipas, 14 downlight, 2 lampu dan 1 soket hanya RM500
Murah kan?
Sebab rata-rata Bb tanya upah untuk pasang satu lampu/kipas pon RM25 keatas.Cer kira kalo dah 22 menda nak kena caj..tak dekat RM1000++
Itu belum buat wiring lagi.



Candilier
Paling BB suker dalam banyak-banyak item.

Black Fan

 
Ruang Tamu
Done with 8 Down Light , 2 Black Fan and 1 Candilier


 Bila Malam
Halamakkkkk terasa macam dekat Hotel plak


Bilik Utama


 Bilik Kedua


Bilik Ketiga


Dapur




Alhamdulillah
Selesai sudah bab wiring ni.
:)







14 April 2012

Home Sweet Home


Hai
kali ni BB nak selitkan siket kehidupan BB selepas kahwin.
Asik citer pasal persiapan kahwin aje kan..
hihihi

Wah tang mana nak start dulu eh?
Kerna banyak yang nak dicerita sampai tak tahu nak mula yang mana.
Ermmm apa kata BB mulakan menda yang paling penting selepas berkahwin.

Rumah...tempat yang paling penting untuk berlindung bagi suami isteri, sebagai tempat bermulanya kehidupan baru dan sebagai tempat untuk mengembangkan generasi..
hahahaa

Tak kiralah di rumah family atau pun di rumah sendiri.

Bagi BB dan suami, kami memilih untuk memulakan kehidupan baru kami di rumah sendiri.
Biar tahu susah senang nak bangun pagi..
Baru tahu susahnyer mengemas rumah...
Baru tahu nak kena buat sarapan sendiri..
Baru tahu nak masak apa harini..
Segalanya baru lah ku tahuuuuu...

BB dah suami telah membuat persiapan rumah sebelum kahwin lagi.Ini adalah untuk memudahkan kami juga.
Kami pastikan keperluan asas di dalam rumah tersedia awal.Yang lain akan di fikirkan kemudian.

Alkisahnya bermula di sini....Rumah oh Rumah

Maka terhasil lah apa yang di rancang-rancangkan.
Alhamdulilah kami buat siket-siket dulu.Tak mampu buat serentak.
tapi berkat kesabaran semuanya berjaya di siapkan...




WIRING

 

 Pemasangan Kipas, Candilier dan Down Light



 DAPUR


  


Pembinaan Kabinet Dapur dan Tingkap



 CAT




Tema warna~ Grey mix with White







Pergh sungguh mencabar rope-ropenya mengemas rumah  ni.Susun selerak...susun selerak.
Tu belom ada budak-budak lagi tu..
Haiyakkk...

Sekarang BB tengah berusaha untuk memenuhkan rumah ini dengan perabot-perabot dan dekor ala BB.
Pelan-pelan dulu.Satu-satu.Biar lambat asal selamat.hihihi.
Hope semuanya berjalan dengan lancar.
Amin






*** Tengah menyiapkan projek lanskap dihalaman rumah BB.Ada yang dah keluar bunga :)








27 September 2011

Lampu Chandelier

Ermm kalau baca blog B2b,mesti ada cerita pasal chandelier kat bilik pengantin kan.Nampak kelassss gitu.BB suka..sangat suka.

Cerita pasal chandelier ni,memang BB dok perati dari jauh jer.Nak masuk kedai lampu segan plak kot-kot tak jadi nak beli.Lagi malaih kalau terbeli yang tak berkenan. Lagi satu BB ni cerewet gak.Nak yang berkenan kat hati BB jer.Orang lain punyer pandangan BB terima..tapi simpan dalam telinga jer.Boleh gitu?? 

So BB banyak servey-servey kat blog B2b yang lain supaya dapat ilham nak yang macam maner sekaligus BB dapat tau rega-rega yang murah kat mana dorang bleh dapat.
 BB suka idea dari kak aty ni..klik SINI.
Dari idea dekorasi kawen sampai lah ke idea dekorasi rumahnyer memang BB suka.Thanks sis kerna memberi ilham dan idea kepada B2b yang lenlain ;)

So BB masih meneruskan rancangan men servey-servey kat blog yang lain-lain.

Memandangkan tema BB nanti ialah Kelabu+Hitam+Putih,kena pastikan yang ada kristal juntai-juntai tu
so apa kata kita nengok yang ini match or tak..





Tapi ada satu ni memang out off tema lah,tapi BB suka sangat-sangat.Bleh menceriakan hati sesiapa yang memandangnyer..hehehe.

Tuuuuu dia,

wahhh colourfullnyer...cantekkss sungguh.Mana nak dapat ni?Ada sapa-sapa tau tak?




*** BB tak reti nak sebut nama lampu ni sebenarnya,mula-mula tanya kat orang cakap : 
" ala lampu yang juntai-juntai tu.Yang ada kristal-kristal tu.Yang Kaki dia kembang tu" 
~ jenuh orang lain dok pikir!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...