Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

Showing posts with label Perkahwinan~ Centerpieces. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan~ Centerpieces. Show all posts

19 March 2012

Demi Fresh Flower Sanggup Ku Panjat Cameroon Highland



Masa BB pergi sini (Cameron Highland)
lagi 2 hari  sebelum majlis pernikahan BB.

Rasa-rasa kalo orang-orang tua dulu dengar,
tak ke dia mengucap panjang dengar pengantin berjalan ke sana-kesini. 
Tambah-tambah lagi tempat yang agak tinggi tu.
Banyak pantang larang yang nak kena ikut.
Itu pon ramai kengkawan yang mesej tanya di mana lokasi,
semua terkejut bila tau BB  terpacak kat sini pagi-pagi buta.
Hehehee


Mula-mula mak BB agak keberatan nak bagi.
Tapi setelah diyakin kan oleh BB dengan cerita-cerita PALSU~yang tak bape nak betul 
( soryyyy mak, anak mu ini terpaksa demi menyiapkan projeknyer itu)

Akhirnya mak BB bagi pergi jugak.


"BB cakap kawan yang teman BB nak pergi ni dia duduk Ipoh ."
"Selalu sangat naik Cameroon guna jalan tu."
"Lagipon jalan Simpang Pulai tu kan luas macam highway, bukannyer macam kat Tapah tu."
"Dari Ipoh kan sejam je.Tak jauh pon."
"Mak pon pernah lalu jalan tu kan..kan..kan.."
"Insyallah selamat mak."
"Yang penting niat kita tu mak"


Dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan lagi mak BB


" Alaaa mak, 
orang-orang dulu tu memang lah dorang tak boleh kuar sana-sini,sebab dulu-dulu mana ada kenderaan."
"Lagi pon makbapak dorang yang uruskan semuanya."
"Zaman sekarang ni lain mak, dah ada kereta."
"Anak-anak dah taknak menyusahkan mak ayah lagi."
Dorang dah boleh berdikari "

Hehehee

Mak BB bagi Green Light.
Tapi dengan syarat pergi pagi, balik awal!


OooooooK
Time kacih mak.
BB sayang sangat dekat mak.




Apa lagi, terus calling-calling sorang member ni.
Member Yang duduk dekat Tanjung Malim bukannyer duduk dekat Ipoh .
Member yang tak pernah pon pergi Cameroon Highland.
(Kira first time la ni dia pergi)
Member yang tak pernah pon naik atau lalu jalan tu.
Dan dia jugalah yang nak kena drive kereta!


"Kalau lah mak BB tauuuuuuuuu "

Ampunnnnnnn mak.
Bohong sunat yerrr :(


Tapi yang penting macam BB cakap, niat kita tu kena betul.
Pergi just borong bunga dan apa-apa yang patut kemudian terus balik.
Alhamdulilah selamat dunia akhirat.
Kihkihkih



Nak tau apa BB borong?


Garbera @ Daisy

 Roses

Roses again :)
 
Calla lilies

Mix Cryshantemum @ kekwa campur

 White Cryshantemum @ kekwa putih

Tak sampai pon RM300 untuk semua kos

Kos beli bunga
Kos isi minyak
Kos tol
Kos banyak kali Makan
Kos beli sayur
Kos macam-macam

Memang berbaloi-baloi untuk majlis anda

BB ingatkan beli bunga jer dah dekat RM300.


Untuk makluman:
Dekat sana (CH) bunga rose 3 ikat (72kuntum) baru RM10
Cer kalo pergi dekat Petaling Street tu..1 ikat = RM13
Beza sangat-sangat okeh.

Itu yang buat BB tekad pergi Cameron!

Bunga Orkid aje BB tempah kat kawan BB di KL :)
 


See?
Bagaimana belakang seat keta kawan BB ni penuh dengan hanya bunga-bunga BB
itu belom barang sayur, strawberi ,bagai nyerrr..
itu sume sumbat dalam bonet.
yang penting bunga-bunga BB selamat.
kihkihkih











*** Sampai sekarang masih belom cerita kisah ni dekat mak BB...tunggu lah waktu yang sesuai kot :D




















15 March 2012

Bekas Hantaran @ Tempat Mas Kahwin



 sumber: google

Mas kawen korang suke buat macam maner yer?
Ada yang suke gubah-gubah duit tu jadi bunga,
Ada plak yang suke buat macam-macam.
tapi BB lebih suka duit tu simple dalam bekas kemas.
Tak perlu nak susah-suah pikir nak buat camner.hahahaa
(pemalas punyer orang!)





Cara BB ialah :

 Contohnyer macam ini lah
Lepas tu letak je duit tu diam-diam dalam album ni....Kan senang!



 Ni Semua BB beli dan buat sendiri
 Beli barang-barang dekat kedai bunga reben jalan TAR tu (depan KFC) kalo tak silap BB.



Bahan-bahannyer?

Album Kosong (Siap ada stand kaki)
Gam
Riben merah corak bunga
Riben/lace putih




 
Kalo rajin letak sket balance-balance manik yang ado tu :D



Lekat riben/lace putih ni dulu yer



Kemudian baru potong satu-satu riben merah dan lekat atas lace putih nih.


penuhkan love tu dengan riben merah ni k
Pastu masukan duit dan letak jer atas stand dalam bekas hantaran.






Dah Siap!!





Gambar-gambar hantaran yang lain nanti yer.
BB tengah berusaha mengupdated satu persatu
:)






17 February 2012

Wedding Of Nanie & Idris



Menemani seorang kawan ke majlis peminatnya.
~kawan BB : Iman Xara seorang penulis novel~

Sempat juga melihat idea-idea dekorasi majlis tersebut dalam merancang majlis BB nanti

BB ucapkan Selamat Pengantin Baru 
kepada
Nanie dan Idris
Semoga berbahagia hingga akhir hayat.



Bagai pinang dibelah dua.
Si Cantik dan Si kacak


 I luv the veil!



 The Pelamin



The Cake

 

 Entrance dewan






 

 Guest Book Corner




Label for food





Dekor oh Dekor
Centerpieces




Menda yang paling disukai oleh tetamu,

Cenderahati kepada Tetamu
Telur Masin
Bunga dari tumbuhan semulajadi!
Kreatif & Inovatif


Majlis sungguh perfect
berlangsung di Dewan puspanita Sri Hendon, Putrajaya 
BB suka sumenya.
Layanan Tuan Rumah
Kelancaran Majlis
Hidangan
Dekorasinya
Boleh kata semuanya lah BB suka.






Cuma mungkin BB akan perbaiki dari segi

Tempat Guest Book ini

Bukankah kerusi itu untuk tetamu yang menulis?
Ini bukannya kaunter pendaftaran!!
 Kesian tetamu majlis terpaksa berbongkok-bongkok .
Patutnya penyambut  tetamu  ini mengutamakan tetamu yang datang.


 Pelajaran untuk hari ini.
;)

26 September 2011

Centerpieces ~ Bunga Meja.. Orkid lah!

Aritu ada membe BB bagi bunga orkid ni.Banyak plak tu.Memandangkan BB ni suka bunga,dia memang tau kalo ada bunga lebih jer comfirm dia akan roger-roger bagi kat BB..thanks yer membe BB ni.I lap U lah.hehehe.

So kali ni BB akan tunjukkan cara-cara buat centerpieces gaya BB menggunakan bunga orkid. Orkid ni tahan lama tau. Aritu BB pernah hias kat rumah, dekat 3 minggu jugaklah bertahan kalo airnya mencukupi.

 Apa kata kita tengok cara-caranya GAYA BB,

Sejumlah pokok orkid ~ mengikut jenis dan warna kegemaran anda.

 
Orkid bleh dapat kat kedai bunga Petaling street tu.Tapi kalo nak banyak variety bleh refer kat satu ladang orkid dirawang nih..  

Mr ERIC @ Kok Wai Han
012 6649 339
03 6093 3000
United Malaysian Orchid Sdn Bhd
Lot 988 Batu 23
Jalan Batu Arang
48000 Rawang Selangor


or kedai dia pon ade kat Taman Orkid Tasik Perdana tapi kena call dan booking lah dulu cutting flower ni.  
Rega rm 1.00 (tangkai panjanga)
rm 0.50 (tangkai pendek)
 
Span Bunga (pls don ask why span tu berlobang2 okeh! hehehe)
Pelapik span (pinggan makan jer BB guna kan)

Span ni BB beli kat kedai bunga Petaling Street .
Rega dalam rm6.80 kecil punya. (Ada macam-macam saiz)
Accually span nyer tebal,tapi BB potong dan bahagi kepada dua bahagian.Kira-kiranya ada dua lah bekas span ni...Lagi nak jimat kan!




Langkah -langkahnyer :

  1. Bila dah ade bunga dan oasis span...
  2. Rendam oasis span dalam air :tempoh 15 minit ke.
  3. Tangkai orkid di potong mengikut citarasa sendiri.
  4. Apa tunggu lagi, terus cocok ler...ikot kreativiti anda.BB main cocok ajer ni....

Don wori,kalo dah namanya bunga segar tu, cocok camner pon nampak cantek.Tak percaya cube lah buat. Mesti makcik-makcik tu cakap ehhh canteknyer....
Bunga-bunga segar ni guna kuasa psikologi dan pukauan mata tau!

Very very the Easy  girlss..


Yang ni BB guna 2 combination colour


Yang ni plak BB guna Combination variety colour


Tadaaaa....Hasilnyer

*** Nanti rumah sendiri, BB nak adakan bunga segar setiap hari untuk kuasa pukauan mata sang suami.hehehe.Mampu ke nak buat lepas ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...