Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

29 October 2010

Maksud Dilarang Memotong Ketika Hujan



Hujan pagi ini mengingatkan saya keadaan ketika hujan di Melaka...ketika saya di sebuah perkampungan yang tenang dan sunyi. Ketika hujan sedang turun membasahi bumi. Dimana kebanyakkan orang kampung hasilnya menoreh getah...bila hujan tak dapat nak menjalankan tugasnya.Kerana kalau memotong..hasilnya sia-sia :)
(Kerana air hujan itu akan menyebabkan susu getah tidak berharga)

19 October 2010

Istimewa Buat Semua Sahabat Ku



Tegur aku jika aku mulai sombong…
Tegur aku jika aku mulai angkuh…

Kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu…

Hari ini, esok dan selamanya……


Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...
Saat tangan terluka, mata menangis.
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...





Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat/rakan /kawan saya!

11 October 2010

Tetamu Undangan 101010

Bukan cerita jemputan perkahwinan angkasawan tuh lah..tetapi kisah disebalik tarikh 101010.Kisah saya di kampung orang..hihihi :) Bukan tak pernah ke kampung orang,malah banyak kali dah time zaman mude remaje dulu (saya kan gile berjalan,sume kampung orang dengan tak malu saya masuk) tetapi Pengalaman ke kampung ini sungguh istimewa kerana SAYA adalah Tetamu Undangan Khas...terima kasih pada tuan rumah ye :)


Perkampungan saya di Kampung Tedong Merlimau Melaka selama 3hari 2malam itu cukup bermakna bagi saya...mula-mula sampai memang lah malu-malu miow tapi lama-lama dah rasa tak malu dah dan dah buat macam rumah sendiri plak. Siap bleh main kejar-kejar plak dengan itik...(sorry itik akhirnya kau berjaya ditangkap untuk dijadikan lauk tengahari saya)




Layanan yang cukup istimewa kepada saya oleh mak tuan rumah,kakak tuan rumah dan anak buah tuan rumah (yang paling best tu sebab menu makanan dia memang peberet saya ...tapai pulut n kari itik...walaweee) Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah kerana bersusah payah mengejar dan mengorbankan 2 ekor itik.

Sungguh ramah tamah keluarga ini..kalau bercerita bagaikan saya juga ahli keluarga mereka.Hingga kan buat malu saya hilang dan saya tak segan silu dah..terima kasih kerana tidak menganggap saya seperti mahkluk asing..hihihi

Banyak xtvt kat sana yang buat saya rasa sungguh seronok bangat..antaranya ialah:


Wah dah lama tak tengok dapur cenggini...ermm ini yang bestnyer dok kat kampung nih.Selain badan bau asap,hidung tersumbat asap dan baju berdebu ketika nak hidupkan api.


Lepak-lepak dekat pondok durian ketika matahari tengah terik dan rumah tengah panas..port paling baik mengelak diri dari menjadi seperti cacing kepanasan



Berjalan-jalan melihat sawah yang indah
(acara wajib ialah menangkap gambar)


  • Melihat bagaimana proses jual beli getah scrap! wey saya rasa nak jadi penoreh getah lah sebab hanya dengan timbangan sebesar 2 tong cat anda boleh dapat dalam rm 100! bayangkan ada dapat getah scrap bertong-tong sehari?atuk kaya jawabnyer...
  • Bermain satu permainan baru iaitu PITANG...yang xbestnyer saya always kalah!! tak aci!
  • Makan berdua-duaan (so sweet) di bawah pangkin menikmati lunch tengahari lauk itik yang sendiri sembelih, proses, dan masak..sambil mengelap peluh yang menitik.
  • Lepak-lepak di depan rumah pada waktu malam sambil-sambil terdengar bunyi-bunyian yang agak menyeramkan sehingga tengah pagi buta..(sungguh romantik ketika ini)
  • Pergi tandas di waktu pukul 2 pagi ditemani oleh seseorang..naseb baek!

Kata tuan rumah "jalan wakaf 2 tuuuu...jalan menuju ke kuburrrr!!!" haiyooo...signboard ni betoi-betoi belakang rumah tuan rumah..(sebab tu mintak tuan rumah temankan ke tandas!)

Dan kenangan terakhir sebelum berpisah pada malam itu ialah terhantuk kepala ketika sama-sama nak cium tangan semasa bersalaman...hahahaha (sampai la ni saya akan gelak sensorang kalau teringat detik itu) dan of course kena ulang balik proses salam menyalam ini..di dahulu oleh saya sebagai tetamu undangan mencium tangan tuan rumah sebagai tanda kasih saya pada tuan rumah :)

Terima kasih ye tuan rumah kerana menjemput saya ke rumah anda...
Sila lah ke rumah saya pula..insyallah layanan yang sehabis baik akan saya cuba beri pada anda sebaik layan tuan rumah kepada saya.
Insyallah...



KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH KITA MENUMPANG MANDI KALAU ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI :)

07 October 2010

Langkah Seterusnya....

Perjalanan Yang Jauh bermula dengan satu langkah...
Langkah pertama..kemudian langkah yang seterusnya.

Perjalanan yang pastinya akan menempuhi rintangan dan dugaan yang maha hebat.
Samada aku berjaya mengatasi halangan itu atau kecundang jua akhirnya...

Kini aku cuba untuk mencari persamaan dan memahami perbezaan .... :)

Ya tuhanku hanya Engkau yang mengetahui yang terbaik untukku...
Engkau sedang mengatur kehidupan ku..

"Ku minta kepada Allah setangkai bunga segar,Dia beri Kaktus berduri..
Aku minta kupu-kupu diberinya ulat berbulu."




"Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik."



Kerana aku tahu Engkau tidak memberi apa yang aku harapkan,
Tetapi Engkau memberi apa yang aku lebih perlukan pada saat dan ketika yang sebenarnya..

Itu jalan ALLAH, indah pada masanya..




29 September 2010

Perlukah Sayang Itu Bersebab?


Ku penah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cinta ku dulu telah ku buang jauh
Kini ku ingin kan mu

Ku pernah menyendiri
Disini ku kan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa
Namun hati ku sepi

Jangan bilang tidak
Bila kita belum mencoba
Sapa yang tahu akan sama
Hati mu dan juga hati ku
Banyak yang bercinta
Bertahun-tahun putus juga
Ku harapkan dengan dirimu
Walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta
Namun kini sedang suka kamu
Cinta ku dulu tlah ku buang jauh
Kini ku ingin kan kamu

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar makanya sungguh
Aku mohon jangan bilang tidak


Saya sayang Kamu tanpa sebab.....

kerana kalau saya sayang kamu kerana kamu baikhati, kerna kamu kaya, kerana kamu hensem, kerna kamu manis, kerana kamu ada sesuatu....
jika semua itu akan hilang dan tiada pada kamu satu hari nanti, perlukah rasa kasih dan sayang saya itu akan turut hilang jua? pergi bersama berlalunya waktu.....

20 August 2010

Bagaimana Teknologi Mengubah Kita

Ermmm... berkat kecanggihan teknologi sekarang telah mengubah sifat fizikal dan mental manusia..Tak percaya? Let me show u the example......


Gambar Kiri : Aku Zaman-zaman dolu kala(purba kala)
Gambar Kanan: Aku di kala kala... (zaman laaa ni ler)

Contoh paling hampirnya ialah saiz fizikal aku
(meme sebijik macam dalam gambar ni..ahaks!)....hihihi

Aduhhhhh bagaimana bisa ku kembali seperti zaman purba kala..?
Ada petua kah bisa dikongsi bersama-sama ku?? huhuhu
H.E.L.P M.E !!!!!

10 August 2010

Aku Bersedih..

Sedih bila orang tak percaya pada kita...

Sedih bila orang masih meragui kita...
Sedih bila kita dikatakan tidak bersungguh-sungguh...


Padahal semua aku lakukan dengan tulus ikhlas...
Aku tak pernah meraguinya walau seinci pon..
Aku benar-benar bersungguh-sungguh...


25 July 2010

Floria Putrajaya 2010

Ya Jalan-jalan cari bunga...bukan cari kumbang ye adik-adik :) di Floria Putrajaya 2010 pada aritu.(Baru la ni berkesempatan nak share) Pesta bunga yang aku tak pernah mis untuk datang setiap tahun..
(sebabnyer dbkl dah tak buat LAMAN dah :( ......... )

Punya lah ramai umat Muhammad ni rope-ropenyer yang minat bunga..entah lah minat sungguh ke..atau minat kurang bersungguh-sungguh...(nak tangkap gambar je kat bunga yang kaler warna warni tuh kot..) Nama bunga,spesis ape,cara camner nak tanam,designnyer tak penah nak amik tau kot...hihihi.Tapi apa pun nampaknyer perkembangan yang bagus untuk warga Malaysia..menghayati alam semulajadi walaupon dah terang-terang landskapnyer memang direka khas (bukan semulajadi dah)

See my face??.....Aku yang cerah ini tiba-tiba bertukar kulit menjadi kurang putih sedikit pada hari itu kerana berjemur di bawah sang mentari (ye ke?? padahal memang dah gelap pon..hahaha)

Well kali ni sama macam sebelum-sebelumnyer.. korang saksikan lah sendiri..idea2 hebat orang-orang landskap nih.


di alam fauna
Part ni paling ramai kanak-kanak suke..maklumlah binatang-binatang buas yang paling ditakuti jinak-jinak belaka ketika ini..usik pon,apatah lagi lastik, binatang ni tak gigit-gigit balik..hahaha


ubat nyamuk
Ade sape-sape nak cuba buat macam ni kat rumah korang?tak kena luku dek makbapak..silap-silap terbakar rumah kalau ditiru gaya bebas ini ..
(AMARAN KERAS:DILARANG MENIRU AKSI INI)


kerusi meja pokok?
Ni part department aku buat, actually tak penuh lagi pokok tu membesar..tunggu lah lagi setahun dua.Pasti padat pokok tu..time ni pon dah boleh duduk atas pokok tuh,apatah lagi setahun dua lagi :)


Kiranya aku takdak keja..apa lagi yang ni wajib buat..hihihi possing kt mane-mane tempat yang menandakan aku penah datang dan curik sket2 idea kat sini.

23 July 2010

BTN + Induksi = SAH JAWATAN TETAP :)

Wah dah lame tak updated..

Bukan aper..sekarang aku tengah membz kan diri dengan kewajipan sebagai salah seorang penjawat awam yang akan ditetapkan perkhidmatanya.
(maksud disini ialah aku kena birotatanegara-BTN selama seminggu di Johor dan INDUKSI selama sebulan di Kuala Lumpur) hihihi.Nasib baik kt KL......

So tak dapat nak celoteh panjang sebab fasilitator aku tengah menunggu dengan cekak pinggang nyer yang dah hilang cutting tuh...bersama-sama celoteh ceramah yang ntah apa-apa ntah tu..MENGANTUK DAAAA....opssss sory ye :)

Sehingga berjumpa lagi...huhuhu.

Tak sabar rasanya nak abiskan penyiksaan ini.

-(Actually banyak yang nak di updated contohnya sambutan bestday aritu..,floria putrajaya..first time berdating dengan kekasih hati..hahhhhh??? opssssss!!)

Apa pun,tungguuuuuuuuuuuu :)

14 July 2010

Selamat Hari Jadi Sayang :)

HAPPY BIRTHDAY
KIMI & BITs
Tarikh : 4 Julai 10
Masa:4.30-6.30 ptg
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa

Indulgence Secret Recipi :)
sponsor by me

Maaf ter updated lewat kerana ku sungguh bz sejak dua mejak ni...apapun ini dulu buat masa ini..akan ku tambah lagi gambar-gambar aksi gedik2 birthday boy and girl on that day dari masa ke semasa.. :)


Persiapan sebelum majlis..huh acara panjat memanjat ni yg best.
Si Sab terlopong tengok aksi gedikss dua minah ni sampai lentik2 badan.


Terima kasih kepada kengkawan yang sudi hadir..tahun depan datang lagi bawak hadiah ye.ahaks!



Selamat Hari Jadi buat Kimi dan Untie Kimi :)
14 Julai 2010

Ya ini lah dia tulang belakang @ orang belakang tadbir yang menjayakan this party..berbanyak2 ucapan terima kasih pada u all lahhhhh
(luv u all)
my mom
my dad
my bro and bro in law
my sis and sis in law
my nephew
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...