Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

15 October 2012

Scan 2D, 3D 4D yang murah



Tahukah anda apa itu scan 2D? 3D 4D?

Dulu yang BB tau ialah 2D scan gambar yang nampak hitam-hitam tu.
manakala 3D 4D yang nampak muka sebijik-sebijik tu macam gambar real.



scan  3D 4D

paling real nampak yang girl or boy tu...
hehehe
sooo tomey..
ishhh tak malu!


  
scan 2D


sumber : 3D 4D Scan Malaysia


Nak tahu perbezaan antara 2D dan 3D 4D??
Sila klik sini

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis scan.
Ada yang basic dan ada yang detail scan.


BB dapat satu info klinik yang menawarkan harga yang berpatutan untuk scan 3D 4D yang murah.

Rata-rata klinik yang BB dah servey harga untuk scan 3D 4D ini semuanya rm150 keatas.

So bila dah dapat rega yang ok apa lagi, terus la BB buat appointment.
Kena buat appointment melalui online.
Buka aje web site 3D 4D Scan Malaysia
Senang..semuanya di hujung jari anda.
hehehe

Ada 3 tempat klinik yang mereka telah set kan di sekitar kl dan selangor bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin membuat scan ini.
Antaranya ialah di Ampang, Sri Kembangan,Shah Alam

Naseb baiklah ada yang dekat dengan rumah BB.
Betoi-betoi jalan nak masuk kawasan perumahan BB.
Poliklinik An Nisa Sri Kembangan berhampiran dengan Giant Equine Park.
hehehe I likeee...

Untuk  scan 3D 4D bayaran yang dikenakan adalah rm100. 
Siap bagi cd video pergerakan baby dan gambar baby yang di print.
Yang bestnyer kalo tak nampak muka baby dorang akan buat sampai baby tu nampak dan tiada charges dikenakan.

So BB punya appointment ialah pada 18 oktober 2012
Masa yang BB pilih ialah antara 6.40 petang

 Ada sape-sape jugak ke tempat dan tarikh yang sama dengan BB?
Boleh lah kita teh tarikkk satu lepas tu..
hehehe





Hermmmm
Tak sabar ibu dan ayah nak tengok baby macam mana ropenyer..
Ikut ayah atau ibu ?
:)


Yang penting anak ibu sehat....
itu saja!





06 October 2012

Warehouse SALE ~ My Dear



Pada bakal ibu atau yang sudah bergelar ibu...
Berita Warehouse Sale My Dear pasti di nanti-nanti...

Macam BB..dah lama BB tunggu untuk memborong barang keperluan baby first ni.
Dengar cerita kalau kita beli time warehouse sale ni, kita boleh dapat harga less 20% dari harga biasa.
Sapa taknak kan?

Nak beli hari biasa pon boleh..tapi takde diskaun.
Barang yang kita pilih pulak boleh dilihat melalui katalog sahaja..
Bagi BB macam tak puas selagi tak tengok dan belek apa yang patut contoh barang yang nak dibeli.
Nak kena perati betoi-betoi.
Hehehe...

Macam haritu BB pergi kat gudang dia (time takde warehouse sale)
 harga di kira murah lagi berbanding dekat pasaraya.
*untuk makluman kebanyakkan peniaga yang jual barangan baby memang ambil stok my dear dekat sini.

Cer kalo kita pergi time warehouse sale ni...dah la murah pastu dapat lagi less 20%.
Selain itu barang-barang yang dijual juga di display depan mata.

My Dear Warehouse Sale ni selalunya dia buat 3 kali setahun...
Yang terakhir untuk tahun 2012 ni ialah pada 25 Oktober 2012 sehingga 4 November 2012.


Kat mana lokasi My Dear?

Alamatnya ialah :
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd (MY DEAR). CO. No. 281814P
No.34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.


Kalo nak beli online pon bole.
klik ajer


Hermm tak sabar nak pergi.
Memandangkan BB dengan suami mungkin tak balik kampung raya haji ni,
so coti  3 hari tu boleh di manfaatkan untuk mencari barang-barang keperluan baby.

Aim BB pada warehouse sale ni ialah baby cot dan stoller baby...
 :)














14 September 2012

Gubahan Simple Dimple Bunga Segar di Meja Makan





Alkisah aritu merayau-rayau tanpa tujuan dengan kengkawan di area central market.
Dah alang-alang dekat situ terus BB ajak membe lintas jalan kat petaling street tu untuk beli bunge.
Bukan jauh pon seberang jalan jer.
 
Seperti biasa bunge peberet BB semestinya rosssss.
Walaupon warna bunga lain mengancam penuh kalerpol dan 
memanggil-manggil BB untuk beli 
tetapi 
pojaaan hati ku tetap bunga ros!





Beli sebungkus ros merah rega RM 13.00
Sebungkus purple peacock rega RM 9.00
Seb baek pasu@balang bunge memang dah ado kat rumah :)

*rega bunga kat sini akan berubah-rubah ikut musim*
-untuk makluman yer-


Kali ni tak perlu nak span bagai.
Just masuk je bunga dalam balang bunga tu sesedap rasa anda.
Very-very easy okeh!



Meh BB nak share sket :)



Masuk dulu bunga ros
Susun biar center
Kalo bole biar bilangan bunga tu no ganjil baru ler orang cakap ada seni




Jangan lupa potong bunga purple peacock ni pendek-pendek yer




Pehtu cucuk je kat tengah




Kemudian  jangan lupa cucuk tang sana..cucuk tang sini..
hehehe
cucuk tang bucu ler...
~kiri kanan depan belakang




Tadaaaaa
Dah siap!




*meja makan a.k.a meja komputer*
-buat masa ni laaaa





*** Meja makan idaman terpaksa dipendamkan dulu dek kerna memberi peluang untuk membeli keperluan barangan baby...........

12 September 2012

Krim Perut Untuk Orang Mengandung


 
 

Dah 5 bulan baru nak rasa pakai krim??
Aduhai
Patutnyer mula-mula preknan dulu

Bila agak jahil siket macam ni lah..
tiada kesedaran sivik
hehehe



tapiiiii
bila nengok gambar-gambar kesan dari stretch mark ni
tetiba bersemangat waja nak pakai.

kesan-kesan kalo tak pakai krim ni nanti :
(its depend pada kulit seseorang)





takuttttt......nanti jadi cam ni :(

terussss
oook bang, kita pi beli sekarang jugak :)



Untuk stretch mark sebenarnya terdapat banyak krim di pasaran
terpulang pada anda nak guna yang mana.

Oleh sebab aritu BB mencari barang-barang baby,
so jenama pureen menjadi pilihan BB



BB pakai krim ni ok aje.
sejuk je rasa perut.
bau pon lembut ~wangi je

Tak pulak rasa gatal-gatal macam adik BB rasa.
Mungkin ikut jenis kulit kot.

yang bestnyer
beli krim ni percuma ubat gigi
sapa nak bagi weyyy??


Harga untuk krim ini ialah :RM28.90 






*** Lepas ni satu keja plak setiap pagi dan malam nak kena sapu :)



11 September 2012

Misi Pertama Memborong Barang Baby




 Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk 5 bulan BB mengandung.
Bila BB dan suami tersedar baru kami sedikit kelam kabut.
Satu barang baby pon tak beli lagi
Mau nyer terberanak time 7 bulan tak ke haru nanti.
Haiii la....

So kami sepakat nak beli siket-siket start bulan ni.
Siket-siket pon dekat beratus jugak...
aduhhhai 
itu baru rasa-rasanyer 10% dari  barang yang sepatutnyer wajib ada.




 Oleh sebab BB dan suami tak tau lagi pompuan ka laki ka,
kami sepakat beli baju macam-macam kaler selain merah jambu dan biru.
Kira nanti kalo baby keluar tak kisah jantina apa, dia boleh pakai baju-baju ni.

tapi
mak BB pesan

beli banyakkkkk kaler putih yer!

motifnyer :? 
entah BB pon tak tau
maybe putih ni senang nak nampak kot kalo-kalo ada semut ke :D
Selain melambangkan yang bayi yang baru lahir itu suci murni seputih kain kot.




Ni pon main ambil je.
Cer kalo tengok dari segi kaler, rasa-rasa korang barang ni lebih berpihak pada sapa?
Laki ka pompuan ka?
hahahahaa



ok untuk barang-barang ni reganya ialah :

Pureen Napkin 10 helai : rm26.90
Pureen Tuala (2helai) : rm16.00
Stokin Kaki : rm 3.90
Topi : rm3.90
Set Topi dan Sarung Tangan : rm 5.90
Pureen Stretch Mark  Lotion: rm 28.90
Baju Baby : dari rm7.90 sehingga rm20.00 sepasang



Semua ni BB cari dekat Mydin USJ tu.
Murah siket
:)


BB dah tengok dan servey-servey dekat JJ
Barang yang jenama sama tapi sediket mahal.
Sebab atas nama shopping mall tu kot.
Sebab tu berbeza


So keputusan di tangan anda!








misi ke 2...to be continued!




10 September 2012

Kad Kahwin versi Buku Sekolah :)

 

BB suka idea kad kawen ni.
Teringat zaman sekolah dulu-dulu..
Menda yang paling menyampah dan tak best bila time kita sekolah...
hehehe
tapi bila tengok sekarang..
asihhh rasa rindu plak.

Idea kad pada b2b yang masih mencari-cari design kad anda.
mana tau berkenan dengan kad camni..
lain dari yang lain.

kosnya pon murah..
kata pekerja BB, anaknya tempah baru  RM0.46 sekeping..
kalo lah BB tau...
time BB dulu, kompom BB tempah camni..
hehehe


Muka Buku

Isi Kandungan

Last Page

 Yang best nyer,
kad sebesar buku latihan sekolah ni tak perlu sampul.
Bagi je sebijik camni.
Senang citer










Nak tau kat mana tempah??
Ambik kau..
:D

Tahap malas gaban nak taip!



29 August 2012

Baby Cot @ Katil Bayi




Misi mencari dan menservey baby cot sudah bermula...
Gara-gara bila terrrlihat dan terrrrnampak di rumah abang dan adik yang baru melahirkan baby yang comel..

Kata kakak ipar :
Untuk baby first takde pon takper...letak kat atas katil or kat bawah je.
Bila dah ada dua baby baru berbaloi beli sebab nak mengelakkan yang sulung tu dar membuli adiknyer..
Ye lah si sulung tengah cargas melompat-lompat dan berlari-lari..nanti takut kena adik pulak.

Hermmm betoi jugak...

Tapi bagi BB takpelah...
Tak kisah lah anak sulung ke anak ke 2 ke...tetap jugak nak beli..hahahaha
Bukan apa nanti senang BB jugak..tak takut baby tu jatuh katil kalo dah ada baby cot ni.
Yelah, baby cot ni bole guna sehingga budak berusia 2thn.
Selain itu nak mengelak semut-semut or anasir-anasir lain yang suka dekat baby ni ..

Bila servey-servey rope-ropenyer banyak jenis baby cot ni.
Ada jenis kayu dan plastik. Masing-masing ada pro dan kontranyer.
Yang plastik tu bole buka-buka..Nak bawak balik kampung or mana-mana pon senang.Tapi nampak macam tak kukuh jer..
Yang kayu tu tersangat lah kukuh tapi cuma takleh dibawa kemana-mana pulok.Berat pon berat.

Ada pelbagai size untuk baby cot ni..
dari size 24x48  sehingga 28x52 dan of course lah rega pon memang berbeza-beza.
Ada murah dan ada mahal mengikut kualiti.
Kebanyakkan rega antara rm200++ sehingga rm1000++

Buat masa ni BB servey online dulu.Belom pergi on site lagi...bole gitu?
Antara yang BB dok jengah-jengah ialah web-web yang jual baby cot ni :

  1. My Dear
  2. Littlewhiz 
  3. Twinsbaby
  4. Babieskingdom 

Mai ai rega depa...telan air liur BB :D
Tapi dengar kata My Dear  tu selalu buat warehouse sale.Memang murah giler....
So BB tengah menunggu kedatangan sale mereka.

BB lebih minat yang kayu kaler putih
Dah ada yang terbekanan>Contohnyer camni






 
sumber :google



Yang plastik tu contohnyer camni.




 sumber :google



Ketinggian tilam baby cot ni boleh diselaraskan.
Dalam pada masa yang sama boleh buat tempat playpen


Hermmm...
Tengah dok pikir-pikir ni..
Ni Baru katil baby...blom barang-barang lain lagi :(


Ada sape-sape tau info kat mana jual katil baby yang murah??




23 August 2012

Review ~ Lagi Kisah Flower Boys




Bila tengok muka bebudok ni rasa nak cubit-cubit ajer pipi dorang
Sorang tu tak padan dengan demam campak..
Sorang lagi plak dengan gigi yang rongak

Tapi apa pun jasa mereka-mereka ini amat berharga!



 


  











The Very-Very Important Person


Thanks yer darling 
Makcik Sayang Kamu semua
Muahhh...Muahhh



I luv my anak-anak buah!

25 July 2012

Comfirm...udoh 13minggu rope-ropenyer! :)



Lama udah rasanya BB tak berkarang-karang..
Ni gara-gara BB sekarang tengah mabuk macam minum todi ..
Jangan cakap nak menaip..tengok komputer pon dah malas..jeling-jeling ajer.hehehe

Alkisah persoalan dulu udoh terjawab..second check sah nampak..
pastu tetiba otomatik mabuk makin menjadi-jadi.....
apakah mengada-ngada?hehehe
yang pasti time ini lah anda akan dilayan bak puteri gunung broga..
kerja rumah,kemas-mengemas,masak-memasak akan diberi kelonggaran (senang citer tak yah kena buat lerr)..
i likeeeeeeee...thanks to husband kerna memahami!

BB macam orang kebanyakkan mengalami sindrom alah @ mabuk ditahap sederhana...taklah teruk sangat.
Tapi pagi-pagi dan malam comform akan uwekkkkkk.....sampai kuar air asid yang kaler kuning tu!
Tak boleh bau tumis-tumis,bau goreng ikan, rasa loya-loya..asik letih dan laparrrrrr :)

Tahan ajerlah...
Harap-harap tak lama.
Ada dengar orang cakap sampai 3,4 bulan jer..ada pulak yang kata sampai abis mengandung..
Aduhhh BB dalam kategori apa?Harap-harap yang 2,3 bulan ajer lah!
Tak sanggup dah den nak menghadapinyer....

Tapi bila nengok gambar scan tu...sebak rasanya.
Ada insan yang menunggu untuk melihat dunia...selama 9 bulan kejadian manusia dijadikan..
dari segumpal darah menjadi  seketul daging sehingga sesempurna akal...~ Al Alaq 96:3

Semoga menjadi orang yang baik-baik yer anak ibu.
Ibu menanti kehadiran mu dengan penuh sabar....


 




























Insyallah BB akan merasa pengalaman menjadi seorang ibu :)
Alhamdulilah ......






*** Tengah dok berpesan-pesan pada kengkawan yang bujang...best woo jadi bini dan bakal jadi ibu!
Cepat-cepat yer usaha..insyallah ada jodoh.Janji Tuhan itu benar..... :)



05 June 2012

First Checkup!... Mengandungkah??


Hermmm
Nak cerita satu kisah tentang BB.
Sejak dua mejak ni badan BB tak bapa nak sehat.Rasa letih dan tak bermaya.
Lepas tu asik sakit macam orang nak period but untill now still tak period-period jugak.
Alih-alih satu hari tu BB terrrrrbaca blog alam hamil
Pastu senyum sorang-sorang sebab semua tanda tu ada dekat BB.

Dengan hati yang berbunga-bunga maka selepas dari baca blog itu,
dengan gagah perkosa..eh perkasa pergi lah BB ke guardian beli pregnancy test.
Lagi bertambah lebor senyumannya bila hasil result menanda yang BB positif pregnan.
Ada 2 line merah...Terkagum kejap!
Seronoknyerrrrrr...

Of course orang pertama yang BB nak bagitau ialah my darling..kehkehkeh
Sanggup tunggu dia balik keja semata-mata nak buat-buat muka gumbira...

2,3 hari selepas kejadian gumbira itu..

BB pergi jumpa doktor untuk buat scan...
Selepas disoal selidik dan dari pengiraan  doktor...doktor pon mengatakan dah ada tanda-tanda pregnan.
Tapi yang sedehnyer...
Bila scan, adohaiii tak nampak apa-apa pon lagi tanda dalam perot BB ni.
Tapi Perot besar macam dah pregnan 2,3 bulan..kompius-kompius..lemakkah ituuuu??hahahaaa
Lama jugak doktor tu scan.


Balik dengan penuh kekecewaan.
Ingatkan dah boleh tengok tanda bakal kehadiran orang baru dalam perut..
My darling senyum ajer.Takpelah katanya..masih baru lagi. ~itulah suamiku..cool ajer!

 Tapi badan BB pon memang sakit macam orang pregnan..memang tak selesa!



So sekarang BB kompius..

Pregnan kah akuuuu???




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...