Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

16 November 2011

Inai

Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata
-S.Jibeng


Wahhh kelas u.Siap lagu S.Jibeng lagi!

Bukan ape kali ni BB nak citer pasal inai plak. 
Yer nak jadi b2b ni, inai adalah satu perkara yang wajib jugak kan kan kan...

Kalo kita wat majlis kenduri kat KL of course lah takde masalah nak buat inai yang kerawang-kerawang tu kat tangan.Alaa...yang corak-corak bunga  penuh satu tangan tu.
Pergi je kat masjid india tu,kat tepi jalan tu.Berlambak sungguh.Tak yah kita panggil dia nak buat,dia plak yang panggil kita tanya nak buat ke idak.

Tapi kali ni BB nak share sket pada b2b yang nak buat inai camtu tapi bukan area KL. Maksud BB di sini, ialah kalo kita buat majlis kat kampung halaman nun jauh di sana.
Ye lah takkan nak pakai inai awal-awal kat KL, pastu kena balik kampung awal.Paling kurang sehari atau dua hari sebelum majlis.
Pastu comfirm-comfirm lah kita akan cuti lama sebelum majlis, nak uruskan apa yang patut nanti. Maka nanti inai tu akan hilang dan pudarlah warna nyer.Secara otomatiknya kurang lah seri kita nanti. Sapa sanggup hilang seri time majlis???oh tidakkkkkk...

Ceriteranya bermula apabila kakak BB nak kawen aritu dekat kampung. Dia siap nak tempah kat india depan rumah tu suruh buat. Bila tanya upah , mak datuk punyer lah mahal RM70 untuk buat inai camtu. (Kalo kat KL RM10 jer)
Ini dah kalahkan pasaran KL ni.Tak bole jadi.

Maklumlah b2b ni kena jimat selagi bole jimat.

So BB ada caranyer. 
Kalo kita tahu cara,silap-silap kita plak bole buat ukir inai kat tangan orang.
Bukan sahaja senang,mudah,murah malah Jimat...itu yang penting! 



Beli sticker corak -corak inai ni kat Mydin ~rega RM4.50 jer
Guna inai jenis RANI ini. Beli kat Mydin jugak ~rega RM2.50
Lekat sticker atas tangan dan penuhkan ruang-ruang kosong dengan inai.
Ruang kosong yang telah di penuhkan dengan inai. Biarkan dalam 15minit atau setengah jam sahaja.(Kalo lama akan bertukar menjadi hitam)
Basuh dahulu dengan gunakan kan air yang perlahan, kemudian  baru dibuka sticker tersebut.

Tadaaaaa...hasilnyer!
Total Cost : RM7.00 ajer
(pastu bleh buat banyak tangan dan banyak kali...of course yang dok jeling kat tepi kita time kita pakai inai tu pasti tersenyum sampai ke telinga sebab dia pon dapat pakai inai jugak!)


JIMAT RM70!!!!!!!! senah oi....


***  Anak buah BB yang 'jantan' pon nak pakai inai jugak!!

 

04 November 2011

Guest Book @ Buku Tetamu

Sekarang ni BB tengah dok servey-servey guest book a.k.a buku tetamu.
Tengok sume b2b sekarang wajib ada guest book ni. 
Selain sesuatu kelainan,ia nya juga sebagai kenangan pada kita satu hari nanti

Mungkin kita tak sempat @ tak perasan sedara mara / kawan-kawan opis/ kawan-kawan sekolah / kawan-kawan U / X-boyprend  datang ke, sebab kita time tu :
  1. maybe tengah sibuk make up,
  2. maybe juga tengah dok sibuk tersengih atas pelamin atau juga 
  3. maybe tengah sibuk dok pelahap dengan rakus nyer di meja makan pengantin sampai tak terperasan kelibat-kelibat mereka ini..
So sekiranya ada jejak / pesanan penaja dari mereka di dalam buku ini, 
maka kita akan tahu sapa yang telah hadir di majlis kita ni.

BB pernah kena ~ BB datang majlis kawen sorang hamba ni. 
Siap salam dan cium-cium pipi lagi dengan pengantin.
Pastu lepas beberapa minggu, BB jumpa dia, dia bole tanya kenapa BB tak datang kenduri dia.
Aisehhhhhhhh.....
tapi takper BB paham, mana ada masa nak cam sume orang yang hadir.
Hehehe.

Kesimpulannyer bagi mengelak BB menjadi malu seperti itu, 
maka haruslah buku ini BB adakan dekat majlis BB nanti.

Ini antara yang BB sempat servey.

Kalo nak tempah, tak nak pening-pening kepala.
Cantek sangat-sangat idea mereka.
Bole buat ikut our request!
Pantas betul membalas email kita.



atau juga bole tengok idea-idea bekas b2b ni






01 November 2011

Gubahan Meja Makan Pengantin Ala-Ala BB

Entry kali ini adalah mengenai kelas gubahan bunga ala-ala BB.


Disini BB akan tunjukkan bagaimana cara nak gubah 
bunga meja makan pengantin ala-ala BB yer 

Kena ada bahan-bahannyer:
  1. Span bunga oasis (BB beli kat kedai bunga Petalng Street) ~ rega RM 9.90
  2. Bunge-bunge ~ BB beli kat SINI
  3. Gunting
  4. Dan lain-lain yang di rasakan perlu bagi memudahkan kerja kite (contohnyer orang suruhan yang bole~tolong amik ni kejap,tolong amik tu kejap..hehehe)

 Langkah-langkahnyer :

Cucuk daun policias keliling span rapat-rapat

Cucuk bunga ros dan bunga kekwa yang dipotong pendek tangkainyer dan jangan luper selitkan antara ruang kosong dengan bunga peacock(bunga putih kecil) tu.

Makesure cucuk bunga tersebut dengan sekata dengan jarak yang sama

Siap pon 2 set bunga ni.Kalo nak cantek cucuk bunga orkid bawah pokok  kekwa tu.


Pastu letakkan dekat ujung meja makan dan cucuk kan bunga orkid panjang-panjang seakan-akan menjurai.


Tadaaaa...ini lah dia hasil gubahan meja makan pengantin ala-ala BB yer!





 *** Roper-ropernyer kaum adam family BB ni minat menggubah. Ada bakat terpendam selama ini yang dirahsiakan.Nampak jer macho..tapi dalam hati ada taman bunga jugak.hehehe







31 October 2011

Flower for Wedding My Sis

Hoyeeee lepas satu perkara yang selama ini dok tunggu-tunggu.
Majlis kawen kakak BB.Selesai sudah amanat yang ditanggung...
Nak tau nape?

Senarai BB kena buat :
  1. Tag TQ
  2. Beli Goodies Beg
  3. Bunga Pegang
  4. Hiasan Meja Makan Pengantin
  5. Bilik Tidur Pengantin
  6. dll (tugas-tugas khas  ketika majlis)
Kakak BB nak fresh flower untuk bunga tangan (hamboi tinggi sungguh permintaan!) Memandangkan BB buat plan nak jadikan majlis kakak BB ni eksperimen untuk majlis BB nanti,(buat sendiri bunga tangan & hiasan meja makan),
maka BB terpaksa lah dengan paksa rela untuk meng sponser bunga-bunga segar tersebut!
*Senyummm kelat*hehehe*

Naseb baek lah BB dah lama servey-servey pembekal bunga segar ni.
Alhamdulillah dapat lah sorang supplier direct dari cameroon highland.

Ikutkan nak beli ajer kat kedai bunga Petaling Street tu, tapi memandangkan BB balik awal kampung, takut bunga tu layu.So BB terus direct dengan supplier suh dia buat delivery sampai kat depan pintu rumah sehari sebelum majlis. Bunga yang dibekalkan memang mengikut permintaan kita.(kalo bole bagi contoh gambar pokok/warna yang kita nak,tak lah nanti tersilap.Kita nak yang gitu,dia bagi yang gini ) sapa susah nanti?kiterrrr jugak..

Ini lah bunga yang BB oder dari pembekal cameroon

BB check ,sama tak bunga dengan yang oder ~siap ada kertas oder yang !
tu diaaaa....bole mandi bunga terusss!!

white peacock

cryshantemum@kekwa putih

daun policias

ros merah gred A2

ros pink terang

ros merah gred A1(net)


Yang ini plak hasilnyer yang BB dapat dengan bunga sebanyak itu yang BB oder



Hiasan Meja makan ala-ala BB (tema : Hentam saja lah labu)



Banyak gubahan yang bole kita buat

Yang ni letak atas katil pengantin

Bunga tangan BB guna gred A1(net)


Mesti korang peningkan nape ade gred-gred.
A1 lah, A2 lah,Net lah kan...

So meh sini BB nak citer sket.

See this pictures and u will get the answer!


ros pink (kecil) , ros merah tengah (gred A2), ros merah Gred A1(net)

See the different?

Gred A1 (net) sesuai untuk hiasan bunga pegang dan hantaran
Gred A2 sesuai untuk hiasan meja makan
Yang biasa/kecil sesuai untuk ikut suker..hehehe


Ok mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tau BB oder kat sapa?camner? kan..kan..kan..?

ok la, ok la nah amik ni.

kak lisa  012 4914700

 atau
  1. Buka website kak lisa yang INI atau yang INI
  2. Tengok-tengok pokok ape yang berkenan dan pilih jenis.
  3. Pastu kalo takde pokok/warna yang berkenan just email ajer kat kak lisa contoh-contoh yang kita nak.
  4. Jangan lupa bagi kuantiti berapa banyak yang kita nak beserta kos harga keseluruhan termasuk kos delivery.
  5. Bila dah comfirm dengan kak lisa, bole ler bank in duit
  6. Pastu tunggu ajer no tracking dari kak lisa dan penghantaran bunga tu depan rumah anda ;)     *hati anda akan berbunga-bunga apabila melihat bunga segar-segar segar dari ladang!*winkkk*



*** BB yang gubah sume ni tau..dibantu oleh en tunang! Dah macam kelas gubahan bunga-bungaan plak :D




24 October 2011

Bunga Ros Daun Pandan ??

Baru-baru ni BB ada pertandingan Halaman Cantek (Landskap).
BB dapat kategori kondo tapi kawan BB yang sorang ni dapat kategori sekolah.
Yang bestnyer BB dapat satu idea hasil dari cenderahati yang di bawa balik oleh kawan BB di sekolah tu..

Nak tau aper?

Bunga Ros Daun Pandan?
 Tu dia......,
Daun pandan yang di gubah menjadi sejambak bunga ros.
Well kredit pada sekolah tu sebab ada idea yang lain dari yang lain dalam menjimatkan kos.
Kata kawan BB, daun pandan tu dijadikan sebagai pewangi dalam tandas sekolah tu menggantikan pewangi kimia yang selalu orang guna..

Memandangkan BB pon selalu jer amik daun pandan kat opis ni letak dalam keta.
Just letak macam tu jer.Pasni ada lah idea nak gubah macam ni letak dalam keta.
Jimatttttt sungguh!!

Lagi satu,
Apakata bunga rampai dalam bilik pengantin BB nanti BB buat camni? 
Lain dari kebiasaan.
Tak yah susah-susah potong/hiris halus-halus.
Cantek pon cantek,ala-ala bunga ros gituuu.





*** Alamak camner nak gulung daun pandan jadi cam gini? Ermm biar BB try buat dulu k!

21 October 2011

Cop Mohor @ Cop Kahwin BB

Yeaaaaayyyy (senyum sampai ke telinga) 
Cop kawen BB dah siap.
Giler best....
Pehni boleh cop banyak-banyak,suka-suka hati  kat mana- mana rasa nak cop.
Kat dahi pon bole kalo nak cop!
Sebab sebelom ni cop kerja BB hanya bole di cop untuk urusan rasmi ajer.

Kredit pada masmona kerna memberi idea untuk BB dalam membuat sesuatu kelainan.

BB buat cop ni kat jalan pudu (dekat sekolah cina)
~sesetengah orang cakap kat Jalan Pasar

alamatnyer:

WINSON ENTERPRISE
36 Jalan Kancil off Jalan Landak 
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Email : puduwinson@yahoo.com
 Tel : 03 21420879,21489880

rega :RM25 (sebab ada logo/design)
tapi BB rase kat tempat lain lagi murah kot.


senang jer caranyer,



  1. Design sendiri cop kita tu guna photoshopCS5 portable (free ajer download)
  2. kemudian print @save dalam pendrive
  3. Bagi ajer kat untie kedai tu
  4. dalam sehari atau 2hari dah siap 
* kes BB design cop tak clear,so terpaksa email balik. Makesure korang pasti kan buat clear-clear dan file besar sket yer..



Design bunga-bunga / kerawang cop tu bole google ajer kat internet. 
Taip jer flourish.Nanti macam-macam bentuk keluar.
BB amik kat fluorish sini.
atau bole juga tengok kat fluorish ni


Tadaaaaaa....
hasil dari design BB yang tak bape nak pandai ni

Rasa jakun sket...semua kertas rase nak cop!!!

*** BB tak pikir lagi nak cop kat mana sebenarnya nanti....bole gitu???

16 October 2011

My Vendor for My Wedding ;)

Sedikit info about my vendor.....


Bridal :






Fotografer :





Jemput2 Nengok,
Jangan Lupa sign kat buku tetamu k ;)

http://bitsbest.projectwedding.com/

*** Layanan amat OK oleh tuan kedai :) 

12 October 2011

Kondo Mahal BB penah duduk.....

...... pernah duduk atas kerusi kat kolam renang jerrrr (continued tajuk diatas)

Ini cerita pasal kondo mewah (aka mahal giler tahap gaban) yang BB merasa masuk dan bersiar-siar didalamnyer. Weyyy bukan senang tau nak masuk suka-suka hati dalam kawasan kondo nIi. Nak-nak kalo rega kondo yang BB masuk ni paling murah ialah RM4.5juta....waduh-waduh.
Nak lepas pondok guard tu pon punyer lah seksa / payah kalo sajer-sajer kita nak masuk. 
Alkisahnyer ini adalah urusan rasmi keja BB.
So dah alang-alang boleh masuk,apakata kita tinjau sesuka hati di dalamnyer...
bak kata orang tak dok kat sini pon takpe,janji kita penah masuk..hehehe


MONT KIARA DAMAI CONDO




Kondo yang paling BB suker...kalo lahhh BB ni kayer,maunyer BB beli 4,5 biji...ala tak mahal pon.Sebiji kondo rega juta-juta jerrrrrr... (Gulppp..telan air liur jap)



PARK SEVEN CONDO


Ni rase nak mandi dari pagi sampai ke petang pon takper.


THE PARK BANGSAR
 
Ada bran mandi disini pakai swimming suite? Di temani oleh mata-mata di sekeliling bangunan...

SRI HENING AMPANG
  


Yang ni Great Eastern punyer....dorang tak jual.Just bagi sewa jer.Nak tau bape sewa sebulan kat sini? RM12 ribu ajerrrrrrr...


OVAL KLCC

Rega paling murah di sini ialah RM4.5juta....muraahhhh tu!!
psttt: katanya Datuk K ada beli satu (citer pekerja kat situ lahhh)


MONT KIARA BAYAN CONDO


SERI MAYA CONDO JELATEK






Yang ni je kot dulu...ader lagi tau yang lagi maha hebat.
Continue part 2



*** Dok kat atas kerusi itu ajer yang BB mampu...(sok sek sok sok~ lap air mata)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...