Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

19 March 2012

Demi Fresh Flower Sanggup Ku Panjat Cameroon Highland



Masa BB pergi sini (Cameron Highland)
lagi 2 hari  sebelum majlis pernikahan BB.

Rasa-rasa kalo orang-orang tua dulu dengar,
tak ke dia mengucap panjang dengar pengantin berjalan ke sana-kesini. 
Tambah-tambah lagi tempat yang agak tinggi tu.
Banyak pantang larang yang nak kena ikut.
Itu pon ramai kengkawan yang mesej tanya di mana lokasi,
semua terkejut bila tau BB  terpacak kat sini pagi-pagi buta.
Hehehee


Mula-mula mak BB agak keberatan nak bagi.
Tapi setelah diyakin kan oleh BB dengan cerita-cerita PALSU~yang tak bape nak betul 
( soryyyy mak, anak mu ini terpaksa demi menyiapkan projeknyer itu)

Akhirnya mak BB bagi pergi jugak.


"BB cakap kawan yang teman BB nak pergi ni dia duduk Ipoh ."
"Selalu sangat naik Cameroon guna jalan tu."
"Lagipon jalan Simpang Pulai tu kan luas macam highway, bukannyer macam kat Tapah tu."
"Dari Ipoh kan sejam je.Tak jauh pon."
"Mak pon pernah lalu jalan tu kan..kan..kan.."
"Insyallah selamat mak."
"Yang penting niat kita tu mak"


Dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan lagi mak BB


" Alaaa mak, 
orang-orang dulu tu memang lah dorang tak boleh kuar sana-sini,sebab dulu-dulu mana ada kenderaan."
"Lagi pon makbapak dorang yang uruskan semuanya."
"Zaman sekarang ni lain mak, dah ada kereta."
"Anak-anak dah taknak menyusahkan mak ayah lagi."
Dorang dah boleh berdikari "

Hehehee

Mak BB bagi Green Light.
Tapi dengan syarat pergi pagi, balik awal!


OooooooK
Time kacih mak.
BB sayang sangat dekat mak.




Apa lagi, terus calling-calling sorang member ni.
Member Yang duduk dekat Tanjung Malim bukannyer duduk dekat Ipoh .
Member yang tak pernah pon pergi Cameroon Highland.
(Kira first time la ni dia pergi)
Member yang tak pernah pon naik atau lalu jalan tu.
Dan dia jugalah yang nak kena drive kereta!


"Kalau lah mak BB tauuuuuuuuu "

Ampunnnnnnn mak.
Bohong sunat yerrr :(


Tapi yang penting macam BB cakap, niat kita tu kena betul.
Pergi just borong bunga dan apa-apa yang patut kemudian terus balik.
Alhamdulilah selamat dunia akhirat.
Kihkihkih



Nak tau apa BB borong?


Garbera @ Daisy

 Roses

Roses again :)
 
Calla lilies

Mix Cryshantemum @ kekwa campur

 White Cryshantemum @ kekwa putih

Tak sampai pon RM300 untuk semua kos

Kos beli bunga
Kos isi minyak
Kos tol
Kos banyak kali Makan
Kos beli sayur
Kos macam-macam

Memang berbaloi-baloi untuk majlis anda

BB ingatkan beli bunga jer dah dekat RM300.


Untuk makluman:
Dekat sana (CH) bunga rose 3 ikat (72kuntum) baru RM10
Cer kalo pergi dekat Petaling Street tu..1 ikat = RM13
Beza sangat-sangat okeh.

Itu yang buat BB tekad pergi Cameron!

Bunga Orkid aje BB tempah kat kawan BB di KL :)
 


See?
Bagaimana belakang seat keta kawan BB ni penuh dengan hanya bunga-bunga BB
itu belom barang sayur, strawberi ,bagai nyerrr..
itu sume sumbat dalam bonet.
yang penting bunga-bunga BB selamat.
kihkihkih











*** Sampai sekarang masih belom cerita kisah ni dekat mak BB...tunggu lah waktu yang sesuai kot :D




















16 March 2012

Hiasan Meja Buku Tetamu @ Guest Book




 Sedikit gambaran susunan hiasan meja buku tetamu BB tempohari.
BB letakkan betoi-betoi di hadapan depan rumah.
Jalan nak masuk pintu rumah @ pagar rumah.
Hehehe


So secara tak langsung tetamu dah boleh cam yang mana satu rumah pengantin.
(Sebab rumah BB ialah kawasan taman perumahan)










Bagi menceriakan suasana meja buku tetamu ini,
BB letakkan juga gambar kedua-dua ibu kami supaya tetamu dapat mengenali dengan lebih lanjut lagi siapakah tuan rumah ;)



PERKARA-PERKARA YANG ADA DIATAS MEJA BUKU TETAMU BB






Frame ni BB beli kat ikea.. 
BB letak kiri dan kanan white board 
sebagai ucapan aluan kepada penulis-penulis nanti.
Rega RM4.90
Logo @ Cop rasmi wajib ader lahhh! 
kehkeh

 



Poster Frame @  Gambar Kanvas
Rega RM60
(3kakix2kaki)

Dimana tempah menda ni?
sila klik






Tirai gantung gambar ni BB beli juga dekat IKEA
Rega RM19.90


Signage 

Bagi mencantikkan lagi suasana meja anda :)




Buku Tetamu
Cerita tentang buku ini ada DISINI
Rega RM 50++






BB akan updated lagi gambar-gambar yang terbaru jika ada.
Buat masa ini,
ini saja yang BB dapat collect dari koleksi-koleksi si pemegang camera.
So entry agak terbatas sedikit.

Harap bersabar

Cewah!!

15 March 2012

Bekas Hantaran @ Tempat Mas Kahwin



 sumber: google

Mas kawen korang suke buat macam maner yer?
Ada yang suke gubah-gubah duit tu jadi bunga,
Ada plak yang suke buat macam-macam.
tapi BB lebih suka duit tu simple dalam bekas kemas.
Tak perlu nak susah-suah pikir nak buat camner.hahahaa
(pemalas punyer orang!)





Cara BB ialah :

 Contohnyer macam ini lah
Lepas tu letak je duit tu diam-diam dalam album ni....Kan senang!



 Ni Semua BB beli dan buat sendiri
 Beli barang-barang dekat kedai bunga reben jalan TAR tu (depan KFC) kalo tak silap BB.



Bahan-bahannyer?

Album Kosong (Siap ada stand kaki)
Gam
Riben merah corak bunga
Riben/lace putih




 
Kalo rajin letak sket balance-balance manik yang ado tu :D



Lekat riben/lace putih ni dulu yer



Kemudian baru potong satu-satu riben merah dan lekat atas lace putih nih.


penuhkan love tu dengan riben merah ni k
Pastu masukan duit dan letak jer atas stand dalam bekas hantaran.






Dah Siap!!





Gambar-gambar hantaran yang lain nanti yer.
BB tengah berusaha mengupdated satu persatu
:)






06 March 2012

Im Back!

Hi..
Im back!

Maap bebayak ler dah lama tak update.
Ini adalah kerana :
  1. BB terlampau sibuk tahap gaban menguruskan majlis BB aritu
  2. Line broadband tersangatlah teruk...~ makne kata meme takde line kat area kampung BB.So banyak updated-updated yang nak di post terpaksa di pendamkan dahulu.
  3. Tak menang tangan~ itu nak kena buat,ini nak kena buat!

Apa pun,
ALHAMDULILAH

Majlis Pernikahan dan Persandingan BB berjalan dengan lancar.
Syukur!



Sekadar untuk permulaan tatapan Majlis Persandingan BB tempoh hari :)



More pictures will be upload in next post!
Insyaallah




Ini pon BB masih di Melaka rumah mak mertua.Curi-curi updated.
Maka jika di rumah mak mertua haruslah jangan lama-lama mengadap komputer okeh.
(Petua dan pesanan dari kengkawan)




Coti 3 minggu.Sakan kauuuuu yer BB!









*** Selamat Pengantin Baru buat Jijah @ Pn Azizah yer....sama tarikh majlis kita.

17 February 2012

Poster Frame Murah


Salam dan Hai
Sempat lagi BB post entry di saat-saat akhir ini..
kerana  sok BB start coti dah.
Horeeee!!
Sesudah subuh BB akan bergerak ke kampung.
Di sana nanti menanti BB dengan tugas yang lebih banyak dan mencabar!

Cuma nak share sket info terbaru tentang Poster Frame yang telah BB tempah.

Yang ni BB tempah untuk di letakkan dekat entrance masuk majlis.
(Dekat dengan pintu gerbang nanti)






Gambar bersama ibu masing-masing 
(Sebab dua-dua dah takde ayah)
Kunun-kunun sebagai menjemput tetamu lah

Yang gambar berdua tu
hermm tak tau nak letak mana lagi.
ada plan nak letak dalam bilik pengantin
atau
dekat meja buku tetamu tu.
atau
letak je kat mana-mana.
Kompom orang tak marah sebab Raja Sehari ini yang berkuasa pada hari tersebut.
kihkihkih




 

BB tempah saiz 2x3 kaki (besar) dan 1.5x2 kaki (sederhana)
 


Dan semestinya BB tempah ini ada tujuannya.
Nanti lepas habis kenduri nak letak dekal wall rumah baru!
Hoyeeeeeeeeee
*Wink*




Nak tahu BB tempah dekat mana?

Sila klik


Antara hasil yang dibuat oleh mereka


Bole tengok-tengok harga kat situ.
Ada macam-macam saiz.
Sangat-sangat murah ok berbanding kalau kita tempah kat fotografer.
I likeee 101%

Senang sungguh berurusan dengan mereka.
Cepat ajer.
Email pon pantas mereka balas.

Kalau ada apa-apa pertanya jangan malu-malu call  fifi yang comel  dan suami nyer yang hensem. 

Hubungi   Fifi      013-2564339
               Aman 013-2808427

 
azlagend@gmail.com.my
  mizulfan@yahoo.com.my




So b2b sekalian,
Tunggu apa lagi???





*** Alhamdulilah waktunya semakin hampir.Jalani ianya dengan tenang dan steady BB!!

Wedding Of Nanie & Idris



Menemani seorang kawan ke majlis peminatnya.
~kawan BB : Iman Xara seorang penulis novel~

Sempat juga melihat idea-idea dekorasi majlis tersebut dalam merancang majlis BB nanti

BB ucapkan Selamat Pengantin Baru 
kepada
Nanie dan Idris
Semoga berbahagia hingga akhir hayat.



Bagai pinang dibelah dua.
Si Cantik dan Si kacak


 I luv the veil!



 The Pelamin



The Cake

 

 Entrance dewan






 

 Guest Book Corner




Label for food





Dekor oh Dekor
Centerpieces




Menda yang paling disukai oleh tetamu,

Cenderahati kepada Tetamu
Telur Masin
Bunga dari tumbuhan semulajadi!
Kreatif & Inovatif


Majlis sungguh perfect
berlangsung di Dewan puspanita Sri Hendon, Putrajaya 
BB suka sumenya.
Layanan Tuan Rumah
Kelancaran Majlis
Hidangan
Dekorasinya
Boleh kata semuanya lah BB suka.






Cuma mungkin BB akan perbaiki dari segi

Tempat Guest Book ini

Bukankah kerusi itu untuk tetamu yang menulis?
Ini bukannya kaunter pendaftaran!!
 Kesian tetamu majlis terpaksa berbongkok-bongkok .
Patutnya penyambut  tetamu  ini mengutamakan tetamu yang datang.


 Pelajaran untuk hari ini.
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...