Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

20 January 2012

Tutorial DIY Bunga Riben


Seperti yang dijanjikan
BB tunjuk secara simple bagaimana BB buat bunga,
yang BB tampal untuk dijadikan hiasan depan muka buku tetamu tempoh hari.


Mudah 
Simple
Jimat

Semuanya menggunakan lebihan-lebihan dari barang-barang yang pernah digunakan sebelum ini.

Contohnya,
Kain Satin/Riben
Manik
Gam UHU






Gunting ikut pelbagai saiz
Dari kecil hinggalah ke dewasa...eh silap, hingga besar.




Lepas gunting, layur kan pada api...
Ala macam kita buat kat tudung sekolah dulu-dulu tu.( dulu buat sendiri,malas nak jahit tepi)
Tapi pastikan jangan terlalu dekat dengan api sebab nanti api tu akan makan kain.
Kalo terbakar sapa susah?
Kita jugak.
Dan ianya bagi mengelakkan kain tersebut menjadi hitam di tepi-tepi.





Masa dekat dengan api tu, makesure kita pegang secara mengiring sebab nanti dia tak akan jadi lengkung kedalam
~ kira kurang seni lah, kurang nampak macam kelopak bunga kalau straight ajer!

 Cer tengok yang BB buat ni,
nampak tak kain tu melengkung kedalam..kan..kan..




 

Bila dah jadi pelbagai size, maka susun lah satu persatu diatas setiap keping tu macam gambar diatas.
Kemudian jahit dengan benang bersama dengan manik.




Bila dah siap,

Apa lagi
tampal dengan gam UHU jer
Seperti ini


Sumber inspirasi dari KINA

 

3 comments:

Unknown said...

menarik sgt...tunggu jijah buat guestbook dulu baru nak tiru ini..hehe toce toce bb!

Anonymous said...

yg bb pakai nie kain apa eh? cantik.

BitsBest said...

kain ni BB beli dekat kamdar kalo xsilap...ala xtau la pulak nama apa.rega dalam 3.50-7.00 semeter kot...mcm kain langsir yg org selalu buat tuuuu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...