Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

15 April 2012

Wiring Rumah~ Lampu Chandelier, Down Light & Kipas



Ruang Tamu harus lah cantek supaya bila balik keja hati menjadi senang...
Memandang sesuatu yang dapat menenangkan fikiran.
Biar sampai, masa coti tu rasa tak nak kuar rumah..
Nak duduk aje kat rumah kita yang cantek itu.
(Kalau tak, pantang cuti. Comfirm berjalan menghabiskan duit!)
Hehehe







Bahan asas untuk membuat pendawaian elektrik.
Lampu down light tu BB beli kat kedai area Sri Gombak.
Rega berbeda-beda yer.
Antara RM 8.90 -RM15.00
(Casing+Lampu)



Kerja-kerja wiring ni kawan suami BB yang buat.
Boleh ler dapat rega kengkawan.
Upah untuk pasang 5 kipas, 14 downlight, 2 lampu dan 1 soket hanya RM500
Murah kan?
Sebab rata-rata Bb tanya upah untuk pasang satu lampu/kipas pon RM25 keatas.Cer kira kalo dah 22 menda nak kena caj..tak dekat RM1000++
Itu belum buat wiring lagi.



Candilier
Paling BB suker dalam banyak-banyak item.

Black Fan

 
Ruang Tamu
Done with 8 Down Light , 2 Black Fan and 1 Candilier


 Bila Malam
Halamakkkkk terasa macam dekat Hotel plak


Bilik Utama


 Bilik Kedua


Bilik Ketiga


Dapur




Alhamdulillah
Selesai sudah bab wiring ni.
:)







14 April 2012

Home Sweet Home


Hai
kali ni BB nak selitkan siket kehidupan BB selepas kahwin.
Asik citer pasal persiapan kahwin aje kan..
hihihi

Wah tang mana nak start dulu eh?
Kerna banyak yang nak dicerita sampai tak tahu nak mula yang mana.
Ermmm apa kata BB mulakan menda yang paling penting selepas berkahwin.

Rumah...tempat yang paling penting untuk berlindung bagi suami isteri, sebagai tempat bermulanya kehidupan baru dan sebagai tempat untuk mengembangkan generasi..
hahahaa

Tak kiralah di rumah family atau pun di rumah sendiri.

Bagi BB dan suami, kami memilih untuk memulakan kehidupan baru kami di rumah sendiri.
Biar tahu susah senang nak bangun pagi..
Baru tahu susahnyer mengemas rumah...
Baru tahu nak kena buat sarapan sendiri..
Baru tahu nak masak apa harini..
Segalanya baru lah ku tahuuuuu...

BB dah suami telah membuat persiapan rumah sebelum kahwin lagi.Ini adalah untuk memudahkan kami juga.
Kami pastikan keperluan asas di dalam rumah tersedia awal.Yang lain akan di fikirkan kemudian.

Alkisahnya bermula di sini....Rumah oh Rumah

Maka terhasil lah apa yang di rancang-rancangkan.
Alhamdulilah kami buat siket-siket dulu.Tak mampu buat serentak.
tapi berkat kesabaran semuanya berjaya di siapkan...




WIRING

 

 Pemasangan Kipas, Candilier dan Down Light



 DAPUR


  


Pembinaan Kabinet Dapur dan Tingkap



 CAT




Tema warna~ Grey mix with White







Pergh sungguh mencabar rope-ropenya mengemas rumah  ni.Susun selerak...susun selerak.
Tu belom ada budak-budak lagi tu..
Haiyakkk...

Sekarang BB tengah berusaha untuk memenuhkan rumah ini dengan perabot-perabot dan dekor ala BB.
Pelan-pelan dulu.Satu-satu.Biar lambat asal selamat.hihihi.
Hope semuanya berjalan dengan lancar.
Amin






*** Tengah menyiapkan projek lanskap dihalaman rumah BB.Ada yang dah keluar bunga :)








13 April 2012

Baju Outdoor Last Minute~ Simple Blous



Baju Outdoor BB ini dibeli pada hari nak buat outdoor fotoshoot.
Kelam kabut BB mencarinya.
Ini adalah kerana
Gara-gara tak nak pakai baju sanding sebab nak nampak kelainan.

Accually fotografer BB ada baju untuk shoot,
memandangkan size baju tu tak sesuai sebab terlalu kecik kena lah BB cari alternatif lain.

Naseb baik jumpa jugak.

Ikotkan nak sewa ajer.
Tapi fotografer BB kasi nasihat baik beli ajer.
Kalo sewa untuk sepasang dekat butik-butik pengantin harganya dalam RM300++ mengikut jenis baju.
Lepas tu kena pulangkan balik.
Nak pakai pon kejap ajer.

Yang buat BB semangat nak beli beli bila fotografer tu tunjuk satu gambar pengantin yang lepas, 
dorang buat outdoor pakai baju blaus dengan kemeja sahaja.
Sangat cantek dan very simple.
Just nices!
I likeeee :)

So BB sepakat dengan suami 
untuk lelaki kami gunakankan baju kemeja dengan seluar slack hantaran punya
dan 
untuk perempuan sahaja yang beli baju.

Cari punya cari 
 BB berkenan satu blous ini.
Nampak macam wedding dress pon ader.
Terus ajer sambar.Tak cakap banyak dah!
Harga pon tak lah mahal.Masih lagi dalam kalangan mampu milik.
Hihihi

 Terus match dengan Veil yang BB buat dulu
*wink*





Gambar-gambar Outdoor?
BB masih menunggu dari OP..
aishh tak siap-siap lagi!

09 April 2012

Hadiah Untuk Tetamu ~ Kotak Mug @ Cawan

Bagi BB mencari kotak mug memang sesuatu yang amat mencabar.
Selama beberapa bulan BB mencari.Servey sana-sini.
Semua blog b2b dan xb2b BB redah, tapi still tak dapat apa yang dihajati.

Bukan apa, sebab BB mencari  yang sesuai dengan budget.
BB tau ada yang kata bukan susah nak cari.
Banyak kat luar sana yang offer kotak-kotak yang cantek. 
tapi harganya mak aii....tak mampu untuk BB miliki.
dan 
ada sesetengah harganya tak masuk dek akal.
Bayangkan kalau sekotak berharga lebih dari RM 1??

So selagi boleh jimat BB akan jimat
 kerana BB dok pikir kalau beli kotak mahal-mahal pon orang buang jugak nanti. 
Takde sapa yang nak simpan buat kenangan pon

Ada terpikir untuk beli kotak kek putih tu.Tapi tak muat lah pulak.
Satu lagi nanti menyusahkan tetamu pulak kerana kotak tersebut takde tangkai.
Mana nak pegang kotak tu, mana nak pegang pinggan nasi lagi.


Alhamdulilah
secara tak sengaja ketika takde keja nak buat, BB gi jalan-jalan kat satu tempat ni.
Hajat dihati nak beli barang lain tapi terbeli plak sesuatu menda yang selama-lama ini di cari.

Harga pon memang under budget 
dan 
kriteria-kriteria sebagai kotak mug tu ada,
maka BB terus rembat tanpa menoleh kebelakang atau pon mencongak-congak kalkulatur hp untuk mengira budget.

Kira SAH terus!!

*** BB pernah servey dekat Nilai, kotak bentuk yang sama paling murah beharga 70 sen***
Sebabnya sebelum ni memang tak ada kotak tu kat kedai ni.
Kira langkah kanan lah BB.
Oleh kerana ianya baru datang~ segar dari ladang~
maka BB kena buat tempahan sebab tak cukup stok.

Oder lebih kurang gitu-gitu dengan budak kedai, terus bayar dan ambil  stok bila dah sampai.
:)



Aiseh ada warna tema BB lah~ kelabu
Tu yang terus rembat!



Kotak-kotak ini BB beli dekat Kedai Klim Craft berhampiran Masjid India.
Betul-betul sebelah Maybank.Sederet dengan Jakel tu





Kotak Mug VIP

  



Rega RM 5.90 untuk 10kotak (0.59sen satu)
Tawar-menawar dapat 0.56 sen satu
Time ni, ada 2 warna sahaja: kelabu dan pink 
BB ambil kaler kelabu

Mug RM 2.00++


TOTAL COST : 2.00 + 0.56 = RM 2.56



*** BB dapat sponsor dari sepupu BB iaitu berupa 100 biji magnet peti ais . 
Ngam-ngam dengan jumlah kotak VIP BB.So magnet tu BB masukkan dalam kotak VIP ni ***







Kotak Mug Tetamu

 



Rega RM 3.90 untuk 10kotak (0.39sen satu)
Oleh kerana BB beli banyak, dorang kasi 0.35 sen sekotak
Time ni, ada 2 warna sahaja: ungu dan pink 
BB ambil kaler pink




BB letak cuma seketul Mug
Mug RM 1.80++


TOTAL COST : 1.80 + 0.35 = RM 2.15





Nak tau Mug @ Cawan itu dibeli dimana?
Sila klik







Terima Kasih pada mak dan makcik ina..serta kimi kerna membantu melipat kotak-kotak ini dari awal hingga akhir dan menyebabkan rumah dibanjiri oleh kotak-kotak mug.Tanpa kalian matiiii lah BB nak ngadap sorang-sorang  ;)

08 April 2012

Hadiah dari Hati

sumber :google


TERIMA KASIH

Yang tak terhingga kepada tetamu-tetamu BB yang datang.
Siap bawa hadiah best-best lagi.
Sesungguhnya ketahui lah bahawa hadiah-hadiah korang itu amat bermakna kepada kehidupan BB.

Tanpa hadiah-hadiah itu,
kehidupan BB pasti tak sempurna..
hahahaaa



kehkehkeh







Ini hadiah BB dapat sebelum kawen (sebelum start coti)
Siap-siap dah bagi sebab member-member ni tak dapat nak hadir.







Ini pula
Selepas balik dari coti pon,
hadiah mencurah-curah dapat dari membe opis




Meh kita nengok apa yang BB dapat,
Tadaaaaa





Alhamdulilah
Banyak keperluan asas di dapur yang BB dapat.
Dari barang elektrik,cadar hinggalah ke pelbagai jenis periuk.
Kira BB memang bertuah sebab tak payah beli lagi.
Kalau ikutkan barang-barang tu semua wajib ada dalam setiap dapur.

Kan Dah Jimattttt...
I likeeee!!



Dan yang paling mengejutkan BB ialah satu hadiah ni.
Hadiah paling di idam-idamkan...
Allah sememang nyer tau apa yang BB mau.
Alhamdulilah.
Thanks God!


*Sebab BB selalu gurau dengan membe-membe nak hadiah microvawe.
Tak nak yang pusing-pusing tu tapi nak yang tekan-tekan.
Bole gitu?*


Accually bukan membe-membe yang BB gurau tu yang kasi.
Tetapi orang lain yang takde kena mengena dengan gurauan BB itu.
Siapa??
Biarlah rahsia 
:)


Betul cakap orang tua-tua,
Kalo kita selalu sangat sebut sesuatu menda atau sesuatu perkataan..tu sebagai doa untuk kita.
Jadi marilah kita selalu sebut menda-menda yang baik okeh?
Supaya apa yang di sebut itu menjadi kenyataan.
hahahaaa






*** Sekarang nak sebut emas permata lah...mana tau kot-kot tersepak tengah jalan ;)





07 April 2012

Tips untuk b2b ~ Disaat-saat Akhir


Kan ke kita nak kena bayar balance-balance bayaran akhir yang kita hire vendor kita tu kan?

Here some tips for u all.

Macam BB,
semua vendor-vendor ni, 
BB awal-awal lagi dah bayar deposit masa comfirm tempahan.
Ada yang bayar deposit, balance nyer bila semua dah settle.
(DJ,Kompang,dll)

dan ada pula

yang BB on progress bayar setiap bulan with small amount  (in case bayaran yang cecah riban-riban ler) 
(terutamanya mak andam dan fotografer)

dan ada juga

bayar full sebelum majlis.
(Kek,Catering,Khemah)
*Kalau percaya lah kat dorang tu*

So makesure u all catitkan setiap wang yang di keluarkan dan minta resit yer.
Kot-kot terlupa nanti dah bayar bape....Anything can be happen.


BB tak nak pening-pening dan tak nak kelam kabut (kot-kot terguna duit ini)
awal-awal lagi BB dah asingkan duit tu siap-siap sebelum majlis.
Siap masukkan dalam sampul lagi.
Buat sedikit catitan supaya tak tersalah bagi ke kepada siapa yang sepatutnya.


Lepas ajer dorang siap buat keja, terus je BB hulur sampul ni.

Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah memudahkan kita juga.

"Tak perlu nak cari  bank tengah-tengah sibuk buat itu dan ini.
Tak perlu nak jerit-jerit minta sapa-sapa yang ada cash money time tu.
Tak perlu nak tebalkan muka pinjam duit sedara-mara
Tak perlu nak pergi balik ke kedai vendor-vendor ni 
(kerana banyak urusan lain perlu di uruskan selepas kawen)"




 Teringat Mak andam BB pernah citer sorang customer dia sampai la ni tak bayar-bayar hutang. 
Majlis grand bagai nak rak.
Nak itu nak ini.
Bila abis majlis nak kutip bayaran,macam-macam alasan yang diberi.3 tahun dah perkara ni.
Sian kat mak andam BB.

Tak ke naya buat orang macam tu?

Aishh..
macam ini punya olang pon ada :(





Nanti lepas kawen kan senang..
Bila semua urusan telah diselesaikan.
Senyum je pengantin,
kerana tak perlu serabut kepala memikirkan hutang-hutang yang ditinggalkan.







*** Risau , bila  perlu meyusahkan orang kadang-kadang :)

06 April 2012

Hiasan Pelamin Panel Sanding BB



Memandangkan rumah BB ialah kawasan perumahan, 
agak kecil juga apabila semua sanak sedara datang berkumpul.
Maka keputusan untuk membuat pelamin di bawah khemah atas jalan adalah satu keputusan yang amat digalakkan bagi sesiapa yang mempunyai masalah seperti BB.

Tak percaya??
Believe me okeh!


Let me tell the truth


Proses pemasangan khemah pelamin dimulakan dulu




Bila pelamin dah kat luar,
maka ada lah ruang bagi sedara mara untuk berehat di dalam rumah.
Rumah tak sesak dengan keadaan keluar masuk tetamu.
Rumah tak lah cepat kotor dengan pelbagai hasil sampah budak-budak.
dan
Pengantin pon akan berasa tenang dan selesa.

Tau-taulah..
bila majlis kawen ni, tempat pelamin akan menjadi tumpuan semua orang untuk bergambar.
Jadi kalau pelamin di dalam rumah yang sempit, 
dipenuhi pula dengan sedara-mara nak berehat dan orang ramai yang nak bergambar
maka
kita akan terbayanglah keadaan seperti rumah kita baru dilanda gempa bumi.
Tu blom dengar suara makcik-makcik kat dapur jerit mintak gula lah..minyak lah.






See?
Tetamu berasak-rasak dihadapan pelamin

Cer bayangan kan kalau keadaan macam ni dalam rumah yang kecil?



 
Bila pelamin dihujung, ruang yang lain lebih selesa ;)

Pengantin pon beradu di singgahsana dengan keadaan tenang dan nyaman.
 ~Cer tengok budak baju kaler coklat tu.Anak sapa la ni??~


 Ada tempat untuk geng kompang ketuk kompang dengan selesa




Untuk keselasaan kita semua bersama, tak kesahlah kalau pelamin diatas jalan.
Kelas ke, tak kelas ke, 
yang penting semua orang berasa selesa


Fikir-fikirkan lah yer ;)

 




Pelamin Anganku musnah Terbaekkkk

Sempat capture malam-malam time mak andam datang pasang.
 Sebelum dihias dengan bunga-bunga


I luv this pelamin
Setelah Fresh Flower di letakkan, makin meletop pelamin nih.
Baru lah Kelasss kau jah!!


 Sudah tiba masanya gerombolan geng pengantin untuk merasmikan pelamin hebat ini.



Sekali lagi
BB serahkan bulat-bulat untuk menghias pelamin hebat ni ialah kepada mak andam BB
iaitu

Sape-sape b2b area Taiping, boleh lah pertimbangkan vendor ni.
Biar mahal tapi pueh hati
dari
Nak murah tapi hasil macam hampeh.
Sapa yang rogi?
Mereka dan keluarga mereka.
Sekian,
Terima Kasih yer 
:)


-ayat sebelum ini-
hahaha






*** Tak puas dok atas pelamin ni...nak dok lagi bole??

05 April 2012

Hiasan Bilik Tidur Pengantin BB




Tanpa adanya bilik tidur pengantin, siapalah pengantin itu.
Maka tidak lengkaplah dan tidak Sah lah, ia menjadi seorang pengantin.

Hahahaa

Ayat tak boleh blah!

Moh BB nak citer sket perihal bilik ini.


Sebelum di Transformasikan :



Perkara-perkara basic haruslah ado sebelum di tata rias oleh mereka yang dipercayai.


Langsir baruuu...design by my mum
Beli kat Nilai.


 Carpet also from Benggali Nilai.


Cadar pon tempah dekat kawan my mum


Kain ni beli kat Nagoya
rase-rasenyer kain lapis atas tu  untuk buat langsir~ day curtain. 
but my mum punya idea..boleh tahan jugak!
(ramai yang puji)


My mum tempah langsir untuk keseluruhan rumah (sliding door + 3 pintu + 2 tingkap ) 
dan Cadar 
hanya
RM +-300
Murah Giler yer...cer kalo kat KL ni? 

*rega itu hanya untuk kawasan kampung i ajer okeh*
hehehe






 Selepas di Transformasikan :











Seperti biasa
BB serahkan bulat-bulat untuk menghias bilik BB ni ialah kepada mak andam BB
iaitu


(BB sangat-sangat berpueh hati dengan kak akma ni.
Dari adik BB kawen, hinggalah BB bertunang
servis kak akma memang best.
Owner yang sangat-sangat friendly dan mesra alam.
Memahami kehendak kita.
Aksesori kawen memang tak kedekut punya.)


Sape-sape b2b area Taiping, boleh lah pertimbangkan vendor ni.
Biar mahal tapi pueh hati
dari
Nak murah tapi hasil macam hampeh.
Sapa yang rogi?
Mereka dan keluarga mereka.


Sekian,
Terima Kasih yer 
:)








*** Darling...jom tido nak?hahaha.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...