Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

14 May 2012

Hensem Bergaya Flower Boys!




Salah satu antara yang penting dalam majlis BB tempohari ialah khidmat flower boys
Tanpa mereka-mereka ini, pasti majlis BB tak meriah.

Kira-kira 2jam sebelum majlis sanding BB, kesemua mereka ini telah dikuarantin oleh adik BB.
Nak tau sebab apa???
Kalau tak kuarantin, alamak basah lenjun la baju cantek ini.
Punya la lasak.Seminit tak dok diam.

Bagi nak diam kan dorang-dorang ni siap upah bagi coklat sorang satu.

Pastu siap demand, kalau nak kuarantin dorang, 
yang kecik tu cakap kena lepak dekat bilik pengantin (sebab ada aircond).
Aishhhh





Mr Hakimi
Kena layan dan cakap baik-baik dengan budak ni.
Kalo tak angin satu badannnnnn
Bukan makan saman ni. 
Dia lah ketua antara mereka-mereka itu.

Mereka ini adalah adik beradik.
Yang kiri abang nama apis.
Yang kanan adik nama mirul .


lagi kesah mereka



Cer nengok budak baju belang tuuuu
demam campak pulokkk!
tapi maintain nak jadi flower jugak.takpe katanya.
Mana tahan baju cantek dah ada 


Posing dulu dengan makcik sebelum memulakan khidmat!





Cer tengok aksi-aksi flower boys ni..
aishhh macam-macam ragam!


halamak..
Failed kasut flower boys ni!!
sebab hujan ..so dorang sambar selipar ajer


Tapi paling best masa ni ialah kimi tetiba jadi budak baik.
Tak pernah tengok dia duduk diam atas pelamin tu. Langsung tak berbunyi.
Maybe nerves kot bila ramai orang dok tengok.
hahahaha


Walaupon bunga pegang korang tu hancur sebab korang buat bola sepak lepas tu,
Apa-apa pun makcik pueh hati dengan servis korang.
Good jobs my lovely anak buah.
Nanti makcik belanja aiskrim yer.



Nak tahu kat mana nak cari baju flower boys ni?
Sila klik





*** Sampai la ni makcik tak belanja-belanja lagi korang aiskrim! Lupa lah.... :D

13 May 2012

Home Sweet Home~ Teratak BB





Alhamdulillah
teratak kecil tempat berteduh BB dengan suami selepas kahwin.

Bermula dari siket-siket,
kini semuanya dalam proses hampir nak lengkap.

Rupa-rupanya punya rumah sendiri adalah satu nikmat yang kita sendiri tak pernah jangka.
Tak percaya??

Percayalah!

Sebab kini bila cuti jer, BB takmau kuar rumah.
Nak duduk je kat rumah.
Nak kemas-kemas rumah.
Nak siram pokok bunga.
Nak kemas taman, nak berkebun di belakang rumah.
Seronok bila tengok rumah kemas dan pokok sudah mula berbunga

What the lovely home! :)


 Entrance teratak BB
~gril tu suami BB yang cat sendiri~
thanks darling!



 Ruang Tamu untuk BB dan suami merehat-rehatkan diri



Bilik Utama BB



Bilik kedua ~ khas untuk tetamu
maaf langsir tengah jahit ;)





Ruang memasak BB
~masak ke??~
hehehe



BB suka corak gril ni



 Bekas lilin putih @romantika...luv it!


Kalo perasan, tema untuk teratak BB ialah kelabu mix white
i luv grey n white!
(sama macam tema kahwin)




Sudut Taman
Masih banyak lagi projek dan idea..
tungguuuuuu







Banyak lagi yang belom complete
tapi insyaalah bakal lengkap untuk BB dan suami menjadikan teratak ini 
sebagai  rumahku syurgaku
:)






21 April 2012

Tutorial membuat gubahan hantaran bunga segar


Seperti yang dijanjikan....
Khas untuk b2b
Semoga mendapat idea!


Arini BB nak share tentang bagaimana BB buat hantaran BB tempohari.
Tak susah pon.Senang sangat-sangat.
main cucuk-cucuk ajer bunga-bunga tu.
Dah jadi!

Bunga segar ni..cucuk macam mana pon comfirm nampak cantek lah!
hehehe


So mari kita lihat gubahan hantaran untuk Pihak Lelaki

Cara 1

  1.  Susun barang-barang hantaran atas dulang supaya dapat anggarkan banyak mana span dan bunga perlu digunakan.


 2. Kemudian potong span basah mengikut size ruang yang kosong.
Jangan lupa, balut bahagian bawah span tu dengan aluminium foil.
Balut separuh ajer tau.Supaya nanti senang nak cucuk bunga.


3. Potong pendek  tangkai bunga ~ dalam 5inci


4.  Cucuk daun fern kat bawah dulu, kemudian bunga ros di tengah dan seterusnya di tepi.
Selang selikan warna bunga ros tersebut.
Selitkan juga baby breath(bunga kecil putih) di ruang-ruang kosong antara bunga-bunga ros.



Cara 2

1. Gubah bunga dulu.
Tapi sebelum tu macam biasa, letak span yang dibalut dengan aluminium foil dan daun fern.


2.  Baru letak barang hantaran ~contoh buah-buahan.




Yang ni plak gubahan untuk Pihak Perempuan


Cara 1

1.Macam biasa, letakkan dulu barang-barang hantaran atas span donut ni untuk menganggarkan berapa banyak bunga yang diperlukan.


 2.Sebelum itu, rendam span ni dalam air selama 10 minit 
kemudian jangan lupa letakkan aluminium foil diatas bagi mengelakkan barang hantaran kita dari basah.
Jangan tutup semua span dengan aluminium foil.
Biar ada ruang supaya memudahkan kita untuk mencucuk bunga di keliling span.


 3.Cucuk bunga ros rapat-rapat.
Kalau boleh pilih bunga yang kembang supaya dapat menjimatkan penggunaan bunga yang banyak.
Penuhkan dan selang-seli kan dengan bunga orkid dan kekwa.
Pastikan tak nampak span hijau.


 4.Tadaaaa....Hasilnya!




Cara 2


 1. Gubah bunga dulu.
Tapi sebelum tu macam biasa, letak span yang dibalut dengan aluminium foil.



2.  Baru letak barang hantaran ~contoh buah-buahan.




 Alhamdulilah apa yang di plan kan menjadi!
Memang berbaloi-baloi kita DIY sendiri.
BB rasa jimat yang teramat sangat-sangat.


Gambar-gambar keseluruhan hantaran BB ada
di sini dan di sini


So b2b...
jangan takut untuk DIY.
U can do it...Just do it!


Selamat Mencuba






*Sila abaikan pemandangan dibelakang BB



Kul  3 pagi baru siap...amik kau!
Esoknya nak nikah...

Nasihat pada b2b..better u all start buat gubahan petang.
Kalo kes BB ni malam baru nak start, maka ceritanya kul 4 baru nak tido!

20 April 2012

Ada apa dengan Bunga Telur ?




Dari zaman berzaman bunga telur adalah pemberian wajib pada majlis kahwin.
Mungkin zaman sudah berubah (lebih moden dan pemberian pelbagai jenis cenderahati kepada tetamu)
tetapi 
amalan pemberian bunga telur tetap diteruskan.
Kalau tiada bunga telur rasa seperti tidak lengkap sesuatu majlis perkahwinan.

Ada sapa-sapa tau kenapa telur yang menjadi pilihan orang terdahulu dan orang sekarang?
Kenapa tidak jam tangan atau pon menda lain?
Emas permata atau intan belian?
hehehe

Kalau sesiapa tau, kasi info lah yer..
meh kita sharing-sharing k


Pada majlis perkahwinan BB yang lalu, BB juga nak kan telor.
Pergi rumah orang kahwin pon kalau boleh nak juga telor kenduri.
Tak tau kenapa...



Demi Telor...

 

1000 biji telor ini beli di TESCO.
Rega RM7.99 untuk 30 biji



Bunga Telur Tetamu
Yang ni BB letak dekat tempat buffet makanan.
So semua tetamu akan dapat telor ini.

Sarung telor gantung ini BB beli dekat Nilai.

Kebetulan ada satu kedai nak clearence kan stok ini.
Macam-macam warna ada.

Oleh kerana nak match dengan tema BB,
maka bunga telor hitam dan putih menjadi pilihan.

Rega sangat-sangat murah okeh.
RM 19.90 sekotak (50 biji)
~.040sen satu~

Mana nak dapat?????

Rembat terus 800 biji (16 kotak)






Bunga Telur Kotak VIP
Yang ni BB letak dalam kotak VIP.Untuk tetamu istimewa


 Yang ni BB beli katChowkit.Kedai bunga Vivian yang dalam pasar tu.
Rega RM120.00 untuk 100 batang (2kotak)






Bunga telur ungu tu BB letak dekat pelamin untuk diberi kepada orang yang merenjis



Herm...
BB masih menunggu gambar-gambar dari OP BB.
Kalo dah dapat boleh la preview kedudukan semua bunga telor ni supaya lebih jelas!


Apa pon,
BB masih sabar menanti.












17 April 2012

Outdoor @ Taman Tasik Taiping & Lalang Tepi Giant!


Ni Sebahagian gambar-gambar outdoor BB
BB dapat salinan ori dari OP

Alkisahnya OP BB suruh pilih mana yang nak buat poster frame besar nanti.
itu yang dorang belom abis edit lagi.


So BB edit sket-sket apa yang patut.
Yelah kalau dah gambar ori tu kan..kan..kan..
memang terselah lah kedebapan BB

So bila dah edit , kuranglah sket faktor tu..
hehehe







Ramai yang tanya:
Dekat Bukit Broga ke??
Kot-kot nak jadi macam Dr Sheikh Muzaffar dengan Dr Harlina  tu


BB jawab:
Apa barang Bukit Broga...
Kawasan Lalang dekat sebelah Giant Taiping ajer ni.
hahahahaaaa



*** Ni salah satu gambo debab..***
kalo tak edit, lagi berrrtambah-tambah terselah kedebapan~ sebab tu kena edit.





Ni plak dekat Taman Tasik Taiping


OP BB ada juga buat macam video klip lagu.
tapi tak siap lagi.


Tak sabar nak nengok.
Tang berlari-lari tu.
Kompom LAWAK!






Let me introduce again,

My Official Photografer (OP)








***Suka bila Veil yang BB buat sendiri tu berterbangan ditiup angin macam gambar first tu!





16 April 2012

Tutorial Cara buat Bunga Tangan


Seperti yang dijanjikan oleh BB

Bagaimana hendak membuat bunga tangan yang BB gunakan pada majlis persandingan BB



Nah amik kauuuuu
:D


 

Susun bunga rapat-rapat.
Keliling bunga ikut putaran jam.Mix kan bunga mengikut warna disukai.
Kalau boleh pilih bunga yang kembang.[bukan bunga yang masih kudup]
Ianya adalah kerana dapat mengurangkan penggunaan bunga yang banyak
dan bunga yang kembang semestinya nampak cantek!

Kemudian,
~ Makesure lilit batang bunga guna gam tape tu. [Buat dalam 5 atau 7 batang dulu]
Ini adalah kerana, bagi mengelakkan kedudukan bunga tak lari bila dah banyak-banyak tu.

Ulangi langkah-langkah tersebut 
sehingga kembangan bunga (jambak) menjadi besar atau mengikut size yang korang nak.




Lilit batang bunga kemas-kemas dengan tape dulu kemudian baru lilit dengan riben.



Buat riben kemudian lekatkan diatas nya.
Untuk tambah aksesori, BB letakkan kerongsang ini



Ini bahagian belakang.kan kemas tu...
selainnya memudahkan kita untuk pegang nanti




See
I luv my handmade
:)



***tetiba keronsang dekat bunga bertukar...sudah tukar ka?***



Kalo rajin lekatkan manik pearl besar kat tengah-tengah bunga.
Cer tengok bunga BB tu...ada manik besar dekat celah-celah bunga




So guys,

U all pon can do lah,

Just do it



GOOD LUCK yer!
:)









*** Memang berbaloi-baloi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...