Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

27 January 2012

30 Hari Lagi





30 Hari Lagi..


Fuhhhh,
Nak tercabut sume kaki tangan dan otak...
Bila memikirkan Itu nak buat...ini nak buat..
Rasa macam banyak yang blom buat lagi.

Makkkkk...tolonggggg

BB Rasa Macam Nak Nangis!!!

Apa lagi nak buat ni????



Bunga Penanggah @ Bunga Mentara



Orang kuat dalam majlis haruslah diberi semangat.



Yaaa
Bunge Mentara @  Bunge Penanggah


Walaupon tak lah semahal intan permata ,
tapi bisa membuatkan hati orang-orang kuat majlis tersenyum leborrrr bila dapat menatang ni.

Ianya bergantung kepada warna kertas tersebut.
Kalo warna merah ke, hijau tua ke..
lagi lah mereka tersenyum lebor, sengih sampai ke telinga tuuu.

Untuk majlis ini, BB hanya mampu bagi yang hijau muda ajer yer..
Kang kopak BB kalo kasi kaler merah.
Cer kira kalo dekat-dekat 50 orang yang dapat menda ni..
tak ke koyak-rabak poket BB?
hehehe




 


 Ini antara contoh-contoh yang BB servey kat Internet.
Macam-macam ado.
Sungguh kretip mereka-mereka ini.






So dengan semangat waja yang membara,
BB cuba-cuba nak buat jugak macam yang dorang buat tu.



Bahan-bahannyer:
Bunga Riben - Beli ajer yang dah siap.Kan senang~ pemalas punyer olang!
Dawai Hijau Bunga
Duit ikut suker kaler aper yang berkenan..kihkihkih





Cara-caranyer :





Senang ajer
lipat-lipat macam nak buat kipas tu
pastu terus je ikat guna dawai kat belakang bunge yang BB dah beli

Bunga riben kelabu tu BB beli rega 1.20 kat kedai bawah Semua House.





Hasilnyer :


Badan En Tunang yang sasa itu menjadi mangsa  BB memperagakan bunga  ini seketika,
kerna beliau menyibuk ajer tengok time BB buat kerja ~ bukan nak tolong pong!



Sekian dulu tutorial untuk hari ini.
Terima Kasih

Salam Sayang

~Cewah~




*** Seram Sejuk badan BB...sebulan je lagi nak jadi bini orang....kihkihkih

26 January 2012

Anastasias Spa Giveaway 2012

SPA Free???

Wahhhh
Sapa nak?

Kamu nak?
Dia nak? 
Sayer nak?

Kalo menang
sah-sah Nora kan bagi free-free ajer dekat anda.

Macam mana nak menang??

Moh kita join

bersama-sama BB kita rebut peluang ini.




Korang nak join tak?




So banyak idea dia berkaitan menjadi seorang pengantin yang di share kan dengan kita.
Jangan lupa jadi follower dia okeh.









Kad Kahwin dalam proses penghantaran kepada Tetamu BB

Dah terima kad kahwin dari Ika.

Thanks yer Ika




Sekarang adalah masa untuk menulis-nulis nama-nama tetamu yang terlintas di kepala otak ni.
Sebab excited sangat-sangat. Padahal list nama pon tak buat lagi.

Mak BB nak 400 keping, 
katanya nak bagi dekat jiran tetangga dan sanak-saudara.
Maka pada cuti lepas BB balik kampung terus la apa lagi, kerja yang paling di sukai.
Melipat kad kahwin sendiri.

Macam tak percaya dah ada kad kawin sendiri
Ahaks!


Mula-mula adalah proses mengecop LOGO kahwin BB ini.

 
Envelope ini memang BB nak yang kosong ajer.



Masih Ingat cop yang BB tempah haritu?
Sila klik  SINI

 Itulah kegunaan nyer!



Sticker ni BB beli kat Semua House. 
Dekat bahagian clearence stok. 
Sangat-sangat murah okeh.

RM0.50 sahaja untuk 250 keping 
sticker bulat-bulat kecil ini.
 


Nak tau BB letak kat mana sticker ni??

Meh nak tunjuk ,

Hahaha
Kat tempat inilah.
Idea ni datang bila BB malas nak bubuh gam or masukkan penutup sampul ni ke dalam.
Leceh betoi.

So guna sticker yang ni, tersangat lah mudah bagi orang-orang yang pemalas macam BB 
:D

  
 
Tadaaaaa

Hasilnyer
Bahgian depan sampul~ ada cop logo BB~
Bahagian belakang ~ sticker~



  Bantuan-bantuan dari mereka yang bekerja keras membantu BB dalam memasukkan kan kad kahwn tersebut dalam envelope.

 Mak BB 

 dan si kecik anak buah BB
~kimi pon nak buat jugakkkkk!!
Budak ni paling bekerja keras...sangat lah tu.
Kihkihkih

 

Sedia untuk di edarkan!




Kepada kengkawan blog BB,
Dengan rasa rendah diri BB menjemput anda semua.

Mohon tinggalkan alamat anda yer.
Nanti BB pos kad ini pada anda.
TQ

Salam Sayang ;)







*** Paling malas nak menjawab dengan kengkawan opis bila kad ini diedarkan.
       Macam-macam yang dorang tanya..."siapa?" "orang mana?" "diam-diam ajer yer kamoo" bla..bla..bla..
       BB jawab " Nak tau semua tu, datang jer hari kenduri..boleh dapat semua jawapan anda" kihkihkih

Lolipop Murah

  sumber: google

Cenderahati untuk budak-budak di majlis kahwin tak lain dan tak bukan ialah gula-gula.
Budak mana yang tak suka makan gula-gula?? 
cer citer cer citer..kehkehkeh

Kalau dulu biasanyer, gula-gula kecil tu yang selalu orang bagi pada budak-budak..
Bila dah beli banyak-banyak, kena packing plak dalam paper beg plastik tu.
Kalau bab tu yang BB leceh tu..
Bayangkan dah lah kecil, banyak plak tu..
Aduhhh malasnyer!!

So yang ini senang dan jimat masa dan tenaga!
LOLIPOP
bagi je sebijik-sebijik
tak perlu nak bungkus-bungkus dah

  
*Wink*
Tetiba dapat ilham untuk beri lolipop pada budak-budak yang datang nanti.

Mesti dorang suka dengan warna colourfull tu
~termasuk lah anak buah BB yang sorang tu~


Maka servey ke seluruh blog B2b bermula.

Salah satunya ialah  NORA 

Selain itu, kawan-kawan BB yang duduk area Serdang dan Sri kembangan tu pernah cerita juga dekat BB.
Dorang pernah gi satu kilang ni beli untuk majlis adik/anak buah dorang.
Mai aiii...ni siap terus serbu kilang, tak main dah pemborong-pemborong.
kihkihkih

Lega rasa sebab tak perlu nak servey kuat-kuat dah.
~ pemalas punya olang~



Kilangnyer terletak dekat pekan cina Sri Kembangan tu,
Kalau sapa-sapa dari South City , straight je lalu pekan cina tu menghala ke JUSCO Sri Kembangan.
Alert sebelah kiri anda,
Kalau tak silap selepas Petronas, ada satu kilang nama ARTWRIGHT tulis kat tepi tembok.
Kilang gula-gula ni terletak sebelah ajer dengan kilang Artwright tu.


Ada pelbagai jenis gula-gula,coklat,keropok dan macam-macam.
Mintak dia tunjukkan katalog lolipop.

 
 Lolipop ni pon ada bermacam-macam bentuk dan corak.


 
  BB pilih yang bentuk bintang ni


Lolipop ni terbahagi kepada 2 jenis:
Packing dalam plastik
dan
Packing dalam balang


Dah nama pon kilang, mana bole beli sikit-sikit kan?
So minima yang bole beli ialah 600 biji untuk dalam balang tu dan 800 biji untuk dalam plastik tu.

 
 Jangan terkejut
Tak banyak pon sebenarnya. 
BB beli dalam balang punyer. Dalam 1 kotak jer dia bagi.
Dalam kotak tu ada 12 balang

1 balang ada 50 biji lolipop

Untuk 600 biji lolipop @ 12 balang
TOTAL = RM 102



So kesimpulannyer,

1 Lolipop cuma = RM0.17

Murah
Murahhhh
Murahhhhhhhh



Kepada sapa-sapa yang memerlukan lolipop tak kira lah majlis kahwin ke, birthday party ke, akikah ke, family day ke..


Sila lah berkunjung ke sini.
Jangan takut-takut nak masuk kilang tu.
Masuk bagitau kat guard nak beli barang okeh.








*** Rosak gigi kalau selalu amalkan makan manis-manis ni...
So anak-anak buah ku, time makcik kawen ajer lah yang  korang boleh makan puas-puas .Takde sapa pon nak larang okeh!


20 January 2012

Tutorial DIY Bunga Riben


Seperti yang dijanjikan
BB tunjuk secara simple bagaimana BB buat bunga,
yang BB tampal untuk dijadikan hiasan depan muka buku tetamu tempoh hari.


Mudah 
Simple
Jimat

Semuanya menggunakan lebihan-lebihan dari barang-barang yang pernah digunakan sebelum ini.

Contohnya,
Kain Satin/Riben
Manik
Gam UHU






Gunting ikut pelbagai saiz
Dari kecil hinggalah ke dewasa...eh silap, hingga besar.




Lepas gunting, layur kan pada api...
Ala macam kita buat kat tudung sekolah dulu-dulu tu.( dulu buat sendiri,malas nak jahit tepi)
Tapi pastikan jangan terlalu dekat dengan api sebab nanti api tu akan makan kain.
Kalo terbakar sapa susah?
Kita jugak.
Dan ianya bagi mengelakkan kain tersebut menjadi hitam di tepi-tepi.





Masa dekat dengan api tu, makesure kita pegang secara mengiring sebab nanti dia tak akan jadi lengkung kedalam
~ kira kurang seni lah, kurang nampak macam kelopak bunga kalau straight ajer!

 Cer tengok yang BB buat ni,
nampak tak kain tu melengkung kedalam..kan..kan..




 

Bila dah jadi pelbagai size, maka susun lah satu persatu diatas setiap keping tu macam gambar diatas.
Kemudian jahit dengan benang bersama dengan manik.




Bila dah siap,

Apa lagi
tampal dengan gam UHU jer
Seperti ini


Sumber inspirasi dari KINA

 

19 January 2012

Hiasan Muka Buku Tetamu @ Guest Book


Cantek tak?
Cantek tak?

Nak tahu buat camner?
Meh BB share okeh

Khas untuk semua para b2b



Beli Riben ni dekat Sayang You
RM 0.80 semeter

Lekat keliling buku guna gam UHU yer.
Bahagian depan sahaja.Belakang tak perlu buat.
Tapi kalau terlebih rajin apa lah salahnyer.



Selepas itu lekat menatang ni 

 *lebihan dari awning tudung nikah ~Kan ada 2 keping*
 dan
*lebihan-lebihan manik dari buat veil*

Nak tahu apa menatang ni?
 sila klik SINI



Lekat dekat ruang kosong yang banyak kosong
*akibat binding tak center*



 Pastu Lekat Bunga DIY ni dekat tepi-tepi. 
Hentam saje lah labuuuu nak lekat kat mana pon.

Nak tahu Bunga ni buat camaner?


Nanti BB buat Tutorial okeh.
 Tungguuuuuuu



Tadaaa
  HASIL nyer






Sebelum & Sesudah




100%
Puas Hati!!







*** Alhamdulilah ......Satu lagi kerja udah beresss

Review Majlis Pertunangan BB



Dekat setahun baru nak review Majlis Tunang
Deyyy thambi, apadaaa..

Hehehe

Ampun yerrr

So layan ajer lah 

Tema : Off White



Pelamin Tunang 






Baju Tunang & Makeup

 



 

All This
RM550

by,




Di Saat dan Ketika Itu
 
 



 
 Alhamdulilah
Sudah sah menjadi tunangan orang pada 12.2.2011




  My DIY

 
Pomander Ball
Gubahan Bunga

 
  Sebahagian dari hantaran yang BB buat sendiri ;)





Dan 
Tak lupa Juga Kepada





 Mereka-Mereka Yang Sangat Penting Dalam Hidup BB

KGS : Kelab Gadis Single..hehehe

My Mum, My Darling  and Mother in Law

My Lovely Family



 Terima Kasih Semua
Kerana Menyayangi Saya










*** Alhamdulilah berjalan dengan lancar.. walaupun abah BB tak sempat tengok.Arwah abah BB pergi 
       2 minggu sebelum majlis ini. Al Fatihah untuk Abah tersayang...BB rindu abah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...