Followers

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini ;)

Sila lah Klik!

03 January 2012

Baju Flower Boys

Salam dah Hai

Kali ni BB nak share sedikit tentang baju flower boys ni...memang susah dan mencabar tahap gaban nak cari. Ye lah Berbeza kalo nak cari baju flower girls,tersangat lah mudah,murah,senang dan banyak pilihan.

Pergi je mana-mana kedai baju mesti  ada untuk kanak-kanak perempuan.Berbanding dengan kanak-kanak lelaki ini.
Rata-rata semua baju yang BB tengok ialah RM100++ bagi sepasang...
wah tak berbaloi nak beli kalo pakai setakat sekali ajer.

So banyak kedai baju sekitar jalan TAR yang BB redah, masuk sana sini dan akhir-akhirnya, alhamdulilah berjumpa dengan citarasa dan kemampuan diri..
yessssss i likeeeeeee!

Kiranya BB bertuah kerana time BB dok pergi servey ni, musim persekolah akan bermula pada awal tahun.
So banyak kedai-kedai baju yang mempromosi baju sekolah.Contohnya kedai  yang murah ialah Pusat Pakaian Hari-Hari, Kamdar dan Mydin

Bagi yang berkemampuan pula mesti nak beli kat SOGO, MidValley, Jusco dan sebagainya.

Pada masa ini banyak pilihan yang anda boleh buat.
Sama ada mahu membeli asing-asing atau pun membeli satu set  (Baju kemeja,seluar,kot,bow tie )

BB tengok harga kalau beli asing-asing memang mahal.So BB buat keputusan untuk membeli yang 1 set punya.Paling best ada bow tie lagi.Sangat comel kalo di pakai oleh kanak-kanak.

Terpulang pada anda mahu jenis kot atau yang jenis vase (jaket pendek)

Masa BB gi sini, tak plan pon nak bawak anak-anak buah.
Naseb baek baju yang BB amik ni sesuai dengan saiz dorang.Alhamdulillah.

Kalo anda tak tahu saiz,jangan segan-segan tanya kat salesgirl tersebut.
Mereka dapat membantu anda untuk membuat pilihan saiz.

Hampir setengah jam jugak lah BB berlegar-legar dekat area baju ni nak pilih saiz.Ahaks!  
Itu pon beli 2 orang anak buah BB punyer.Yang lagi sorang tu,next week baru pergi dengan mama dia kerana itu budak kecik duduk dengan opah kat kampung.

Sangat-sangat comey ok untuk budak kecik

  
Kalu tak nak pakai reben tu,bole ganti dengan tie..murah jugak

Ada kaler hitam,blue black,meroon dan putih
Ni sesuai untuk dinner or show..i guess

 Nak tahu kat mana BB beli?
KAMDAR jawapannyer. 

Tak semua Kamdar ada tau.Ni BB pergi kat Kamdar kecil area Jalan TAR, berdekatan dengan Nagoya kalau tak silap.Dulu dah g Kamdar yang Besar tu,takde katanya jurujual tu. Maksud takde tu tak tau lah dah abis stok or memang takde.BB memang tak nampak pon baju-baju camni kat situ.

 Rega?
Dalam RM20.00++ sehingga RM 50.00 mengikut saiz
Untuk 1 set baju+seluar+vase dan bow tie

Rega pon sangat ok ~ anak buah BB darjah 1. So amik saiz 8 ~

*** Lepas beli terus suruh budak-budak tu cuba try test pakai baju ni... ;)

7 comments:

::wana:: said...

: thankz dgn information nie..mmg tgh mncari tok wedding kakak :)

BitsBest said...

welcome dear...

sharing is caring ;)

Anonymous said...

Thanks sgt bg information.. mmg mencari..

Anonymous said...

Thanks. .the best information. .
Memandangkn bju flower boy ni susah nk dpt

Anonymous said...

Thanks. ..d best information

Anonymous said...

Thanks for sharing. Baru pegi semlm beli suit anak saya lepas dpt info dari blog ni. Tapi tak byk pilihan sbb byk out of stock. Worth it sbb sgt murah.

Bitt (double IS) said...

Hi bb googling jumpa u..
Nama dah nak sama ni hehhee
Salam kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...